Edisi 2: Siapa Nak Jawab?: Semua ini di Johor Darul Umno
1. penutupan Sekolah Rendah Agama Negeri Johor
Sekolah-sekolah yang terbabit adalah:
1. Sekolah Agama Darul Ulum Sungai Mati, Muar.
2. Sekolah Agama Waddin, Kampung Melayu, Majidee.
3. Sekolah Agama Jawahir Al-Ulum.
4. Sekolah Agama Khairiah Islamiah, Mersing.
5. Sekolah Agama Tanwiriah, Parit Jawa.
6. Sekolah Agama Lughatul Arabiah, Tangkak.
7. Sekolah Rendah Agama Tanwiriah.
Pada 17 November 1995, Pendaftar Sekolah-Sekolah Agama Jabatan Agama Johor, Mohd Tahir Shamsudin menghantar surat kepada pengetua-pengetua sekolah berkenaan mengucapkan tahniah atas penubuhan sekolah tersebut. Pada 25 Januari 2003, orang yang sama mengarahkan sekolah ditutup.
Beliau kini Mufti Negeri Johor. Sebab penutupan atas arahan Kerajaan Negeri Johor.
2. Penutupan operasi Amanah Saham Johor (ASJ).
Ia ditawarkan kepada orang Melayu semasa pelancarannya 15 Mei 1992 pada harga RM1 seunit. Sehingga tahun 2002, seramai 125,554 orang Melayu Johor menyertainya dengan saiz unitnya sebanyak 300 juta.
Ketika mula dilancarkan, Menteri Besar Johor, Dato' Abd Ghani Othman sangat optimis ia akan mencecah RM5 seunit. Sebaliknya, hingga tahun 1997 sahaja, nilainya tinggal 18 sen seunit. Seramai 4,000 pelabur menyertai ASJ dengan meminjam di bank dengan nilai 71 juta unit. Sebahagiannya menjadi bankrap. Kini, ASJ lingkup.
Penyerahan Sekolah Menengah Agama Johor (SMA).
Tawaran untuk menyerahkan SMA kepada Kerajaan Pusat melalui pendaftaran di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bermula tahun 2005. Ia membabitkan 22 sekolah seluruh Johor.
Alasan utama, Kerajaan BN Johor tidak mampu lagi membiayai kos operasinya. Sekolah Agama Rakyat di Johor sebahagiannya telah gulung tikar kerana pemberhentian geran perkapita zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri tahun 2002; penyerahan 22 buah SMA pula adalah tragedi paling malang! Johor yang terkenal, kononnya, dengan model pendidikan Islam, kini sudah tidak punya apa-apa lagi.
3. Cuti hari Jumaat kepada hari Ahad.
Semenjak sebelum merdeka, rakyat Johor bercuti pada hari Jumaat. Pada zaman penjajahan pun ia tidak diusik. Ketika penghujung pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar Johor (1986–1995), beliau tidak semena-semena mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu dari Jumaat kepada hari Ahad.
Bantahan luar biasa rakyat Johor termasuk dari istana, tidak dipedulikan. Inilah jasa terbesar Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika ini kepada umat Islam Johor.
4. Nasib peneroka Felda Cahaya Baru.
Masai Felda Cahaya Baru dibuka tahun 1960 dan menempatkan 431 peneroka Felda yang ditanam getah. Tahun 1990, tercetus idea membangunkan kawasan felda berkenaan yang diterajui pimpinan Umno tempatan dengan restu Menteri Besar Johor ketika itu, Muhyiddin Yassin.
Syarikat Cahaya Baru Development Berhad (CBDB) ditubuhkan tahun 1995 dan peneroka dijanjikan pampasan sebanyak RM1.2 juta hingga RM1.4juta.Tanah peneroka telah dikaveat dan mereka diperdaya menanda tangani surat wakil kuasa (power attorney) sedangkan pampasan yang diterima hanya setakat RM120,000 sahaja. Sampai hari ini peneroka menunggu seperti buah yang tidak gugur.
Peneroka Felda Cahaya Baru hilang tanah dan menjadi miskin!
5.Public Utilities Board (PUB) - Lembaga Awam Singapura Empangan Linggi.
Dibina pada tahun 1988 dan siap tahun 1994 di zaman Muhyiddin Yassin Menteri Besar Johor. Ia melibatkan tanah seluas 21,600 hektar sebagai kawasan tadahan air milik Singapura dengan kapasiti simpanan air 763 juta kubik meter padu. Terletak di Jalan Kota Tinggi Kluang yang berdekatan Bandar Tenggara. Empangan ini melibatkan tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang dan Mersing dan berada dalan koordinat 0 yang strategik dari sudut keselamatan.
Pembinaannya dibantah oleh PAS dan banyak NGO. Ia terletak berhampiran penempatan Melayu terbesar di Johor. Kawasan yang begitu luas diberi dan sejauh mana hasil balak yang dikeluarkan telah memberi manfaat rakyat negeri Johor yang dikatakan nilainya berbilion ringgit.Kezaliman ke atas penduduk Melayu Kg Plentong Tengah, Pasir Gudang (Penduduk meneroka tanah berkenaan pada tahun 1985 apabila dimaklumkan tanah tersebut tiada pemilik.
Bagaimanapun syarikat Mosbert, Jet Ace Company dan kemudiannya Oakfield mengaku sebagai empunya tanah berkenaan. Seterusnya Oakfield menjual tanah tersebut kepada Bukit Lenang Development Sdn Bhd. Sebanyak 310 rumah yang dimiliki seratus peratus orang Melayu telah dirobohkan oleh pemaju yang menang tuntutannya di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 16 Oktober 2008.
Pemimpin Umno Johor dan bahagian Pasir Gudang yang diketuai Dato' Khaled Nordin berlepas tangan manakala Menteri Besar mendakwa penduduk adalah setinggan dan wajar keluar dari tanah berkenaan.Tiada pampasan yang wajar dan segala janji-janji untuk diberi penempatan semula sampai hari ini tidak dikotakan. Nasib mereka teramat jauh lebih teruk dilayan jika dibandingkan dengan 23 keluarga India di Kg Buah Pala!
lahai negeri ku. isu ni dah lama kami tau. probnya org melayu johor yg di kpg dan difelda cukup kuat iman bertuhankan UMNO. Senang jer UMNO nak jaga melayu johor. Sogok jer lah bantuan dan janji pembangunan. Semua cair. Yg dak muda plak bagi jersey, bola dan belanja minum semuanya akan ok...UMNO DULU KINI DAN SELAMANYA.
ReplyDeleteBetul tu!
ReplyDeleteCuma nak ingatkan balik pada yg dah lupa dan yg belum tahu.
Tq.