Showing posts with label Munafik. Show all posts
Showing posts with label Munafik. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Berhati2 kita dgn provokasi mereka!!!

Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi mengasihani!

Puak munafik ini jugalah yg telah mempermainkan kita yg telah cuba meninggalkan fahaman sempit perkauman dan agama. Membangkitkan rasa khuatir dan takut umat islam dgn pelbagai hujah dan andaian yg belum pasti terjadi serta tanpa dapat disahkan kebenarannya. Maka, melatahlah orang melayu islam termasuk golongan politik, pegawai kerajaan & agama hatta akademik islam. Maka, bergegak gempitalah NGO2 melayu dan islam diketuai dan didalangi oleh puak2 munafik dibelakangnya. Perancangan halus yg di atur rapi semenjak diharamkan penggunaan perkataan Allah oleh KDN terhadap puak Kristian ini dgn memanggil dan membuat pertemuan terhadap NGO2, ahli akademik2 serta blogger2 dgn menunjukkan niat murni dan hati ikhlas mereka agar puak2 ini dapat bersatu bagi menjalankan muslihat rancangan tipu daya mereka dgn jayanya.

Maka turut sertalah mereka berduyun2 berdemo, menyebarkan dakyah dan fitnah, membuat kertas kerja serta ijtihad mereka yg tanpa disedari telah dipergunakan dan hampir2 menjayakan tipu muslihat puak munafik ini utk menghancurkan kerjasama politik pihak musuh dan mengembalikan sokongan melayu islam serta non muslim atas sentimen agama serta ketakutan pencetusan huru hara seperti Peristiwa 13 Mei yg lalu dan kembali memberikan sokongan dan taat mereka kepada puak munafik ini seperti dahulu kala. Tetapi kebijakan ilmu mantiq dikalangan pimpinan Jamaah islam PAS yg berpengalaman mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak berhasil mengeluarkan kesepakatan pendirian yg menyanggah mereka. Maka, mereka merubah perancangan dgn menuduh Pas bukan lagi parti memperjuangkan islam tetapi puak kafir harbi sedangkan merekalah pejuang yg sebenarnya dari dulu, kini dan selamanya.

Getik aku mendengar dan melihatnya! Mereka fikir dgn hanya isu ini akan berjaya mengalihkan perhatian rakyat amnya serta Pakatan Rakyat khususnya terhadap skandal2 penyelewengan, ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rampasan kuasa, pentadbiran yg lemah dan tidak cekap, sentimen perkauman dan agama sempit dan sebagainya yg dilakukan sewenang2nya pada negara ini.
Rakyat kita tidak lagi bodoh, buta dan pekak dan tidak akan selamanya begitu. Maka saya menyeru agar bangkitlah rakyat Malaysia mengatasi tipu daya mereka yg jahil lagi sombong ini. Siapa Munafik ini, ingin kenali perangai dan sifatnya? baca artikel dibawah yg di ambil dari Blog Al Banjari. :

Terjah ajer beb..! - Siri 1 : Provokasi dari golongan munafik ?
Oleh : Mujahid Yusof Rawa

Jikalaulah benar provokasi ini dibuat oleh golongan yang marah kerana nama Allah secara keputusan mahkamahnya boleh digunakan oleh Majalah Christian Herald, saya amat kecewa kerana perbuatan membakar rumah ibadat orang lain diharamkan oleh Islam di atas prinsip “La Ikraha Fiddin” Tiada Paksaan dalam agama juga bermaksud kita tidak boleh memaksa orang lain untuk meninggalkan rumah ibadatnya apatah lagi membakarnya!Jika provokasi ini datang dari golongan Munafiq, saya tidak heran kerana mereka memang hidup segar dalam suasana begini malah dari suasana ini mereka mengambil bekalan kekuatannya.

