Showing posts with label Manek Urai. Show all posts
Showing posts with label Manek Urai. Show all posts

Wednesday, July 15, 2009

Kisah2 dan tragedi disebalik PRK Manek Urai!

Aku nak citer skt psl kisah PRK Manek Urai yg baru2 ni terutama pergaduhan tercetus melibatkan Umno PAS. Sebelum tu, aku nak bagi pandangan yg boleh dikongsikan berkenaan PRK Manek Urai yg boleh dijadikan renungan oleh semua pemimpin dan penyokong.



Strategi SPR buat waktu kerja kurang berkesan akhirnya. Nasib baik TGNA bijak bagi cuti umum last minute. Sbb pengundi muda yg sokong PR ni kerja di bandar atau diluar. Lepas tu dia pandai kilaskan balik main point Muhyidin nak gula2kan pengundi Manek Urai dgn jambatan. Cuma masih ada sebahagian pengundi atas pagar masih terperangkap dgn janji manis UBN ni. Aku memang dah tahu orang Umno ni pandai janji dan pujuk rayu sejak dari kecik lagi. Boleh cair kita dibuatnya! Kalah org direct selling ke MLM dgn ayat diorg ni.

SB dan SPR serta puak Umno dah rancang strategi sulit manipulasikan undian sejak 2 -3 bln dulu lagi. Logik ke hari bekerja peratus undi mencatatkan 87% dan antara peratusan yg tertinggi pada masa ini. Orang gila, banduan, cacat, tua, OKU, orang merantau, orang dalam kubur pun kebanyakan boleh datang mengundi. Dahsyat beb! Sogokan rasuah wang dan janji politik yg banyak pun Pas masih boleh menang lagi. Alhamdulillah! Syukor kepada allah. Pas macamanapun kena buat Post Mortem balik dan kalo boleh, upgradekan jambatan tu ke 2 lorong sbb Kelantan dah agak stabil kewangannya setelah 20 thn lebih memerintah. Jgn harap kerajaan pusat melalui JKR negeri. x boleh pakai dan makan gaji buta je. Kita ikhtiarlah sendiri. Kalo boleh gotong royong dgn bantuan kontraktor tempatan, mungkin 6-7 juta jadi x sampai 1 juta.

Penyokong Pas mungkin faham perjuangan islam dan keredhaan allah. Tapi, penyokong atas pagar dan yg muda ni macamana pulak? mereka nak jugak kemajuan, kebajikan dan kemudahan infrastruktur dibela dan diberi perhatian. X gitu!. Di samping itu, saya nak merayu pihak pimpinan Pas, tolong hentikan sebarang idea berkenaan perpaduan ni yg boleh mengundang perpecahan dan kalo boleh kita kuatkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat serta utamakan calon dari kawasan sendiri. sebaik2nya. Bukan nak mempertikaikan calon yg ada sbb dia memang baik dan bagus, cuma nak bangkitkan semangat jentera Pas kawasan terbabit dan ada semangat 'Kekitaan' dalam diri diorg.

Korang bacalah artikel yg aku paste dari Kelab Greenbok kat bawah ni, sapa yg provok sapa? sapa pulak yg tercedera? Orang Pas ke orang Umno sebenarnya? Sapa yg kena tangkap? Kalo dah nama pencacai tu pencacai gak!

Wallahu A'lam!

P/s : Nasib baik TGNA masih ada. Kalo tak, tak tau apa jadi kat Pas sekarang ni. Rindu plak dgn Arwah Ustaz Fadhil Noor. Sedih bila tgk peristiwa dia meninggal dunia dan dikebumikan. Lautan manusia. Kalo nak ingatkan balik memori kita, rujuk artikel di blog Al Bakistani, http://g-82.blogspot.com/2009/07/terlalu-rindukan-ustaz-fadzil-noor.html

MANEK URAI : Propaganda Kecederaan Untuk Burukkan PAS

Sejam lebih sahaja aku posting kisah tpm dakwa PAS yang mula kan dahulu punca pergaduhan semalam, baru sahaja dapat SMS dan panggilan telefon mengenai kisah sebenar semalam.

