Showing posts with label Isu Perak. Show all posts
Showing posts with label Isu Perak. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

PERSIDANGAN HARAM DUN PERAK 28 OKT '09


Di salin semula dari posting di Blog DS Nizar (Kamparin)


Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Perancangan tak bermaruah UMNO BN dan Dato' Ganesan

Kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat(PR) adalah diatas notis peringatan persidangan dari Speaker YB Sivakumar, melalui surat bertarikh 13 oktober '09. Kami mula bergerak menuju ke bangunan SUK jam 9.35 pagi bersama YB Speaker yang lengkap berjubah dan berkopiah sebagai Tuan Yang di Pertua dewan. Saya dan rakan lain seiring berjalan dengan Speaker.

Kami dihalang polis melalui 2 halangan/checkpoint sebelum sampai ke pintu/gate utama melalui jalan medan istana. Setiap halangan kami terpaksa bergelut dan berperang mulut dengan anggota polis yang menggambarkan seolah-olah mereka hanya fokus pada YB Sivakumar. Beberapa tindakan dibuat oleh polis bagi menghampiri YB Speaker Sivakumar. Saya sendiri menyedari hal ini telah memegang rapat tangan YB Sivakumar. Kami dibenarkan masuk satu demi satu disetiap checkpoint dan kami mengelilingi YB Sivakumar sambil berjalan. Suasana dan kehadiran anggota polis dan kenderaan trak yang banyak serta anggota FRU berkelengkapan penuh siap siaga semacam suatu pertempuran sengit akan berlaku. Ketua polis Ipoh di lihat berdiri diatas trak FRU bersama dua anggota siap dengan senapang dan pancutan simbahan asid dan gas. Disepanjang jalan dan tengah jalan dipenuhi anggota polis, SB siap berkamera video dan senjata. Namun semua warga media tidak dibenar mengekori kami.

Sampai di pintu utama, gate ditutup oleh keselamatan SUK yang mana bilik kawalan dikuasai oleh polis dan mereka hanya membuka gate setelah kami merayu dan akhirnya bertengkar supaya dibuka gate dan setelah dibuka kecil baru kami dibenar masuk satu demi satu juga. Kemasukan kami keperkarangan bangunan SUK dinanti oleh polis ramai, beruniform dan juga memakai vest POLIS. Ratusan kakitangan kerajaan melambai kami dari beranda dan celah tingkap-tingkap pejabat tanda sokongan. Saya turut membalas lambaian mereka sambil sempat melaungkan "HIDUP DIDUP, HIDUP RAKYAT!

Kami masuk ke lobi lif, namun lif semacam tidak berfungsi. Semasa dilobi lif polis cuba menghampiri Sivakumar tapi kami bertahan sehingga berlaku pergelutan kerana nampak mereka mahu menghalang kemasukan kami. Setelah bergelut hampir 6 minit maka kami keluar dari lobi lif dan berjalan menghala ke gate dan bertemu untuk beritahu orang ramai dan warga media bahawa kami dihalang polis dari masuk ke dewan. Setelah mendapat persetujuan dari pegawai Glenn bahawa kami tidak akan dihalang didalam perkaranag bangunan SUK , maka masuk semula. Kali ini gate sekali lagi ditutup dan kami terpaksa pinta dibuka dan barulah dibuka. Bayangkan berapa lama masa terbuang dalam insiden ini sahaja.