Golongan Munafiq dalam isu ini cukup licik dalam menyusun “strategi” supaya orang ramai mengikut tempo yang mereka letakkan untuk mencapai maksud matlamat politik sempit mereka.Golongan Munafiq ini sememangnya pandai mengatur insiden-insiden bagi “mendramakan” lagi keadaan supaya orang ramai terpanggil untuk ikut serta apa yang mereka inginkan dari persepsi dan pendapat yang menguntungkan kehendak sempit mereka.Kesemua babak mesti ada jalan ceritanya, walaupun kadang-kadang bertentangan antara satu sama lain tetapi akhirnya akan berakhir dengan matlamat sempit yang membawa mesej drama “Tengok Kamilah Wiranya! Tanpa Kami keadaan akan jadi lebih buruk!”

Agak meragukan apabila hanya dengan isu pengggunaan kalimah Allah oleh satu keputusan mahkamah Tinggi yang belum berakhir perjuangan undang-undangnya, 7 gereja dan satu surau diserang! Lagipun bukankah Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang lain yang mampu mengawal suasana yang berlaku hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi?Adanya ancaman ketenteraman awam, adanya melarang sebar agama lain kepada orang Islam, adanya enakmen negeri yang sudahpun melarang penggunaan kalimat Allah kecuali Pulau Pinang, WP dan Sabah Sarawak. Bukankah ini menjadi satu buffer kepada keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari untuk mengelak insiden-insiden yang tidak diingini berlaku?Golongan Munafiq ini seoalah-olah mendapat satu “kesesuaian irama dan tempo” dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang tidak membuat penegasan bahawa mana-mana pihak dilarang berkumpul kerana sensitifnya isu ini dan menjejas ketenteraman awam seperti lazimnya skrip-skrip sebelum ini.

Lagi menghairankan ialah “restu” Perdana Menteri “1 Malaysia” yang menganggap tidak ada masalah berkumpul untuk respons kepada isu ini?Saya tidak boleh menahan daripada menganggap samada PM 1 Malaysia ini mendapat nasihat keselamatan dari SB yang “pekak” low standard makanya dia memberi “blessing” tanpa melihat konsekuensinya, ataupun PM 1 Malaysia dah tak percaya kat Ketua Polis sehingga tak pakai nasihat KP lagi!Dalam kedua-kedua keadaan jika insiden-insiden yang berlaku adalah real dan bukan drama ia melambangkan betapa “teruknya” sikap PM dan Menteri Dalam Negeri yang sudah hilang pertimbangan Keselamatan Awam. Anehnya dalam perhimpunan besar sebelum ini, Menteri KDN dan PM selalu menyebut “memelihara ketenteraman awam” tapi kali ini tiada pula pertimbangan besar ini? Pelik bukan?Sebab itu saya merasakan isu ini ada nilai-nilai dramanya ditambah dengan efeknya yang canggih supaya golongan politik sempit dan mereka yang sama waktu dengannya dapat meraih “sesuatu” dari insiden-insiden ini.Samada real atau drama,yang pasti perbuatan membakar rumah Ibadat bukan dari ajaran Islam.

Nama Allah melambangkan nama asal Allah, iaitu Ar Rahman Ar Rahim yang menurunkan Keberkahannya kepada semua manusia kerana Dia adalah Rabbul Alamin. Soal manusia “sesat” menyembahNya adalah masalah manusia bukan masalah Islam.Apakah nama Allah yang Maha Agung dan Tinggi, Al Aliyu Al Azim boleh diwajarkan oleh golongan Munafiq ini untuk membakar gereja dan surau atas nama ini hak! Lupakah kita bahawa mempertahankan hak rumah ibadat masing-masing dalam Al Haj ayat 80 adalah fitrah yang Allah campakkan kerana mahu mempertahankan diri masing-masing.Apakah jaminan jika Gereja dibakar maka Mesjid akan berasa selamat? Yang pasti Allah menuntut umat Islam memenangkan agamanya dengan Dialog, Dakwah dan Penjelasan lagipun Islam pada keyakinan saya adalah kuat hujahnya pasti Islam akan menang! Namun golongan Munafiq tidak mengetahuinya!