Menurut pemanggil tersebut, beliau ada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, sempat mengambil gambar video... yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, ...Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila dan TPM, IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.

Kejadian yang berlaku semalam yang melibatkan petugas PAS telah pun dibuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai No 001811/09 yang mana Pemuda Pas Kawasan Merbok bernama Shahrudin Yahya telah cedera di kepala akibat balingan batu.Manakala seorang lagi yang menjadi mangsa kejadian semalam ialah Muslimat dari Perak iaitu Nadia bt Mohamad Kamil mengalami kecederaan teruk di dagu, masih di rawat di Hospital Kuala Krai, Wad Kenari Katil No 24. Salinan No Report Polis masih belum diperolehi.

Kenapa kejadian ini tiada dalam laporan di media UMNO, tak perlu jawap.. semua dah ada jawapan sendiri... apa pun, demi nak mengelak daripada tuduhan orang awam mengenai kejadian semalam, maka dengan muka tak tahu malu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan pembohongan besar dengan membuatkan lakonan semula yang mengatakan Puteri UMNO mengalami kecederaan akibat serangan balingan batu dan botol air semalam.Sedangkan mangsa sebenar yang ada report polis, yang terlantar di hospital didiamkan... Itulah budaya UMNO... sama semacam seiras budaya zionis... cukuplah... hentikanlah wacana ilmu, hentikan kerajaan perpaduan, lihatlah apa yang terjadi pada ahli dan petugas PAS, pimpinan yang berminat dengan Kerajaan Perpaduan tidak merasai ini semua, tetapi kami yang dibawah ini cukup menderita akibat dari sikap dan tingkah laku UMNO.... - manjongmari

TRAGEDI MANEK URAI – APA YANG KITA TIDAK TAHU

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan. Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi.

Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital.

Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula’ yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai.

Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai.
TAHNIAH ABE UJI.
-wfauzdin

Timbalan Perdana Menteri kecewa dengan kata-kata kesat penyokong PAS.. itu katanya.. tapi aku tengok dalam TV semalam dia dengan manis muka dok pi salam dengan penyokong PAS OK aja.. salah seorangnya yang nampak seorang pemandu kereta Proton Saga Putih siap bendera PAS berkibar dekat belakang...Pujuk sudah, terang sudah, nasihat sudah, melawat sudah, serba serbi sudah, duit jangan cerita berapa banyak yang dah ditaburkan....apa kira pun dah habis segala usaha... tup-tup kalah dengan 65 undi.... mana hati tak panas....Maka nak lepaskan geram maka keluarlah kata-kata ini..."Muhyiddin berkata, masalah itu timbul selepas Pas melanggar arahan tersebut terlebih dahulu."Jadi kalau BN tak buat, semangat orang BN akan berkurang, jadi mereka kembali bersemangat. Kalau pihak di sana (Pas) tidak mulakan, kawasan itu akan menjadi tenteram. Cerita seterusnya di utusan.

Senang sungguh jawapan yang keluar dari mulut seorang TPM, betui ka pentokong PAS yang mulai dulu, ada bukti.... cakap membuat tuduhan memang senang.... mengapa PRK di Penanti tak ada kekecohan, sampai polis yang bertugas pun boleh terlelap....... jadi snediri mau fikir sebelum cakap-.......sapa pun boleh cakap....Awak tu TPM.... janganlah buat kenyataan yang paling bangang dan bengappppp.
- manjongmari

Monday, July 13, 2009

Nik Aziz - Tokoh Politik islam yg bijak dalam strategi Politik!!!


