Tuesday, February 9, 2010

MB Kudeta @ Mahkamah @ diraja menang vs MB Rakyat???

Isu Keputusan Mahkamah : Apa Pandangan Pimpinan PAS?

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziztu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti. Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya. Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka. Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya. - harakahdily

Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukan Noktah

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berputus asa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang."Kita sudah jangka keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak dari awal lagi."Berdasarkan rekod kes-kes besar sebelum ini, keputusan mahkamah memang tidak memihak kepada PR. Sebab itu kita tidak kecewa dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.Mahkamah memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apa yang berlaku di Perak akan menguatkan lagi sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang."Rakyat akan bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Nizar. PR perlu terus berusaha dan kekalkan sokongan yang sedia ada bagi memastikan kemenangan mutlak mereka di Perak pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata rakyat Perak amat kecewa dengan keputusan mahkamah itu."Ramai yang kecewa dengan keputusan hari ini. Mereka berharap sistem perundangan di negara ini dapat memberi keputusan yang sebaliknya kerana kes ini tertangguh agak lama," katanya. Oleh itu, beliau berkata pihak polis wajar membenarkan rakyat mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda protes mereka."Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan membubarkan DUN Perak. Biar rakyat buat keputusan dan pilih siapa pemimpin yang layak menjadi pemerintah," ujarnya. -MSTAR

Ulasan GB

Hanya dua orang pimpinan PAS yang ada membuat ulasan. Hmmm... Yang seorang lagi pulak, adui. Stail ulasan dia sama macam UMNO. Cuba baca:"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak."
Patutlah ramai orang kata Kedah akan jatuh ke tangn BN tak lama lagi.

* Pandangan aku pulak "No Komen". Sendiri Mau Ingat!
Lawan tetap Lawan!!!!
Allahu Akbar!!!

1 comment:

  1. ingatlah pada tuhan, ini semua ketentuannya, pas parti yang perjuangkan islam, mahkamah sebagai perantara, semuanya atas kehendak Yang Maha Esa...akuilah wahai bangsa ku

    ReplyDelete