Cukuplah bertindak dengan nama Allah wahai golongan Munafiq, anda hanya akan memburukkan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang, anda adalah seburuk manusia yang memburukkan gambaran Islam kepada orang bukan Islam. Saya yakin perbuatan golongan Munafiq akan hancur dengan perbuatan mereka sendiri!ALLAH BERSIH DARI SEMUA PERBUATAN KAMU!

Posted by albanjari at 10:37 AM

Tuesday, June 30, 2009

Tak sesat? Habis sapa yg sesat! Xkan fitnah kot...

Nak tergelak dan rasa lucu plak aku tgk Pemuda Umno Kelantan melatah dan bikin ribut bila Tok Guru kata mereka ni buat ajaran sesat mcm Ayah Pin. Bagi aku, aku nak bakar lagi diorg nih! Umno tu ajaran sesat lagi menyesatkan! Takpun Parti Jahanam, lagi menjahanamkan ataupun parti yg rosak lagi merosakkan! Apa2 pun bagi aku sama spesis jer tu. Tapi rupanya puak ni berani le skt dari ketuanya. Kalo berani diorg macam ni mempertahankan perjuangan islam serta keadilan kan bagus. Ni tidak, nak mempertahankan Umno dan pemimpinnya yg dah busuk tu. Tak cukup dgn itu! Lepas tu, diajak nya plak TGNA berdebat dgn puaknya yg baru nak kenal dunia. Mentang2, ada Ustaz tersesat berkelulusan mesir kat dalam Puak depa. Dah nak tunjuk gah dan jadi Hero! PM 1 Malaysia pun tak berani nak menyahut. depa plak lebih sudu dari kuah. Hang gila sgt nak berdebat, pi la lawan Ustaz Nasrudin Al Tantawi serban tu, Pemimpin Pemuda Pas yg baru tu kalo berani. Salahudin pun taknak layan hang ni.

Aku dah letih nak layan keburukan pemimpin dan penyokong Umno totok ni. Kalo tak caya sekarang pun masih wujud di sesetengah kampung, penyokong PAS ni dianggap oleh puak depa macam anjing kepala buruk! Sampai pakat dgn org kampung pulaukan mereka. Dgn anak2 diorg pulaukan anak2 kita. X baginya kawan takut sesatkan pemikiran mereka. Kalo jadi jamaah masjid, mcm tunggul kita dibuatnya. Kalo nak tar depan rumah, nak mintak cop ke bantuan xdelah merasa gamaknya. Hina sangat plak rasanya jadi orang Pas ni. Kat Taman perumahan orang tua aku dulu pun ada kes mcm ni. Kat kampung pun sama. Kat Johor lagi banyak! Sampai kawan aku tu sokong Pas, tapi takut declare sampai terpaksa melepak dan jadi petugas undi utk Umno. Takut kena pulau, tak nak pecahbelahkan masyarakat dan takut timbulkan fitnah katanya.

Bukankah puak mereka ni jugalah mempermainkan ayat-ayat suci Al-Qur'an untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyokong UMNO. lantas beliau membacanya seperti berikut: "YA AI YUHALLAZI NA AMANU", kemudian Mahathir berkata, " tengok dalam Qur'an AMANU tu UMNO lah", ini perbuatan munafik dan kufur yang terang-terangan dan di sokong pula ahli-ahli UMNO. perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan kita. Tidak cukup dengan itu UMNO memperlekehkan pula Hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. maka keluarlah perkataan yang mengkufurkan Allah dari pimpinan UMNO seperti berikut:"kalau nak makan sup tangan silalah ke Kelantan", "Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan", juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan "Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah?", maka disokong pula pimpinan UMNO sendiri.