Ramai orang sering dan cuba mempertikaikan kehebatan dan ketajaman pemikiran beliau didalam mengulas, menganalisa serta melaksanakan strategi politik bagi menentang puak politik zalim dan tidak bertamadun UBN bersama jentera2 kerajaan dan media yg sering disalahgunakan. Ada yg menuduhnya dgn pelbagai panggilan buruk dan mencercanya serta mengutuk beliau sudah nyanyuk dan sebagainya.


Tapi aku sedikit pun tak pernah ragu sejak dari dahulu lagi dan mempercayai sepenuhnya ketajaman pemikiran TGNA dalam menentang lawan politik mereka, puak UBN sejak PAS disingkirkan dari Parti Perikatan dan alhamdulillah membawa Pas dengan jayanya atas slogan dan tema 'Membangun bersama Ulama' yg akhirnya berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan selama lebih 2 dekad dan bermula kebaikan yg dilaksanakan dari situlah seterusnya rakyat telah berjaya memberikan Pakatan Rakyat memerintah 5 buah negeri sebelum kerajaan Perak dirampas cara jijik dan tidak bertamadun oleh UBN diketuai Najib.

Pimpinan yang ikhlas, takut, tawadhu' dan bersih dalam pemerintahannya dan dibantu hidayat Allah swt kerana sering membela, memperjuangkan dan berdakwah tentang Islam, sentiasa memohon keredhaan dan memanjatkan kesyukuran beliau kepada Allah dalam setiap keputusan dan perbuatannya, maka Allah telah memberikan ketajaman fikiran dalam mengenal dan membukakan hijab keburukan strategi pihak lawan agar setiap keputusan yg dibuat berjaya membantu perjuangan islam dan mematahkan taktik pihak lawan yg ingin memusnahkan PAS.


Idea dan perancangan UBN menggunakan jentera SPR bagi meminimumkan dan mengkesampingkan jumlah sokongan dan pengundi yg menyokong PAS dgn melaksanakan hari pengundian pada waktu bekerja serta meningkatkan pengundi BN menggunakan pelbagai cara didalam PRK Manek Urai telah berjaya dihidu dan dipatahkan dgn memberikan cuti umum pada hari tersebut. Maka pada hari tersebut, rakyat Kelantan berpeluang melihat perjalanan hari pengundian samada berlaku penipuan atau penyalahgunaan kuasa serta memberikan peluang pengundi berdaftar PRK MU yg tinggal disekitar negeri Kelantan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sekiranya pihak UBN cuba menggunakan kakitangan kerajaan bagi menghalalkan kerja haram mereka pada hari tersebut, ia dapat dicegah dgn pemberian cuti khas kerajaan.


Oleh yg demikian, kerajaan pusat terpaksa membayar kerja lebih masa (hari cuti) pada kakitangan yg disalahgunakan oleh mereka dan merugikan kerajaan BN sendiri. Ia juga dapat meminimumkan penggunaan peralatan dan jentera kerajaan sendiri dari disalahgunakan. TGNA disamping itu, membidas Muhyidin yg memancing undi rakyat di Manek Urai dgn membina jambatan baru sekiranya BN menang dgn memetik bahawa kerajaan BN ketika dibawah Pak Lah yg telah isytiharkan utk membina Jambatan Sultan Ismail Kedua pun masih tidak nampak bayangnya telah berjaya menutup fikiran rakyat agar tidak lagi mempercayai janji pihak BN. Jadi, sendiri fikirlah!
Sumber di rujuk dari artikel dibawah. :


Nik Aziz isytihar esok cuti umum - Malaysiakini
Jul 13, 09 11:54am

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.


Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu."Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.


Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satu ibadah". Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.



Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 13, 09 11:45am

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.


"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan. Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.


Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.


Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu.


"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya. "Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.


"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.

Tuesday, July 7, 2009

PRK Manek Urai : TGNA hentam Umno!


