Showing posts with label jais. Show all posts
Showing posts with label jais. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Sedih. Dakwah tersekat, maksiat berleluasa! Jahilnya kita.

Semenjak dua menjak ni, malas betul nak kupas atau pos apa2 isu walaupun terasa meluap2 nak meluahkan rasa dihati. Selalunya aku lebih suka buka blog2 dan membaca isu semasa sambil mengeluh bila rasanya kita ni boleh bebas dari dunia korupsi, penindasan dan salahguna kuasa.



Hari ni aku tak kira.
aku nak lepas geram kejap.
Marah, menyirap dan sedih aku tgk mangkok2 yg menguasai JAIS / MAIS dimana mereka bermaharaja dan tanpa segan silu menyanggah dan melawan dasar2 dan polisi2 kerajaan negeri dan berselindung di belakang takhta istana dan Putrajaya. Kelihatan bayang2 tangan dalang yg menggerakkan wayang kulit mengikut rentaknya.

Yg aku hairan, selama sebelum ini, mereka sentiasa tunduk dan mengikut dasar dan polisi kerajaan terdahulu. Raja pula dilihat jarang mengambil peranan dan hanya mengendorsekan saja dasar2 dan perlaksanaan yg mengikut rentak kerajaan yg berkuasa ketika itu disamping memberi teguran2 yg lunak dan seirama.

Tapi lain pulak aku lihat jadinya apabila kerajaan yg dipilih rakyat mula berkuasa. Kelihatan jelas campurtangan dan penentangan yang membangkitkan curiga dan tidak senang hati rakyat oleh pihak yg menjadi ketua agama. Malah kadang2 tiada beza atau lebih teruk dasar perlaksanaannya dari ketika pemerintahan kerajaan sealiran mereka. Sabotaj kot.

Walaupun kita mempunyai exco agama tapi peranannya dalam membawa dasar2 yg sepatutnya didalam MAIS / JAIS tidak jelas malah sekali sekala dilihat seirama bunyinya. Kalu ikutkan kepakaran dan pengalaman, beliau yg sepatutnya merubah dan mencorak pemikiran pegawai2 dan penasihat agama ini tapi semenjak kebelakangan ini dilihat jelas, rupanya beliau yg berubah dan menunjukkan wajah sebenarnya. Mungkin ini ujian dan dugaan allah berikan pada hambanya untuk menilai hati2 dan keimanan mereka. Masih terperangkapkah lagi mereka didalam jubah2 perkauman dan kebangsawanan sedangkan watak dimainkan terlihat memperjuangkan keislaman dan hak2 rakyat kebanyakan.


Dizaman islam bangkit dan menyubur diseluruh dunia dimana fahaman, budaya dan persepsi salah yg ditanam dan diamalkan masyarakat telah mula dibuang ketepi. Ada pula tangan2 disebalik kuasa agama yg mmpergunakan kuasa dan jentera mereka cuba membangkitkan dan memaksa peraturan yg karut, ketinggalan zaman dan sebenarnya menyeleweng dari ajaran islam kepada masyarakat.

Mana mungkin dizaman ini, dakwah dan ilmu islam disekat2 dgn pelbagai ugutan, dakwaan dan tangkapan yg boleh menimbulkan curiga rakyat terhadap mereka. Mana mungkin org yg sangat terkenal dan mahir dgn ilmu agama sehingga melebihi pegawai tinggi agama hatta mufti tidak diberikan tauliah dan didakwa oleh kerana perbezaan pendirian dan perjuangan yg dibawa. Hatta dituduh dan difitnah dgn pelbagai gelaran. Apatah lagi org biasa yg mempunyai kesedaran, sedikit ilmu dan pengalaman membicarakan tentang tauhid dan iman. Adakah agama islam di Malaysia hanya didominasi oleh pihak berkuasa agama, ilmuwan agama serta ahli politik yg sealiran dgnnya.

Teringat pendedahan dibuat di PRK Hulu Selangor dimana pegawai berkuasa agama negeri yg kononnya memperjuangkan kesucian masjid serta kewajipan tauliahdi Selangor ini menyokong dan membenarkan seorang non muslim yg mewakili parti sealirannya masuk ke tempat suci kita disamping memberikan ceramah, keprihatinan dan janji2 mereka kepada jamaah yg mendengarnya. Terdapat kebanyakan tempat di Selangor dimana pemimpin politik sealiran mereka serta isteri2 mereka dibiarkan memberi ceramah di masjid dan surau sehingga ada dikalangan mereka terang2an mendedahkan aurat didalamnya dibiarkan malah disokong dibelakangnya org2 kuat agama ini.

