Monday, December 6, 2010

Nak jadi menteri kena pandai menipu!!! Hahahaha...

Di ambil dari blog PDO :


Panas: Kenaikkan Harga "Minyak Petrol RON95", Terbukti Rakyat Terus Di Tipu Oleh Janji Kosong Kerajaan BN Sejak Dulu, Kini Dan Selamannya !!

Bila rakyat marah isu kenaikkan harga minyak RON95 baru-baru ini, mungkin ada yang berkata ia tidak wajar kerana niat kerajaan itu baik. Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan api itu untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi membangunkan insfastruktur lain di negara ini. Malah, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi kerana ramai pihak yang memanipulasi perkara itu. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dikatakan amat bertepatan sekali kerana ia selaras dengan kenaikkan harga minyak di pasaran. Paling memeritkan bila mana kenaikkan itu dibandingkan pula dengan harga minyak yang lebih tinggi di negeri yang bukan pengeluar minyak iaitu Singapura dan Indonesia. Itulah jawapan dan alasan yang diberikan setiap kali tindakan tersebut diambil.

Bila rakyat mempertikaikan keputusan tersebut, ada pula mereka yang mengutuk kononnya mereka tidak bersyukur dan tindakan kerajaan itu betul. Inilah dia tindakan zalim dan kejam kerajaan UMNO BN kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Bukan masalah harga minyak naik di pasaran, tetapi masalahnya mereka menipu rakyat Malaysia. Bukti terbaru ialah ketika kerajaan menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

TPM Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa kenaikkan itu tidak membebankan rakyat. Malah katanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan RON97 untuk kegunaan harian mereka. Majoriti rakyat katanya menggunakan RON95, sebab itulah kenaikkan itu tidak memberi impak besar dan tidak wajar dipolitikkan. Muhyiddin merasakan bahawa jumlah minoriti penduduk di negara ini bukanlah rakyat Malaysia. Sebab itu beliau sanggup memberi alasan bangang bagi menutup kelemahan yang berlaku. Dalam diam-diam tiba-tiba pula minyak RON97 dinaikkan lagi selepas itu. Alasanya tetap sama, sangkaan kita ia tidak akan menyusahkan rakyat. Namun, akhirnya minyak yang digunakan oleh majoriti rakyat iaitu RON95 dinaikkan oleh mereka tanpa belas kasihan. Bukankah ini bererti kerajaan UMNO BN itu ternyata menipu rakyat dengan omongan kosong.

Jaminan "Menteri Naik Harga" Auta Semata-Mata

Soalnya sekarang, apakah rakyat Malaysia harus terus ditipu oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Masih kita ingat kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob (foto), mengatakan bahawa harga minyak RON95 akan terus kekal pada tahun ini (2010). Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu. Dalam kenyataannya, Ismail mengatakan kabinet tidak pernah berbincang soal menaikkan harga minyak RON95, maknanya tiada bukti ia akan dinaikkan seperti yang diwar-warkan. Maka, rakyat pun terbuai lena dan layu dengan kenyataan tersebut akhirnya terpedaya untuk terus memberi undi kepada BN dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi itu. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ternyata kenyataan Ismail Sabri adalah "dusta dan auta" semata-mata. Kerajaan akhirnya berjaya menaikkan juga harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Makanya, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan menteri berkenaan lagi selepas ini?.

Terbukti, Ismail Sabri tidak layak lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi parlimen Bera dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau bukan sahaja berdusta soal minyak, malahan juga soal gula. Sedangkan masalah tersebut begitu kronik melanda kawasannya satu ketika dulu. Ismail hanyalah "menteri pak turut" yang terpaksa akur dengan kehendak kerajaan biar pun beliau sendiri takut dengan keputusan tidak popular itu sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak dan wajib menolak kerajaan UMNO BN jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi pada masa yang akan datang.

Bukti, inilah keratan laporan sebuah akbar berkaitan satu kenyataan oleh Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini


[Minyak naik harga, mereka juga menanggung sengsara. Namun masih ada puak-puak UMNO yang gembira membuta tuli dengan kenaikkan tersebut. Antara lain mereka mengatakan kenaikan harga barang (minyak) mungkin ada rasionalnya. Kononnya rakyat perlu mengkajinya dalam sudut dan konteks yang lebih luas sama ada menaikkan harga barang untuk mencari keuntungan atau menaikkan harga barang bagi mengelakkan negara rugi teruk atau jatuh. Maknanya, mereka tetap akan menyokong 100% biarpun diri sendiri yang menanggung bebannya.