Setelah melepasi gate kami menuju ke lobi lif lagi satu untuk ketingkat 3 yang terpaksa melalui tempat letak kereta pegawai kerajaan. Semasa ditempat letak kereta ramai anggota polis diarah menyekat kami untuk menagkap Sivakumar. Berlaku pergelutan dahsyat disitu, Saya yang ketika itu memegang tangan kiri Sivakumar seolah direntap dan terlepas. Kopiah Sivakumar dirampas oleh ASP Bala. Beberapa ADUN PR yang cuba menghalang telah dikasari . Saya terlihat YB Chan Meng Kai (Simpang Pulai ) tersungkur dan terbaring di atas lantai dikelilingi polis! Sivakumar di kerumuni polis sehingga dicekik dan dihimpit perutnya, dia cuba menjerit tapi suara tak keluar barangkali tercekik kuat. Saya meraung dan menjerit meminta pertolongan dari kalangan kakitanagn kerajaan dan pemandu yang ramai melihat dan menonton kekejaman polis terhadap kami. Saya menjerit acap kali meminta pertolongan namun polis terus menerpa kami . Ketika itu Sivakumar kelihatan lesu dan mereka merentap jubah yang dipakainya. Saya turut menahan supaya Sivakumar tidak cedera namun polis terus merentap dan merampas jubah yang dipakainya dengan ganas dan dahsyat sekali. Akhirnya jubah yang dipakai koyak rabak dan tertanggal dari Sivakumar. Dia hanya dapat pegang cebisan jubah berjalur emas sebagai simbol cebisan demokrasi yang dikoyak robekan oleh UMNO BN di Perak.

bersambung.........

Wednesday, July 22, 2009

Apa ada pada lilin??? kenapa plak haram???

Maka sibuklah MB haram Perak Dr Zambry mamak yg sering saja cuba mencari kesalahan seteru politik ketat beliau iaitu DS Nizar apabila melihat beliau akan DS Nizar memegang lilin ketika majlis Candle Light Vigil. Yg peliknya, apakah salah lilin tu dan orang yg memegang lilin. Beliau cuba memesongkan rakyat yg kebanyakannya kurang pengetahuan ilmu agama dan logik akal untuk mempercayai bahawa perbuatan DS Nizar itu salah dan menyeleweng dari agama.

Yg peliknya, beliau tidak meminta Al malikul Mufti Sohibussamahah Datuk Seri Harus sana Haram sini Zakaria yg sedia membuat fatwa bila2 masa untuknya tetapi mahukan pihak ulama' yg berada didalam Pas pula membuat kajian dan fatwa untuknya bagi memperolehi political milage dari rakyat. Apa yg peliknya, adakah ulama' Pas berhak membuat fatwa sedangkan Al Malikul Mufti yg ramai di Malaysia yg mempunyai authority dan boleh saja membuat dan mengeluarkan fatwa bila2 masa sekiranya diminta dan diperlukan.

Apakah penggunaan kemenyan, setangi atau pelita di bulan Ramadhan oleh orang melayu pun tidak dibolehkan? Bagaimana pulak kalungan bunga atau bunga2an? tengkolok pulak? teringat Kuli ketika ditewaskan Mahathir akibat memakai tengkolok yg menjadi kebiasaan melayu serta orang pribumi di Sabah dan Sarawak yg dikatakan berlambangkan salib. Maka, acara lilin itu pula budaya atau ritual agama buddha atau kristian atau seluruh bangsa dan agama pada masa dahulu dan kini?

Meh kita tengok hujah salah seorang dari pemimpin Pas kita memberikan pandangan beliau. Harus diingat, ini bukan fatwa atau amanat! Hanyalah kupasan tajuk secara ilmiah dan logik akal sahaja. Tapikan, kalo dah bongok tu bongok jugak kot!

Majlis ‘Candle Light Vigil’ & Amalan Memegang Lilin

Saya membaca dengan penuh minatnya pandangan yang mengatakan bahawa amalan DS Nizar Jamaluddin hadir di Candle Light Vigil di Perak adalah satu amalan bertentangan dengan aqeedah Islam. Hujjah ini adalah berdasarkan dakwaan bahawa memegang lilin yang dinyalakan adalah amalan keagamaan Kristian kerana mengikut fahaman pihak yang mendakwa, lilin dinyalakan semasa upacara peribadatan orang Kristian. Oleh itu memegang lilin yang dinyalakan dalam satu majlis adalah amalan peribadatan Kristian.