Yg jelas dilihat tugasan mereka ini dimata masyarakat adalah antaranya :


  1. Pemberian tauliah hanya kepada pihak2 ilmuwan yg sealiran dgnnya.

  2. Menghalang ahli politik berlawanan utk menyebarkan dakwah dan tazkirah walaupun mempunyai kelulusan dan kepakaran yg tidak boleh disangkal oleh mereka dgn alasan org politik sedangkan dalam masa yg sama membiarkan org politik dan pemimpin sealiran mereka (perkauman) bebas memberikan ceramah dan tazkirah dikawasan masing2.

  3. Sibuk mengumpulkan wang zakat dan harta infak rakyat yg dilaburkan utk pembangunan material dan ekonomi atas nama islam sedangkan objektif dan pengisian pembangunan itu sekadar melepaskan batuk ditangga sedangkan dalam masa yg sama masih banyak dari 7 golongan asnaf serta rakyat daif yg patut diberikan hak dibiarkan terabai dan tidak dibela. Apakah tidak cukup agensi kerajaan negeri, persekutuan dan NGO2, persatuan dan pertubuhan memikirkan utk pembangunan masyarakat islam khususnya dan rakyat semua bangsa secara amnya.

  4. Dihidupkan semula sekolah, kolej dan IPT aliran agama tetapi dalam masa pihak yg dilantik mentadbir segelintirnya atau sebahagiannya mementingkan keuntungan dan pembaziran dari tanggungjawab mendidik mereka.

  5. Menyekat perkembangan majlis ilmu dan aktiviti bermanfaat dimasjid dan surau hatta dirumah atau premis milik persendirian sedangkan dalam masa yg sama membiarkan aktiviti maksiat, jenayah, judi dan penyelewengan agama berleluasa atas alasan tanggungjawab polis, pihak berkuasa tempatan, jabatan kebajikan masyarakat, NGO, kerajaan serta alasan kekurangan kakitangan.

  6. Serta banyak lagi yg tak terlarat nak tulis disini.

Lepas tu, aku teringat pulak nasihat ustaz aku masa di sekolah dulu sehingga sekarang. antaranya.


Kulil haqqi wau kana murron - Berkatalah benar walaupun pahit


serta pesan rasulullah terhadap semua umat islam iaitu


Ballighu anni walau ayah - Sampaikanlah dari ku walau sepatah ayat.


Itu belum campur,


wa taawanu alal birri wattaqwa, wala taawanu alal ismi wal udwan.


dll.


Bagi aku, islam ini agama hujah dan syumul.


Tak perlu dan tinggalkanlah dari membuat dan melaksanakan peraturan dan akta yg ketinggalan zaman, menjatuhkan imej, tidak sejajar dgn hak dan ajaran islam. Malah kalau dikaji, kebanyakan hukum, peraturan dan akta terkandung di dalam undang2 islam negeri masing2 menyeleweng dari hukum yg diturunkan islam melainkan hukum nikah kahwin. Kalau tak percaya, cuba check apa hukuman diberikan untuk zina, mencuri, minum arak, murtad di Malaysia kalau disabitkan. Jadi lebih baik pihak berkuasa agama negeri ni berusaha gubal semula undang2 yg ada ikut apa yg dijelaskan dalam Al quran dan Sunnah. Takpun mereka menjadi penggerak aktiviti ilmu, dakwah, kemasyarakatan dan pengembangan ajaran islam di negeri ini.


Sokonglah hudud, qisas, jinayat dan hukum2 islam yg ditetapkan allah dalam Quran utk pegangan kita dunia akhirat.


Dulu ustaz2 PAS, lepas tu Dr Maza, Sekarang ni Bob pulak. Apasal tak tangkap ahli politik dan orang hiburan yg yg mengupas agama ikut sedap mulut tanpa ilmu dan mempersendakan hukum. Sekurang2nya dapat pahala selain gaji bagi penguatkuasanya berbanding silap haribulan bala yg korang dapat pergi tangkap orang alim atau yg menyampaikan ilmu dan hukum allah. Korg ni betul tak takut balasan allah ke?


Kenapalah korang buat kerja bodoh tangkap Bob bagi tazkirah selepas insaf sedangkan ko biarkan dulu ketika dia masih hanyut dalam dunia hiburan dan maksiat. Lepas tu boleh kau ejek dan hina dia dgn pendirian dan perjuangan utk agama tauhid. Bak kata Bob, Langsung takda kepentingan islam melayan puak2 ni.


