Showing posts with label Politik di Perak. Show all posts
Showing posts with label Politik di Perak. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Mamak Zam buat hal lagi !!!

Berita terbaru diperolehi melalui maklumat laman blog rakan blogger kita mengatakan Mamak Zambry telah membuat permohonan rayuan secara ex-parte tanpa kehadian peguam DS Nizar di Mahkamah Rayuan dimana terdapat beberapa hakim diperingkat atasan yg merupakan hakim berkepentingan Umno BN.

Ketua Hakim kita sendiri merupakan bekas ahli Lembaga Disiplin Umno dan sekiranya permohonan mereka dibicarakan di Mahkamah Rayuan, nescaya peluang DS Nizar untuk menang amat tipis. Ini telah dibuktikan melalui beberapa penghakiman dimana pihak yg menentang kepentingan BN telah gagal.
Jadi ini merupakan Plan B yg dirancang oleh Mamak Nizar selain plan menafikan dan memecat Speaker S Sivakumar dari Sidang Dun. Ini juga yg dimaksudkan Najis supaya rakyat jgn terlalu bergembira kerana mereka ada Asas yg kukuh. Asas = Hakim yg akan memihak kepada BN ????

Sila baca berita di bawah yg diambil dari blogger Skuad Dun Batu Caves.


Mahkamah Rayuan Persekutuan sedang mendengar rayuan Zambry Kadir dari UMNO untuk mendapatan perintah mahkamah bagi melarang Nizar Jamaluddin menjalankan tugas-tugas Menteri Besar Perak.
Panel hakim bingkas bersetuju mendengar permohonan itu sejurus selepas peguam Zambry menfailkan rayuan itu pagi tadi.
Peguam Nizar, Sulaiman Abdullah hanya mengetahui mengenai persetujuan hakim mendengar permohonan itu secara kebetulan apabila beliau berada di mahkamah untuk kes lain.
Adalah difahamkan peguam Zambry menfailkan permohonan itu sebagai “ex-parte” supaya hakim boleh menimbang meluluskan perintah mahkamah berkenaan tanpa kehadiran peguam Nizar.
Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar perak yang sah, dan bukan Zambry Kadir dari UMNO.
Sehubungan itu, Nizar meyambung semula tugas sebagai Menteri Besar pagi tadi.
Beliau telah memohon untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya pilihanraya negeri dapat diadakan.

Tindakan bijak MB dan Exco dgn menggantung dalang2 perncangan jahat BN di Perak diharap berjaya menghilangkan cengkaman kuasa BN terhadap kerajaan Perak dan semoga tiada lagi pencacai BN bermaharajalela di dlm kerajaan Perak. Semoga mereka ini disiasat dan diambil tindakan yg sewajarnya atau ditendang mereka ini ke Putrajaya (buat menyemak di Perak je).

Di harap peguam2 DS Nizar terus bekerja keras memastikan kemenangan ini daripada diperkotak katikkan oleh Najis dan Mamak Zam. Bagi penyokong2 Pakatan juga diminta agar terus berdoa mempertahankan kemenangan ini. Manakala MB Halal dan Exconya harus sentiasa bersedia menghadapi perancangan jahat mereka. Semoga Allah menggagalkan usaha jahat mereka ini.!!!

ZAM ZAM ALAKAZAM!!!!

Pergilah ngkorang keluar ke negri yg dipanggil Monggolia!

Tambahan Berita Terbaru !

Permohonan rayuan serta penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi oleh Mamak Zam pagi tadi terus diberikan persidangan oleh mahkamah dan permohonannya telah berjaya diperolehi tengahari ini!

Ini bermakna Mamak Zam berjaya mengekalkan kuasanya kembali. Pergh! Laju gila Mahkamah ni, kalo laju cam ni semua kes rasanya telah berjaya diselesaikan di Malaysia dan Malaysia berjaya menjadi negara contoh dimana mahkamah Malaysia merupakan mahkamah paling pantas menyelesaikan kes di dunia!

Aku ingat Nizar mohon plak Rayuan mengekalkan keputusan dan membatalkan sementara keputusan tadi sebelum persidangan menentukan Rayuan pihak Zambry tengahari ni, kita tengok boleh tak Mahkamah bersidang dan bagi keputusan petang ni sebab kes kita pun kuat gak Kalo tak, takkan menang!!! Boleh camtu???

Gila tahap gaban betul Najib dan Mamak ni.



Ariyos...

Court rules Nizar as legitimate MB !!!


Finally !!!!
Thanks god for the rules made by the Court.
The Kuala Lumpur High Court today paved the way for a fresh round of battle in Perak by declaring that BN's Zambry Abd Kadir was not the legitimate menteri besar of Perak.
The Kuala Lumpur High Court has also ordered Barisan Nasional MB Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors to vacate their posts with immediate effect.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Laporan di atas dipetik dari Malaysiakini.
Masih ada lagi sisa2 keadilan yg tinggal bagi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini. Semoga mereka yg masih teguh menegakkan dan memperjuangkan kebenaran diberkati tuhan. Perjuangan baru bermula. Masih banyak lagi yg perlu diteruskan.
Demi Rakyat !!!! Untuk Rakyat !!!
Allahu Akbar!