Saya ingin bertanya kepada mereka yang terlalu ghairah mengharamkan dan mengistiharkan semua amalan yang tidak difahami mereka sebagai luar dari Islam, apakah mereka faham implikasi kenyataan dan dakwaan mereka ini? Sekiranya menyalakan lilin adalah upacara ibadat Kristian dan orang Islam haram melakukannya, berapa ramai telah sesat apabila menyalakan lilin semasa ‘black out’ atau terputusnya bekalan elektrik di rumah pada waktu malam? Silap-silap yang menuduh sendiri pun pernah melakukannya. Berapa ramai pula peniaga Islam yang telah bersubahat dengan menjual lilin di kedai mereka? Kecuali dijual dengan notis bukan untuk dinyalakan!

Dewasa ini ada juga ‘Aroma candle’ yang dijual dipasaran. Lilin beraroma ini dinyalakan untuk menghasilkan bau-bauan wangi dan menggantikan amalan orang Melayu dahulu yang membakar setanggi dan kemenyan. Adakah, mengikut pandangan bijak pandai ini, yang kelihatan amat kurang bijak pada masa ini, bahawa aroma candle ini juga haram?

Maka adakah kerana gereja membunyikan loceng maka ummat Islam diharamkan menggunakan loceng? Adakah perlu kita mengharamkan bunyi loceng di sekolah-sekolah, kereta bomba dan basikal penjual aiskrim? Mungkin juga perlu sekiranya otak kita sebeku aiskrim yang dijual!

Oleh kerana tanda salib itu adalah tanda agama Kristian, maka adakah semua yang menyerupai salib, seperti tanda campur ‘+’ dan huruf ‘t’ perlu juga kita haramkan dari penggunaan ummat Islam? Dan seterusnya jalan yang berbentuk simpang empat perlu diharamkan kerana apabila dilihat dari udara kelihatan sebagai salib?Pemikiran yang sebegini tidak selari dengan kaedah mengharamkan sesuatu atas sebab ‘lizattihi au lighairihi’. Sabaliknya ianya hasil dari pemikiran yang terlalu phobia dan defeatist. Inilah punca mengapa ummat Islam satu ketika dahulu digalakkan menjauhkan diri dari semua perkara, “kerana takut tergelincir” sedangkan menjauhkan diri dari semua adalah dengan sendirinya suatu kegelinciran.

Pemikiran sebegini ingin ummat Islam mengasingkan diri dan terasing dengan sendirinya dari keterlibatan masyarakat umum. Ummat Islam akan hanya mampu bercampur dan bersatu sesama sendiri serta memimpin hanya untuk masyarakat muslim. Mungkin inilah maksud yang tersirat.Mungkin sekiranya DS Nizar pegang lampu pelita minyak gas ianya akan dilihat ‘ok’ oleh mereka ini.

Sebenarnya majlis ‘candle light vigil’ merupakan upacara simbolik dewasa ini yang dilakukan di seluruh dunia untuk menzahirkan penungguan dan harapan dalam keadaan yang diselubungi kegelapan. Sepertimana amalan melepaskan merpati sebagai simbol inginkan kebebasan dan kedamaian, memotong riben amalan simbolik upacara perasmian, memotong kek amalan simbolik upacara ulang tahun dan sebagainya, amalan ‘candle light vigil’ telah menjadi amalan simbolik antarabangsa untuk menunjukkan penungguan, harapan dan kemenangan.

Ianya bukan majlis peribadatan dan tiada kena mengena dengan peribadatan Kristian atau Buddha atau Hindu. Lainlah kalau lilin dinyalakan dan diletakkan di ’altar yang berbentuk ketuhanan sambil disertakan dengan upacara sembahyang.

Sila baca juga kenyataan media Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong berkenaan isu ini.
WaLlahu ’Alam

KHALID SAMAD

Monday, June 29, 2009

Permohonan di Tolak!!! Apa sebabnya?