Ada kisah yg diciterkan kat aku oleh abang aku. Kejadian berlaku lebih kurang 2007 kat Perak. Kawan kita tu mmg org Pas, alim dan rajin jamaah kat Masjid. Dia ni jadi tukang azan ke siak aku tak ingat. Biasaler kalo org Pas yg blaja kat mesir pun disuruh jadi kuli kang, kalo puak depa yg tak cukup ilmu dan malas nak pi masjid pun dapat jadi Nazir, imam atau paling koman pun AJK Masjid. Dia ni plak berniaga ayam, J/K Masjid punya busuk hati boleh pergi beli ayam kat tokey cina dari beli kat dia untuk buat kenduri. Kalo kenduri rumah dia tu lantak pilah! Ini kenduri utk Majlis Maulidurrasul dan bagi orang kampung makan. X suka pun jgn le beli kat dia, beli kat penjual ayam yg lagi sorang tu. Tapi itu pun orang Pas gak. Sudahnya Tokey cina yg jauh kat pekan tu ler tempat diorang pergi beli. Sapa boleh bagi jamin tokey tu sembelih ayamnya halal, aku pun tak tau. Mengucap panjang aku! Apa anggapan orang Umno ni kat Pas ye? Sapa kafirkan sapa? Sapa pulaukan sapa? sapa pecahbelahkan masyarakat, sendiri mau ingat!

Kalo nak hujah yg biasa dibawa atau didengarkan. Aku dah banyak kali tulis dalam artikel aku ni berkaitan puak ni dan sikapnya. Tapi yg ni hujahnya simple je dari hadis sohih dan ayat Al Quran yg kita dok dengar, hafal atau baca hari2, cuma tak perati dan amalkan je. Korang bacalah sendiri kupasan isu yg aku cilok dari Blog Ustaz Al Bakistani, takpun ko boleh refer kat Harakah daily kot. :

UMNO TIDAK SESAT???

Orang Munafiq akan berusaha sedaya mampu mungkin untuk tidak menampakkan mereka sebenarnya sesat dan kufur kepada Allah
UMNO TIDAK SESAT???Utusan meroyan melaporkan;"KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng
[1]"

KOMEN:Nak tergelak bila dengar berita puak-puak UMNO kelantan buat laporan polis tentang kenyataan tok guru yang menyamakan UMNO seperti ajaran ayah pin.Kenyataan tok guru menyebut UMNO ini sesat, bukan perkara baru, malah sudah sekian lama. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah dan ceramah tok guru, pasti akan mengetahui keadaan ini.Walaupun tok guru Nik Abdul Aziz tidak bagitahu pun, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang sihat, pasti kita akan tahu bahawa UMNO ini sesat, setara dengan Ayah Pin, dan ganas setara Chin peng.
Alasannya amat senang, iaitu sabda nabi SAW

;تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya;"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kami tidak akan sesat selama berpegang dengan kedua-duanya; kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya[2]

Apakah UMNO berpegang kuat dengan Al-quran dan As-sunnah? Apakah sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam menentukan dasar politik mereka, berasaskan kepada ijtihad-ijtihad ulama yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah?Bahkan, UMNO adalah sebuah parti yang tidak berasaskan kepada fikrah islamiyyah, malah merujuk kepada semangat nasionalis melayu melebihi dari Islam. Ekoran itulah, UMNO sanggup menghaprakkan bangsa selain melayu dengan alasan nasionalis, padahal perkara ini bercanggah dengan islam.Islam menyeru manusia memberikan keadilan kepada semua bangsa, tanpa meletakkan sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding yang lain.

Firman Allah;
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌMaksudnya;"Wahai manusia !! kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah maka mengetahui lagi maha mengerti"(Surah Al-hujurat : 13)

Ketaqwaan bukan sekadar milik melayu, malah ia adalah milik semua; cina dan India ada harapan untuk menjadi taqwa. Apabila ketaqwaan itu dibataskan kepada orang melayu sahaja, sudah pasti tindakan sedemikian membataskan maksud firman Allah ini. tindakan itu merupakan kesesatan mengikut kacamata Al-Quran dan As-sunnah.

