Friday, October 12, 2012
Nasihat Presiden PAS kepada ahli PAS khususnya dan penyokong PR umumnya
Sunday, July 15, 2012
Tuesday, March 13, 2012
Sunday, January 8, 2012
Takziah Dato'
Teringat ketika Dato' mula masuk dahulu ke dalam PAS bersama golongan ulama' serta profesional ke dalam PAS dan tidak PKR sedangkan masing2 kebanyakan simpati dan mengagumi perjuangan DSAI. Fahamlah aku bahawa mereka ini cuba menentang kezaliman tetapi dibawah Jamaah islam yg mereka fikir terbaik buat diri mereka. Aku ketika lebih awal masuk PAS dgn mengisi borang, bayar yuran dan berbai'ah ditepi khemah ceramah tapi sampai sekarang ni aku pun tak tau status aku ni apa. Aku lebih suka menyokong dalam senyap dan dari belakang dan memercayai orang2 dan pimpinan2 yg lebih kuat iman, berakhlak dan bijak yg akan menggerakkan jamaah ini hingga ke atas.
Tak pernah sekali aku ragu dgn parti PAS walaupun kadang2 aku kecewa sangat pada pimpinan atasan atau pimpinan bawahan yg aku lihat kurang bekerja keras dan tidak tahu utk bekerja dgn efisyen utk berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat yg menaruh harapan kepada mereka. Orang BN dilihat sgt pandai menggunakan kuasa yg mereka ada walaupun sbg pembangkang tetapi disalahgunakan utk kepentingan puak mereka saja.
Tetapi pimpinan bawahan tempatan PR pulak dahlah tak berapa pandai guna kuasa yg ada utk membela rakyat tapi asyik bermain politik puak padahal telah dilantik utk memimpin masyarakat keseluruhan termasuk org Umno BN dan atas pagar. Diorg dgn segelintir ahli PAS atau PR yg ada perasan konon yg menangkan mereka sehingga mendapat kuasa sekarang atas kerja mereka yg tidak seberapa tu padahal oleh org yg atas pagar, orang Umno BN yg paling tadah dlm diam, org yg mmg dah meluat dgn UBN serta org yg setia dlm diam mcm aku ni.
Aku sungguh kagum dgn semangat Dato' walaupun pada mulanya sikap Dato' seolah cuba menukar suasana tarbiah dan rentak PAS secara simbolik dgn menukar songkok tinggi Dato' dgn pimpinan ulama' / Tok guru yg memang sentiasa tidak selesa dgn budaya songkok yg lebih sinonim dgn org melayu dan lebih suka berkopiah / serban mengikut sunnah rasul. Semangat Dato' selepas bertahun didalam PAS makin dilihat merosot ketika PRU 2004 mungkin kerana sibuk dgn agenda dalaman parti atau sebagai wakil rakyat mungkin.
Saya perasan Dato' dilihat tidak lagi aktif dalam himpunan2 rakyat dan Demo serta bersama sebahagian program memnentang kebobrokan pemerintah.
Ia dilihat semakin pelik dan ketara dgn kemungkinan agenda peribadi terutama ketika pasca PRU 2008 dan selepasnya dimana Dato' dilihat cuba mempengaruhi pimpinan dgn agenda kepimpinan ulama' sedangkan ketika awal Dato' dilihat mengetuai golongan Profesionalism. Bermula ketika itu, dilihat wujud timbul agenda perpaduan dan puak2 yg cuba menggagalkan kesepakatan PR diketuai Anwar. Sebelum itu juga beberapa pimpinan negeri PAS yg lain cthnya kalau tak silap antaranya Sarawak dan Perak cuba memberitahu dan tidak senang dgn sikap, cara dan agenda Dato' yg saya masih kurang percaya kerana pengaruh Dato' dilihat sgt kuat ketika itu apatah lagi Dato' telah menjadi Pesuruhjaya Selangor.
