Showing posts with label PM. Show all posts
Showing posts with label PM. Show all posts

Wednesday, December 9, 2009

Jangan fitnah DS Haji Najib woi !!!


Woi korang jangan suka2 fitnah pemimpin negara kita minum arak. Walaupun pemimpin2 ulung negara sejak zaman merdeka lagi yg bila diorang pergi ke kampung2 hingga sanggup minum teh / kopi di rumah atau kedai orang kampung dan berjamaah bersama di masjid atau menghadiri majlis2 agama, tapi itu hanyalah wayang politik mereka! Sebenarnya mereka minum arak atau wine adalah seperti minum teh dan merupakan budaya hidup golongan bangsawan, korporat dan puak2 elit. Kalo tak percaya, hang study kisah hidup disebalik pemimpin2 mahupun negarawan masa dahulu terutamanya pimpinan Umno.

Bukan mereka sahaja, golongan tentera2 yg berpangkat dan pegawai2 kerajaan juga meraikan majlis2 mereka dengan arak dan hiburan. Apatah lagi pimpinan2 umno baik cawangan mahupun bahagian, sebelum dan selepas mereka bermesyuarat, berpesta araklah mereka di kabaret mahupun di kelab2 malam.

Tapi itu dahulu, sebelum kebangkitan pengaruh islam dimana ustazah2 sendiri pun hanya memakai selendang. Pada awal 80an, pengaruh islam mula bertapak kuat di Malaysia. Dgn adanya jamaah islam seperti PAS, ABIM, JIM, Al Arqam, Tabligh dan sebagainya telah berjaya menyedarkan umat islam di Malaysia bahawa budaya dan amalan yg dibawa adalah sisa dari penjajah. Di pihak Umno sendiri, tokoh bersama pengikut2 mereka yg membawa pengaruh islam iaitu saudara Anwar yg dibawa sendiri oleh Dr Mahathir ke dalam organisasi telah memulakan gerak kerja berlandaskan islam bagi membuang budaya2 negatif yg diamalkan pimpinan Umno.

Bukan itu sahaja, polisi2 kerajaan serta kemajuan islam dapat dilihat dgn tertubuhnya Bank Islam, UIA, Tabung haji diperhebatkan, Jakim diperkembangkan, sekolah aliran agama kerajaan mula bercambah, kuota bumiputra bagi perumahan kos rendah dan sederhana adalah antara pelbagai perlaksanaan dilakukan bagi menunjukkan bahawa Umno turut berjuang untuk islam dan seterusnya dapat menyekat pengaruh politik islam yg dibawa oleh PAS.

Tapi yang aku nak cerita ni berkenaan pertemuan Datuk Seri Haji Najib yg bertemu dgn PM Thailand, Abhisit. Itu merupakan pertemuan rasmi pimpinan2 politik negara dimana akan diadakan majlis minum dan makan bagi meraikan mereka sebagai protokol biasa. Sebelum itu, segala hidangan dan keperluan mereka akan ditanya dan dimaklumkan bersesuaian dgn kehendak dan kesesuaian mereka. Bukan main redah saja.

Apa yg anda lihat bukanlah seperti apa yg anda sangka!

Datuk Seri Haji Najib telah memesan teh istimewa yg terkenal di Siam itu sebagai minumannya. Hanya teh istimewa saja yg diletakkan pada gelas2 wine dan warnanya memanglah seakan sama. Mana mungkin Najib yg bersama isterinya telah menunaikan ibadah umrah atau haji pada tahun lepas kalau tak silap saya, bersama liputan media minum arak dihadapan media antarabangsa.

Bukankah beliau yg bersumpah laknat tidak mengenali Altantuya? Bukankah beliau juga bersumpah pada suatu ketika bahawa beliau tidak mengenali siapa itu Saiful? Bukankah beliau yg berjanji untuk menyediakan peruntukan pada masjid2 dan sekolah cina di Permatang Pauh? Bukankah beliau yg mengatakan bahawa fundamental kewangan negara kuat dan dijangka akan pulih sedikit masa lagi dimana ketika itu semua negara termasuk Singapura menghadapi kegawatan Ekonomi. Bukankah beliau telah memberikan pelbagai manfaat melalui pihak swasta (bukan kerajaan) kepada rakyat Malaysia sepanjang 100 hari beliau menjadi PM.