UMNO LAPOR KEPADA POLIS

Nampaknya kenyataan tok guru itu menyebabkan UMNO gelabah biawak, menyebabkan mereka terpaksa buat laporan polis.Tindakan UMNO tidak perlu dibimbangi, malah tindakan seperti ini seiras-iras tindakan munafiqin yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Maksudnya;"Sebilangan manusia, mereka mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukan orang yang beriman * mereka mahu tipu Allah dan orang-orang yang beriman. Sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari"(Surah Al-Baqarah : 8-9)
Sekian

Baca sama;http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21412&Itemid=1

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

Friday, June 19, 2009

Kemuncup dalam Perjuangan??? Renungkan.

Assalamu Alaikum dan Salam Semua!!!!

Hari Jumaat yg penuh barkah ini diharap dapat menyerikan hidup orang2 yg mengharap dan ersyukur kepada allah swt dan moga dilumpahkan kurnia kepada mereka. Bila dilihat pergolakan yg semakin panas dan tak kunjung reda ni, aku tetiba teringin plak nak baca karya Tok guru yg aku sanjungi dalam hidupku ini. Siapa lagi kalo bukan Tok Guru Nik Aziz. Takpelah, nanti aku ikhtiarkan mencari karya ini untuk dijadikan panduan.

Tapi terbaca satu artikel yg sungguh bermakna padaku. Mungkinkah artikel seperti ini seperti yg dijelaskan didalam karya tersebut atau amanat terkenal seperti Amanat Hj Hadi? Anda bacalah sendiri! Baca dengan hati yg ikhlas tanpa ada syak wasangka kerana kebanyakan rujukannya dari ayat al Quran. Tapi harus diingatkan oleh penulis iaitu :

Jika anda menghabiskan bacaan artikel ini kurang daripada 10 minit, ada baiknya anda ulang semula bacaan andai berhajat untuk meninggalkan komen.


Lama dahulu, saya menulis sebuah artikel bertajuk SOKONG ISLAM ATAU MUSLIM?

Sepatutnya tidak perlu dibezakan di antara Islam dengan Muslim. Sesiapa sahaja yang menisbahkan Islam kepada dirinya dengan Syahadah adalah Muslim. Tetapi ada kalanya, Islam boleh berada di satu lembah dan Muslim berada di suatu lembah yang lain. Tatkala Muslim hanya memakai nama Islam tetapi membelakangkan prinsip Islam, Muslim itu Muslim, tetapi ada nama baru untuknya, iaitulah MUNAFIQ.

Munafiq tidak wujud di era Islam miskin dan ditindas. Munafiq muncul mengiringi kemenangan Islam. Kemenangan datang dengan ghanimah, status, kejayaan dan prestasi… semua itu disambut oleh Muslim yang Mukmin dengan SYUKUR, tetapi disambut oleh Muslim yang Munafiq dengan KUFUR. Dibelenggu oleh penyakit hati yang memusuhi kaum yang beriman.
Nifaq itu penyakit dan Munafiq ini berpenyakit. Ia boleh berkembang dari kemunafikan peribadi, kepada kemunafikan sistem dan gagasan.

Justeru muqaddimah Surah al-Baqarah sudah pun menjelaskan apa yang perlu diberi perhatian oleh kita semua.