Lama tak blogging. Rindu plak rasanya! Nak buat post pasal UG! Jgn dijolok sarang Tebuan. PRK Manek Urai plak takde idea nak citer, hanya yg menarik adalah betapa ramainya penyokong 2 BN ketika Majlis Penamaan Calon BN, Tuan Aziz Tuan Man berbanding Hj Fauzi dari Pas. Lawak sungguh rasenye! Kalah le camnie Pas! Menghabih kan bogheh yo! Dgn belon dan khemah serta iklan BN kat kontena tu! Kalo duit penyokong dia derma buat tu, akupun tak kesah! Biar pemimpin dan penyokong diorg bankrap buat kerja bodoh dan membazir mcm tu. Tapinya hujung2nya duit rakyat gak yg kopak! Tau2 je la, dari mana diorg cedok modal pilihanraya. Sendiri mau ingatler! Yg dilihat datang, mat rempit dan puak wanita serta pemimpin dan penyokong karat kena Stamp kat dahi, 'Aku orang Umno'. Kalo zaman akhir zaman, orang kafir ke munafik ke orang beriman boleh nampak kat dahi. Inipun mcm lebih kurang sama je kot. Semoga Pas dapat kalahkan mereka dgn kemenangan besar selagi Tok Guru memimpin Pas serta negeri Kelantan. Isya' allah!

Ada plak puak tu tak cukup digunakan Pasukan Polis dan Unit risikan serta Bkt Aman, depa pergunakan pihak tentera plak buat khidmat bakti kat Manek Urai time PRK Manek Urai ni atas arahan dan semangat serta tiket Umno BN. Bila Mahfudz bertanya kat Dewan Parlimen berhubung penyalahgunaan kuasa ni, menterinya tak boleh nak jawab lalu pakat konar sana dan sini. Hujung2 nak bagi jawapan lisan, Mahfudz siap sound lagi, kalo jawapan lisan buatpe, sampai jawapannya kot2 lepas pilihanraya, nak buatpe bincang lagi! Mcm ni punya standard menteri Umno, guna KPI apakebendanya! Kepala Penyamun Indikator kot! Kalo camtu bkn Pulau Batu Putih je hilang kat orang lain, Batu Hitam pun lesap ntah kat puak dia ke digadai kat org lain. Pening kepala!

Kita citer topik yg sebenar. Ada ke patut, bila Nizar minta dibicarakan oleh 11 hakim, permohonan ditolak begitu sahaja oleh hakim yg mendengar permohonan! Kes ni bkn kes kecik anak! Kes ni melibatkan penafsiran terhadap Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri, melibatkan maruah negeri, semangat demokrasi dan Perlembagaan dan keputusannya kelak akan menjadi precedent case (ikutan) hakim lain pada masa akan datang. Kan ke bagus kalo ada 11 hakim yg bicarakannya dan mengeluarkan keputusan mengikut takrifan hukum masing2. Yg menjadi majoriti akan memenangi kes tersebut. Tak kiralah BN ke PR. Itu dah boleh membersihkan tuduhan yg pelbagai terhadap sistem kehakiman negara kita. Bagus untuk PR, BN serta rakyat negeri Perak. Cuma tak bagus utk Najib dan Altantuya je! hehehe!!! Jgn kita bangga sbeba kita ada hakim jenis Correct! Correct! Correct! atau hakim gula2 Hacks(tak relevant), takpun Hakim Mee Segera yg mencipta rekod pendengaran, perbicaraan dan keputusan terpantas melibatkan kuasa kerajaan negeri! Mcm nak bicara kes curi seluar dalam orang je gamaknya cepatnya! Korang bacalah berita dibawah yg dipetik dari Berita TV Antara. :


Permohonan Nizar Untuk Sidang 11 Hakim Ditolak...Tanpa Sebab - TVA

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim.Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng."Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata Leong.Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan sidang lima hakim."Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami," kata Leong.Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau atau Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah.

Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.Leong menjelaskan sidang 11 hakim adalah penting bagi menyakinkan rakyat bahawa sistem kehakiman negara tidak mengamalkan amalan berat sebelah, selain memastikan prosiding mahkamah yang bebas."Penolakan ini amat mendukacitakan kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada konsep kehakiman yang adil dan saksama," kata leong."Selagi ada unsur-unsur yang menampakkan amalan berat-sebelah, rakyat tidak akan menerima keputusan mahkamah tertinggi di negara ini sebagai keputusan muktamad," kata leong.TVA

Thursday, May 21, 2009

Kisah menarik - Keputusan mahkamah, Selsema babi dan gila babi!!! (Update-Terkini)

Assalamualaikum dan salam semua!!!!

Hari ini dijangka pada pukul 3.30pm, maka akan diumumkan keputusan oleh Hakim di Mahkamah Tinggi Rayuan berkenaan kes diantara Nizar dan Zambry berkenaan siapakah MB sah diantara keduanya. Aku malas nak mengharap agar keputusan menyebelahi Nizar kerana jelas berdasarkan bukti dan Akta yg terdapat Undang2 Tubuh negeri Perak serta lain2 negeri termasuk Malaysia. Tapi aku kena bersikap positif agar tuhan lorongkan hakim2 tersebut yg membuat keputusan agar memberikan keputusan adil agar tidak timbul konflik perlembagaan kerana keputusan yg menyebelahi Zambry akan turut memberikan kesan kepada Perak dan negara pada masa akan datang kerana kes ini menjadi rujukan dan ikutan keputusan hakim pada masa akan datang.

Aku tahu pihak BN tidak akan peduli tentang kesannya kerana selagi mereka masih berkuasa, mereka mampu memanipulasikan undang2 mengikut telunjuk dan kemahuan mereka. Sejak kes ini dijadikan medan pertempuran di mahkamah, pihak BN telah mempunyai perancangan jelas dan lengkap bagi menghadapinya. Kita mampu merancang, tuhanlah yg menentukan! Maka, apabila keputusan yg dijangka menyebelahi mereka tidak menyebelahi mereka telah mereka ketahui lebih awal lagi dimana tuhan melorongkan Hakim yg adil dan bijaksana mengendalikan kes yg sama.

Maka terpaksalah menggunakan perancangan dgn cara yg luar biasa didalam membuat rayuan kes tersebut. Kes yg sepatutnya mengambil masa dan prosedur yg tertentu telah dimudahkan ke tahap hampir mustahil dimana hari ini didaftarkan terus dibicarakan tanpa perlu menunggu hari yg sesuai. Hakim yg sepatutnya 3 orang, cuma seorang. Itupun hakim yg terlibat dgn kes Correct, correct, correct!. Manakala notis 1 jam diberi kepada peguam Nizar utk hadir membuat pembelaan dan keputusan diberi hanya selepas perbicaraan lebih kurang 1 jam. Hebat bukan???

Oleh yg demikian, kita sebagai penyokong hanya mampu berdoa agar dibukakan Allah lorong2 keadilan di dalam kes ini. Mereka telah menggagalkan perancangan Nizar memohon sekurang2nya 5 hakim dgn alasan kelewatan kerana memudahkan kerja manipulasi mereka agar berjaya mengikut perancangan. Mendapatkan 2 hakim atau sekurang2nya ketua hakim lebih mudah diyakini daripada mendapatkan 3 daridada 5 hakim. Lagipun mereka juga manusia biasa serta kakitangan awam yg terpaksa tunduk terhadap tekanan dan arahan pihak atasan.

