Monday, December 6, 2010

Nak jadi menteri kena pandai menipu!!! Hahahaha...

Di ambil dari blog PDO :


Panas: Kenaikkan Harga "Minyak Petrol RON95", Terbukti Rakyat Terus Di Tipu Oleh Janji Kosong Kerajaan BN Sejak Dulu, Kini Dan Selamannya !!

Bila rakyat marah isu kenaikkan harga minyak RON95 baru-baru ini, mungkin ada yang berkata ia tidak wajar kerana niat kerajaan itu baik. Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan api itu untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi membangunkan insfastruktur lain di negara ini. Malah, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi kerana ramai pihak yang memanipulasi perkara itu. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dikatakan amat bertepatan sekali kerana ia selaras dengan kenaikkan harga minyak di pasaran. Paling memeritkan bila mana kenaikkan itu dibandingkan pula dengan harga minyak yang lebih tinggi di negeri yang bukan pengeluar minyak iaitu Singapura dan Indonesia. Itulah jawapan dan alasan yang diberikan setiap kali tindakan tersebut diambil.

Bila rakyat mempertikaikan keputusan tersebut, ada pula mereka yang mengutuk kononnya mereka tidak bersyukur dan tindakan kerajaan itu betul. Inilah dia tindakan zalim dan kejam kerajaan UMNO BN kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Bukan masalah harga minyak naik di pasaran, tetapi masalahnya mereka menipu rakyat Malaysia. Bukti terbaru ialah ketika kerajaan menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

TPM Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa kenaikkan itu tidak membebankan rakyat. Malah katanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan RON97 untuk kegunaan harian mereka. Majoriti rakyat katanya menggunakan RON95, sebab itulah kenaikkan itu tidak memberi impak besar dan tidak wajar dipolitikkan. Muhyiddin merasakan bahawa jumlah minoriti penduduk di negara ini bukanlah rakyat Malaysia. Sebab itu beliau sanggup memberi alasan bangang bagi menutup kelemahan yang berlaku. Dalam diam-diam tiba-tiba pula minyak RON97 dinaikkan lagi selepas itu. Alasanya tetap sama, sangkaan kita ia tidak akan menyusahkan rakyat. Namun, akhirnya minyak yang digunakan oleh majoriti rakyat iaitu RON95 dinaikkan oleh mereka tanpa belas kasihan. Bukankah ini bererti kerajaan UMNO BN itu ternyata menipu rakyat dengan omongan kosong.

Jaminan "Menteri Naik Harga" Auta Semata-Mata

Soalnya sekarang, apakah rakyat Malaysia harus terus ditipu oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Masih kita ingat kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob (foto), mengatakan bahawa harga minyak RON95 akan terus kekal pada tahun ini (2010). Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu. Dalam kenyataannya, Ismail mengatakan kabinet tidak pernah berbincang soal menaikkan harga minyak RON95, maknanya tiada bukti ia akan dinaikkan seperti yang diwar-warkan. Maka, rakyat pun terbuai lena dan layu dengan kenyataan tersebut akhirnya terpedaya untuk terus memberi undi kepada BN dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi itu. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ternyata kenyataan Ismail Sabri adalah "dusta dan auta" semata-mata. Kerajaan akhirnya berjaya menaikkan juga harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Makanya, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan menteri berkenaan lagi selepas ini?.

Terbukti, Ismail Sabri tidak layak lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi parlimen Bera dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau bukan sahaja berdusta soal minyak, malahan juga soal gula. Sedangkan masalah tersebut begitu kronik melanda kawasannya satu ketika dulu. Ismail hanyalah "menteri pak turut" yang terpaksa akur dengan kehendak kerajaan biar pun beliau sendiri takut dengan keputusan tidak popular itu sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak dan wajib menolak kerajaan UMNO BN jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi pada masa yang akan datang.

Bukti, inilah keratan laporan sebuah akbar berkaitan satu kenyataan oleh Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini


[Minyak naik harga, mereka juga menanggung sengsara. Namun masih ada puak-puak UMNO yang gembira membuta tuli dengan kenaikkan tersebut. Antara lain mereka mengatakan kenaikan harga barang (minyak) mungkin ada rasionalnya. Kononnya rakyat perlu mengkajinya dalam sudut dan konteks yang lebih luas sama ada menaikkan harga barang untuk mencari keuntungan atau menaikkan harga barang bagi mengelakkan negara rugi teruk atau jatuh. Maknanya, mereka tetap akan menyokong 100% biarpun diri sendiri yang menanggung bebannya.

Bagi mereka apa saja yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu akan tetap disokong biarpun terpaksa menipu diri sendiri. Semuanya dilakukan demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Hanya rakyat yang berhak menilai, apakah mereka mahu terus ditipu atau mengajar pemimpin UMNO BN cara untuk menghormati rakyat. Laungan rakyat didahulukan hanyalah khayalan mereka sebenarnya, sebaliknya apa yang berlaku ialah kroni yang didahulukan daripada segalanya. Itulah hakikat yang sebenarnya].