Bagi org2 PAS pula, bantulah dia dan saudara kita yg sepertinya dalam menghadapi fitnah dan penganiayaan pihak2 berkepentingan. Jangan biarkan pejuang2 dan pembela2 perjuangan ikhlas ini berseorangan menghadapinya. Apakata suatu hari nanti jadi pada kita atau keluarga kita pula. Aku doakan orang atau pihak2 yg terdetik niat menganiaya orang yang baik dan berjuang untuk agama diberi petunjuk allah didunia ini. Wallahu a'lam.


Saturday, August 28, 2010

Tuan Pengarah oi! Ni nak buat report tak? Nak kena ambik tindakan AJK Surau ni! Sita surau ni boleh tak?




29 August 2010
Gambar ni aku dapat dari twit pic - posted by chegubard ...


Mana ulama umNO Jamil Khir ... esok buat statement dalam Utusan Meloya korang tu, Rosmah memberi tazkirah di dalam masjid tanpa menutup aurat.

Dan ramai lagi umat Islam yang sedang mendengar tazkirah tersebut juga didapati TIDAK munutup aurat ...
Utusan Meloya, esok keluarkan gambar ni muka hadapan dengan tajuk 'ISTERI PERDANA MENTERI TIDAK MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID"

Lepas tu Jamil Khir akan keluarkan kenyataan ... itu tindakan BERDOSA ... tidak menutup aurat di dalam masjid pula tu ...
Ada berani ke Jamil Khir? .....
Kahkahkah ...

Apa citer tuan pengarah kita ni???

Wa ampu sana, wa ampu sini, khak ptuih:

Saturday, August 28, 2010

Pengarah JAIS Menghina Majls Fatwa Kebangsaan

Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan BArisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini.

Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.

Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Tulang Besi

Sunday, November 15, 2009

Akta Warisan Penjajah???

Walaupun aku tak bersependapat dan menggemari beliau. Banyak juga tingkah laku dan tindak tanduk beliau yang tidak aku setuju tapi topik yang ini aku agak bersetuju hampir sebahagian besar darinya. Baik tokoh yg diceritakan mahupun penulisnya. Jangan pulak dikatakan aku puak Wahabi ke Salafi atau penentang Kaum Tua atau Ahlis Sunnah Wal Jamaah dll. Aku ni senang je, mana hujah dan amalan yg paling benar dan hampir dgn Al Quran & Sunnah serta disepakati Ulama' tersohor dan muktabar serta mursyid, itulah yg aku ikut. Tapi jgn membuta tuli sudah! Kena gak kenal mana budaya dan mana tuntutan agama. Apa2pun bila berbalah berkenaan furuk, kembali semula kita kepada Al Quran & Sunnah.

Sepanjang pengetahuan aku, isu ini bukan baru malah telah menjadi antara topik hangat masa zaman sebelum merdeka lagi serta zaman kebangkitan semula islam terutamanya di rantau ini serta di timur tengah dimana sebahagian fahaman mereka agak bertentangan dgn kebanyakan ijtihad dan amalan 4 mazhab yg menjadi ikutan. Masing2 mempunyai pendokong yg ahli serta teguh mempertahankan hujah dan pendapat masing2. Semoga perselisihan mereka didalam soal hukum hakam ini memberikan kebaikan didalam iktikad dan pegangan serta amalan kita seharian, bukan sebaliknya memberikan perpecahan dikalangan umat serta fitnah yang berleluasa.

Cuma aku kurang setuju tindakan dari JAIS didalam mengendalikan isu ini dari satu segi. Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya dilakukan pembaharuan didalam enakmen undang2 islam negeri masing bersesuaian dgn kehendak perkembangan islam dan zaman. Apa2pun kita mungkin perlu gubal dan pinda serba sedikit serta menambah baik enakmen yg terdapat didalam Undang2 Syariah Selangor agar lebih menepati roh dan keadilan islam itu sendiri dari disamakan dengan undang2 ciptaan manusia lain. Apa2pun, mari kita melihat hujah dan pandangan yg diberikan oleh saudara kita yg seorang ini yg dipetik dari blog beliau. :

Warisan Penjajah

Artikel di bawah ini wa cilok 100% dari http://zul4kulim.blogspot.com/
......Renung-renungkan... pikir-pikirkan... cermin-cerminkan diri anda ... dilandasan manakah perjalanan hidup anda sebelum ini... pilihlah jalan yg benar yang diredai Allah. Ayuh mulakan perubahan pada hari ini dan hari-hari berikutnya demi mendaulatkan agama islam yg suci dan demi keagungan umat islam seluruh dunia.

