Showing posts with label Isu rasuah. Show all posts
Showing posts with label Isu rasuah. Show all posts

Monday, November 16, 2009

Bai'ah, Sponsor Haji dan Rasuah Umno !!!

Berita dari Blog Tulang Besi :

Apa itu Bai'aah Taklik.. UMNGOK Dah Jadi Bodoh la...!

Hari ni saya mendapat panggilan telefon dari seorang wartawan dari Malaysiakini. Saya berterima kasih terhadap panggilan tersebut. Beliau telah menulis sebuah artikel berdasarkan temu bual beliau dengan saya yang berlangsung tidak lebih dari 10 minit kerana kesibukan saya (minta maaf pada Malaysiakini). Artikel beliau boleh di baca di sini.

Saya dilaporkan berkata :
Sebenarnya panjang lagi yang saya katakan tapi mungkin tidak dimasukkan kerana tidak mahu artikel itu menjadi panjang.

Butir2 Penting Dalam Temubual Saya

Izinkan saya menyenaraikan butir-butir penting yang terkandung dalam temubual saya yang tidak dapat dimasukkan dalam artikel Malaysiakini tersebut kerana saya rasa mereka tidak mahu artikel tersebut menjadi panjang sangat :
  1. Saya menyokong penuh Baiaah Taalik ini. Kalaupun ianya bunyi seperti zalim tapi ianya KEPERLUAN memandangkan keadaan yang "Dharurat".
  2. Tujuan Baaiah Taalik ini adalah memerangi politik wang Barisan Nasional. Dengan adanya baaiah ini, maka iman para wakil2 rakyat PAS lebih terjamin dari segi kekuatan melawan godaan syaitan.
  3. Kiranya Barisan Nasional setuju berhenti dari amalan politik wang, nescaya PAS pun akan berhenti amalan ini.
  4. Setakat ini tiada seorang pun isteri kepada wakil-wakil rakyat PAS yang telah tercerai taalik hasil dari Baiaah ini.
  5. Ianya jelas senjata yang ampuh memerangi politik wang Barisan Nasional serta percubaan mereka membeli wakil2 rakyat PAS.
  6. Pemimpin PAS tidak sepatutnya malu dengan perkara ini kerana ianya diadakan atas dasar terpaksa dan ada keperluan yang serius. Bukannya Baiaah ini diadakan saja-saja atau suka-suka tetapi bertujuan memelihara amanah rakyat dan ahli pada wakil-wakil rakyat mereka.
  7. Sepatutnya yang dimarahi adalah amalan politik wang Barisan Nasional, bukan baiaah taalik PAS ini. Sumbernya adalah perangai Barisan Nasional dengan politik wang mereka.
  8. Sebenarnya BN bengang. Dengan adanya Baaiah Taalik ni, rancangan mereka untuk menjatuhkan kerajan PAS Kelantan selepas 2004 gagal segagal-gagalnya. Sekarang pun sama.
HAHAHAHAHAHAHA...!!!

Percubaan Membeli Wakil2 Rakyat PAS ni Dah Lama

Waktu saya berkempen di Pilihanraya Kecil DUN Asahan sekitar 1996, saya telah ditempatkan di sebuah rumah bersama-sama dengan ADUN Wakaf Baru pada masa itu bernama Hj Ramli.

Waktu itu heboh cerita Ku Li sedang cuba membeli ADUN PAS untuk melompat ke UMNO supaya kerajaan PAS Kelantan tumbang. Waktu itu, sebelum pilihanraya Pulai Chondong.

Nama Hj Ramli ini pada mulanya telah disebut oleh Tok Guru sebagai salah seorang yang didatangi orang untuk membeli beliau supaya melompat ke UMNO. Tapi Hj Ramli kata kalau dia terima tiga juta ni nanti seluruh keturunan dia akan dimaki dan dikeji orang dengan perkataan "Menate Tigo Juto".

Takdir Allah SWT selang beberapa hari setelah Tok Guru membuat pengisytiharan tersebut, saya bertemu sendiri dengan Hj Ramli sewaktu Pilihanraya Kecil DUN Bukit Asahan yang mana calon PAS yang awalnya telah meninggal dunia.