Manik Urai-Kempen Lawan UMNgOk supaya manusia sedar :TGNA-malaysiakini

Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataannya menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat bukan strategi untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau menyifatkan setiap kenyataannya sebagai ‘kempen’ kepada manusia dan akan dibuat sepanjang masa semata-mata kerana mahu menegakkan agama Islam.

Katanya, sekiranya tidak ada pilihan raya sekalipun, beliau akan tetap mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berceramah atau menyampaikan kuliah.

“Waktu saya buat kenyataan itu, saya buat kenyataan kerana Allah. Kempen saya kepada manusia supaya sedar. Selagi tidak turut kepada agama, manusia akan meraba dalam hidup dia dan bagaimana kita nak pastikan laluan ke syurga kalau kita tinggal agama."

“Kaitan itu (berkempen) munasabah pilihan raya, kalau tidak ada pilihan raya pun saya tetap berkempen Islam, sama saja.”

"UMNO dengan Pas baru 50 tahun (penubuhan), Islam sudah 1,500 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu percaya tindakan UMNO ‘menyentuh’ Nik Abdul Aziz dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Justeru, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang kebelakangan ini membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.
Ketika mengulas dakwaan Pas memfitnah UMNO dengan menyebarkan bahawa parti itu menolak Islam, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu adalah kenyataan dan menyifatkan UMNO bermuka-muka dalam perjuangannya.

“Tolak Islam ini sama ada secara total atau tolak secara buat-buat. Zaman Nabi ada Abdullah bin Ubai. Dia buat masjid, tapi masjid itu ditolak. (UMNO) buat Islam tetapi dalam perutnya tolak. Orang panggil munafik, tolak juga,” katanya.

Beliau meminta anak-anak Kelantan yang menjadi pengundi di Manek Urai supaya kembali mengundi dengan menyifatkan tanggungjawab itu sebagai ‘kerja agama’ dan bukannya politik.
Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.

TAKBIR!!!

Thursday, May 28, 2009

Berita menarik dan pelik sepanjang minggu!!!

Boring btl aku minggu ni x tau nak citer apa. Takde idea dan serabut kepala. Dah la rumah kena pecah, harta benda yg tak seberapa pun kena cilok. Duit dan brg kemas hilang boleh ikhtiar tapi IC, lesen, beg duit dan handphone dicuri tu yg aku frust. Pagi tu rasa mcm pelik je, tak selesa dan rasa mcm pendatang haram pun ada. Nak keluar mana pun takde duit. Keluar kat bank, kad pun takde, bawak keta, moto x kena. Nak call keluarga dan member tak boleh. Nombor pun x ingat. Sakit hati gak tapi apa boleh buat, dah bahagian kita. Mungkin esok lusa orang lain plak, redho je la!. Nasib baik laptop yg dah dibawak sampai ke pintu, ditinggalkan utk buat kenangan. Tak dikacau aku dan anak bini yg sedang tido dah kira ok ler tu, bersyukur gaklah.

Manek Urai

Cuma aku nak citer pasal Manek Urai ni. PRK ditetapkan pada 14 Julai 09, manakala penamaan calon pada 6 Julai 09. Pas tak kisah kalo nak bertanding semula. Menang kalah tu adat bertanding sbb kalah dah biasa, alhamdulillah menang pun dah biasa kat Kelantan ni. Cuma terkilan dgn Pengerusi SPR minta parti yg bertanding agar mencalonkan calon yg sihat2 belaka. Kalo secara logiknya, betullah cadangan beliau tu. Tapi masalahnya, dia bercakap selalu di atas kepentingan Umno BN. Takut kena buat pilihanraya kecil lagi ler tu! Duit kerajaan habis satu hal, duit Umno habis tu yg pening kepala. Kalo menang, ok lah jugak! tapi kalo BN kalah, panas punggung dia nak menjawab.

