Monday, July 27, 2009

Cubaan putar belit Kerajaan Perpaduan pada Tok Guru!!!

27 07 2009
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.

Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.

“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.

Semangat Federalisme

Menteri Besar Kelantan itu menegaskan apa yang beliau mahukan ialah Barisan Nasional menjunjung semangat federalisme seperti yang diterima pakai dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Persekutuan Malaysia.

Kelantan adalah salah satu negeri yang membentuk persekutuan tersebut dan hak Kelantan terjamin didalam perlembagaan. Bagaimanapun sejak Kelantan kembali ditadbir oleh PAS bermula 1990, Barisan Nasional sebagai Kerajaan Persekutuan telah menyekat hak-hak Negeri Kelantan dalam banyak aspek.

Tindakan diskriminasi dan pelbagai tekanan bersikap politik ke atas negeri-negeri yang tidak ditadbir oleh Barisan Nasional adalah sama sekali tidak mengikut semangat federalisme. Tindakan sebegini telah berjaya menumbangkan kerajaan PBS di Sabah tetapi tidak di Kelantan.
Selepas pilihanraya umum ke 12 bila 5 negeri di Semenanjung Malaysia tidak lagi ditadbir Barisan Nasional, pihak Kerajaan Persekutuan tidak insaf dengan penolakan rakyat terhadapnya sebaliknya semakin galak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan negeri-negeri tersebut secara tidak demokratik.

Kerajaan Negeri Perak berjaya ditumbangkan pada Februari 2009 dan kini Barisan Nasional menggunakan jentera-jentera Kerajaan Persekutuan untuk menumbangkan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerjasama Negeri dan Persekutuan penting

Sehubungan dengan itu menurut Tuan Guru, intipati kehendaknya ialah memperkasakan semula hubungan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan dipilih oleh rakyat yang keluar membuang undi dengan demikian ia harus membelakangkan soal parti dan mengutamakan hak rakyat dalam pentadbirannya.

Dari sudut Negeri Kelantan, Nik Aziz melihat banyak isu yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti isu tuntutan royalti, isu geran kewangan persekutuan kepada negeri, isu projek pembangunan persekutuan kepada negeri dan sebagainya, “sebab itu saya nak pulihkan hubungan ini,” kata Nik Aziz.

“Ini bukan urusan parti, saya tak minat nak pulih soal parti sebab itu isu lain,” tegasnya.

Mencabar media kemukakan bukti

Menurut Nik Aziz, beliau tidak pernah sekali-kali berganjak daripada pendiriannya sebagai Mursyidul Am PAS bahawa kerjasama antara parti UMNO dan PAS tidak perlu diadakan bahkan beliau tidak setapak pun berganjak dari tentangannya terhadap gagasan Kerajaan Perpaduan.

“Itu mainan UMNO, bukan datang dari PAS”, tambahnya.

Dengan kalimah itu, Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama UMNO-PAS.

Hikayat Laila dan Majnun

Menteri Besar Kelantan itu merumuskan UMNO didalam keadaan amat terdesak dan menyamakan sikap UMNO terhadap PAS seperti Hikayat Laila dan Majunun.

“Nak sangat bersama, sampai kalau orang dah tak mau pun dia nak jugak, jadi boleh tulis nama atas pasir pun jadilah,” kata Tok Guru.

“Sebab tu UMNO dok suruk media ini tulis soal perpaduan soal kerjasama macam cerita Laila Majnun,” tambahnya lagi.

Nik Aziz juga menegaskan segala-galanya bermula selepas majlis perlancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada hari Jumaat lepas apabila Menteri Besar Kelantan itu duduk semeja dengan Dato’ Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Selepas majlis tersebut, kedua-dua mereka menghadiri sidang media.
“Dalam sidang media itu, saya kata Kerajaan Persekutuan kena berbaik semula dengan Kerajaan Negeri, saya akan terus usahakannya,” kata Nik Aziz lagi.

“(Dato’) Mustapha Mohamed yang duduk bercakap pasal nak jalin hubungan antara parti (UMNO dan PAS), saya bercakap pasal Kerajaan,” tegasnya.

Nik Aziz turut berkata beliau tidak pernah serik walaupun sudah hampir 19 tahun berusaha untuk memulihkan hubungan Persekutuan dengan Negeri dan beliau tidak pernah berhenti berusaha ke arah itu demi kepentingan rakyat Kelantan dan Negara Malaysia.

Satu Lagi Projek Barisan Nasional

Selepas sidang media tersebut, Astro Awani pada malam Sabtu telah bertungkus lumus mengenengahkan isu kesediaan Nik Aziz menjalinkan kerjasama UMNO dan PAS. Astro Awani juga menemuramah pemimpin-pemimpin UMNO yang rata-rata mengalukannya.
TV3 pula dalam Buletin Utamanya semalam turut menghangatkan lagi isu tersebut.

Berita tentang kononnya Nik Aziz sudah lembut hati didalam isu kerjasama UMNO PAS juga mendapat liputan meluas media cetak.

Ianya dilihat sebagai sebuah projek Barisan Nasional mahu menjatuhkan kredibiliti Musyidul AM PAS yang sebelum ini konsisten menentang Muzakarah UMNO PAS dan gagasan Kerajaan Perpaduan. Dengan apa yang berlaku sejak Jumaat lalu, ia pasti mengelirukan penyokong PAS dan rakyat jelata seterusnya menampakkan Nik Aziz seolah-olah tidak konsisten dan sering berubah-ubah pandangan.

Menghancurkan kredibiliti Nik Aziz dikalangan ahli PAS adalah taktik UMNO bagi melenturkan pengaruh Nik Aziz dikalangan akar umbi PAS dan seterusnya menghuru-harakan suasana didalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun Nik Aziz cuba memberikan persepsinya yang sebenar didalam sidang-sidang media selepas itu, kenyataan-kenyataannya terus diceduk diluar konteks bagi memperkuatkan niat jahat BN.

Dengan kenyataan yang dibuat dipejabatnya pagi ini menerusi TVPAS, diharap segala-gala usaha jahat BN ini berkubur.

Kota Darulnaim,
Kota Bharu, 27 Julai 2009.

Wednesday, July 22, 2009

Apa ada pada lilin??? kenapa plak haram???

Maka sibuklah MB haram Perak Dr Zambry mamak yg sering saja cuba mencari kesalahan seteru politik ketat beliau iaitu DS Nizar apabila melihat beliau akan DS Nizar memegang lilin ketika majlis Candle Light Vigil. Yg peliknya, apakah salah lilin tu dan orang yg memegang lilin. Beliau cuba memesongkan rakyat yg kebanyakannya kurang pengetahuan ilmu agama dan logik akal untuk mempercayai bahawa perbuatan DS Nizar itu salah dan menyeleweng dari agama.

Yg peliknya, beliau tidak meminta Al malikul Mufti Sohibussamahah Datuk Seri Harus sana Haram sini Zakaria yg sedia membuat fatwa bila2 masa untuknya tetapi mahukan pihak ulama' yg berada didalam Pas pula membuat kajian dan fatwa untuknya bagi memperolehi political milage dari rakyat. Apa yg peliknya, adakah ulama' Pas berhak membuat fatwa sedangkan Al Malikul Mufti yg ramai di Malaysia yg mempunyai authority dan boleh saja membuat dan mengeluarkan fatwa bila2 masa sekiranya diminta dan diperlukan.

Apakah penggunaan kemenyan, setangi atau pelita di bulan Ramadhan oleh orang melayu pun tidak dibolehkan? Bagaimana pulak kalungan bunga atau bunga2an? tengkolok pulak? teringat Kuli ketika ditewaskan Mahathir akibat memakai tengkolok yg menjadi kebiasaan melayu serta orang pribumi di Sabah dan Sarawak yg dikatakan berlambangkan salib. Maka, acara lilin itu pula budaya atau ritual agama buddha atau kristian atau seluruh bangsa dan agama pada masa dahulu dan kini?

Meh kita tengok hujah salah seorang dari pemimpin Pas kita memberikan pandangan beliau. Harus diingat, ini bukan fatwa atau amanat! Hanyalah kupasan tajuk secara ilmiah dan logik akal sahaja. Tapikan, kalo dah bongok tu bongok jugak kot!

Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin

Saya membaca dengan penuh minatnya pandangan yang mengatakan bahawa amalan DS Nizar Jamaluddin hadir di Candle Light Vigil di Perak adalah satu amalan bertentangan dengan aqeedah Islam. Hujjah ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa memegang lilin yang dinyalakan adalah amalan keagamaan Kristian kerana mengikut fahaman pihak yang mendakwa, lilin dinyalakan semasa upacara peribadatan orang Kristian. Oleh itu memegang lilin yang dinyalakan dalam satu majlis adalah amalan peribadatan Kristian.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini? Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa ramai pula peniaga Islam yang telah bersubahat dengan menjual lilin di kedai mereka? Kecuali dijual dengan notis bukan untuk dinyalakan!

Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?

Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!

Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran.

Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.

Sebenarnya majlis ‘candle light vigil’ merupakan upacara simbolik dewasa ini yang dilakukan di seluruh dunia untuk menzahirkan penungguan dan harapan dalam keadaan yang diselubungi kegelapan. Sepertimana amalan melepaskan merpati sebagai simbol inginkan kebebasan dan kedamaian, memotong riben amalan simbolik upacara perasmian, memotong kek amalan simbolik upacara ulang tahun dan sebagainya, amalan ‘candle light vigil’ telah menjadi amalan simbolik antarabangsa untuk menunjukkan penungguan, harapan dan kemenangan.

Ianya bukan majlis peribadatan dan tiada kena mengena dengan peribadatan Kristian atau Buddha atau Hindu. Lainlah kalau lilin dinyalakan dan diletakkan di ’altar yang berbentuk ketuhanan sambil disertakan dengan upacara sembahyang.

Sila baca juga kenyataan media Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong berkenaan isu ini.
WaLlahu ’Alam

KHALID SAMAD

Monday, July 20, 2009

Al kisah dan fakta disebalik PRK Manek Urai !!!!

18 07 2009 - Kickdefella


Pengundi Melayu tidak lari dari PAS, 50% ini terus mahukan Islam sebagai teras perjuangan bangsa Melayu


“Open your eyes before you open your mouth…."


Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.
Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Fakta Sejarah

Mana-mana Pilihanraya Kecil sememangnya sengit apalagi di Negeri Serendah Sekebun Bunga yang penduduknya sering dijenamakan sebagai berani membuat keputusan politik yang berlainan dengan penduduk dari negeri lain di Malaysia.

Bermula daripada tahun 1987, terdapat 6 pertembungan diantara PAS dengan UMNO Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil di Kelantan iaitu,
1987 – PRK N14 Bukit Tunku.
1994 – PRK N9 Lundang.
1997 – PRK N32 Pulai Chondong.
1997 – PRK N30 Semerak.
2006 – PRK N12 Pengkalan Pasir.
2009 – PRK N41 Manek Urai.


Melainkan pada Pilihanraya Kecil N9 pada 29hb March 1994, dimana calon PAS Ustaz Mohd Daud Iraqi menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%, selebihnya menyaksikan pertarungan sengit dengan kemenangan atau ketewasan yang tipis seperti data di bawah,

28/6/1987 PRK N41 Bukit Tuku BN menang dengan majoriti 118 undi atau 1.4%.
29/3/1994 PRK N9 Lundang PAS menang dengan majoriti 4,246 undi atau 30%.
6/1/1997 PRK N32 Pulai Chondong PAS menang dengan majoriti 118 undi atau 1.3%.
11/8/1997 PRK N30 Semerak BN menang dengan majoriti 778 undi atau 7.79%.
6/12/2006 PRK N12 Pengkalan Pasir BN menang dengan majoriti 134 undi atau 0.9%.
14/7/2009 PRK N41 Manek Urai PAS menang dengan majoriti 65 undi atau 0.6%.

Kemenangan besar PAS dalam PRK N9 Lundang pada tahun 1994 adalah pada ketika kemuncak penentangan dan kebencian rakyat Kelantan terhadap UMNO. Pada ketika itu PAS bersama Semangat 46 menerusi Angkatan Perpaduan Ummah menyapu bersih kerusi DUN di Kelantan dalam Pilihanraya Umum 1990. Faktor simpati rakyat Kelantan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan kasih sayang mereka terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang baru 4 tahun mentadbir Kelantan adalah antara pemangkin kemenangan besar tersebut.
Dua pilihanraya kecil pada tahun 1991 yang melihat pertembungan Semangat 46 dengan Umno BN juga menyaksikan Semangat 46 mengalahkan BN dengan peratusan majoriti lebih 15%.

Manek Urai: PAS Menang Setelah 12 Tahun

Begitulah sepatutnya yang dibaca oleh pengalisa politik. Sudah 12 tahun PAS tidak pernah menang dalam Pilihanraya Kecil di Kelantan. Blogger Penarik Beca adalah antara yang pertama mengetengahkan fakta ini.

Setelah kemenangan YB Zulkifli Mamat di Pulai Chondong pada 1997, PAS telah tewas di dua PRK berturut-turut. Manek Urai merupakan sejarah setelah sedekad tanpa kemenangan di dalam PRK.

UMNO BN Wajib Menang di Manek Urai



Manek Urai adalah diantara kubu-kubu jentera UMNO BN. Ia terletak dibawah Zon Kelantan Selatan yang dikawal oleh KESEDAR sebuah agensi pembangunan tanah Kerajaan Persekutuan yang dibekalkan dengan beratus juta ringgit bagi membangunkan kawasan Kelantan Selatan dan memperkukuhkan kedudukan politik UMNO.


Sama seperti KADA sebuah lagi agensi persekutuan, KESEDAR menjalankan pelbagai aktiviti bertujuan mendapatkan political mileage bagi UMNO. Menerusi KESEDAR juga pelbagai jawatan lantikan politik dibuat termasuklah penceramah politik.


Manek Urai berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang mempunyai 4 DUN. Berikut analisa ringkas keputusan PRU12 pada DUN-DUN berkenaan,


N39 Mengkebang – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1,903 undi atau 16%.
N40 Guchil – PKR menang tewas BN dengan majoriti 1000 undi atau 8%.
N41 Manek Urai – PAS tewaskan BN dengan majoriti 1352 undi atau 13%.
N42 Dabong – PAS menang dengan menewaskan BN dengan majoriti 552 undi atau 8%.

Walaupun Pakatan Rakyat telah menyapu bersih kesemua 4 kerusi DUN, apa yang jelas ialah melainkan di Mengkebang, 3 lagi DUN berada di dalam kawasan kemenangan kurang daripada 13% undi majoriti. Ini bermakna jika hanya 7% pengundi bertukar arah, Pakatan Rakyat akan tumbang.

Berbekalkan jentera Kerajaan Persekutuan dan Jentera Negeri-Negeri di bawah BN, UMNO sepatutnya telah berjaya menumpaskan PAS di Manek Urai.


Oleh yang demikian, analisa yang tidak bias dan dibuat oleh mereka yang benar-benar matang dalam politik Malaysia amnya dan politik Kelantan khasnya akan mempertikaikan bagaimana BN boleh tewas dan mengapa PAS hanya menang dengan 65 undi.

Mengapa BN Tewas di Manek Urai

Anggaran Jambatan dua lorong penghubung diantara Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama ialah RM20 juta mengikut Jabatan Kerja Raya. Bagaimanapun Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa Kerajaan Persekutuan akan membina Jambatan bernilai RM7 juta pada 15hb Julai 2009 jika BN menang di Manek Urai.


Penduduk Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama memberi majoriti undi mereka kepada BN dengan harapan sebuah jambatan dapat terbina pada keesokan harinya tanpa mereka sedari, Muhyiddin sendiri tidak berniat dengan apa yang dikatakannya itu.


Muhyiddin beranggapan adalah mustahil untuk BN menang di Manek Urai.


Muhyiddin mempunyai jentera kempen sehebat-hebatnya tetapi jentera kempen BN tidak memiliki ‘passion’ seperti jentera kempen serba daif dan miskin Pakatan Rakyat.