TELADAN SURAH AL-BAQARAH

Berkenaan kaum MUKMININ yang bertaqwa, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan dalam lima ayat yang ringkas, berterus terang dan mudah digarap oleh kita yang memerhatikannya.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:
“Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari Akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya” [al-Baqarah 2: 1-5]

Selepas menjelaskan tentang kriteria kaum MUKMININ yang berjaya, Allah Subhanahu wa Ta’aala menjelaskan pula perihal golongan yang bertentang dengan kaum Mukminin iaitu golongan KUFFAR. Penjelasannya juga mudah, ringkas dan terus menjurus kepada melakarkan garis sempadan antara keduanya.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla:
“Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah materaikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.” [al-Baqarah 2: 6-7]


Dua ayat sudah memadai pada menjelaskan perihal golongan Kuffar ini.

Namun, di antara MUKMIN dan KAFIR itu, ada sekelompok manusia yang wujud sebagai penyakit. Sebelah kakinya memperlihatkan kebersamaan mereka dengan daerah hitam, manakala sebelah kaki yang lain menonjolkan kebersamaan mereka dengan daerah yang putih. Jika Mukmin diperincikan dengan 5 ayat dan Kafir pula diperjelaskan cukup dengan 2 ayat, kaum yang merewang di antara dua daerah ini, yang digelar sebagai kaum MUNAFIQ, diperincikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala dengan ayat yang panjang lebar.

Penyakitnya berbahaya.
Permusuhannya mengelirukan.

Lalu Allah ‘Azza wa Jalla berfirman bermula daripada ayat ke-8 surah al-Baqarah hinggalah ke ayat yang ke-20, 12 ayat yang panjang lebar diperuntukkan untuk memperkatakan tentang segala tipu muslihat, kelicikan dan kebobrokan golongan ini yang sangat-sangat memudaratkan kehidupan.

Tidak cukup dengan penjelasan di Surah al-Baqarah, sebuah surah diperuntukkan khusus dengan nama golongan ini. Surah al-Munafiqun memperincikan lagi gelagat dan tindak tanduk kelompok ini yang memakai Islam di mulut dan penampilan luarannya, tetapi amat membenci golongan yang bersama dengan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Ayuh diteliti, apakah ungkapan Allah Subhanahu wa Ta’aala tentang kaum berpenyakit ini:
“Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman. Mereka menjawab: Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu? Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).
Allah (membalas) memperolok-olok dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayat.
Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.”
[Al-Baqarah 2: 8-19]

PENUH SINDIRAN

Allah Ta’aala memperkenalkan golongan ini dengan bahasa yang amat menyindir.
Adalah satu kelompok itu… atau dalam bahasa hari ini, “kamu sendiri pun tahu siapa mereka!”
Justeru dalam memperkatakan tentang kaum Munafiq ini, janganlah diacuh-acuh atau dilontarkan provokasi agar ‘tuduhan nifaq’ itu diberi nama siapa sebenarnya yang dimaksudkan. Allah Subhanahu wa Ta’aala sendiri membiarkan kelompok ini terdedah tembelang mereka tanpa nama, kerana sesungguhnya yang tidak kenal siapa Munafiq ini adalah si Munafiq itu sendiri, tatkala diberikan peringatan kepadanya agar jangan berterusan melakukan kerosakan, katanya “kami ini kaum yang membawa islah dan kebaikan!”

Tetapi cukuplah dibuat suatu penilaian, berdasarkan tentang kebejatan zahir dan batin mereka, yang didedahkan oleh Allah dengan begitu terpeinci, supaya kaum Mukmin berhati-hati. Jangan asal namanya Muslim, terus sahaja mahu diajak berkawan dan bekerjasama, tatkala yang Muslim jenis itu, ada banyak makarnya yang sudah diberitahu Tuhan.

KUFFAR

Ada pun Kuffar, biar pun mereka menolak Islam, mereka menolaknya atas kepercayaan mereka. Penolakan itu bukan suatu konspirasi yang menjadi api di dalam sekam, sebaliknya api yang tidak menyembunyikan kepanasannya. Warnanya jelas dan hala tujunya jelas.
Justeru urusan kaum Mukmin dengan Kuffar ini lebih telus.