Itu satu hal, tapi aku tergelak terdengar Raja berudu berucap mengatakan inilah peluangnya nak mendedahkan kesilapan, di kelemahan dan keburukan PAS di Kelantan. Apa punya turr lah spesis ni. Tak mengenang budi betul !. Ibarat melepaskan anjing gila tersepit plak rasanya. Tak malu ke dia berkata mcm tu. Eh, apa dia ni ada rasa malu ker? lupa lak. Memanglah PAS dan pemimpin bukan maksum. Tapi kita ada panduan. Setiap keputusan, Nik Aziz mohon pada allah supaya diredhoi allah sebagai ketua kerajaan negeri ni. Cuma satu kelemahan yg nyata sekali dilakukan Nik Aziz yg boleh lah dikategorikan kelemahan besar oleh puak sana dan dikalangan pemimpin PAS.

Kelemahan tersebut berlaku apabila Nik Aziz yg pada mulanya enggan berkompromi utk meletakkan calon bebas cap katak mewakili PAS bertindak menerima rayuan yg dilakukan oleh calon Pas yg sepatutnya bertanding yg juga merupakan seorang alim di tempat itu setelah didesak dan dirayu menggunakan tipu helah yg dipelajari oleh beliau semasa berada didalam parti karam. Kalo itu dikatakan kelemahan, mungkin itulah jawapannya. Tapi bagi saya, ia mengingatkan tentang sirah Perjanjian Hudaibiyah dimana para sahabat mengingatkan bahawa perjanjian itu merugikan perjuangan islam dan menguntungkan puak kafir tapi allah maha mengetahui dan akhirnya hikmah dilihat bahawa ia telah menguntungkan perjuangan islam pada masa hadapan.

Bagi saya setiap keputusan yg dimohon dan diserahkan kepada allah oleh tuan guru, pasti akan ada hikmah yg diberikan oleh allah kelak sekiranya kita bersabar. Maka, terlihatlah keuntungan apabila raja berudu kelak akan berjuang habis2an bagi membela dan mengampu parti lama anutan beliau itu utk menghentam parti yg memberikannya nyawa kembali didalam politik tanahair. Dan ketika itu, saya percaya akan bertambahlah pihak2 yg menyokong PAS dan bertambah ramailah orang yang akan meluat dgn sikap dan tindak tanduknya nanti. Sekiranya beliau kembali semula kpd parti anutan beliau sebelum ini, maka ia akan lebih mengkucar -kacirkan parti tersebut dan beliau pun tidak dilihat boleh berpatah kembali ke tempat dimana dia membuang tahinya. Cuma sekarang hingga beberapa tahun lagi sahaja peluang beliau utk bermegah2, maka biarlah dia dgn labunya.

Penanti

Kita kembali semula kisah di Penanti dimana parti2 yg tidak bertanding tidak dibenarkan mengibarkan bendera masing2. Ini dilihat apabila SPR merampas bendera DAP yg berkibar sdgkan bendera Umno juga turut kelihatan di setengah2 tempat. Ada juga ditahan kerana menggunakan perkataan Altantuya oleh pihak polis. Salahkah sebut nama si mati? apakah menyebut nama simati boleh menggugat keselamatan. Terlihat dikalangan calon bebas, jelmaan hantu Altantuya (nama islamnya) telah digunakan sebagai kuda trojan BN. Pelbagai dakwaan dilakukan bagi menjatuhkan kredibiliti PKR. Dan bila kita pertikaikan, melenting dan marah plak tu seolah2 PKR negeri seolah ingin mencabar kesabaran beliau sedangkan beliaulah yg mula mengeluarkan pelbagai tohmahan kpd PKR. Kalo takut bermain ombak, jgn berumah ditepi pantai!. Media pula menganggap beliau seolah2 sebagai calon BN dgn memberikan layanan VIP terhadap beliau sedangkan 2 calon bebas lain beserta calon keadilan dianaktirikan. Aku harap jelmaan Altantuya ni depositnya tak hangus kelak. Hehehehe!!!!

