Wednesday, July 22, 2009

Apa ada pada lilin??? kenapa plak haram???

Maka sibuklah MB haram Perak Dr Zambry mamak yg sering saja cuba mencari kesalahan seteru politik ketat beliau iaitu DS Nizar apabila melihat beliau akan DS Nizar memegang lilin ketika majlis Candle Light Vigil. Yg peliknya, apakah salah lilin tu dan orang yg memegang lilin. Beliau cuba memesongkan rakyat yg kebanyakannya kurang pengetahuan ilmu agama dan logik akal untuk mempercayai bahawa perbuatan DS Nizar itu salah dan menyeleweng dari agama.

Yg peliknya, beliau tidak meminta Al malikul Mufti Sohibussamahah Datuk Seri Harus sana Haram sini Zakaria yg sedia membuat fatwa bila2 masa untuknya tetapi mahukan pihak ulama' yg berada didalam Pas pula membuat kajian dan fatwa untuknya bagi memperolehi political milage dari rakyat. Apa yg peliknya, adakah ulama' Pas berhak membuat fatwa sedangkan Al Malikul Mufti yg ramai di Malaysia yg mempunyai authority dan boleh saja membuat dan mengeluarkan fatwa bila2 masa sekiranya diminta dan diperlukan.

Apakah penggunaan kemenyan, setangi atau pelita di bulan Ramadhan oleh orang melayu pun tidak dibolehkan? Bagaimana pulak kalungan bunga atau bunga2an? tengkolok pulak? teringat Kuli ketika ditewaskan Mahathir akibat memakai tengkolok yg menjadi kebiasaan melayu serta orang pribumi di Sabah dan Sarawak yg dikatakan berlambangkan salib. Maka, acara lilin itu pula budaya atau ritual agama buddha atau kristian atau seluruh bangsa dan agama pada masa dahulu dan kini?

Meh kita tengok hujah salah seorang dari pemimpin Pas kita memberikan pandangan beliau. Harus diingat, ini bukan fatwa atau amanat! Hanyalah kupasan tajuk secara ilmiah dan logik akal sahaja. Tapikan, kalo dah bongok tu bongok jugak kot!

Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin

Saya membaca dengan penuh minatnya pandangan yang mengatakan bahawa amalan DS Nizar Jamaluddin hadir di Candle Light Vigil di Perak adalah satu amalan bertentangan dengan aqeedah Islam. Hujjah ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa memegang lilin yang dinyalakan adalah amalan keagamaan Kristian kerana mengikut fahaman pihak yang mendakwa, lilin dinyalakan semasa upacara peribadatan orang Kristian. Oleh itu memegang lilin yang dinyalakan dalam satu majlis adalah amalan peribadatan Kristian.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini? Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa ramai pula peniaga Islam yang telah bersubahat dengan menjual lilin di kedai mereka? Kecuali dijual dengan notis bukan untuk dinyalakan!

Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?

Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!

Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran.

Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.

Sebenarnya majlis ‘candle light vigil’ merupakan upacara simbolik dewasa ini yang dilakukan di seluruh dunia untuk menzahirkan penungguan dan harapan dalam keadaan yang diselubungi kegelapan. Sepertimana amalan melepaskan merpati sebagai simbol inginkan kebebasan dan kedamaian, memotong riben amalan simbolik upacara perasmian, memotong kek amalan simbolik upacara ulang tahun dan sebagainya, amalan ‘candle light vigil’ telah menjadi amalan simbolik antarabangsa untuk menunjukkan penungguan, harapan dan kemenangan.

Ianya bukan majlis peribadatan dan tiada kena mengena dengan peribadatan Kristian atau Buddha atau Hindu. Lainlah kalau lilin dinyalakan dan diletakkan di ’altar yang berbentuk ketuhanan sambil disertakan dengan upacara sembahyang.

Sila baca juga kenyataan media Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong berkenaan isu ini.
WaLlahu ’Alam

KHALID SAMAD

1 comment:

  1. Patutnya MB mamak Zamby Haram tu patut minta fatwa kat Mufti yg cerdik sani tu...haram x jd MB HaRaM...baru la sepadan yg bertnya dgn menjawab tu

    ReplyDelete