Bagi mereka apa saja yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu akan tetap disokong biarpun terpaksa menipu diri sendiri. Semuanya dilakukan demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Hanya rakyat yang berhak menilai, apakah mereka mahu terus ditipu atau mengajar pemimpin UMNO BN cara untuk menghormati rakyat. Laungan rakyat didahulukan hanyalah khayalan mereka sebenarnya, sebaliknya apa yang berlaku ialah kroni yang didahulukan daripada segalanya. Itulah hakikat yang sebenarnya].

Saturday, August 28, 2010

Tuan Pengarah oi! Ni nak buat report tak? Nak kena ambik tindakan AJK Surau ni! Sita surau ni boleh tak?




29 August 2010
Gambar ni aku dapat dari twit pic - posted by chegubard ...


Mana ulama umNO Jamil Khir ... esok buat statement dalam Utusan Meloya korang tu, Rosmah memberi tazkirah di dalam masjid tanpa menutup aurat.

Dan ramai lagi umat Islam yang sedang mendengar tazkirah tersebut juga didapati TIDAK munutup aurat ...
Utusan Meloya, esok keluarkan gambar ni muka hadapan dengan tajuk 'ISTERI PERDANA MENTERI TIDAK MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID"

Lepas tu Jamil Khir akan keluarkan kenyataan ... itu tindakan BERDOSA ... tidak menutup aurat di dalam masjid pula tu ...
Ada berani ke Jamil Khir? .....
Kahkahkah ...

Apa citer tuan pengarah kita ni???

Wa ampu sana, wa ampu sini, khak ptuih:

Saturday, August 28, 2010

Pengarah JAIS Menghina Majls Fatwa Kebangsaan

Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan BArisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini.

Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.

Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Tulang Besi

Friday, August 20, 2010

Allahu Akbar! Insaf betul dengar ucapan Tok Guru tentang hukum Allah

Dipetik dari Post Topeng Perak :

Friday, August 20, 2010

Teks Ucapan YAB TGNA Di Hari Perasmian Hududullah 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِسُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
-النور : 1
Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang Berhormat Dato’ Haji Nasaruddin bin Haji Daud - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berusaha Dato Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Para pembentang kertas kerja, Dif-dif kehormat, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur.

Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,buat penyeri si kayu jati,siang malam hidup berzikir,hidup bersendi kehendak rabbi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya.

Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT?

Inilah yang disebut di dalam firmanNya :
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة الأنعام : 57
Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115
Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.

Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia :يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12
Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu.

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan :سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan فَرَضْنَاهَا bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍلَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT.

Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِAllah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut :الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2
Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hudud bukanlah berarti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.

Allah SWT berfirman :وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة أبة 229
Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13
Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan.
Firman Allah SWT :وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة المائدة: 38Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT:وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا
يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96
Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina.

Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Posted by Topeng Perak® Unmasked at 12:30:00 AM

Tuesday, June 1, 2010

Pirah Mabuk PM APNo 1 Malaysia..

Aku nak komen sikit pasal PM APNo 1 Malaysia ni.
Sebelum ko nak kutuk atau ambik tindakan nak menyelamatkan rakyat Malaysia dari Yahudi Zionis Israel yg pada pandangan aku memang ko tak mampu buat melainkan buat bodoh je walau itu sebenarnya merupakan tanggungjawab sebuah kerajaan berdaulat dalam membela dan menjaga keselamatan setiap warganegaranya.

Apakata ko selamatkan seluruh rakyat Malaysia dan kerajaan serta masa depan anak cucu kita dgn menyingkirkan sebuah syarikat Yahudi Israel bernama APCO yg sedang lena berpejabat di Pejabat Perdana Menteri dan Bukit Aman itu dgn SEGERA!!!. Itu lah tindakan awal dan lebih awla aku rasa yg memang kita mempunyai kuasa melakukannya. Kemudian tindakan mogok barangan produk Amerika Israel bolehlah bermula beserta demonstrasi dan bantahan seluruh dunia bolehlah di ambil.