Ada pula hero yg dibuang parti menghasut agar tidak mengundi pada pilhanraya kecil ini dgn pelbagai alasan sedangkan kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit termasuk iklan TV bagi menyedarkan pengundi tentang tanggungjawab mereka sebagai rakyat yg berhak utk mengundi. Kita jugak lihat, seperti satu trend bermula di PRK Permatang Pauh sehingga PRK Penanti dimana pihak polis mendirikan markas besar mereka yg digelar MainTek dan beberapa markas kecil yg dikenali sebagai Subtek yg dihuni oleh SB dan polis2 seolah keadaan darurat atau perang. Berapa juta peruntukan kementerian dalam negeri peruntukkan untuk setiap PRK? Sudah pasti ada pihak yg akan memperolehi untung atas perancangan ini? Siapa plak yg diberikan kontrak perkhidmatan tersebut? Berapa peruntukan pula bagi kerajaan mengatasi kes2 jenayah yg semakin tinggi sejak kebelakangan ini? kita fikirkan. Ada plak pihak yg membuat rombongan keluar dari negeri pada hari mengundi bertujuan mengelakkan ahli mereka keluar mengundi. Harap2 mereka tak ke Danok sudahlah! Nasib baik penjaga kotak pun tak datang membawak kotak2nya ke sini. Tak mahsyuklah katakan!!!

Bila tengok rancangan hujah dimana beliau membicarakan ttg isu rasuah. Rasa geli dan nak termuntah pun ada. Bayangkan, seorang yg dituduh terpalit dgn isu rasuah dan tiada integriti mengetuai NGO menentang rasuah malah menganggotai semula parti yg sangat terkenal dgn rasuah membicarakan tentang rasuah. Tidak kelihatan hujahnya menunjukkan beliau sgt benci rasuah tapi seolah telah menerima hakikat dan redho ttg isu rasuah ni. Kelihatan seperti mempertahankan sesuatu dan memberikan nasihat yg sekadar retorik tanpa unsur penegasan disitu. Mana taknya, konspirasi politik rasuah di Kedah, Perak, P Pinang malah Selangor serta budaya rasuah yg menggila pada mesyuarat agung Umno yg lepas tidak dibangkitkan tetapi hanya gah bercerita ttg isu lembu dan kereta di Selangor.

Isu Perak

Isu Perak bagi saya seperti yg dijangkakan dan ditegaskan pada artikel yg lalu, tiada apa lagi yg boleh diharapkan, apatah lagi utk membubarkan sidang Dun Perak. Najib dan Zam telah menggunakan segala perancangan, kemampuan serta jentera hatta mahkamah bagi mempertahankan kerajaan yg beliau bina dgn unsur ugutan dan rasuah dgn mudah hendak membiarkan kerajaan Perak dibubarkan. Rancangan yg diwar-warkan utk membubarkan dun hanya utk mengalihkan dan melemahkan semangat rakyat dan sebahagian pemimpin bagi mempertahankan kerajaan Perak dari dirampas BN. Walau didesak parti komponen hatta seluruh rakyat malaysia sekalipun, mereka tidak akan mengalah untuk membubar Dun Perak dan mengadakan Pilihanraya. IA umpama mimpi di siang hari. Bagi yg tergoda, sedarlah bahawa ia tidak akan menjadi kenyataan sedangkan mahkamah dah mengesahkan bahawa Zambry MB yg sah. Jadi, apa perlunya dan relevannya membubarkan dun dan mengadakan pilihanraya negeri? Cuma jgn mudah mengalah dan kita hendaklah terus melawan sehingga termampu menggunakan apa cara yg perlu walaupun peluangnya tipis. Sentiasa mengingatkan rakyat tentang pengkhianatan yg mereka lakukan sehingga kita bertemu kembali pada PRU ke 13 kelak.

Sekian, Wallahu A'lam, Wassalam.

Ariyos.