Saya menjadi kurang senang apabila Dato' dikatakan cuba merancang dan menyingkirkan kebanyakan pemimpin2 PAS yg lebih senior, setia, rajin dan disayangi kebanyakan ahli dan penyokong di Selangor dgn alasan tidak wala' atau sebulu dgn Dato'. Terdengar berita bahawa Dato' cuba berebut dgn PKR bagi jawatan MB dimana itu bagi saya bukan sikap seorang pimpinan PAS. Dato' juga dalam merancang Ijtima' PAS di Stadium Shah Alam menggunakan pihak2 yg memusuhi PAS utk sponsor Ijtima' supaya dilihat grand dan antara terhebat pernah dianjurkan. Dato' juga cuba menghidupkan semangat agak ekstrim atau terlalu menyokong melayu dan raja dimana kebanyakan ahli dan impinan PAS hanya lebih mementingkan perjuangan Islam, keadilan dan kebajikan rakyat dimana perjuangan melayu (rasis) atau Raja (feudal) bukanlah matlamat utama didalam perjuangan PAS.
Kenyataan dan tidakan Dato' selepas PRU 2008 dimana Dato' telah mula menjadi Exco Selangor dilihat mula berubah rentak dimana di acara atau ceramah di sekitar Klang, Shah Alam dan Selangor atau dimana kawasan dianjurkan pemimpin yg tidak sebulu dgn Dato' memang susah melihat Dato' menghadirinya, berbeza pada sebelum atau seketika selepas PRU 2008. Ada pihak tertentu yg telah menganggap Dato' merupakan kuda trojan didalam PAS seperti banyak yg terdapat didalam pimpinan PKR dan sebahagian berada di DAP. Mereka ini menunggu masa dan giliran utk keluar dari parti.
Tapi hati kecil saya percaya sebahagian besar mereka termasuk Dato', pimpinan dan wakil2 rakyat yg melompat ini merupakan orang2 atau mangsa yg telah di ugut dan diperangkap secara terancang dgn pelbagai taktik dari keluarga hingga kepada skandal dan masalah kewangan oleh pihak berkuasa menggunakan pakar2 khas risikan mereka seperti mana skandal IC yg berlaku sekarang. Saya berdoa agar PR dapat menawan Putrajaya dan ketika itu semua tembelang kebobrokan ini akan terbuka dgn sendirinya.
Tapi saya rasa Dato telah diuji oleh allah akibat dari sikap angkuh dan yakin Dato' ketika menjadi Pesuruhjaya Selangor dimana Dato' membayangkan kepada umum tanpa memikirkan natijahnya bagi setiap pimpinan atau wakil rakyat PAS yg melompat parti seolah mereka telah menceraikan mereka Talak 3. Maka ujian itu kembali pada Dato' ibarat senjata makan tuan. Dato' yg semakin tidak betah dalam PAS cuba mencari jalan utk melepaskan diri dari sumpah yg membelit dgn sengaja menimbulkan kontroversi dan provokasi kpd pimpinan agar memecat Dato'. Masih ingatkah ungkapan Saya rela dipecat yg diungkapkan Dato' baru2 ini.
Apabila kepimpinan PAS membuat keputusan berhubung tindakan Dato'. Sebahagian pimpinan mencadangkan agar Dato' digantung dari jawatan parti agar Dato' menjadi seperti orang yg digantung tak bertali dimana Dato' tak boleh melompat parti dan suara Dato' pun tidak akan lagi didengari tetapi atas dasar lembut hati dan kasihan mungkin oleh Presiden PAS membebaskan dari jeratan diri sendiri. Maka bebaslah secara fizikalnya Dato' keserata negara menjaja cerita dan fitnah yg dirancang tapi percayalah bahawa Dato' tetap tak akan tenang kerana telah mengkhianati janji dan parti sendiri seperti mereka2 yg telah melalui sebelum Dato'. Kalau Dato' benar sayangkan jamaah, maka Dato' akan bermuhasabah dan menjadi askar barisan hadapan walau telah diturunkan dari pangkat panglima peperangan oleh khalifah jamaah demi menegakkan perjuangan islam.
Wallahu A'lam.
Tuesday, November 1, 2011
Sedih. Dakwah tersekat, maksiat berleluasa! Jahilnya kita.
Hari ni aku tak kira.
aku nak lepas geram kejap.
Marah, menyirap dan sedih aku tgk mangkok2 yg menguasai JAIS / MAIS dimana mereka bermaharaja dan tanpa segan silu menyanggah dan melawan dasar2 dan polisi2 kerajaan negeri dan berselindung di belakang takhta istana dan Putrajaya. Kelihatan bayang2 tangan dalang yg menggerakkan wayang kulit mengikut rentaknya.