Passion begini sudah lama berkubur dalam UMNO. Dahulu UMNO adalah satu perjuangan kini bagi ahli UMNO, adalah zaman menikmati hasil perjuangan datuk dan nenek mereka.


Pada hari penamaan calon, UMNO hanya mampu menggembeling 2,000 untuk berarak bersama mereka ke pusat penamaan calon walaupun SPR membenarkan mereka membawa 5,000 orang. Pakatan Rakyat pula membawa 5,000 orang berarak dengan mereka dan pada penghujung proses penamaan calon, jumlah penyokong mereka sudah jauh melebih 20,000 dan ia melimpah hingga ke simpang jalan Kuala Krai – Gua Musang iaitu lebih 3.4 km dari pusat penamaan calon.

Pada hari pengiraan undi, jumlah penyokong PAS yang berkumpul di pusat penjumlahan undi lebih dari 3,000 orang tetapi di sebelah BN, tiada seorangpun penyokong atau pimpinan UMNO yang hadir walaupun keputusan hampir bila-bila masa menyebelahi mereka.



Gambar X

Suasana gerai begini yang dibuka seawal 4.30 petang di luar pusat penjumlahan undi tidak dapat dilihat disebelah penyokong BN kerana kebanyakkan penyokong BN hadir kerana mereka dibeli, Penyokong PAS hadir kerana bagi mereka ia sebahagian dari ibadah dan perjuangan menentang kemungkaran.

UMNO Tewas Kerana Tiada Kepercayaan Diri
YB Dato’ Wan Abdul Rahim a.k.a Chegu Rahim bersama YB Lim Kit Siang Di Sungai Peria, Manek Urai

PAS di sebalik segala retorik dan perang saraf sedar bahawa mereka akan tewas di Manek Urai

Apa yang mampu mereka lakukan ialah mengurangkan kadar kemerosotan undi supaya disaat-saat akhir mereka boleh mengharapkan kepada keajaiban berlaku.
Semenangnya itulah yang dilakukan hasil dari kebijaksanaan YB. Dato’ Wan Abdul Rahim, Penasihat Strategi dan YB. Abdul Fatah Harun, Pengarah Jentera Pilihanraya Negeri.
Sebelum hari mengundi, jentera PAS berpendapat, jika jumlah keluar mengundi kurang daripada 77%, maka PAS akan menang di Manek Urai. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan dalam taklimat Jentera Kempen BN pada hari terakhir pula mendedahkan, BN memerlukan sekurang-kurangnya 82% pengundi keluar mengundi untuk menang di Manek Urai.

Pada Jam 2 petang 14hb Julai 2009, angka rasmi keluar mengundi sudah melebihi 82%. Jentera PAS sudah kini yakin mimpi ngeri mereka telah menjadi nyata. Dalam usaha mendapatkan keajaiban yang mereka perlukan, YB Fatah Harun setelah berunding dengan jawatankuasanya dengan gembira memanggil satu sidang media di Markas Induk jentera Pilihanraya PAS.
YB Fatah Harun a.k.a Abe Tah (Kanan) Bersama Dato’ Takiyuddin Hassan di sidang media Pelancaran Jentera Kempen PAS di Manek Urai Baru

Di dalam sidang media jam 2.30 petang tersebut, YB. Fatah telah mengumumkan berdasarkan senarai yang keluar mengundi, PAS kini mendahului BN dengan 2,000 undi dan mengumumkan kemenangan PAS didalam PRK Manek Urai.
Terkejut dengan pengumuman itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan meninggalkan Manek Urai jam 3.30 petang dan sejurus dengan itu, jentera BN yang sebelum ini sibuk masuk ke segenap pelusuk kampung telah memberhentikan operasinya. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain turut meninggalkan Manek Urai dengan kawalan polis pengiring. Pondok-pondok BN kesemuanya dikosongkan satu jam sebelum tamat proses pengundian.
Kesempatan ini diambil oleh jentera PAS menyemak senarai pengundi yang belum membuang undi. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS bersama jentera mereka menunggang motorsikal masuk ke segenap ceruk mencari mereka yang belum keluar mengundi dan merayu supaya mereka keluar mengundi dan memangkah bulan.
Akhirnya, keajaiban telah berlaku. PAS menang dengan 65 undi.
Kemenangan Termanis

Akhirnya, jam 9 malam, PAS telah meraikan kemenangan dengan penuh rasa bersyukur. Ini adalah kemenangan termanis dalam pengalaman mereka berhadapan dengan jentera gergasi BN di dalam Pilihanraya Kecil dimana sudah 12 tahun kemenangan menjadi milik UMNO.
Kelompok terpenting di dalam Badan Perhubungan PAS Kelantan, terus menikmati kesederhanaan yang berjaya membatasi rasa bongkak dalam diri mereka.
Kemana Hilang Undi PAS Dalam PRU 12
Di dalam PRU 12, PAS menang dengan majoriti 1,352 undi. Kini majoriti itu tinggal hanya 65 undi. Apakah yang menyebabkan ini berlaku? Rumusannya adalah seperti berikut,
Di dalam PRU 12, sentimen pengundi terutamanya pengundi di perantauan dan pengundi-pengundi muda ialah untuk mempertahankan Negeri Kelantan daripada ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
Mereka tidak mahu Negeri Kelantan turut menjadi Negeri yang bergelumang dengan rasuah, maksiat dan kemungkaran seperti negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO Barisan Nasional.
Satu cara untuk menyekat UMNO BN ialah dengan secara beramai-ramai mengundi PAS.
Majoriti mereka ini bukanlah ahli mana-mana parti politik.
Ahli-ahli UMNO dan pimpinan UMNO Kelantan sendiri sebenarnya lebih suka UMNO terus gagal merampas Kelantan kerana dengan cara demikian, wang pembangunan untuk rakyat Kelantan terus menerus akan disalur menerusi Parti dan Agensi-Agensi seperti KADA, KESEDAR, Majlis Tindakan Pelancongan dsbnya yang mana ahli-ahli politik UMNO adalah pengerusinya.
Dengan UMNO terus kecundang, mereka akan terus menjadi orang-orang penting dengan peruntukan yang berpuluh-puluh juta ringgit.
Namun di dalam berhadapan dengan Pilihanraya Kecil, sentimennya adalah berbeza,
Pengundi senyap tahu bahawa undi mereka tidak akan memberi Negeri Kelantan kepada UMNO.
Ini kerana PAS sebagai kerajaan mempunyai majoriti besar di Dewan Undangan Negeri.
Oleh yang demikian mereka mengundi BN dengan harapan Kerajaan PAS akan lebih sensitif terhadap kehendak penduduk tempatan.
Mereka juga mengundi BN sebagai protes kepada ketidakpuasan hati mereka, jika ada terhadap pentadbiran Tuan Guru Nik Aziz.
Semangat gotong royong terus menjadi keutamaan dikalangan penyokong PAS tanpa mengharap pulangan wang ringgit.
Benarkah Pengundi Melayu Kembali Kepada UMNO
Di dalam PRK Bukit Gantang, UMNO mendakwa pengundi-pengundi Melayu telah kebanyakannya pulang kepada UMNO. Data UMNO menjelaskan seperti berikut,
Di dalam PRK Bukit Gantang UMNO mendapat 65% undi Melayu.
PAS dapat 35% undi Melayu.
Jika benar 65% pengundi Melayu sudah kembali setia kepada UMNO maka keputusan di Manek Urai pada 14hb Julai 2009 ialah UMNO mendapat 6,841 undi dan menang dengan majoriti 3,157 undi.
Ini adalah berdasarkan fakta berikut,
Jumlah pengundi berdaftar di Manek Urai 12,293 orang.
Jumlah membuang undi 10,631 pengundi.
Pengundi Melayu 99.9%.
Sebaliknya, PRK Manek Urai membuktikan bahawa UMNO BN hanya memperolehi hanya sejumlah 50% undi dari pengundi Melayu.
Manek Urai dan Masa Depan PAS
Berdasarkan prestasi di Manek Urai, jelas bahawa PAS telah mengambil langkah yang betul dengan,
Terus bersama Pakatan Rakyat.
Menolak politik perkauman.
Menolak Kerajaan Perpaduan dan Kerjasama dengan UMNO.
Mengurangkan kehadiran tokoh-tokoh PAS yang pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan secara langsung mengurangkan kerosakan yang akan dilakukan oleh mereka di Manek Urai.