Sekiranya berjaya, alhamdulillah diucapkan. Kes ini hanya berkisar tentang 1 MB mahu disahkan MB agar dapat memberikan semula kuasa penentu kerajaan ditangan rakyat dari membiarkan kuasa ini ditentukan oleh 4 katak yg tiada integriti dimana 2 daripadanya terlibat dgn jenayah rasuah serta pihak yg mempunyai perancangan jahat. Manakala 1 MB lagi mahu merampas dan mempertahankan kuasa mereka dgn cara mudah yg hanya didokong oleh 3 calon bebas yg tiada integriti dimana kedua2 pihak terikat dgn jumlah yg sama.

* Berita Terkini diterima pkl 4pm.

Zambry di isytiharkan menang dengan keputusan 3-0.(Sumber Malysiakini). Al Banjari didalam posting pada pukul 2.30pm telah meramalkan kemenangan Zambry. Menurut posting Wak, dilaporkan menurut sumber yg boleh dipercayai, Ketua Hakim Negara atas arahan pihak atasan mengarahkan agar Ketua Hakim Rayuan memaklumkan kepada 3 hakim berkenaan agar memberikan keputusan yg betul (menyebelahi BN). Keputusan pihak hakim tersebut adalah 3-0 atau sekurang2nya 2-1. Maka tepat juga seperti telahan yg saya buat di artikel atas. Dah agak dah! Patutlah orang BN terus datang ramai2 ke mahkamah utk dengar keputusan dan bersorak.

Aku lebih tertarik bila menonton Halaqah disiarkan TV9 malam semalam berkenaan Isu Selsema Babi dimana setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172 juga mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.
Kata Pengarah Institut Kajian Hadis (KUIS), Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat, Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Turut menjadi panel bersama beliau ialah ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof. Dr Danial pula menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekaligus boleh menukarkan virus tersebut menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia. "Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lebih 25 jenis penyakit," katanya.
Malah katanya lagi 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu" serta beberapa kes lagi yg dihadapi selepas dari itu. Menurutnya lagi ,"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918"

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit. Babi ini katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya. Manakala didalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larangan tersebut dan memberitahu tentang bahayanya, menurut kata Dr Danial lagi.

Kesimpulan diskusi rancangan agama itu, panel menjelaskan bahawa doa merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan. "Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak. Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Manakala Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.
"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin. Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. "Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran. Apabila Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya lagi.

Bagi aku plak menurut kisah yg dibaca, babi ini wujud ketika zaman nabi Noh apabila segala haiwan didunia dikumpulkan secara berpasang2an bersama pengikut Nabi Noh dimana segala najis2 yg terhasil dari makhluk allah didalam bahtera tersebut melahirkan haiwan babi ini dan allah telah menjelaskan larangan babi ini bukan sekadar memakan malah memegangnya atau sebahagiannya perlu disamak dgn 7 kali air dan 1 kali tanah dan dikategorikan sebagai najis Mughalazah bersama haiwan anjing melainkan anjing ini dibolehkan dalam keadaan dan syarat yg tertentu. 2 binatang ini turut mempunyai sejarah penyakit tersendiri dimana penyakit anjing gila, manakala penyakit melibatkan babi pula adalah Virus Nipah atau dikenali JE.

Bila sebut tentang kes JE ni, aku teringatkan kampung orang tua aku di PD. Aku cukup menyampah kalo balik ke kampung ni sedari kecil bukannya apa. Tapi terpaksa menempuhi perkampungan cina disitu dimana aktiviti utama penduduk kampung tersebut menternak babi secara besar2an dimana dikatakan penternakan babi dikawasan itu telah berjaya membekalkan sebahagian besar pasaran babi di seluruh asia tenggara. Babi jantannya yg terpilih di import dari negara China dimana besarnya sahaja sebesar seekor lembu. Kerjanya selain makan, tidak lain tidak bukan hanyalah mengawan. Diberitakan, ia mampu mengawan dgn lebih 200 ekor babi betina didalam sehari. Hebat tu.

Apabila lalu melintasi kawasan tersebut, terpaksalah menutup tingkap kereta dan menggunakan aircond tapi masih lagi terbau kebusukannya sehingga orang tuaku terpaksa membawa laju bagi melintasi kawasan tersebut. Masing2 terpaksa menahan nafas dan aku sendiri hampir2 nak muntah dan pengsan disebabkan baunya. Itu aku yg dah selalu balik kampung. Kalo korang, keras kat situ kot. Kalo ada lelah ke asma ke, jangan cuba2. Kalo tak percaya, tanya petugas2 kerajaan dan tentera yg kena bekerja menanam bangkai babi sewaktu kejadian JE terbabit. Manakala longkang, saliran dan sungainya bertakung penuh dgn najis babi dimana ia tidak dapat diserap oleh tanah. Tanah pun tak terima. Tiada satu makhluk pun mampu hidup didalam saliran tersebut.

Apabila hujan, najis ini akan mengalir terus ke laut berhampiran iaitu dipantai Port Dickson dan Morib. Hehehe!!! Siapa yg pernah mandi disana tentu tahu atau pernah mengalaminya. Patutlah mandi kat sana ada perasan macam lumpur bergerak disekitar pandai. Sendiri mau ingat lah. Masa kejadian terbabit, banyaklah babi2 tersebut dilepaskan berkeliaran hingga masuk ke kampungku. Ada plak yg sampai masuk ke dalam surau dan masjid. Subhanallah!!!

Alhamdulillah itu kisah dahulu yg tinggal dlm lipatan sejarah aku. Selepas dari kejadian tersebut, air sungai, parit dan longkang kembali bersih. Ikan dan makhluk tuhan pun mula hidup. Baunya telah hilang sama sekali. Kandang2 babi yg penuh disekitar pekan dan kampung telah tiada. Manakala, sumber pencarian mereka tidak lagi bergantung dgn babi. Beberapa tahun dulu, mereka menanam dragon fruit plak sebagai sumber pendapatan. Ok ler tu.

Pengajaran dari kisah terbabit sebenarnya ialah terlalu banyak penyakit yg telah lahir membawa bencana dan wabak besar. Semenjak 1918 hingga sekarang, tak kurang 4 wabak besar yg mengancam dunia berpunca dari babi. Itu belum kira dari zaman nabi Noh sampai sekarang yg telah hilang dalam lipatan sejarah. Itu belum campur sejenis penyakit dikalangan orang melayu sejak dari zaman dulu lagi. Sangat terkenal hingga dijadikan mainan mulut yang tua, besar, kecil dan muda. Mungkin ada kisah disebalik perkataan tersebut yg perlu kita kaji dari tok nenek kita. Hingga sering digambarkan atau diumpamakan didalam kehidupan seharian kita sehingga sekarang. Nak tau apa namanya? Itulah yg orang panggil penyakit gila babi yg merujuk kepada kegilaan yg melampau.

Oleh itu, kita sama2 elakkan agar penyakit2 ini tidak menular ke Malaysia. Cuma aku diberitakan bahawa akan ada suatu negeri akan ditimpa bencana ini sedikit masa lagi sebab dah nampak tanda-tandanya. Mungkin dah berlaku kot hasil dari perancangan jahat pihak2 tertentu. Dijangkakan penyakit yg berbahaya ini yg digelar penyakit 'Gila Babi' akan mula melarat di negeri Perak hingga ke seluruh negeri dan turut melarat ke antero
Malaysia. Ubatnya telah dijumpai dan dijangka sekiranya dilaksanakan akan sembuh lah penyakit rakyat2 jelatanya hatta Ketua negerinya sekali.

Kerajaan terpaksa juga merawat penyakit ini walau dikhabarkan perlu membelanjakan beratus juta ringgit bagi mengubatinya dan pelbagai cara lain digunakan utk mengatasinya. Sekiranya diberikan maka akan hilang penyakit dan makmurlah negeri. Ubat yg dimaksudkan dan dinyatakan hanyalah :


Pilihan raya!!!!