Showing posts with label Projek wang ihsan. Show all posts
Showing posts with label Projek wang ihsan. Show all posts

Sunday, December 13, 2009

Wang Royalti lubuk emas Pemimpin Umno BN ???

Rupanya hasil Royalti minyak yg sepatutnya dibahagikan antara kerajaan negeri dan persekutuan telah dibolot secara borong oleh Kerajaan Pusat bagi memenuhi agenda politik Umno BN dan menjaga kepentingan pemimpin besar yg menjadikan wang tersebut sebagai lubuk emas bagi menghasilkan Projek2 Mega bagi memperkayakan kroni pemimpin2 terbabit dan langsung bukan digunakan secara langsung untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Ia bermula dari 22 tahun pemerintahan Mahathir, Pak Lah dan seterusnya Najib Rosmah. Maka, bagi mendapatkan hak rakyat dan kerajaan negeri Kelantan bagi membangunkan negeri mereka sesuai dgn kekayaan yg dicungkil dari perut bumi negeri mereka. Tok Guru beserta kerajaan dan rakyat negeri Kelantan memohon doa agar diberi petunjuk pada hati dan fikiran pemimpin BN utk menyerahkan hak Royalti terbabit. Sekiranya pemimpin terbabit berkeras, maka dilaknat agar binasa pemimpin2 dan puak2 yg berlaku zalim.

Rupanya, doa pemimpin Kerajaan Pas Terengganu beserta rakyat yg teraniaya terlebih dahulu dikabulkan doa mereka. Bukan hanya kerana doa Tuan Guru atau Tok Guru dikabulkan oleh Allah, tetapi hakikat sebenarnya doa orang yg teraniaya yg tiada hijab membolehkan balasan diterima dgn cepat oleh puak2 yg berlaku zalim. Maka, satu demi satu projek kerajaan Umno Terengganu yg merobohkan perumahan dan penempatan rakyat miskin RTB termasuk Masjid Bujal di seluruh Terengganu dgn kerjasama kerajaan Umno BN Pusat yg menafikan hak royalti di zaman kerajaan Pas Terengganu dan di ubah sebagai wang ihsan di zaman kerajaan Umno Terengganu di bawah pimpinan Idris Jusoh yg dikatakan turut didalangi oleh Patrick Badawi, anak dan menantu Pak Lah serta kroni Idris roboh, musnah, bermasalah serta menyembah bumi. Ini termasuk karier bekas MBnya, Idris yg turut terkubur. Di samping itu, politik dalaman Umno Terengganu terus bergolak tanpa penghujung. Wallahu A'lam!

Kita baca lagi kenyataan Pemimpin lama dan berwibawa Umno BN, Tengku Razaleigh berhubung isu Petroleum dan Wang Royalti seperti yg diposkan di blog Briged MP Segambut.

1malaysia:RAKYAT DIBODOHKAN:PEMIMPIN DIDEWAKAN

. 2009/12/13
.

Bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Malaysia sudah menjadi negara ’sumpahan minyak’ di mana hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi dibazirkan kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, sebaliknya digunakan untuk menunjangi pemerintahan autoritarian, menghakis Demokrasi Berperlembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan.

“Pada tahun 1974, sewaktu saya mengasaskan Petronas, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya akan merasa lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya sewaktu berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, di sini, semalam.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, anugerah minyak yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar, kini hanya simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan, berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi,” kata bekas Naib Presiden UMNO itu.

Tengku Razaleigh berkata, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut rancangan sewaktu Petronas ditubuhkan menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa saja yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

“Kekayaan minyak negara dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat yang gagal.

“Perolehan minyak tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri miskin, sebaliknya disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik,” katanya.

Doa Laknat Rakyat Terengganu DiMakbulkan


Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar – Runtuhan Masjid Bujal).
Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan?? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.
Begitu juga di RTB-RTB lain.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana seorang perajurit Negara, yang masih dalam pakaian seragam, mengalirkan air mata, melihat rumah yang dibinanya dari wang simpanannya dirobohkan oleh kerajaan Umno dan BN.

Seorang askar yang berkhidmat untuk mempertahan tanah air dan Negara, mengumpulkan wang sedikit demi sedikit, demi untuk mendirikan rumah tempat untuk berlindung dari sejuknya cuaca malam hari dan panas terik matahari pada waktu siang.

Orang ramai yang cuba menghalang perobohan rumah anggota tentera itu telah mendirikan solat hajat dirumah tersebut sebelum dirobohkan.

Sang perajurit itu turut mengaminkan doa, yang dibaca beramai-ramai oleh jamaah apabila selesai solat hajat.

Apakah dalam keadaan itu orang ramai dan perajurit akan mendoakan supaya kerajaan Umno dan BN akan diberikan keberkatan, ditambahkan rezeki, terus maju dan cemerlang??

Tentu kandungan doa mereka memohon kepada Allah yang maha adil untuk membalas segala perbuatan zalim kerajaan Umno/BN.

Begitu juga di RTB Belimbimg Api, RTB Padang landak dan Padang Luas, semuanya di daerah Besut.

Tentu mereka tidak pernah terfikir, tanah yang mereka terima secar ikhlas dari kerajaan PAS Terengganu, dirampas.

Rumah-rumah yang mereka dirikan, dirobohkan dengan segala jentera berat dan anggota penguatkuasa yang tidak langsung menggunakan akal dan fikiran akibat ugutan dan paksaan oleh pemimpin Umno dan BN.

Justeru, Allah yang maha adil dan maha berkuasa mungkin telah memperkenankan doa-doa kami dan mereka yang dizalimi.

Kerajaan Umno/BN Terengganu, tidak pernah aman, walaupun memiliki kekayaan wang ringgit berbilion, itu pun hasil dari wang rakyat, hasil royalti yang dirompak.

Percayalah ! Pemimpin Umno/BN Terengganu tidak akan aman dan sentiasa berbalah, walau apa jua tindakan perdamaian yang diambil kerana mereka lah yang menzalimi rakyat Terengganu.

Pembinaan bangunan yang hebat-hebat, Stadium, Lapangan Terbang, Kolam Renang, Menara Komunikasi, Pusat ICT, Masjid; semuanya kini rosak, punoh dan runtuh, sebagaimana kerajaan Umno/BN merobohkan dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat marhaen dan masjid Bujal !

Kerajaan Umno/BN Terengganu telah pun merasa azab doa laknat, yang dibaca oleh orang-orang yang dihambat seperti anjing, dihalau keluar dari rumah-rumah yang halal disisi Allah dan dizalimi oleh kerajaan Umno dan BN.

Maka tunggulah pula apa yang terjadi kepada Umno seluruhnya, apabila rakyat berdoa supaya dibalas kezaliman terhadap mereka yang menafikan royalti minyak yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambanya, rakyat Terengganu dan Kelantan seluruhnya.

Tunggulah, InsyaAllah !

Buletinonline