Hj Ramli menceritakan pada saya, orang yang dihantar itu kemungkinan orang Tengku Razaleigh dan dia datang rumah Haji Ramli pada pukul 3 pagi. Dalam dia berborak dia berkata takkah Hj Ramli merasakan dirinya berharga 2 atau 3 juta.

Tapi, Hj Ramli Wakaf Baru terus menolak tanpa ragu2 dan orang itu kelam kabut lari.

Contoh kedua adalah waktu kempen 2004. PAS Johor berjaya menangkap secara jelas 2 orang wakil UMNO yang sedang cuba membeli calon PAS supaya menarik diri.

Dan banyak lagi percubaan2 yang di buat UMNO menjadikan baiaah taalik ini satu keperluan, bukan sebab kita suka-suka nak buat.


Orang Sponsor Tok Guru Naik Haji


Kalau pergi haji pun jadi masalah baik tak payah lakukan Wahai Tuan Guru yang kami sanjung. Tapi bagi UMNO nak pergi Mekah guna wang rakyat pun takpe lepas tu kecohkan dalam Media macam PM dia sorang yang paling alim dalam dunia ni.. Kahak Thuih UMNGOK..!


Saya juga ditanya berkenaan dengan tajaan haji Tok Guru Nik Aziz. Saya kata, kalau ada rasuah sila buat laporan pada SPRM. Apa nak susah.

Kalau saya ada duit pun saya akan sponsor Tok Guru ke Mekah dan Madinah. Semua ahli PAS dan penyokong PAS bersemangat begitu.

Kepada kepimpinan PAS, tak perlu nak menyorok atau nak malu. Terus terang sahaja. Kita tak paksa ahli kita jadi calon pilihanraya. Kalau mereka tak setuju dengan baiaah tersebut, maka mereka boleh pergi dan tidak menjadi calon PAS.

Kepada orang2 yang komplen pasal Baiaah Taalik ni, berhenti komplen. Kalau kau tak suka cara ini, cuba bagi satu cara lain yang mampu membanteras UMNO/BN dari membeli wakil2 rakyat PAS.

Keadilan dan DAP pun mesti lakukan baiaah taklik ini, pada pendapat saya.

Wallahualam bissawab
Tulang Besi

( UMNGOK Kecoh pasal penajaan Haji Tuan Guru Nik Aziz. Selidik dulu Masa Mahathir pergi ke Mekah siapa yang sponsor pulak. Sampai buat liputan kecoh satu Malaysia... perangai UMNO sekarang lebih hina dari peminta sedekah )


* Aku plak nak tambah, TGNA gaji dan elaunnya dipotong tiap bulan dan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta infak pada parti pun dah bernilai ratusan ribu. Satu sen tak guna duit rakyat dan kerajaan walaupun Menteri Besar ada peruntukan untuk melancong atau pergi Mekah setiap tahun.

Dia cuma nak menunaikan hajat orang yg dah bertahun2 mahu pergi bersama beliau. Pergi membawa Tok Guru beribadah di Mekah lebih tinggi nilai pahalanya kepada yang mampu dari sponsor pemimpin ke Disneyland atau ke Mekah menggunakan duit kerajaan dan rakyat, lepas tu dijaja ibadah yg dibuat ke seluruh Malaysia.

Bukan ini ke amalan ahli perniagaan 1 MALAYSIA, bila mampu & rezeki lebih, hantar org pergi haji & Umrah pada org alim dan yg kurang kemampuan.

Tapi takpe, Tok guru tetap akan pergi haji tahun depan, samada di sponsor atau dgn duit sendiri. Kalo ada yg takut dijadikan isu nak sponsor Tok Guru, meh kita pakat ramai2 kongsi derma hantarkan Tok Guru kita pergi haji. Semoga dpt Haji yg mabrur.

Dlm islam pun tak larang hantar orang pergi haji. Mufti Umno Perak, DS Harussani pun dah jelaskan tak salah pergi haji atas tajaan orang. Kalo nak jaga persepsi sgt, tak jadi kerja layan org Umngok ni.

Baca plak kat bawah ni dari Blog Kedah Lanie!!!