Yg aku hairan, selama sebelum ini, mereka sentiasa tunduk dan mengikut dasar dan polisi kerajaan terdahulu. Raja pula dilihat jarang mengambil peranan dan hanya mengendorsekan saja dasar2 dan perlaksanaan yg mengikut rentak kerajaan yg berkuasa ketika itu disamping memberi teguran2 yg lunak dan seirama.
Tapi lain pulak aku lihat jadinya apabila kerajaan yg dipilih rakyat mula berkuasa. Kelihatan jelas campurtangan dan penentangan yang membangkitkan curiga dan tidak senang hati rakyat oleh pihak yg menjadi ketua agama. Malah kadang2 tiada beza atau lebih teruk dasar perlaksanaannya dari ketika pemerintahan kerajaan sealiran mereka. Sabotaj kot.
Walaupun kita mempunyai exco agama tapi peranannya dalam membawa dasar2 yg sepatutnya didalam MAIS / JAIS tidak jelas malah sekali sekala dilihat seirama bunyinya. Kalu ikutkan kepakaran dan pengalaman, beliau yg sepatutnya merubah dan mencorak pemikiran pegawai2 dan penasihat agama ini tapi semenjak kebelakangan ini dilihat jelas, rupanya beliau yg berubah dan menunjukkan wajah sebenarnya. Mungkin ini ujian dan dugaan allah berikan pada hambanya untuk menilai hati2 dan keimanan mereka. Masih terperangkapkah lagi mereka didalam jubah2 perkauman dan kebangsawanan sedangkan watak dimainkan terlihat memperjuangkan keislaman dan hak2 rakyat kebanyakan.
Dizaman islam bangkit dan menyubur diseluruh dunia dimana fahaman, budaya dan persepsi salah yg ditanam dan diamalkan masyarakat telah mula dibuang ketepi. Ada pula tangan2 disebalik kuasa agama yg mmpergunakan kuasa dan jentera mereka cuba membangkitkan dan memaksa peraturan yg karut, ketinggalan zaman dan sebenarnya menyeleweng dari ajaran islam kepada masyarakat.
Mana mungkin dizaman ini, dakwah dan ilmu islam disekat2 dgn pelbagai ugutan, dakwaan dan tangkapan yg boleh menimbulkan curiga rakyat terhadap mereka. Mana mungkin org yg sangat terkenal dan mahir dgn ilmu agama sehingga melebihi pegawai tinggi agama hatta mufti tidak diberikan tauliah dan didakwa oleh kerana perbezaan pendirian dan perjuangan yg dibawa. Hatta dituduh dan difitnah dgn pelbagai gelaran. Apatah lagi org biasa yg mempunyai kesedaran, sedikit ilmu dan pengalaman membicarakan tentang tauhid dan iman. Adakah agama islam di Malaysia hanya didominasi oleh pihak berkuasa agama, ilmuwan agama serta ahli politik yg sealiran dgnnya.
Teringat pendedahan dibuat di PRK Hulu Selangor dimana pegawai berkuasa agama negeri yg kononnya memperjuangkan kesucian masjid serta kewajipan tauliahdi Selangor ini menyokong dan membenarkan seorang non muslim yg mewakili parti sealirannya masuk ke tempat suci kita disamping memberikan ceramah, keprihatinan dan janji2 mereka kepada jamaah yg mendengarnya. Terdapat kebanyakan tempat di Selangor dimana pemimpin politik sealiran mereka serta isteri2 mereka dibiarkan memberi ceramah di masjid dan surau sehingga ada dikalangan mereka terang2an mendedahkan aurat didalamnya dibiarkan malah disokong dibelakangnya org2 kuat agama ini.
Yg jelas dilihat tugasan mereka ini dimata masyarakat adalah antaranya :
- Pemberian tauliah hanya kepada pihak2 ilmuwan yg sealiran dgnnya.
- Menghalang ahli politik berlawanan utk menyebarkan dakwah dan tazkirah walaupun mempunyai kelulusan dan kepakaran yg tidak boleh disangkal oleh mereka dgn alasan org politik sedangkan dalam masa yg sama membiarkan org politik dan pemimpin sealiran mereka (perkauman) bebas memberikan ceramah dan tazkirah dikawasan masing2.
- Sibuk mengumpulkan wang zakat dan harta infak rakyat yg dilaburkan utk pembangunan material dan ekonomi atas nama islam sedangkan objektif dan pengisian pembangunan itu sekadar melepaskan batuk ditangga sedangkan dalam masa yg sama masih banyak dari 7 golongan asnaf serta rakyat daif yg patut diberikan hak dibiarkan terabai dan tidak dibela. Apakah tidak cukup agensi kerajaan negeri, persekutuan dan NGO2, persatuan dan pertubuhan memikirkan utk pembangunan masyarakat islam khususnya dan rakyat semua bangsa secara amnya.
- Dihidupkan semula sekolah, kolej dan IPT aliran agama tetapi dalam masa pihak yg dilantik mentadbir segelintirnya atau sebahagiannya mementingkan keuntungan dan pembaziran dari tanggungjawab mendidik mereka.
- Menyekat perkembangan majlis ilmu dan aktiviti bermanfaat dimasjid dan surau hatta dirumah atau premis milik persendirian sedangkan dalam masa yg sama membiarkan aktiviti maksiat, jenayah, judi dan penyelewengan agama berleluasa atas alasan tanggungjawab polis, pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan masyarakat, NGO, kerajaan serta alasan kekurangan kakitangan.
- Serta banyak lagi yg tak terlarat nak tulis disini.
Lepas tu, aku teringat pulak nasihat ustaz aku masa di sekolah dulu sehingga sekarang. antaranya.
Kulil haqqi wau kana murron - Berkatalah benar walaupun pahit
serta pesan rasulullah terhadap semua umat islam iaitu
Ballighu anni walau ayah - Sampaikanlah dari ku walau sepatah ayat.
Itu belum campur,
wa taawanu alal birri wattaqwa, wala taawanu alal ismi wal udwan.
dll.
Bagi aku, islam ini agama hujah dan syumul.
Tak perlu dan tinggalkanlah dari membuat dan melaksanakan peraturan dan akta yg ketinggalan zaman, menjatuhkan imej, tidak sejajar dgn hak dan ajaran islam. Malah kalau dikaji, kebanyakan hukum, peraturan dan akta terkandung di dalam undang2 islam negeri masing2 menyeleweng dari hukum yg diturunkan islam melainkan hukum nikah kahwin. Kalau tak percaya, cuba check apa hukuman diberikan untuk zina, mencuri, minum arak, murtad di Malaysia kalau disabitkan. Jadi lebih baik pihak berkuasa agama negeri ni berusaha gubal semula undang2 yg ada ikut apa yg dijelaskan dalam Al quran dan Sunnah. Takpun mereka menjadi penggerak aktiviti ilmu, dakwah, kemasyarakatan dan pengembangan ajaran islam di negeri ini.
Sokonglah hudud, qisas, jinayat dan hukum2 islam yg ditetapkan allah dalam Quran utk pegangan kita dunia akhirat.
Dulu ustaz2 PAS, lepas tu Dr Maza, Sekarang ni Bob pulak. Apasal tak tangkap ahli politik dan orang hiburan yg yg mengupas agama ikut sedap mulut tanpa ilmu dan mempersendakan hukum. Sekurang2nya dapat pahala selain gaji bagi penguatkuasanya berbanding silap haribulan bala yg korang dapat pergi tangkap orang alim atau yg menyampaikan ilmu dan hukum allah. Korg ni betul tak takut balasan allah ke?
Kenapalah korang buat kerja bodoh tangkap Bob bagi tazkirah selepas insaf sedangkan ko biarkan dulu ketika dia masih hanyut dalam dunia hiburan dan maksiat. Lepas tu boleh kau ejek dan hina dia dgn pendirian dan perjuangan utk agama tauhid. Bak kata Bob, Langsung takda kepentingan islam melayan puak2 ni.
Bagi org2 PAS pula, bantulah dia dan saudara kita yg sepertinya dalam menghadapi fitnah dan penganiayaan pihak2 berkepentingan. Jangan biarkan pejuang2 dan pembela2 perjuangan ikhlas ini berseorangan menghadapinya. Apakata suatu hari nanti jadi pada kita atau keluarga kita pula. Aku doakan orang atau pihak2 yg terdetik niat menganiaya orang yang baik dan berjuang untuk agama diberi petunjuk allah didunia ini. Wallahu a'lam.