Kelakar sungguh melihat pertubuhan Ibrahim Al Kataki menyembur2 marah menentang keganasan yahudi Israel sedangkan bos baru beliau itu dicucuk hidung oleh APCO. Ntah2 idea judi selama ini kerja yahudi APCO. Tak mustahil Model Baru Ekonomi dan PPSMI serta rampasan kuasa Perak atas nasihat Pak Yahudi APCO. Boleh jadi, kes fitnah Anwar 2 ni ada kaitan dgn mereka. Harharhar!!! nasiblah kita org Malaysia bertuankan APNo!!!.
Baca jelah artikel kat bawah tu!


Malaysia Kutuk Keras Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan – Najib
“Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza,”
“seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu”.
“Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel,”
Serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.-
- Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Perlancaran Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) 31.5.2010
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Cakap Tak Serupa Bikin
Maka dengan ini kita batalkan perjanjian dengan APCO…
Ulasan Kucing Kota
Walaupun seluruh dunia mengutuk kebiadapan Israel.Kutukan tidak akan menyebabkan pemimpin atau rakyat Israel hilang kekuatan ekonomi dan kelengkapan perangnya.
Israel tidak akan luak dan terjejas walau sedikit pun. Ini bukan kali pertama Israel berlagak samseng kepada rakyat Palastine atau jiran jirannya.
Kalau Mesir, Lubnan, Jordon dan negara liga Arab tidak mendatangkan sebarang mudharat kepada negara dan rakyatnya, apa perlunya Israel menghormati negara bukan Arab yang masih mendapat sokongan ekonomi dan teknologi dari kerajaan Amerika.
Seluruh rakyat Amerika dan dunia telah maklum, siapa juga yang bercita cita untuk bertanding sebagai presiden Amerika perlu mendapat restu dan sokongan dari tawkey2 keturunan Yahudi yang menguasai sebahagian besar ekonomi Amerika. Sebab itu presiden Obama yang tiada sebarang nasab dengan yahudi, terpaksa menurut pandangan kiri dari tawkey keturunan yahudi.
Tahukah anda yang Israel mendapat dana bantuan dari Amerika benilai berbilion dolars setahun.Produktiviti dari negara Israel tidak upaya untuk menyediakan sumber ekonomi yang selesa untuk rakyatnya, apatah lagi untuk membiyai kelengkapan perang.
Amat malang negara2 Islam dan Arab yang Allah jadikan bumi mereka dengan sumber kekayaan dari minyak, terpaksa pejam mata dengan tingkahlaku biadap Israel ini. Ini kerana negara maruah negara Islam dan Arab telah dibeli oleh Amerika. Lihat sahaja akhlak pemimpin negara Islam dan Jutawan Arab bila berkunjung ke Amerika dan Eropah.Akhlak mereka tidak menggambarkan sebagai seorang muslim yang boleh disegani oleh pemimpin Amerika dan Eropah seperti mereka segan kepada Ahamed DeNijat presiden Iran dan Edorgan PM Turkey.
Sewajarnya dalam kejadian serangan Israel terhadap armada kapal bantuan Gaza yang berlaku diperairan antara bangsa hanya 65 km dari Gaza ini.Liga negara Arab dan negara Islam yang telah tidak salah jika mereka menyediakan armada ketenteraan dengan kapal pengiring dengan mengibarkan bendera semua negara yang terlibat untuk misi bantuan rakyat Palastine bagi menjamin keselamatan mereka2 yang menjadi sukarelawan dalam kapal bantuan Gaza tersebut.
Kita ditunjukan satu set gambar helikopter Israel yang mengekori kapal armada bantuan Gaza. Dalam perkataan lain semua negara yang terlibat melihat dan ada maklumat.
Malangnya apa yang dilihat dan segala maklumat itu, langsung tidak mendatangkan sebarang prejudis kepada negara Islam dan negara Arab kepada niat 16 buah helikopter Israel yang mengekori kapal Armada bantuan itu, sedangkan sebelum ini negara Israel telah memberi amaran, akan mengambil tindakan kepada mana pihak atau negara yang cuba memberi bantuan kepada rakyat palastine di Gaza.
Islam dihina bukan kerana Islam tidak syumul dan bermaruah, tetapi Islam dihina kerana pemimpin Islam dan penganut Islam itu sendiri telah lama kehilangan maruah.Sebab itu Rasulullah telah bersabda. Diakhir zaman Islam itu berdagang seperti diawal kedatangannya yang juga berdagang.
Kucing Kota..