Semasa mereka melawan, mereka mesti dilawan.
Semasa mereka mahu kepada perdamaian, ketelusan mereka terhadap apa yang mereka mahu, mesti disambut pula dengan ‘izzah kaum Muslimin, dengan menerima perdamaian yang diminta.

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman” [al-Anfaal 8: 61-62]

Biar pun Kuffar itu Kuffar, tetapi dek jelas warna luar dan dalamnya, Allah Subhanahu wa Ta’aala memberikan garis panduan interaksi kaum Mukminin dengan mereka. Dengan kesempurnaan Islam dalam menilai kawan dan lawan, kaum yang lawan itu, andai mahu mencari perdamaian, kaum Mukmin diperintahkan menerima perdamaian tersebut. Biar pun tangan yang dihulur masih dari hati yang kufur, namun jika zahirnya dinyatakan persetujuan untuk berdamai atas prinsip-prinsip utama Islam iaitu keadilan dan berlaku Ihsan, maka kecenderungan itu mesti disambut. Seterusnya bertawakkallah kepada Allah dalam erti kata, jangan putuskan pergantunganmu kepada Allah, selama engkau mencuba perdamaian dengan kaum yang KUFFAR itu.

Allah Maha Mendengar.
Alllah Maha Mengetahui.
Tatkala mereka itu ada perancangan untuk mengkhianatimu, jangan lupa pada Allah yang menjadi asas engkau menerima perdamaian itu. Ketentuan akan datang, perdamaian akan berakhir, kawan kembali menjadi lawan, kerana khianat dan makar yang jahat.
Itu dengan kelompok yang terang warnanya pada IMAN dan KUFUR.

SURAH AL-MUNAFIQUN

Ada pun kaum MUNAFIQ yang duduk di celah kelompok kaum MUKMIN, yang menggaulimu di luar masjid bahkan di dalam masjid, Allah memerintahkan para MUKMIN agar sentiasa berhati-hati, jangan alpa dan jangan terpedaya.

“Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati oleh tubuh badan mereka (dan kelakuannya) dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya. (Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya dari kebenaran)?” [al-Munafiqun 63: 4]

Justeru janganlah terlalu naif untuk sekalian MUSLIM dipadukan sesama MUSLIM hanya dengan alasan permukaan berjenama MUSLIM. Andai yang Muslim itu memusuhi Muslim yang lain, menyakiti mereka, mengkhianati mereka, membuat makar dengan sesiapa sahaja demi lempias kebencian mereka terhadap kaum yang beriman kepada Allah, tidakkah Muslim yang jenis seperti ini yang dimaksudkan oleh Allah di dalam lanjutan ayat yang berikutnya:

“Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya). Padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)” [al-Munafiqun 63: 7]

Salah satu kelakuan kaum MUNAFIQ ini adalah pada strategi mereka menyekat keperluan hidup orang-orang yang mahu mengikut petunjuk Nabawi. Mereka menyeru agar orang-orang yang beriman dilaparkan, dimiskinkan, disekat dana, ditahan nafkah dan rezeki mereka semata-mata atas satu tujuan yang berdasarkan sangkaan mereka iaitu “agar dengan tekanan itu, orang-orang yang beriman akan berputus asa dan berpecah belah meninggalkan Rasulullah“.

Siapakah yang mempelopori strategi yang jelek ini?

Mereka adalah golongan yang solat bersama kamu, bersyahadah seperti kamu, tetapi penyakit hatinya menjadikan kamu sasaran permusuhan mereka. Itulah kaum MUNAFIQ.

Dan kerana jeleknya sebuah KEMUNAFIQAN dan besarnya kemudaratan yang dicetuskan oleh talam bermuka-muka ini, toleransi Islam dalam kepelbagaian agama yang dianuti oleh sebuah komuniti, tetap mencetuskan sebuah perintah yang menggemparkan:

“Dan golongan (Munafiq) yang membina masjid dengan tujuan memudaratkan (orang-orang yang beriman) dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata: Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. “ [al-Taubah 9: 107]

Kaum perosak itu bukan calon kawan.
Mereka bukan rakan perdamaian.