Dengan berlandaskan 50% sokongan daripada pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu dan berlandaskan 35% sokongan pengundi Melayu dikawasan campuran serta 84% sokongan pengundi bukan Melayu, PAS seharusnya bersedia untuk berdepan dengan kemungkinan PRU 13 lebih awal dari tempoh matang dengan semangat untuk bersama Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia.
Apa yang perlu dan penting sekarang, ialah untuk PAS memastikan kemusnahan yang bakal di bawa oleh pimpinan PAS pro UMNO dan Kerajaan Perpaduan dibendung dengan berkesan supaya PAS tidak tertembak kaki sendiri disaat-saat ia memerlukan kedua-dua kakinya untuk memecut ke garisan penamat.

Thursday, July 16, 2009

Lagi salah laku SPRM???

Gambar beliau ketika diserbu oleh pegawai SPRM dipejabatnya dan gambar potret mengenang kematian beliau - Ihsan Malaysiakini

Aku masih lagi dalam perasaan terkejut, kesal dan sedih berkenaan kematian Teo Beng Hock, 30- setiausaha politik kepada seorang Exco DAP Kerajaan Selangor. Ini memberikan tamparan hebat kepada situasi politik negara masa ini dan yang pentingnya agensi kerajaan yg baru dinaiktarafkan kepada Suruhanjaya dan mempunyai kuasa penuh membuat siasatan dan mendakwa pihak yang terlibat. Bagaimana nyawa seorang manusia boleh terkorban dibawah tanggungjawab mereka.

Aku masih lagi percaya, ada sesuatu yg tidak kena pada kes ini. Mustahil beliau yg kelihatan baik pada ketika sebelum ditangkap untuk membantu siasatan SPRM dan dijangka akan berkahwin pada minggu ini sanggup membunuh diri? bukan ditempat lain tetapi jatuh dari bangunan SPRM pulak tu? Mustahil tiada kakitangan yg ada dan menyedari kejadian ketika itu atau rekod keluar masuk sedangkan beliau merupakan saksi dan masih berada didalam pejabat SPRM bagi membantu siasatan. Bukankah pejabat SPRM merupakan kawasan larangan dan mempunyai keselamatan yg tinggi? Mana mungkin dibiarkan orang luar berlegar2 dan tidur disofa dalam pejabat SPRM sedangkan Exco lain atau peguam memohon masuk menemani beliau pun tidak dibenarkan. Masuk akalkah semua ini?

Terdapat beberapa siri kes yg menjadi tandatanya tentang betapa besarnya kuasa pihak SPRM ini sehinggakan dilihat menguasai dan melangkaui kuasa yg sering digunakan oleh pihak Polis.

Lihat artikel dibawah dan di bawah lagi yg dikatakan dilakukan oleh SPRM dan telah diadukan kepada pihak polis untuk diambil tindakan. Malangnya, belum ada tindakan yg jelas terhadap dakwaan tersebut oleh pihak polis. Mungkinkah pihak polis tidak mampu utk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak yg lebih tinggi kuasanya pada mereka. Memang benar, SPRM merupakan kuasa yg paling tinggi mengatasi pihak polis pada masa ini. Tetapi, itu tidak bermakna mereka boleh bertindak sewenang2nya terhadap orang ramai yg disyaki terlibat atau melakukan jenayah berunsur rasuah. Bukankah mereka perlu bertindak didalam batasan dan mematuhi peraturan yg telah ditetapkan oleh undang2 seperti juga pihak polis. Adakah pihak yg disiasat tidak boleh mendapatkan khidmat peguam dan berhak terhadap sebarang kenyataan yg diberikan?

Pengakuan Mangsa di Pukul SPRM Semasa Siasatan Kes BOS nya.
‘Siasat bos, saya dipukul’
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudinrudy@hmetro.com.my


JOHOR BAHRU: Matanya ditutup dengan tali leher sebelum ditumbuk, disepak dan dibogelkan. Itulah keadaan terpaksa dilalui seorang pembantu tadbir sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini, di dalam sebuah bilik gelap di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, kelmarin.


Mangsa tidak menyangka kehadiran dua pegawai SPRM yang menjemputnya di tempat kerja pada 7 Julai lalu untuk ke pejabat mereka bagi dirakam keterangan sebagai membantu siasatan satu kes rasuah membabitkan pegawai tertinggi PBT terbabit berakhir dengan penderaan.Selain penderaan fizikal, mangsa yang berusia 29 tahun itu turut mendakwa sekumpulan tiga lelaki berada di dalam bilik soal siasat mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan seperti bodoh dan sial apabila tidak berpuas hati dengan jawapan diberikannya.Malah, detik yang amat perit dan meninggalkan kesan trauma dalam hidup lelaki berkenaan tidak berlaku sekadar dua atau tiga jam, tetapi terpaksa melaluinya lebih 12 jam.


Semuanya bermula apabila lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Zul itu dikunjungi dua pegawai SPRM Johor di pejabatnya di sebuah PBT di Simpang Renggam dekat sini, kira-kira 8.30 pagi 7 Julai lalu, yang mengkehendaki dia dan seorang lagi kakitangan memberi keterangan berhubung kes rasuah di pejabat agensi itu di sini. Katanya, sebaik tiba di pejabat SPRM, dia diarahkan menanggalkan jam tangan, cincin dan menyerahkan semua barangan di dalam kocek seluarnya sebelum dibawa seorang pegawai memasuki sebuah bilik gelap.“Seterusnya mata saya ditutup dengan tali leher dan diarahkan duduk ke atas kerusi sebelum tiga lelaki yang mula menyoal dengan nada serius.“Mereka juga menyuruh saya mendedahkan berapa jumlah wang yang diterima seorang pegawai tertinggi tempat saya bekerja daripada beberapa orang kontraktor bagi menjayakan satu aktiviti lawatan sambil belajar ke Bandung, Indonesia pada 23 hingga 26 April lalu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut Zul, dia menerima pukulan sulung di kepala dipercayai menggunakan satu objek keras oleh seorang pegawai yang membuat soal siasat itu apabila dia memberikan jawapan tidak tahu menahu dan tidak menerima wang yang dimaksudkan itu. Zul berkata, oleh kerana tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya, dia terpaksa merayu kepada pegawai terbabit sambil bertanya kenapa dia diperlakukan sedemikian, tetapi rayuannya disambut dengan kata-kata kesat dan maki hamun pegawai terbabit.“Saya kemudiannya diarahkan ke bilik seorang lagi pegawai di mana di situ, saya diberitahu bahawa saya adalah saksi kepada kes yang sedang disiasat SPRM itu.“Malah pegawai berkenaan turut mengingatkan saya supaya tidak membongkarkan apa yang berlaku di dalam bilik gelap itu jika tidak mahu memalukan diri sendiri.“Ketika itu jam 9 pagi dan saya melalui proses merakam keterangan sehingga jam 11 pagi sebelum dihantar semula ke pejabat oleh pegawai SPRM,” katanya.

Zul berkata, ketika di pejabat dia menemui rakannya yang turut dipanggil untuk memberi keterangan itu dan dimaklumkan dia tidak mengalami situasi penderaan di dalam bilik gelap itu.“Oleh kerana berasakan diri saya diperlakukan dengan cara kejam oleh pegawai SPRM yang menyalahgunakan kuasa, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Kluang tidak lama kemudian sebelum membuat laporan polis,” katanya. Katanya, oleh kerana kesal dengan insiden yang dilaluinya itu, keluarganya sudah melantik seorang peguam untuk membawa perkara yang memalukan serta melampaui batas itu ke peringkat mahkamah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Simi Abdul Ghani yang dimaklumkan berhubung insiden yang menimpa Zul itu berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan selanjutnya.Katanya, pengadu mempunyai hak untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan itu dan siasatan sewajarnya dilakukan jika terbukti dakwaan itu adalah benar dan telus.“Pengadu berkenaan sudah membuat laporan polis, jadi kami serahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan siasatannya dan jika terbukti dakwaan itu benar, biar pegawai yang terbabit dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

(KedahLanie)

dan

A sad day for Malaysians

This has been going on for far too long. The MACC acts like God. They kidnap families and torture those they arrest. They threaten those they interrogate with death if they refuse to talk.
THE CORRIDORS OF POWER
by Raja Petra Kamarudin

The writing was already on the wall very much earlier. Alarm bells were wailing like banshees. But this was largely ignored. It was ignored because it was Malaysia Today that had triggered the alarm bells. Malaysia Today is not the most reliable source. It does not offer the best of information. What Malaysia Today dabbles in are rumours and innuendoes.

When the Anti-Corruption Agency, now called the MACC, kidnapped the family of a police inspector, Malaysia Today raised the alarm. They had kidnapped the wife and child of a police inspector who had investigated a Chinese underworld boss on the instructions of a higher-up with the rank of ASP.

The inspector was just doing what his boss had ordered him to do, and that was to open a file and launch an investigation into the activities of the Chinese prostitution, loan shark, drugs and gambling syndicate. And this resulted in the detention of three syndicate bosses.

What the MACC wanted the police inspector to do was quite simple. They wanted him to change his report so that the three underworld bosses can be freed from detention. And he would have to do that if he wants to secure the release of his family.
The police inspector refused to do that. Instead, he made a police report. And so did his wife. But nothing was done about the matter.
The MACC officers were not arrested and dragged to court on kidnapping charges.

The MACC then leaked information to the media that they are investigating a very senior police officer, the Director of the CCD, for the crime of not declaring RM27 million worth of assets. The fact that MACC investigations come under the Official Secrets Act was not a hindrance. After all, the OSA is only used against opposition supporters and not against those who serve those who walk in the corridors of power.

Nevertheless, the Director of the CCD was finally not charged for not declaring RM27 million in assets. He was charged for using police property for his personal reasons, something that all government officers, ministers and politicians do blatantly every day of the week. But his real crime is that he detained several Chinese underworld bosses who control the prostitution, loan shark, drugs and gambling business all over Malaysia.

Then they arrested the lawyer who acted for the CCD Director. The MACC officers came to his office on the eve of Hari Raya and handcuffed him after roughing him up like one would do to an armed bank robber. To ensure that the lawyer suffered the greatest embarrassment this Hollywood-style arrest was done in full view of the entire office.

Malaysia Today wrote about all this. Malaysia Today not only wrote about all this but Malaysia Today repeated the stories again and again to make sure no one would say they somehow missed the story. But still nothing was done. No one denied the story. More importantly, no one did anything about what Malaysia Today revealed.

The MACC has been a tool of those who walk in the corridors of power for a long, long time. Officially, Barisan Nasional has 14 component members with Umno as the lead partner. Unofficially, Barisan Nasional has seventeen component members. The Election Commission is the fifteenth component member of Barisan Nasional, the Malaysian police the sixteenth, and the MACC the seventeenth. They all serve the interests of Umno and the Prime Minister.

The writing was already on the wall very much earlier. Alarm bells were wailing like banshees. But this was largely ignored. It was ignored because it was Malaysia Today that had triggered the alarm bells. Malaysia Today is not the most reliable source. It does not offer the best of information. What Malaysia Today dabbles in are rumours and innuendoes.

“Where is the smoking gun?” they ask. “Show me the body!” they demand. No gun, no body, then no crime has been committed.

Well, today, there is a body. It is the body of a most unfortunate Chinese opposition member who was arrested and tortured by the MACC officers. Yes, he was tortured. And he was tortured because the MACC wanted him to talk.

But he could not talk. He could not talk because there was nothing to talk about. The MACC wanted him to finger his comrades in the opposition. They wanted him to implicate his friends in the opposition for various crimes that the MACC alleges had been committed by those in the opposition.

He tried to explain that he is not being stubborn. He tried to explain that no crime had been committed. He tried to explain that he could not possibly implicate his comrades in the opposition for various crimes if these crimes are merely a figment of the MACC’s imagination.
So they continued to torture him. And he could no longer stand the torture. After all, he is not the macho type of man. He is but a gentle man who only wanted to get married this weekend. That was all that he wanted.

They threatened to kill him if he refuses to talk. With tears running down his cheeks he begged for mercy and pleaded with them not to harm him. They threatened to throw him off the top floor if he refuses to talk. Sobbing like a baby he went down on his knees and begged for his life.
They dragged him across the room and opened the window. Then something went terribly wrong. It was supposed to be just a threat. They just wanted to put fear in him. They did not really want to throw him off the top floor. They just wanted him to see what the ground floor looks like from the top floor.

The unfortunate young man panicked. He went ballistic when he saw the distance he would have to travel before hitting the ground floor. He struggled. They could not hold onto him. Gravity took over and the life of this young man was prematurely snuffed out.

The MACC then announced that they had released him the night before. They failed to announce that they had not released him from custody but released him from this world. Then they suddenly found his body the day after. He jumped. He committed suicide. He took his own life. He was never tortured. He was not dragged to the window with the threat that they would teach him how to fly.

This has been going on for far too long. The MACC acts like God. They kidnap families and torture those they arrest. They threaten those they interrogate with death if they refuse to talk.
And now one young man has really died. But no one will be punished. No one will be punished because they will say the young man took his own life. Why he took his own life no one knows. He was never tortured. He was never threatened with death. He was not made to look how far down the ground floor is. He was not accidentally dropped when he panicked and struggled and they could not get a good grip on him.

That is what they will be telling you and me later today.

Kecoh!!! Permainan Politik sehingga mengorbankan nyawa???



Terkejut dan sedih aku mendengar berita terkini yg dikeluarkan oleh Malaysiakini!!!.

Kekecohan yg berlaku akibat dari permainan Politik BN dan Pakatan Rakyat yg dikeruhkan dgn tindakan penggeledahan oleh SPRM terhadap beberapa Exco PR dari parti DAP hasil dari khabar angin dan tuduhan umum pihak tertentu baik dari PR dan juga BN akhirnya berakhir dgn kematian mengejut Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah. Penjelasan dari pihak penyiasatan SPR amat diperlukan bagi menjelaskan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan pihak SPR merupakan pihak yg dilihat kali terakhir bersama beliau bagi tujuan soal siasat sebelum kejadian terbabit berlaku dan sepatutnya SPR harus tampil dan bertanggungjawab memberi penjelasan diatas kejadian terbabit.

Sampai begitu sekali kesudahan kes ini! Saya dan ramai pihak percaya bahawa kematian ini bukan disebabkan membunuh diri dan berharap pihak polis dapat menyiasat dgn lebih terperinci berhubung kes terbabit. Saya juga berharap kes ini tidak akan berakhir selagi pihak yg bertanggung jawab tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah walau siapa pun yg menjadi dalangnya. Saya juga berharap tidak ada pihak2 tertentu yg terpaksa dijadikan kambing hitam untuk menutup kes kematian terbabit kerana ia melibatkan nyawa.

Bagi pihak keluarga beliau serta penyokong diluar sana, saya disini ingin merakamkan ucapan takziah diatas kematian beliau itu dan mengharapkan beliau akan mendapat tindakan dan pembelaan sewajarnya demi keadilan seluruh rakyat Malaysia. Saya juga memohon kepada ahli2 politik serta aktivis dan rakyat secara umumnya agar lebih berhati2 didalam setiap tindak tanduk dan berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga kerana macam-macam perkara boleh berlaku dalam dunia hari ini.

Saya juga berharap iklim politik di Malaysia ini tidak akan menjadi korup, zalim dan hilang perikemanusiaan seperti apa yg berlaku di negara seperti Thailand, India, Pakistan, Iraq dan lain2 negara yg bergolak politiknya, penuh muslihat dan konspirasi serta dilihat semakin kejam dan berleluasa walaupun terdapat tanda2 kemungkinan seperti ini berlaku. Saya berharap negara kita akan lebih positif kearah kebaikan pada masa hadapan demi anak cucu kita.
Sila rujuk artikel yg dipetik dari Malaysiakini dibawah. :

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM
Jul 16, 09 5:20pm


Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia."(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

Wednesday, July 15, 2009

Kisah2 dan tragedi disebalik PRK Manek Urai!

Aku nak citer skt psl kisah PRK Manek Urai yg baru2 ni terutama pergaduhan tercetus melibatkan Umno PAS. Sebelum tu, aku nak bagi pandangan yg boleh dikongsikan berkenaan PRK Manek Urai yg boleh dijadikan renungan oleh semua pemimpin dan penyokong.



Strategi SPR buat waktu kerja kurang berkesan akhirnya. Nasib baik TGNA bijak bagi cuti umum last minute. Sbb pengundi muda yg sokong PR ni kerja di bandar atau diluar. Lepas tu dia pandai kilaskan balik main point Muhyidin nak gula2kan pengundi Manek Urai dgn jambatan. Cuma masih ada sebahagian pengundi atas pagar masih terperangkap dgn janji manis UBN ni. Aku memang dah tahu orang Umno ni pandai janji dan pujuk rayu sejak dari kecik lagi. Boleh cair kita dibuatnya! Kalah org direct selling ke MLM dgn ayat diorg ni.

SB dan SPR serta puak Umno dah rancang strategi sulit manipulasikan undian sejak 2 -3 bln dulu lagi. Logik ke hari bekerja peratus undi mencatatkan 87% dan antara peratusan yg tertinggi pada masa ini. Orang gila, banduan, cacat, tua, OKU, orang merantau, orang dalam kubur pun kebanyakan boleh datang mengundi. Dahsyat beb! Sogokan rasuah wang dan janji politik yg banyak pun Pas masih boleh menang lagi. Alhamdulillah! Syukor kepada allah. Pas macamanapun kena buat Post Mortem balik dan kalo boleh, upgradekan jambatan tu ke 2 lorong sbb Kelantan dah agak stabil kewangannya setelah 20 thn lebih memerintah. Jgn harap kerajaan pusat melalui JKR negeri. x boleh pakai dan makan gaji buta je. Kita ikhtiarlah sendiri. Kalo boleh gotong royong dgn bantuan kontraktor tempatan, mungkin 6-7 juta jadi x sampai 1 juta.

Penyokong Pas mungkin faham perjuangan islam dan keredhaan allah. Tapi, penyokong atas pagar dan yg muda ni macamana pulak? mereka nak jugak kemajuan, kebajikan dan kemudahan infrastruktur dibela dan diberi perhatian. X gitu!. Di samping itu, saya nak merayu pihak pimpinan Pas, tolong hentikan sebarang idea berkenaan perpaduan ni yg boleh mengundang perpecahan dan kalo boleh kita kuatkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat serta utamakan calon dari kawasan sendiri. sebaik2nya. Bukan nak mempertikaikan calon yg ada sbb dia memang baik dan bagus, cuma nak bangkitkan semangat jentera Pas kawasan terbabit dan ada semangat 'Kekitaan' dalam diri diorg.

Korang bacalah artikel yg aku paste dari Kelab Greenbok kat bawah ni, sapa yg provok sapa? sapa pulak yg tercedera? Orang Pas ke orang Umno sebenarnya? Sapa yg kena tangkap? Kalo dah nama pencacai tu pencacai gak!

Wallahu A'lam!

P/s : Nasib baik TGNA masih ada. Kalo tak, tak tau apa jadi kat Pas sekarang ni. Rindu plak dgn Arwah Ustaz Fadhil Noor. Sedih bila tgk peristiwa dia meninggal dunia dan dikebumikan. Lautan manusia. Kalo nak ingatkan balik memori kita, rujuk artikel di blog Al Bakistani, http://g-82.blogspot.com/2009/07/terlalu-rindukan-ustaz-fadzil-noor.html

MANEK URAI : Propaganda Kecederaan Untuk Burukkan PAS

Sejam lebih sahaja aku posting kisah tpm dakwa PAS yang mula kan dahulu punca pergaduhan semalam, baru sahaja dapat SMS dan panggilan telefon mengenai kisah sebenar semalam.

Menurut pemanggil tersebut, beliau ada di tempat kejadian sewaktu kejadian berlaku, sempat mengambil gambar video... yang memulakan dahulu balingan batu ialah kumpulan Puteri UMNO, ...Pada mulanya pihak yang melaporkan tidak mahu nak besar-besarkan kejadian semalam, tetapi bila dan TPM, IGP sendiri bersama media-media melaporkan perkara yang tidak benar, maka kes yang sebenar terpaksalah diterangkan, biar semua rakyat tahu siapakah yang bersalah.

Kejadian yang berlaku semalam yang melibatkan petugas PAS telah pun dibuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Krai No 001811/09 yang mana Pemuda Pas Kawasan Merbok bernama Shahrudin Yahya telah cedera di kepala akibat balingan batu.Manakala seorang lagi yang menjadi mangsa kejadian semalam ialah Muslimat dari Perak iaitu Nadia bt Mohamad Kamil mengalami kecederaan teruk di dagu, masih di rawat di Hospital Kuala Krai, Wad Kenari Katil No 24. Salinan No Report Polis masih belum diperolehi.

Kenapa kejadian ini tiada dalam laporan di media UMNO, tak perlu jawap.. semua dah ada jawapan sendiri... apa pun, demi nak mengelak daripada tuduhan orang awam mengenai kejadian semalam, maka dengan muka tak tahu malu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melakukan pembohongan besar dengan membuatkan lakonan semula yang mengatakan Puteri UMNO mengalami kecederaan akibat serangan balingan batu dan botol air semalam.Sedangkan mangsa sebenar yang ada report polis, yang terlantar di hospital didiamkan... Itulah budaya UMNO... sama semacam seiras budaya zionis... cukuplah... hentikanlah wacana ilmu, hentikan kerajaan perpaduan, lihatlah apa yang terjadi pada ahli dan petugas PAS, pimpinan yang berminat dengan Kerajaan Perpaduan tidak merasai ini semua, tetapi kami yang dibawah ini cukup menderita akibat dari sikap dan tingkah laku UMNO.... - manjongmari

TRAGEDI MANEK URAI – APA YANG KITA TIDAK TAHU

PILIHANRAYA Kecil Manek Urai baru sahaja selesai dijalankan semalam dengan keputusan Pas berjaya mengekalkan kerusinya di Dun tersebut. Pada awal kempen dan beberapa hari seterusnya dikatakan kempen kali ini paling aman dan bersih yang turut diakui oleh pihak Polis dan SPR yang sentiasa memantau sepanjang kempen dijalankan. Malang sekali keamanan ini tidak dapat dipertahankan sehingga ke hari kemuncak pada saat dan waktu membuang undi.

Beberapa kejadian membaling botol dan batu dikatakan berlaku di antara kedua-dua penyokong parti yang bertanding sehingga melibatkan kecederaan yang agak serius kepada beberapa penyokong parti berkenaan.Apa yang paling mendukacitakan kita ialah laporan pihak media yang kelihatan berat sebelah melaporkan kejadian tersebut. Pihak Pas sering ditonjolkan sebagai pencetus kepada kejadian malang tersebut tanpa menunggu siasatan pihak Polis. Pihak media juga memberi perhatian dan `highlight’ mereka kepada mangsa-mangsa yang tercedera dari Puteri Umno sahaja sehinggakan menemubual mereka di katil-katil wad hospital.

Ini menggambarkan seolah-olah mangsa hanya terdiri daripada penyokong-penyokong Umno sahaja. Tidakkah kita tahu bahawa penyokong-penyokong Pas juga turut menjadi mangsa kejadian ini?Saya difahamkan bahawa terdapat dua orang penyokong Pas turut menjadi mangsa kejadian yang tidak diketahui siapa puncanya itu. Mereka yang dilaporkan mengalami kecederaan yang lebih parah dari Puteri Umno tersebut adalah seperti berikut:1. Sdr Sahruddin bin Yahya (Pemuda Pas Kawasan Merbok) -Mengalami kecederaan di kepala dan Laporan Polis telah dibuat (No Report KK 001811/09).2. Muslimat Perak – Nadia bte Mohd Kamil (No HP: 013-23701xx) – Mengalami kecederaan di dagu dan masih dirawat di Hospital Kuala Krai , Wad Kenari Katil No 24. (Laporan Report Polis belum diperolehi). Gambar mangsa-mangsa tersebut akan disiarkan kemudian oleh blog Pinkturtle selepas ini.

Amat mendukacitakan pihak media bersikap berat sebelah di dalam melaporkan insiden ini. Daripada awal kempen sememangnya pihak media kerajaan sentiasa dilihat berpihak kepada Umno sehinggalah selesai pilihanraya ini pun mereka masih tidak mampu berlaku adil di dalam laporan dan berita mereka. Inilah media yang kita ada dan inilah yang dikatakan transformasi yang telah dilakukan oleh kerajaan UBN di bawah kepimpinan Najib.Kita yakin, kemenangan Pas di Manek Urai ini walaupun sekadar mendapat majoriti 65 undi sudah memadai untuk menunjukkan betapa hebatnya Pas di dalam berdepan dengan Umno dengan segala jentera kerajaan yang mereka gunakan termasuk `gula-gula’ yang ditawarkan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai.

Pas masih releven di bumi Kelantan dan Pas pernah mengalami saat yang lebih getir sebelum ini di Dun Negeri di mana Pas hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja untuk memerintah. Justeru itu, tiada sebab Pas harus merasa gundah gulana dengan majoriti yang diperolehi baru-baru ini. Kemenangan yang dianugerahkan Allah ini wajib disyukuri dan ini merupakan satu keajaiban buat Pas.Tahniah dan syabas buat semua pengundi-pengundi di Manek Urai yang telah menolak sebuah jambatan demi maruah mereka. Penghargaan juga buat semua jentera PR dan Pas yang telah bekerja kuat bagi membantu kemenangan ini. Tidak lupa tahniah sesama kita Blogger-Blogger yang sentiasa komited memperjuangkan dasar dan perjuangan PR, ini adalah kejayaan kita bersama. Umno telah selamat ditalkinkan di Manek Urai.
TAHNIAH ABE UJI.
-wfauzdin

Timbalan Perdana Menteri kecewa dengan kata-kata kesat penyokong PAS.. itu katanya.. tapi aku tengok dalam TV semalam dia dengan manis muka dok pi salam dengan penyokong PAS OK aja.. salah seorangnya yang nampak seorang pemandu kereta Proton Saga Putih siap bendera PAS berkibar dekat belakang...Pujuk sudah, terang sudah, nasihat sudah, melawat sudah, serba serbi sudah, duit jangan cerita berapa banyak yang dah ditaburkan....apa kira pun dah habis segala usaha... tup-tup kalah dengan 65 undi.... mana hati tak panas....Maka nak lepaskan geram maka keluarlah kata-kata ini..."Muhyiddin berkata, masalah itu timbul selepas Pas melanggar arahan tersebut terlebih dahulu."Jadi kalau BN tak buat, semangat orang BN akan berkurang, jadi mereka kembali bersemangat. Kalau pihak di sana (Pas) tidak mulakan, kawasan itu akan menjadi tenteram. Cerita seterusnya di utusan.

Senang sungguh jawapan yang keluar dari mulut seorang TPM, betui ka pentokong PAS yang mulai dulu, ada bukti.... cakap membuat tuduhan memang senang.... mengapa PRK di Penanti tak ada kekecohan, sampai polis yang bertugas pun boleh terlelap....... jadi snediri mau fikir sebelum cakap-.......sapa pun boleh cakap....Awak tu TPM.... janganlah buat kenyataan yang paling bangang dan bengappppp.
- manjongmari

Monday, July 13, 2009

Nik Aziz - Tokoh Politik islam yg bijak dalam strategi Politik!!!


Ramai orang sering dan cuba mempertikaikan kehebatan dan ketajaman pemikiran beliau didalam mengulas, menganalisa serta melaksanakan strategi politik bagi menentang puak politik zalim dan tidak bertamadun UBN bersama jentera2 kerajaan dan media yg sering disalahgunakan. Ada yg menuduhnya dgn pelbagai panggilan buruk dan mencercanya serta mengutuk beliau sudah nyanyuk dan sebagainya.


Tapi aku sedikit pun tak pernah ragu sejak dari dahulu lagi dan mempercayai sepenuhnya ketajaman pemikiran TGNA dalam menentang lawan politik mereka, puak UBN sejak PAS disingkirkan dari Parti Perikatan dan alhamdulillah membawa Pas dengan jayanya atas slogan dan tema 'Membangun bersama Ulama' yg akhirnya berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan selama lebih 2 dekad dan bermula kebaikan yg dilaksanakan dari situlah seterusnya rakyat telah berjaya memberikan Pakatan Rakyat memerintah 5 buah negeri sebelum kerajaan Perak dirampas cara jijik dan tidak bertamadun oleh UBN diketuai Najib.

Pimpinan yang ikhlas, takut, tawadhu' dan bersih dalam pemerintahannya dan dibantu hidayat Allah swt kerana sering membela, memperjuangkan dan berdakwah tentang Islam, sentiasa memohon keredhaan dan memanjatkan kesyukuran beliau kepada Allah dalam setiap keputusan dan perbuatannya, maka Allah telah memberikan ketajaman fikiran dalam mengenal dan membukakan hijab keburukan strategi pihak lawan agar setiap keputusan yg dibuat berjaya membantu perjuangan islam dan mematahkan taktik pihak lawan yg ingin memusnahkan PAS.


Idea dan perancangan UBN menggunakan jentera SPR bagi meminimumkan dan mengkesampingkan jumlah sokongan dan pengundi yg menyokong PAS dgn melaksanakan hari pengundian pada waktu bekerja serta meningkatkan pengundi BN menggunakan pelbagai cara didalam PRK Manek Urai telah berjaya dihidu dan dipatahkan dgn memberikan cuti umum pada hari tersebut. Maka pada hari tersebut, rakyat Kelantan berpeluang melihat perjalanan hari pengundian samada berlaku penipuan atau penyalahgunaan kuasa serta memberikan peluang pengundi berdaftar PRK MU yg tinggal disekitar negeri Kelantan melaksanakan tanggungjawab mereka. Sekiranya pihak UBN cuba menggunakan kakitangan kerajaan bagi menghalalkan kerja haram mereka pada hari tersebut, ia dapat dicegah dgn pemberian cuti khas kerajaan.


Oleh yg demikian, kerajaan pusat terpaksa membayar kerja lebih masa (hari cuti) pada kakitangan yg disalahgunakan oleh mereka dan merugikan kerajaan BN sendiri. Ia juga dapat meminimumkan penggunaan peralatan dan jentera kerajaan sendiri dari disalahgunakan. TGNA disamping itu, membidas Muhyidin yg memancing undi rakyat di Manek Urai dgn membina jambatan baru sekiranya BN menang dgn memetik bahawa kerajaan BN ketika dibawah Pak Lah yg telah isytiharkan utk membina Jambatan Sultan Ismail Kedua pun masih tidak nampak bayangnya telah berjaya menutup fikiran rakyat agar tidak lagi mempercayai janji pihak BN. Jadi, sendiri fikirlah!
Sumber di rujuk dari artikel dibawah. :


Nik Aziz isytihar esok cuti umum - Malaysiakini
Jul 13, 09 11:54am

Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai. Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.


"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'. "Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas.


Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu."Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.


Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satu ibadah". Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.



Nik Aziz ragu janji TPM bina jambatan - Malaysiakini
Jimadie Shah Othman Jul 13, 09 11:45am

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat meragui janji Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai kerana menurutnya, janji lama BN pun belum tertunai.


"Itu baru (janji) kalau (menang). Perdana menteri dulu, Pak Lah sudah isytihar dah, sebelum pilihanraya lagi, hendak buat jambatan Sultan Ismail kedua di Sungai Kelantan. Beliau menegaskan demikian dalam sidang media selepas berceramah di Sungai Peria malam tadi.


Turut hadir berceramah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan calon PAS Mohd Fauzi Abdullah.Nik Aziz mengulas tawaran kerajaan pusat untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai esok.Tawaran untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama itu, dibuat Muhyiddin yang juga presiden Umno petang semalam.


Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Aziz berkata, tidak ada sebab rakyat Kelantan perlu mengundi BN kerana di bawah pemerintahan PAS juga, kerajaan pusat membuat pembangunan di negeri itu.


"Dalam keadaan Kelantan di bawah PAS pun, kerajaan pusat dah buat pembangunan banyak. Tak ada sebab pun kita undi Umno sebab rakyat undi PAS dari tahun 1990 sampai hari ini, kerajaan pusat juga buat pembangunannya. "Rumah dia buat, sekolah dia buat, universiti dia buat. Perlu apa orang PAS nak undi Umno. Undi PAS pun (kerajaan) pusat buat juga.


"Dia buat melalui orang lain, melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). (Sebab) dia nak makan, bukan minum sambil menyelam, dia nak makan sambil menyelam," katanya yang juga mursyidul am PAS.

Friday, July 10, 2009

Parti komponen PR tak boleh, jentera komponen BN boleh plak???

Polis Serbu Bilik Gerakan PKR Di Manek Urai
10 July 2009

Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.

ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

"Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas."Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini," katanya.Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik.... tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi.Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.

sumber : Kelab Greenboc

Tuesday, July 7, 2009

PRK Manek Urai : TGNA hentam Umno!


Manik Urai-Kempen Lawan UMNgOk supaya manusia sedar :TGNA-malaysiakini

Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataannya menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat bukan strategi untuk memancing undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Beliau menyifatkan setiap kenyataannya sebagai ‘kempen’ kepada manusia dan akan dibuat sepanjang masa semata-mata kerana mahu menegakkan agama Islam.

Katanya, sekiranya tidak ada pilihan raya sekalipun, beliau akan tetap mengeluarkan kenyataan tersebut ketika berceramah atau menyampaikan kuliah.

“Waktu saya buat kenyataan itu, saya buat kenyataan kerana Allah. Kempen saya kepada manusia supaya sedar. Selagi tidak turut kepada agama, manusia akan meraba dalam hidup dia dan bagaimana kita nak pastikan laluan ke syurga kalau kita tinggal agama."

“Kaitan itu (berkempen) munasabah pilihan raya, kalau tidak ada pilihan raya pun saya tetap berkempen Islam, sama saja.”

"UMNO dengan Pas baru 50 tahun (penubuhan), Islam sudah 1,500 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kelmarin Penasihat Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, parti itu percaya tindakan UMNO ‘menyentuh’ Nik Abdul Aziz dalam kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai akan lebih menguntungkan parti itu.

Justeru, pihaknya membuka ruang seluas-luasnya kepada UMNO untuk menyerang peribadi pemimpin itu yang kebelakangan ini membuat pelbagai kenyataan keras mengecam UMNO.
Ketika mengulas dakwaan Pas memfitnah UMNO dengan menyebarkan bahawa parti itu menolak Islam, Tok Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perkara itu adalah kenyataan dan menyifatkan UMNO bermuka-muka dalam perjuangannya.

“Tolak Islam ini sama ada secara total atau tolak secara buat-buat. Zaman Nabi ada Abdullah bin Ubai. Dia buat masjid, tapi masjid itu ditolak. (UMNO) buat Islam tetapi dalam perutnya tolak. Orang panggil munafik, tolak juga,” katanya.

Beliau meminta anak-anak Kelantan yang menjadi pengundi di Manek Urai supaya kembali mengundi dengan menyifatkan tanggungjawab itu sebagai ‘kerja agama’ dan bukannya politik.
Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.

TAKBIR!!!

Monday, July 6, 2009

Senarai Jawatan Kuasa Kabinet PR!!!








Tahniah diucapkan pada Pakatan Rakyat kerana maju setapak dalam memberikan keutamaan perkhidmatan mereka secara strategik bagi memantau tanggungjawab dan tugas menteri dan timbalan menteri di kementerian masing2. Ini juga diharap sebagai latihan bagi mereka yg bertanggungjawab bagi memantau Portfolio masing2 sekiranya diberikan peluang oleh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini.
Saya mengharapkan keputusan melantik Shadow Cabinet atau sekurang2nya Jawatankuasa yg terdiri dari MP yg mewakili k0mponen PR ini bagi memantau Menteri Kabinet dan kementerian yg terdapat di Malaysia dapat diadakan lebih awal, iaitu seawal DS Najib mengumumkan Senarai Menteri Kabinet dan Kementerian masing2. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat masih belum terlewat dan diharap dapat memberikan fokus dan tanggungjawab didalam memantau Menteri dan kementerian masing2 seperti yg diharapkan dan memberi output yg berkesan demi untuk kepentingan rakyat dan negara.
Semoga Berjaya!
Hidup Rakyat!
Wallahu A'lam, Wassalam.

Friday, July 3, 2009

Kronologi isu Rumah sembelih Babi mendesak DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat!!!

Rupanya DAP Kedah membuat keputusan keluar Pakatan Rakyat akibat dibuli dan dicerca oleh pimpinan MCA dan Gerakan setempat kerana terlibat dalam perobohan Rumah Sembelihan Babi oleh Majlis Tempatan. Ini menimbulkan aib seolah2 DAP Kedah tidak berjaya mempertahankan hak orang cina utk mengekalkan Rumah sembelihan babi tersebut setelah PR berkuasa dan mentadbir Kerajaan Negeri Kedah dan memaksa mereka bertindak demikian untuk maruah dan prinsip parti.

Sekiranya Kerajaan negeri meluluskan permohonan menangguhkan kali kedua perobohan rumah sembelihan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Ini akan menunjukkan Kerajaan negeri seolah2 cuba campurtangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan atas faktor politik dan memberikan signal atau isyarat kerajaan negeri membenarkan dan ingin mengekalkan tempat sembelihan babi tersebut dan tidak mahu mematuhi keputusan yg telah dibuat oleh kerajaan BN yg mengambil keputusan / ketetapan utk memindahkan rumah penyembelihan tersebut ke tempat lain yg lebih sesuai dan praktikal.

Keputusan ini pula akan digunakan oleh pemimpin2 Umno tempatan yg akan membantah sekeras2nya berhubung keputusan Kerajaan negeri yg dilihat cuba mempertahankan Rumah sembelihan babi terbabit dan seterusnya cuba memburuk2kan Kerajaan Kedah yg dikuasai Pas yg tidak mementingkan hak orang islam dan melayu dimana Pusat sembelihan itu terletak dikawasan penempatan yg majoritinya orang melayu. Sedangkan punca masalah dari pihak pengusaha terbabit yg tidak bersungguh2 untuk memindahkan operasi mereka dan terlalu mengharapkan campurtangan kuasa politik agar mereka dapat mengekalkan perniagaan disitu.

Manakah keputusan yg lebih buruk? Membiarkan maruah dan prinsip DAP tercemar dan buruk kerana tidak mempertahankan hak orang cina yg telah dimanipulasikan isunya oleh pemimpin MCA dan Gerakan atau membiarkan maruah dan prinsip Kerajaan negeri tercemar dan buruk akibat membenarkan Rumah sembelihan babi tanpa lesen tersebut terus beroperasi dan mendapat bantahan majoriti melayu islam dikawasan dan negeri tersebut serta menjadi modal isu pemimpin Umno memburukkan kerajaan negeri? Kalo nak tahu dan faham lebih lanjut isu tersebut, korang bacalah artikel dibawah yg dicilok dan diulang tayang dari Blog Kedah Lanie.. :

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

DAP KELUAR KERANA BABI??

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kronologinya.......

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada

23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.8011.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan. YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh. MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditangguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk. YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima. Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang. Surat tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan. MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan oleh YAB MB. Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangkan perkara yang sama.Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Petikan dari blog setpol MB :DAP KELUAR KERANA BABI??