Friday, August 7, 2009

Menteri bijak pandai Umno bersuara !!!

Aku tertarik dgn satu artikel dari blog sesama islam yg menunjukkan betapa hebat dan bijaknya para menteri kita berfikir dan bekerja. Kalo begini cara diorg menggunakan otak dan bekerja malahan berkata, nescaya akan menjadi maju dan hebatlah bandar2 Wilayah Persekutuan di Malaysia mengalahkan Kota besar dunia seperti Paris, London mahupun New York! Peh!!!Kagum aku dibuatnya!.

Diceritakan suatu kisah, berkenaan siasatan kematian seorang setiausaha politik Exco kerajaan Selangor yg diwar warkan pengampu2 mereka yg bijak pandai tahap tapak kaki menganalisa dan mengandaikan bahawa beliau telah membunuh diri dan ada juga yg mengatakan telah dibunuh oleh anggota kongsi gelap. Sungguh hebat kajian mereka. Tapi yg peliknya, beliau membunuh diri di Bangunan SPRM dimana mempunyai kawalan keselamatan yg sangat ketat.

Kononnya beliau telah terjun dari tingkat 14 dan apabila Koroner membuat pemeriksaan bersama peguam keluarga di tingkat 14, tiada apa yg pelik berlaku dan apabila peguam meminta untuk memeriksa tingkat 15 yg juga merupakan sebahagian bilik pejabat SPRM naik melalui tangga belakang, terdapat kesan darah dilantai tangga dan menurut sumber tertentu pula, terdapat kesan seperti darah disalah sebuah bilik di tingkat 15 tersebut. Terdapat sebuah tingkap berhampiran yg mana pemegangnya turut tercabut. Lebih kurang begitulah ceriteranya.

Apabila ditanya, Pengarah dan pegawai SPRM pun tidak tahu tentang perkara tersebut. Manakala pihak polis yg membuat siasatan langsung tidak menyiasat tingkat tersebut dan mengambil sampel atau apa2 bukti dikawasan tersebut.

Kalo menurut aku senang je! Kita ikut je kata ketua sayap Umno yg telah menjalankan siasatan dengan penuh dedikasi itu. Sejak dari mula kes telah dikatakan mangsa terjun dari bangunan dan telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan diulang kembali dgn penuh yakinnya sekali lagi setelah siasatan dijalankan sepenuhnya mangsa mati mengejut!. Maka hasilnya, mengejut dan terkejutlah org ramai. Ibarat org sakit jantung mati terkejut je.

Dari koroner, pendakwa, pegawai penyiasat, forensik sehingga Pak Guard dan orang ramai harus akur bahawa mangsa mati mengejut. Maka, apa perlunya bukti dan saksi lagi? Darah tu mungkin sebab ada pelajar terbersalin disitu ataupun ada org sembelih babi sebab tempat sembelih dah kena roboh. Takpun, ada org kena rompak lalu tetikam pisau kat tengkuk atau ditetak lengannya oleh si perompak. Atau darah peserta Demo kena canister bom asap. Susah2, darah pesakit H1N1 tertumpah kat situ.

Nasib baik, darahnya tak menyembur satu pejabat. Kalo macamtu, sebenarnya babi dah kena C4. Itu je! Malaysia ni kan macam2 boleh! Maka, walhasilnya 1 Malaysia dah kena tipu! Rasuah diutamakan, Rakyat dibodohkan!

Korang bacalah pelawak pencacai BN ni punya statement dan pemikiran kat bawah ni, malas aku nak cakap! UMngok ler katakan.

Era Najib Altantuya: Lawak bodoh Menteri Wilayah
Difailkan di bawah:
Berita Semasa, Isu Semasa — Label:, , , — sesamaislam @ 9:13 am

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin buat lawak lagi. Beberapa hari lalu beliau mendakwa para peniaga di Kuala Lumpur kerugian antara RM100 juta hingga RM200 juta angkara kekecohan yang berlaku pada Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos lalu.

Bagaimanapun dalam kenyataannya kepada Malaysiakini 6 Ogos lalu, Nong Chik mendakwa kerugian yang ditaksirkan hanyalah RM20 juta sahaja.

Bagaimanapun beliau yang mahir mengajak wanita untuk mengikutnya ke tandas menambah beberapa impak negatif lain daripada kesan demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu, iaitu kehilangan pendapatan akibat pelancong tidak datang dan pelabur asing enggan melabur.

“Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.

“Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya (RM100 juta hingga RM200 juta), termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.

“Pelabur asing pun enggan datang,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Begitulah mudahnya ahli korporat Umno itu membuat congakan kerugian seperti mana mudahnya pemimpin-pemimpin Umno menghabiskan ratusan juta peruntukan pembangunan kerajaan bagi projek-projek membazir. Buktinya? Lihat sajalah apa yang dilakukan Dato’ Idris Jusoh ketika menerajui kerajaan negeri Terengganu.

Memang menghairankan mengapakah ekonomi negara kita ini begitu sensitif pada pandangan peniaga, pelancong dan pelabur. Hanya dengan demonstrasi selama tiga jam negara sudah menerima kesan ekonomi yang teruk. Itu belum dikira kesan kejatuhan sistem kewangan ekonomi global!

Di negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, demonstrasi kerap berlaku. Malah di Thailand demonstrasi berlangsung berminggu-minggu hingga berbulan-bulan. Di Indonesia, bukan sahaja demonstrasi malah letupan bom menggegarkan ibu kota Jakarta dan bandar pelancongan Bali.

Bagaimanapun tidak pula menteri di dua buah negara itu sibuk-sibuk mengumpulkan tuntutan daripada para peniaga untuk diserahkan kepada penganjur demonstrasi ataupun rangkaian al-Qaeda dan Jamaah Islamiah yang didakwa sebagai dalang insiden letupan bom itu.

Kerja-kerja lawak ini hanya dilakukan oleh menteri-menteri BN yang sudah kehilangan modal untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Jika Raja Nong Chik benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di ibu kota beliau sepatutnya meminta mereka mengemukakan tuntutan kepada pihak polis khususnya FRU yang bertindak semberono mengkucar-kacirkan perhimpunan aman itu dengan cota, seni pertempuran tanpa senjata dan semburan meriam air.

Malah ada saksi-saksi yang melihat bagaimana trak meriam air FRU secara berwewenang dihalakan ke gerai, warung dan restoran tempat orang ramai menjamu selera. Kucar-kacir pada hari itu bukan disebabkan para demonstran, tetapi berpunca daripada sikap tidak bertoleransi polis (zero tolerance) yang pastinya datang daripada arahan orang politik.
Nong Chik dengan mudah menafikan kemungkinan kerajaan untuk membayar kerugian peniaga.
“Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Siapa sebenarnya tidak bertanggung jawab? Demonstran atau polis yang di bawah kuasa kerajaan?

Pihak mana sebenarnya yang menyekat laluan masuk ke ibu kota, menyebabkan kesesakan lalulintas dan mengganggu kelancaran himpunan aman itu jika tidak polis. Dan pihak mana pula yang mengarahkan polis untuk tidak bersikap toleran jika bukan Kementerian Dalam Negeri yang diterajui Hishamuddin Hussein, Naib Presiden Umno?

Nong Chik kononnya mahu menjadi pemudahcara bagi para peniaga yang kerugian. Kalau sekadar jadi pemudahcara, serah sajalah perkara itu kepada mana-mana NGO. Buatlah kerja lain yang lebih berfaedah untuk penduduk di Wilayah Persekutuan.

Seperkara lagi, tolonglah jangan menutup jalan-jalan di ibu kota untuk apa-apa raptai sempena Hari Kebangsaan, Hari Wilayah, Le Tour De Langkawi dan sebagainya. Kadang-kadang tempoh penutupan jalan itu lebih lama daripada demonstrasi anti-ISA.

Tindakan ini akan menyebabkan para peniaga di ibu kota kerugian ratusan juta ringgit, para pelancong enggan datang berkunjung dan para pelabur tidak mahu melabur. Itu ikut teori ekonomi mudah Raja Nong Chik!

- tajdid

1 comment:

  1. Bagitulah adanya tahap pemikiran menteri2 1 Malaysia. Kalau menteri2 cerdik lawan tokeh pulak nanti, jadi lantiklah menteri cap ayam, cap keris dan cap burung kakak tua...merapu meraban cakap tak ada fakta, depa ingat rakyat ni bodoh. Lagi banyak menteri2 ni bercakap lagi terserlah kebanggangannya (membodohkan rakyat).

    ReplyDelete