Wednesday, September 30, 2009

Salam Eidul Fitri buat semua!!!

Assalamu alaikum dan salam semua!

Saya dgn ini ingin mengucapkan salam Eidul Fitri, maaf zahir dan batin buat semua rakan blogger, penyokong dan pendokong Pas serta Pakatan Rakyat amnya dan di harapkan sihat dan berbahagia hendaknya. Maaflah sekiranya ucapan dibuat agak lewat kerana tiada kesempatan untuk saya menulis dan mengupdate post saya ini sejak kebelakangan ini.

Kebetulan, inilah kesempatan yang dapat saya berikan setelah agak lama menyepikan diri akibat beberapa masalah yang terpaksa saya selesaikan. Setelah hampir 4 tahun saya menjadi warga Johor, akhirnya Alhamdulillah! saya kembali ke negeri asal saya di Selangor pada ramadhan yg lepas. Seronok woi dapat kembali ke kampung halaman tapi adalah benda yang terpaksa kita korbankan.

Sebenarnya, dalam sebulan setengah ni banyak sangat benda yg nak aku ceritakan dan komenkan terutama berkenaan hal politik dalaman Pas dan Pakatan Rakyat serta tingkah laku Umno BN terutamanya di negeri Selangor serta di kawasan aku ni. Panjang ceritanya beb! Tapi takpe, sekiranya ada kelapangan dan peluang aku menggunakan Berukband, akan aku ceritakan nanti. Nasib baik kawan aku yg bagi pinjam beruk dia kat aku ni. Kalo tidak, takde le peluang aku nak update blog aku ni.

Tahniah gak aku ucapkan pada Pesuruhjaya Pas P Pinang, Ustaz Sallehan Man atas kejayaan mengekalkan kerusi Dun Permatang Pasir yang telah ditinggalkan oleh Almarhum Ustaz Dato Dr Hamdan. Alhamdulillah, Allahu Akbar!!! atas berkat usaha penyokong Pas dan PR serta diperkenankan Allah Swt. Semoga kejayaan sama diberikan Allah pada PRK Bagan Pinang akan datang.

Oklah beb! nanti kita sambungkan cerita kita lagi pada pos yg akan datang sekiranya berkesempatan. Korang nak tau Bagan Pinang tu kawasan kampung mak aku tu. Waris aku banyak situ tu. Tapi waris jawalah! Arwah tu pangkat tok sedara dgn aku dan wakil rakyat PKR di kawasan berhampiran tu plak pangkat pak sedara gak dgn aku. Tapi sedara 2 3 pupu kot. Tok Su aku tu plak merupakan seorang bekas wakil rakyat area berhampiran gak. Isa Samad tu aku kenallah gak background keluarga dia dari orang tua aku sikit2.

Ape2hal, jumpa lagi!

Adiyos!!!!