Gambar menunjukkan Speaker DUN Perak, S Sivakumar ditangkap dan diseret keluar dari kerusinya di sidang DUN.Assalamu alaikum wbt!!
Teruk dan kucar kacir nampaknya sidang Dun Perak. Speaker Dun Perak yg halal tidak dihormati dan telah ditarik keluar dari dewan bersama beberapa wakil rakyat PR oleh pihak beruniform disyaki polis atau kakitangan Dewan.
Pihak BN cuba mengangkat Speaker haram Ganesan yg dilantik secara haram oleh wakil rakyat BN yg diketuai MB haram Zambri yg dilantik oleh timbalan speaker Hee Yit Foong yg di antara mereka yg telah diharamkan masuk ke Sidang Dun melalui sidang haram BN (Sidang duit syiling).
Maka sekiranya tiada ikhtiar bagi mereka iaitu wakil PR didalam mempertahankan kerajaan dan Sidang Dun yg dirampas dan dijadikan kerajaan dan sidang haram, maka saya mencadangkan agar hendaklah kesemua wakil rakyat PR memulaukan persidangan DUN
HARAM ini dan tidak melibatkan diri didalam apa2 yg diputuskan oleh speaker haram.
Saya juga memohon agar speaker dan wakil2 melantik peguam dan membawa isu rampasan ini ke mahkamah. Diminta agar semua peguam2 PR bersedia untuk membuat dakwaan terhadap mereka ini di mahkamah. Bagi yg merakamkan situasi yg berlaku di sidang Dun Perak dan diluar Dun Perak agar tampil memberikan bukti2. Sekiranya perlu dan untuk mengelakkan ketidak adilan, hendaklah memohon disiasat oleh suruhanjaya agung dan dibawa ke Tribunal Antarabangsa dimana kerajaan persekutuan BN merupakan dalang disebalik kekecohan serta rampasan yg berlaku ini.
Selain daripada itu, bagi pencinta, penyokong dan penegak keadilan di Malaysia ini. Hendaklah kita bersama2 memohon kepada tuhan agar perancangan khianat mereka ini akan gagal dan tidak bertahan lama. Semoga perbuatan mereka ini akan dibalas oleh tuhan hendaknya. Apalah daya kita rakyat hendak melawan kudrat kekuasaan mereka yg menggunakan kuasa dan kekerasan melainkan dgn memohon dan berserah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik2 perancang.
Wallahu a'lam, wassalam...