16 November 2009

Kalau PR Bukan Main Kalut Hangpa.. tapi Kes hangpa Simpan Dalam Spenda Semua...

oleh AnakKedah


Yang Nie hangpa kalut..Oklaaaa 1 -0

TAPI yang Nie..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhtjqE6F4QdTi_mSiKJk_lGPUqlIRExPC4MZaD8kTbeTVNxD8KTBNgjlhxX6Dx0AaWjhmONGns9dxU4NKyLHZAzDvNtxMMrKfy_fHWtmVUPSwXDkzJNXSVjzSuQ9xVS1zONtkC02uRpS5A/s400/bn+project.jpg
1-1
yang nie..
http://kelantan.jkr.gov.my/pdf/pdf_britasmsa/020609_stadiumgbadak_runtuh.jpg
2-1
3-1

nak lagi kee... dah 3-1 dah nie... awat yang nie hangpa tak pulon sama pie belarak ramai-ramai... nak lagi ok masa kecederaan satu lagi gol...

4-1

Itu baru 4 - 1. Kalo betul2 telus nak disenaraikan oleh SPRM rasuah dari Kedah ke Johor sampai ke Sabah Sarawak, 4000 - 1. Itu pun yg satu tu belum tentu ada kes.

Ada MB kita tu boleh paksa anak syarikat kerajaan negeri sponsor 1 keluarga termasuk orang gaji beliau pergi ke Disneyland dgn kos jutaan ringgit. Buta ke? Pahala apa dapat? Wahai pemimpin2, pertahankanlah Tok Guru tu! jgn biar dia tangkis sorang2. Tak sampai hati aku tengok gambar sedih dia yg kat atas tu. Laknat sungguh Umno Kelantan. Tak cukup dgn isu fitnah Hussam Musa, skrg Tok Guru plak ko buat naya.

Semoga allah membalas hati busuk korang!

Thursday, July 16, 2009

Kecoh!!! Permainan Politik sehingga mengorbankan nyawa???



Terkejut dan sedih aku mendengar berita terkini yg dikeluarkan oleh Malaysiakini!!!.

Kekecohan yg berlaku akibat dari permainan Politik BN dan Pakatan Rakyat yg dikeruhkan dgn tindakan penggeledahan oleh SPRM terhadap beberapa Exco PR dari parti DAP hasil dari khabar angin dan tuduhan umum pihak tertentu baik dari PR dan juga BN akhirnya berakhir dgn kematian mengejut Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah. Penjelasan dari pihak penyiasatan SPR amat diperlukan bagi menjelaskan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan pihak SPR merupakan pihak yg dilihat kali terakhir bersama beliau bagi tujuan soal siasat sebelum kejadian terbabit berlaku dan sepatutnya SPR harus tampil dan bertanggungjawab memberi penjelasan diatas kejadian terbabit.

Sampai begitu sekali kesudahan kes ini! Saya dan ramai pihak percaya bahawa kematian ini bukan disebabkan membunuh diri dan berharap pihak polis dapat menyiasat dgn lebih terperinci berhubung kes terbabit. Saya juga berharap kes ini tidak akan berakhir selagi pihak yg bertanggung jawab tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah walau siapa pun yg menjadi dalangnya. Saya juga berharap tidak ada pihak2 tertentu yg terpaksa dijadikan kambing hitam untuk menutup kes kematian terbabit kerana ia melibatkan nyawa.

Bagi pihak keluarga beliau serta penyokong diluar sana, saya disini ingin merakamkan ucapan takziah diatas kematian beliau itu dan mengharapkan beliau akan mendapat tindakan dan pembelaan sewajarnya demi keadilan seluruh rakyat Malaysia. Saya juga memohon kepada ahli2 politik serta aktivis dan rakyat secara umumnya agar lebih berhati2 didalam setiap tindak tanduk dan berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga kerana macam-macam perkara boleh berlaku dalam dunia hari ini.

Saya juga berharap iklim politik di Malaysia ini tidak akan menjadi korup, zalim dan hilang perikemanusiaan seperti apa yg berlaku di negara seperti Thailand, India, Pakistan, Iraq dan lain2 negara yg bergolak politiknya, penuh muslihat dan konspirasi serta dilihat semakin kejam dan berleluasa walaupun terdapat tanda2 kemungkinan seperti ini berlaku. Saya berharap negara kita akan lebih positif kearah kebaikan pada masa hadapan demi anak cucu kita.
Sila rujuk artikel yg dipetik dari Malaysiakini dibawah. :

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM
Jul 16, 09 5:20pm


Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia."(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.