Justeru yang diperintahkan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bukanlah diruntuhkan sebuah gereja, atau kuil, atau sinagog, tetapi sebuah MASJID!
Masjid yang dibina oleh kaum yang berlidah Muslim tetapi hatinya amat bermusuh dengan Islam. Itulah masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Projek kaum MUNAFIQ, iaitu sebenar-benar musuh kamu.

Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam memerintahkan beberapa orang sahabat iaitu Malik bin al-Dakhshim, Ma’an ibn ‘Adi atau saudaranya ‘Asim bin ‘Adi dengan arahan berikut:

“Pergilah kamu kepada masjid ini yang ahli-ahlinya zalim dan hancurkan ia serta bakar olehmu masjid itu” [Tafseer Ibn Katheer: 2/508]

Tentu sahaja jika mahu diperkatakan soal persamaan, Masjid Dhirar lebih banyak persamaan dengan Masjid Quba’ atau Masjid Nabawi, berbanding dengan rumah ibadat berhala Jahiliah.

Tetapi isunya bukan itu.

Biar pun MASJID vs. MASJID, tetapi sebuah masjid dibina di atas TAQWA manakala sebuah masjid lagi dibina, dengan tujuan mahu membinasakan kaum Mukmin dari dalam. Sebab itu persamaan masjid vs masjid tidak lagi punya sebarang makna. Masjid itu adalah kubu musuh. Biar pun namanya masjid!

BIAR SAHAJA ALLAH URUSKAN

Biar pun kemunafiqan kaum MUNAFIQ itu jelas, malah kepalanya juga diketahui semua, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam masih tidak mengizinkan si kepala MUNAFIQ bernama ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL itu dibinasakan secara personal. Ia bukan permusuhan peribadi. Biar pun Baginda sentiasa disakiti oleh kaum Munafiq hingga isterinya Aisyah radhiyallaahu ‘anha sendiri pernah difitnah berat oleh kecelakaan mulut kaum ini, Baginda tetap tidak mengizinkan Abdullah iaitu anak kepada Abdullah bin Ubai bin Salul itu membunuh bapanya.

Hikmahnya besar.

Walau pun kemunafiqan itu adalah sesuatu yang amat berbahaya dan besar, ia tetap berlaku dalam debu dan kelabu yang mengelirukan. Tidak semua orang tahu sebenar-benar tahu akan kes-kes yang membabitkan kaum MUNAFIQ ini, khususnya mereka yang duduk jauh dari Madinah. Maka terhadap kaum yang menyembunyikan permusuhan mereka di sebalik Shahadah dan kesaksian iman itu, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam MENINGGALKAN kaum itu, MEMENCILKAN mereka dan tidak sama sekali menghukum hapus atau bunuh ke atas Abdullah bin Ubai bin Salul itu, agar jangan nanti ada yang tersalah faham lalu berkata, “Muhammad telah membunuh sahabatnya”.

Justeru dalam usaha merapatkan saf KAUM MUKMININ, janganlah terlalu naif diajak sekalian yang melabel diri sebagai MUSLIM untuk bersatu lagi berpadu tanpa asas, kerana di celah-celah MUSLIM itu ada NIFAQ dan MUNAFIQ yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka sebenar-benar musuh. Allah sendiri sudah memberitahu, hati-hati dengan mereka.

Siapakah MUNAFIQ yang dimaksudkan itu?

Ia rahsia Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dengan Huzaifah radhiyallaahu ‘anhu. Tidak perlu disebut atau diberi-beri tahu.
Cukuplah sekadar segala perincian Allah tentang mereka, menjadi pedoman buatmu, wahai pejuang Islam. Jangan disengat dua kali pada lubang yang sama!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG