Friday, October 12, 2012

Nasihat Presiden PAS kepada ahli PAS khususnya dan penyokong PR umumnya

Amat bodohlah kalau ditipu 'syaitan yang dikenali' Abdul Hadi Awang | 6:09PM Okt 12 2012 ULASAN Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku pernah menyaksikan satu persefahaman di rumah Abdullah bin Jud'aan, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya." (Al-Sirah Al-Nabawiyyah, Ibn Kathir) Peristiwa bersejarah ini berlaku di masa jahiliah, ketika Rasulullah SAW belum dilantik menjadi rasul dalam usia dua puluhan. Apabila bapa-bapa saudara baginda membawanya menyertai pertemuan khusus di kalangan pemimpin utama Mekah. Rasulullah SAW diizinkan menyertai perjumpaan khas itu dalam usia yang dianggap terlalu muda dan mentah, tetapi diakui kebijaksanaanya yang luar biasa dan akhlaknya yang sangat mulia. Peristiwa ini berlaku apabila seorang pengunjung Mekah daripada Qabilah Zubaid Yaman yang berniaga, dizalimi seorang bangsawan Mekah bernama Al ‘Aas bin Waael. Pendatang yang dizalimi gagal mendapat pertolongan daripada rakan-rakan dan kenalannya, kerana kedudukan bangsawan si zalim itu. Lalu mangsa kezaliman mendaki bukit Qubais berhampiran Kaabah melaungkan rayuan pertolongan dan mencabar bahawa kesucian Mekah dan keamanannya sudah tidak ada lagi. Apabila seruannya didengari para pemimpin Mekah yang sedang berkumpul, mereka merasa malu dan tercabar. Maka diadakan perjumpaan tergempar di rumah Abdullah bin Jud'aan dengan membuat keputusan satu muafakat yang dinamakan Half al-Fudul bagi menentang kezaliman dan membela sesiapa yang dizalimi. Rasulullah SAW bersabda tersebut di atas dengan huraiannya: "Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya." Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: "Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya." (Riwayat Ibn Majah) Di atas konsep inilah maka Rasulullah SAW menerima persefahaman tersebut, walaupun mereka itu daripada kalangan pemimpin jahiliah. Kerjasama politik berpandukan nas Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliah dan kalangan yang berperikemanusiaan daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah SAW juga menyatakan sempadan dengan sabdanya yang bermaksud: "Orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab atas segala syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram." (Riwayat Al-Bukhari dan selainnya) PAS adalah parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan Umno. Begitu juga hubungan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan di antara komponen BN yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada al-Quran dan Sunah, Ijmak Ulama dan Qias. Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan tahaluf (kerjasama) yang berpandukan nas tersebut di atas. Pakatan adalah muafakat politik dalam konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum fikah politik Islam. Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, masyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah. Umno yang mewakili Melayu-Islam dalam BN mencalarkan Islam dan merosakkan imejnya. Sangat malang bagi sesiapa yang tidak membezakan antara Islam dan Melayu, seperti Arab yang tidak membezakannya dengan Islam. Islam pernah memperkasakan Arab. Dan Arab tumbang setelah menjadikan Islam hanya kebanggaan sejarah tanpa amalan yang sempurna, walaupun memiliki kekayaan melimpah ruah. Begitulah maknanya, tegakkan Islam bersama PAS, Melayu selamat dan semua kaum selamat. Tegakkan Melayu bersama Umno, Islam hanya menjadi jenama yang ditampal pada kotaknya sahaja, tanpa isinya yang sebenar. Samalah seperti meletakkan ubat batuk pada kotak yang berjenamakan ubat gatal. Tak halang ahli DAP minum arak, tapi... Cukuplah menegakkan Islam ala-Umno yang bergantung dengan politik wang, pangkat dan tawaran mewah bersamanya tanpa jati diri yang sebenar. Hanya menjadi penyakit yang memakan diri laksana pemelihara hantu yang menjadikan tuannya, makan tidak kenyang walau pun makan sebanyak-sebanyaknya. Melayu yang perkasa bersama Umno, hanya sekadar bertempik menghunus keris taming sari sesama sendiri sehingga negeri dijajah. Merekalah baka yang menyerah diri kepada penjajah dahulu dan mewarisi kemerdekaan yang diletak di atas dulang emas dan menerimanya dengan melalui hamparan permaidani dan taburan bunga. Sejarah tetap tidak boleh dibohongi bagaimana golongan Islam bermandi darah dan air mata menentang penjajah walaupun disembunyikan di bawah tikar yang hina. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai kumpulan Islam terdahulu yang pernah diharamkan silih berganti. PAS tetap istiqamah dengan Islamnya menyatakan Islam adil terhadap semua manusia. Bukan hanya Arab dan Melayu sahaja atau hanya penganut Islam sahaja. Islam adalah rahmat Allah kepada seluruh alam. PAS boleh bekerjasama dengan semua pihak dan tegas berpegang kepada dasarnya dan boleh bertasamuh (bertoleransi) mengikut batas-batas Allah. PAS pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan BN bersama Umno dan rakan-rakannya. Penyertaannya dengan keputusan muktamar khas supaya teguh membawa mesej Islam secara tahaluf siyasi. Ketika bersama Umno, PAS memecat sesiapa kalangan ahlinya, termasuk ahli parlimennya yang berjoget dan minum arak bersama Umno. Kemudian PAS dihalau keluar daripada BN pada 1978 dan selepas itu kerajaan PAS Kelantan dijatuhkan dengan perisytiharan darurat yang diluluskan oleh Umno dan rakan-rakannya melalui sidang khas parlimen dan pilihan raya khas selepas itu. Lalu PAS bersendirian mara ke hadapan dengan cita-cita Islamnya. PAS adalah tersendiri, tidak sama dengan Umno. Maka PAS tidak perlu berkiblat ke arah Umno dan berimam mengikut arah kiblatnya, kerana kiblat politiknya salah. Tegasnya PAS tidak menghalang ahli DAP minum arak, makan babi, berjudi dan sebagainya. Tetapi PAS memecat kalau ahlinya melakukan perkara yang sama. PAS pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat-46 yang berpecah daripada Umno. Parti Semangat-46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan PAS, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat. Akhirnya PAS mengadakan tahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Nasional (PKN) yang juga berpecah daripada Umno. Kemudian diiikuti pula tahaluf siyasi dengan DAP. Hudud: Umno ibarat ayam jantan PAS mengucapkan terima kasih kepada Umno dan media yang menjadi khadamnya, kerana sangat bersimpati terhadap PAS, kerana kononnya bimbang PAS akan menjadi parti melukut ditepi gantang. Percayalah orang Melayu-Islam tidak akan hilang jati dirinya bersama-sama dengan PAS selagi PAS tidak meminda kedudukan Islam sebagai dasar dalam perlembagaannnya, seperti Melayu bersama Umno sehingga tidak bermaya di Singapura, Pulau Pinang dan lain-lain. Kaum lain di kalangan bukan Islam pula jangan takut bersama PAS, kerana kumpulan dan gerombolan yang mengapi-apikan semangat perkauman dan fanatik buta agama berada dalam Umno atau bersekongkol bersamanya. Di sepanjang kerjasama PAS dalam tahaluf siyasi tidak pernah rugi. Walaupun ditendang dan dipan

Sunday, July 15, 2012

BR1M???

CORRECT, CORRECT, CORRECT!

I AGREE WITH THIS FACT

Sunday, January 8, 2012

Takziah Dato'

Sebelum itu, aku nak minta maaf kalo komen dan kata2 aku sblm ni mengguris hati atau terdapat salah silap. Aku cuma meluahkan apa yg aku ras datuk. Walaupun aku ni bukanlah aktivis politik tapi aku memang prihatin terhadap politik Pakatan Rakyat amnya dan PAS khususnya. Bukan niat aku utk menghukum atau memburukkan dato' tapi cuma sekadar mengingatkan pimpinan dan penyokong PAS atau PR agar berhati2 dgn sesuatu yg naluri aku kuat mengatakan seperti tindakan sabotaj dan pengkhianatan.

Teringat ketika Dato' mula masuk dahulu ke dalam PAS bersama golongan ulama' serta profesional ke dalam PAS dan tidak PKR sedangkan masing2 kebanyakan simpati dan mengagumi perjuangan DSAI. Fahamlah aku bahawa mereka ini cuba menentang kezaliman tetapi dibawah Jamaah islam yg mereka fikir terbaik buat diri mereka. Aku ketika lebih awal masuk PAS dgn mengisi borang, bayar yuran dan berbai'ah ditepi khemah ceramah tapi sampai sekarang ni aku pun tak tau status aku ni apa. Aku lebih suka menyokong dalam senyap dan dari belakang dan memercayai orang2 dan pimpinan2 yg lebih kuat iman, berakhlak dan bijak yg akan menggerakkan jamaah ini hingga ke atas.

Tak pernah sekali aku ragu dgn parti PAS walaupun kadang2 aku kecewa sangat pada pimpinan atasan atau pimpinan bawahan yg aku lihat kurang bekerja keras dan tidak tahu utk bekerja dgn efisyen utk berkhidmat kepada rakyat dan masyarakat yg menaruh harapan kepada mereka. Orang BN dilihat sgt pandai menggunakan kuasa yg mereka ada walaupun sbg pembangkang tetapi disalahgunakan utk kepentingan puak mereka saja.

Tetapi pimpinan bawahan tempatan PR pulak dahlah tak berapa pandai guna kuasa yg ada utk membela rakyat tapi asyik bermain politik puak padahal telah dilantik utk memimpin masyarakat keseluruhan termasuk org Umno BN dan atas pagar. Diorg dgn segelintir ahli PAS atau PR yg ada perasan konon yg menangkan mereka sehingga mendapat kuasa sekarang atas kerja mereka yg tidak seberapa tu padahal oleh org yg atas pagar, orang Umno BN yg paling tadah dlm diam, org yg mmg dah meluat dgn UBN serta org yg setia dlm diam mcm aku ni.

Aku sungguh kagum dgn semangat Dato' walaupun pada mulanya sikap Dato' seolah cuba menukar suasana tarbiah dan rentak PAS secara simbolik dgn menukar songkok tinggi Dato' dgn pimpinan ulama' / Tok guru yg memang sentiasa tidak selesa dgn budaya songkok yg lebih sinonim dgn org melayu dan lebih suka berkopiah / serban mengikut sunnah rasul. Semangat Dato' selepas bertahun didalam PAS makin dilihat merosot ketika PRU 2004 mungkin kerana sibuk dgn agenda dalaman parti atau sebagai wakil rakyat mungkin.
Saya perasan Dato' dilihat tidak lagi aktif dalam himpunan2 rakyat dan Demo serta bersama sebahagian program memnentang kebobrokan pemerintah.

Ia dilihat semakin pelik dan ketara dgn kemungkinan agenda peribadi terutama ketika pasca PRU 2008 dan selepasnya dimana Dato' dilihat cuba mempengaruhi pimpinan dgn agenda kepimpinan ulama' sedangkan ketika awal Dato' dilihat mengetuai golongan Profesionalism. Bermula ketika itu, dilihat wujud timbul agenda perpaduan dan puak2 yg cuba menggagalkan kesepakatan PR diketuai Anwar. Sebelum itu juga beberapa pimpinan negeri PAS yg lain cthnya kalau tak silap antaranya Sarawak dan Perak cuba memberitahu dan tidak senang dgn sikap, cara dan agenda Dato' yg saya masih kurang percaya kerana pengaruh Dato' dilihat sgt kuat ketika itu apatah lagi Dato' telah menjadi Pesuruhjaya Selangor.

Saya menjadi kurang senang apabila Dato' dikatakan cuba merancang dan menyingkirkan kebanyakan pemimpin2 PAS yg lebih senior, setia, rajin dan disayangi kebanyakan ahli dan penyokong di Selangor dgn alasan tidak wala' atau sebulu dgn Dato'. Terdengar berita bahawa Dato' cuba berebut dgn PKR bagi jawatan MB dimana itu bagi saya bukan sikap seorang pimpinan PAS. Dato' juga dalam merancang Ijtima' PAS di Stadium Shah Alam menggunakan pihak2 yg memusuhi PAS utk sponsor Ijtima' supaya dilihat grand dan antara terhebat pernah dianjurkan. Dato' juga cuba menghidupkan semangat agak ekstrim atau terlalu menyokong melayu dan raja dimana kebanyakan ahli dan impinan PAS hanya lebih mementingkan perjuangan Islam, keadilan dan kebajikan rakyat dimana perjuangan melayu (rasis) atau Raja (feudal) bukanlah matlamat utama didalam perjuangan PAS.

Kenyataan dan tidakan Dato' selepas PRU 2008 dimana Dato' telah mula menjadi Exco Selangor dilihat mula berubah rentak dimana di acara atau ceramah di sekitar Klang, Shah Alam dan Selangor atau dimana kawasan dianjurkan pemimpin yg tidak sebulu dgn Dato' memang susah melihat Dato' menghadirinya, berbeza pada sebelum atau seketika selepas PRU 2008. Ada pihak tertentu yg telah menganggap Dato' merupakan kuda trojan didalam PAS seperti banyak yg terdapat didalam pimpinan PKR dan sebahagian berada di DAP. Mereka ini menunggu masa dan giliran utk keluar dari parti.

Tapi hati kecil saya percaya sebahagian besar mereka termasuk Dato', pimpinan dan wakil2 rakyat yg melompat ini merupakan orang2 atau mangsa yg telah di ugut dan diperangkap secara terancang dgn pelbagai taktik dari keluarga hingga kepada skandal dan masalah kewangan oleh pihak berkuasa menggunakan pakar2 khas risikan mereka seperti mana skandal IC yg berlaku sekarang. Saya berdoa agar PR dapat menawan Putrajaya dan ketika itu semua tembelang kebobrokan ini akan terbuka dgn sendirinya.

Tapi saya rasa Dato telah diuji oleh allah akibat dari sikap angkuh dan yakin Dato' ketika menjadi Pesuruhjaya Selangor dimana Dato' membayangkan kepada umum tanpa memikirkan natijahnya bagi setiap pimpinan atau wakil rakyat PAS yg melompat parti seolah mereka telah menceraikan mereka Talak 3. Maka ujian itu kembali pada Dato' ibarat senjata makan tuan. Dato' yg semakin tidak betah dalam PAS cuba mencari jalan utk melepaskan diri dari sumpah yg membelit dgn sengaja menimbulkan kontroversi dan provokasi kpd pimpinan agar memecat Dato'. Masih ingatkah ungkapan Saya rela dipecat yg diungkapkan Dato' baru2 ini.

Apabila kepimpinan PAS membuat keputusan berhubung tindakan Dato'. Sebahagian pimpinan mencadangkan agar Dato' digantung dari jawatan parti agar Dato' menjadi seperti orang yg digantung tak bertali dimana Dato' tak boleh melompat parti dan suara Dato' pun tidak akan lagi didengari tetapi atas dasar lembut hati dan kasihan mungkin oleh Presiden PAS membebaskan dari jeratan diri sendiri. Maka bebaslah secara fizikalnya Dato' keserata negara menjaja cerita dan fitnah yg dirancang tapi percayalah bahawa Dato' tetap tak akan tenang kerana telah mengkhianati janji dan parti sendiri seperti mereka2 yg telah melalui sebelum Dato'. Kalau Dato' benar sayangkan jamaah, maka Dato' akan bermuhasabah dan menjadi askar barisan hadapan walau telah diturunkan dari pangkat panglima peperangan oleh khalifah jamaah demi menegakkan perjuangan islam.

Wallahu A'lam.