Bukankah dibawah beliau, kerajaan membeli pesawat canggih yg menelan belanja jutaan ringgit tetapi kerana kecangihan pesawat tersebut, ia tidak boleh diterbangkan oleh mana2 pilot di Malaysia? Bukankah beliau yg berjaya merampas Kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat? Bukankah dibawah beliau, SPR, SPRM PDRM mahupun Sistem Kehakiman menjadi contoh dan terkenal di seluruh dunia? Bukankah beliau yg menghilangkan Bala dari Malaysia? Bukankah beliau yg mencetuskan 1 Malaysia : Pencapaian di utamakan, rakyat didahulukan iaitu rakyat dahulu yg menerima bebanan, pencapaian sykt kroni diutamakan?

Bukankah beliau yg meluluskan tambahan 10 lesen judi dan nombor bagi membantu kesempitan rakyat ketika kegawatan ekonomi? Bukankah beliau mengarahkan kerajaan menganjurkan kejohanan golf bertaraf antarabangsa bagi pendedahan dan meningkatkan mutu permainan pemain golf negara? Bukankah beliau cuba memperkenalkan dan mengharumkan negara Malaysia dgn peruntukan ratusan juta ringgit untuk menubuhkan pasukan F1 1 Malaysia bermula pada tahun hadapan di zaman kegawatan ini? Bukankah beliau berjaya menyatu padukan parti2 komponen BN seperti MCA, MIC, PPP, Gerakan dan Umno sendiri yg kucar kacir pada zaman Pak Lah?

Bukankah beliau akan memberikan hak wang ihsan kepada Kelantan melalui pengeluaran petrol dan gas asli di perairan negeri itu semenjak tahun 2005 melalui saluran parti Umno Kelantan bermula tahun hadapan seperti yg telah dilakukan oleh Mahathir pada negeri Terengganu? Bukankah beliau membuka sekatan 30% syer bumiputra kepada pelabur bagi merangsang ekonomi. Bukankah beliau yg memperkenalkan Ron 95 menggantikan Ron 97 pada harga yg sama sedangkan ketika itu harga petrol masih rendah? bukankah beliau telah mengisytiharkan P Dickson merupakan Bandar Tentera? Bukankah beliau yg memperkenalkan GST yg akan dilaksanakan pada tahun hadapan? Bukankah beliau juga akan meluluskan kenaikan tarif baru TNB pada tahun hadapan yg baru dinaikkan tarifnya sebanyak 2 kali pada zaman Pak Lah bagi membantu TNB melipat gandakan keuntungan mereka secara monopoli bagi meningkatkan pendapatan cukai negara? Bukankah beliau mengumumkan bonus sebanyak RM 500 pada kakitangan awam untuk mendidik mereka berjimat cermat sempena musim perayaan dan penggal baru persekolahan?

Eh banyak lagilah jasa beliau pada negara ini? Keimanan, ketokohan dan integriti beliau dan keluarga tidak boleh dicabar walaupun oleh Pak Lah yg memperkenalkan Islam Hadhari mahupun Mahathir iaitu Bapa Pembangunan atau dikatakan oleh Nazri, Bapa segala perkauman.

1 Malaysia beb, 1 Malaysia tau siapa dia beb?

Wednesday, July 1, 2009

Kecoh!!! Rancangan Demo Besar2an oleh Pejuang Melayu???

Gambar Pengkhianat melayu dan pejuang2 Melayu yg bodoh lg diperbodohkan -
Wira melayu Auta Ibrahim Al Kataki Tiada Parti bersama PM 1 Malaysia NajibTuya.
Malas aku nak citer banyak pasal pembela2 dan pendekar2 (Pencacai) Melayu ni. Diorg ni sokong melayu ke sokong Umno ke sokong Fulus! Meh kita nantikan aksi2 mereka kalau benarlah mereka pejuang melayu. Mari, mari, mari!
Artikel ini diambil dan diulangtayang kepada anda dari laman blog KedahLanie.



Demonstrasi BESAR-BESARAN: Umno, Pekida, Prowaris, Perkasa ,UITM



Silalah berdemonstrasi !!!!


PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.


http://greenboc.blogspot.com/2009/04/pencacai-umno-membisu-najib-umum.html



MECD, payung usahawan yang direntap Najib Wan Nordin Wan Yaacob Wed Apr 15, 09 1:27:08 pm MYT


Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20342&Itemid=50



Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh Najib semalam bahawa kerajaan akan mewujudkan biasiswa khas yang dinamakan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun depan yang akan berdasarkan kepada merit sepenuhnya. Najib berkata, biasiswa akan diberikan kepada pelajar berkelayakan yang terbaik tanpa mengira kaum, selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090628125922/Article/index_htmlPemilikan



30% ekuiti bumiputera dimansuh


KUALA LUMPUR 30 Jun - Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


ADMIN - chedet TIME - 4:12 PM