Oleh
Zulkifli Noordin


Salam 2 all.

Isu mantan Mufti Perlis yang ditahan kononnya menyampaikan ceramah tanpa tauliah telah membuka mata dan minda umum khususnya umat Islam di Malaysia tentang isu pemberian tauliah untuk mengajar, menyebar, menyampaikan da'wah Islam.

Sebenarnya syarat untuk mendapat tauliah oleh mana-mana pendakwah Islam sebelum dibenarkan menyampaikan risalah Islam ini adalah satu cara penjajah menyekat kebangkitan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Semasa penjajahan Barat, kebanyakan ulama', penda'wah dan pejuang Islam telah menggunakan medan da'wah di surau, masjid, dan lain-lain tempat untuk membangkitkan semangat umat Islam menentang penjajah berdasarkan 'ilmu dan kekuatan jihad berpaksikan aqidah.

Maka diciptalah oleh sang penjajah sekatan untuk Islam disebarkan. Di Selangor, penjajah mencipta satu undang-undang dipanggil Enakmen Pentadbiran Islam Negeri Selangor No. 3 1952. Didalam enakmen ini, penjajah menukar habis hukum syara' dan perundangan Islam. Kesalahan zina, khalwat, arak, qazaf dan lain-lain yang sudah qat'i didalam hukum syara' di ubah hukumannya kepada denda dan hukuman yang bukan dari sumber Al Quran dan sunnah.

Bagi menyekat pengembangan Islam, maka disekat para ulama', tuan guru, para ustadz/ ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivis dan pejuang Islam daripada menyebarkan Islam dengan membuat peruntukkan di Seksyen 166 Enakmen tersebut iaitu:

"Siapa-siapa melainkan dirumahnya dan dihadapan ahli rumahnya sahaja, mengajar dan menerang lain-lain pengajaran mana-mana ilmu agama Islam dengan tiada mendapat kebenaran yang bertulis dari Kadi hendaklah disiksa dengan penjara lamanya tiada lebih daripada 3 bulan atau denda tiada lebih daripada 6 bulan atau denda".

Berdasarkan peruntukkan ini, maka ramailah ulama', tuan guru, pendakwah, ustadz/ustadzah, para da'ie dan pendakwah serta aktivitis dan pejuang Islam yang disekat daripada menyampaikan risalah Islam. Ada yang ditangkap dan dihukum, dan akhirnya masjid menjadi lesu dan hilang rohnya..umat islam menjadi jahil dan disumbat dengan islam yang di acu oleh Barat. Yang paling malang, institusi mimbar Jumaat juga menjadi korban. Khutbah-khutbah semuanya dibuat mengikut telunjuk penjajah dan pak khatib sekadar menjadi kakak-tua yang membaca balik teks yang disediakan, yang kekadang isinya langsung tidak relevan sama sekali.

Dan inilah sistem perundangan yang terus menerus diwarisi oleh bangsa Melayu walaupun sesudah merdeka. Maka muncullah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1980, Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965, Akta Keluarga Islam 1980 dan Akta Jenayah Syariah; yang semuanya adalah versi moden yang diciplak daripada enakmen asal yang dihadiahkan penjajah kepada bangsa Melayu.
Kita merdeka dari segi politik, tetapi terjajah dari segi aqidah! Perlembagaan yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957, kini menjerut leher dan aqidah bangsa Melayu!

Dizaman siber tanpa sempadan, saya hairan JAIS dan yang sewaktu dengannya masih lagi terbelengu dengan warisan penjajah ini. Apakah JAIS akan bertindak terhadap ustadz/ ustadzah yang mengajar Quran dan muqaddam dirumah-rumah? Bagaimana dengan pensyarah, guru yang mengajar disekolah-sekolah yang mengajar matapelajaran Islam.
Bagaimana pula dengan program Ehwal Perdana Islam di kaca TV, ramai panelisnya adalah golongan yang tidak diberikan tauliah. Bagaimana dengan mereka yang menyampaikan Islam di dada akhbar, majalah dan lain-lain. Bagaimana dengan blog, ruang siber dan lain-lain.
Apakah masjid surau tidak boleh memanggil penceramah dari disiplin lain untuk memberi ceramah dan kuliah. Contohnya memanggil doktor pakar untuk memberi penerangan tentang perubatan. Ataupun memanggil seorang pegawai Amanah Raya untuk memberi penjelasan tentang hal wasiat dan pusaka. Bagaimana kalau pihak masjid memanggil seorang banker untuk memperjelaskan sekim kewangan Islam. Apakah mereka semua ini tidak layak memberikan ceramah dan kuliah kepada jemaah Muslim, sedangkan Islam itu satu agama kehidupan, dan soal perubatan, kewangan, guaman dan lain-lain juga adalah perkara yang menyentuh tentang kehidupan harian umat Islam.

Pada saya, isu tauliah ini adalah isu lapuk. Ianya adalah satu warisan yang ditinggalkan penjajah untuk disinambungkan oleh bangsa Melayu. Ianya adalah satu mekanisma yang digunakan penjajah untuk menyekat pengembangan Islam. Kini anak jajahnya dengan penuh ta'at dan tawadhuk menurut acuan bapak penjajahnya.

Tauliah telah menjadi satu senjata yang digunakan untuk membunuh pengembangan 'ilmu Islam itu sendiri. Kekadang ia membawa kepada lawak senario. Bayangkan di Malaysia ada 14 negeri, bermakna seseorang pendakwah perlu mendapat 14 tauliah! Bayangkan Mufti Negeri Perak tidak diberi tauliah menyampaikan ceramah/ khutbah di negeri Johor. Bayangkan bekas Mufti Selangor Almarhum Dato' Ishak Baharom sendiri dihalang menyampaikan ceramah dan kuliah dalam negeri Selangor setelah dilucutkan jawatan Mufti. Bayangkan Dato' Ismail Kamus, dahulu dia yang sain sijil tauliah, hari ini dia sendiri tidak diberi tauliah. Bayangkan ulama' sebesar Dato Dr. Haron Din langsung tidak diberi tauliah untuk mengajar disurau masjid. Adakah wajar ulama' saperti Dr. Abdullah Yassin, yang diiktiraf oleh dunia Islam sebagai seorang ulama' mufassirin tetapi ditangkap ketika sedang mengupas surah Al Baqarah hanya kerana tiada tauliah!
Tindakan JAIS baru-baru ini sangatlah memalukan Islam sendiri. Mereka menghina dunia Islam, mereka membantutkan perkembangan 'ilmu Islam. Yang paling malang, mereka membuktikan kepada dunia betapa jumudnya pemikiran segelintir mereka yang diberi kuasa untuk "menjaga Islam".

Saya berpendapat bahawa keperluan kepada tauliah untuk menyampaikan Islam dan berda'wah hendaklah dimansuhkan. Padanya ianya lebih memudharatkan Islam daripada membawa kebaikan. Pada saya, da'wah dan penyebaran serta pengembangan Islam dan 'ilmu perlu dibenarkan tanpa sekatan, samada di masjid dan surau, mahupun di mimbar Jumaat.
Pada saya, hanya jika penyampaian dan ajaran yang dibawa adalah bercanggah dengan Islam ataupun sesat barulah kita ambil tindakan. Contohnya saperti tindak-tanduk kumpulan yang melabel diri mereka Sisters in Islam yang mempertikaikan hukum hakam dan syariat Islam dalam ceramah, program dan risalah mereka. Tetapi yang peliknya kegiatan kumpulan seperti ini tidak pulak JAIS dan yang sewaktu dengannya beriya-iya nak ambil tindakan. Ini menambahkan lagi persepsi bahawa tindak-tanduk badan saperti JAIS ini mengamalkan sikap 'double-standard' dan menurut telunjuk pihak lain!

Apa pun, yang pentingnya setelah lebih 50 tahun merdeka, mengapa kita umat Islam bangsa Melayu masih terikat dengan belengu penjajah. Sampai bila kita nak melolong dan berkokok laungan merdeka pada tiap tanggal 31 Ogos, sedangkan agama Islam yang menjadi tunggak jatidiri dan survival bangsa Melayu masih terjajah. Sudah tiba masanya warisan-warisan penjajah saperti isu tauliah ini kita hapuskan, dan kita bina semula umat yang lemah dan lesu ini diatas dasar Islam yang menurut Al Quran dan sunnah yang sebenarnya.

Diatas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
ayuhlah wahai anak bangsa,
hapuskan warisan penjajah durhaka.

Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
15 Zulqaedah 1430 / 03 Nov 2009