Showing posts with label UG. Show all posts
Showing posts with label UG. Show all posts

Wednesday, July 1, 2009

Harakah dipaksa mempertahankan Gagasan UG???

Pening kepala aku dgn puak2 kemetot yg berakal pendek ni. Penderian aku dan kebanyakan penyokong dan pendokong Pas adalah seperti dibawah. Penjelasan dibawah ini lebih mudah dan mungkin dapat merungkai apa yg tidak sampai di fikiran sesetengah pihak dan boleh dianggap sebagai pandangan pemimpin dan penyokong disebelah pihak lagi yg merupakan majoriti yg ikhlas memperjuangkan Pas dan dasar islam yg dibawa, bukan sekadar mempertahankan pandangan sesetengah pemimpin secara membabi buta. Sayugia dinyatakan, artikel dibawah merupakan artikel yg telah dikeluarkan sebelum kisah penutupan isu UG oleh pihak pimpinan PAS. Ia juga boleh memberikan gambaran jelas kepada pihak yg masih kabur dan terawang2.

Di petik dan di ulang tayang post ini dari laman Blog Kelab Greenboc :


MANEK URAI : Harakahdaily Masih Mendokong Gagasan Kerajaan Perpaduan?



Malaysiakini melaporkan isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya.Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini.

Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah.Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya.Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.


"Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?"
Oleh Dzulkefly Ahmad


Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.


Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.


Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya.


Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.


Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.


Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.


Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.


Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.


Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.


Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.


Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.


Pertama:


Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.


‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).


Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat! PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.


Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.


Kedua:


Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP / UG di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.


Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjuangan parti.


Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu ungkapan atau retorik kosong.


Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihanraya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.


Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya“Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”. Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang. Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP / UG adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!

Tuesday, June 16, 2009

Apabila Ustaz Najib bersuara !!!



Aduhai! Comel sungguh Ustaz Najib Al Sekulari berpakaian begini.

Nak tergelak pun ada! Nak teruntah pun ia juga!

Kalo begini, jangan kata TGHH, Tok guru Nik Aziz pun mungkin suka nak berkawan dgn dia.

Anwar sanggup melupakan konspirasi yg dilakukan padanya.

Tapi sayang, itu hanya impian belaka!

Adapun bila beliau terlihat peluang memperalatkan keadaan didepan mata. Tanpa perlu berfikir panjang maka dengan pantasnya beliau mendepangkan dada menghulurkan tangan persahabatan dan perpaduan.

Inilah peluang yg ditunggu-tunggu!!!

Pucuk di cita, ulam mendatang.

Beliau yg terkenal dgn kelicikan bermain politik dgn pantas meyambung talian hayat yg diberi seterusnya dengan harapan akan dapat sekonyong2nya memburukkan lagi keadaan kucar kacir yg dialami Pas sejak kebelakangan ini yg berpunca dari kebijakan atau kelemahan segelintir pemimpin Pas sendiri.

Dgn yakinnya menyatakan Pemimpin Pas terbabit adalah ikhlas!

Aku memang tak menafikan ada betulnya bahawa TGHH benar2 ikhlas dalam menyatakan gagasan Kerajaan Perpaduan atau penggabungan dengan kerajaan Umno BN. Kebanyakan pembaca serta pemimpin juga turut bersetuju. Beliau sanggup dikeji dan dicerca oleh pengikut dan penyokong serta rakan pakatan bagi menegakkan gagasan yg dianggap murni itu. Masalahnya, adakah yg menyambut itu berfikiran dan bersikap seperti beliau? Pada fikiran aku yg cetek ini, tidak mungkin sama sekali. Sekiranya yg menyambutnya adalah Pak Lah Hadhari, adalah sedikit harapan yg boleh diberikan walaupun kita boleh membaca kesudahannya. Inikan pula Najib, jauh panggang dari api.

Bukankah org ini mastermind yg merosakkan perpaduan kerajaan Pakatan di Perak?

Bukankah orang ini yg dikatakan terlibat didalam Skandal Altantuya?

Bukankah dia dikatakan mastermind disebalik tuduhan liwat Anwar - Saiful?

Bukankah dia dikatakan terlibat dgn rasuah komisyen bernilai ratusan juta di Mindef?

Bukankah dia pemimpin di sebalik keputusan PPSMI dilaksanakan?

Bukankah dia bertanggungjawab didalam penahanan rakyat serta ISA?

Bukankah dia yg dikatakan perancang disebalik keputusan2 mahkamah yg dilihat menyeleweng dan mengikut skip?

Bukankah dia yg bertanggungjawab memperkudakan barisan Polis yg kononnya bersih, cekap dan amanah?

Bukankah dia dikatakan perancang didalam memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi mengkucar kacirkan pemerintahan Pakatan Rakyat dgn skandal2 rasuah yg dirancang?

Bukankah dia bertanggungjawab menekan kakitangan kerajaan agar tunduk dgn kehendak dan perancangan tidak beretika Kerajaan Barisan Nasional?

Bukankah beliau merupakan anak didik Mahathir yg memerintah cara autokratik serta mengikut fahaman Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara?

Rakyat tidak bodoh! Penyokong Pakatan Rakyat juga tidak bodoh! Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bodoh! Penyokong dan ahli Pas juga tidak bodoh! Pemimpin Profesional tidak bodoh! Pemimpin ulama juga tidak bodoh! Pemimpin Pro Erdogan tidak bodoh! Pimpinan wala' juga tidak bodoh! Jadi, bolehkah dikatakan Pemimpin pro Muqabalah @ Muzakarah @ UG @ Pro Umno @ Boneka Umno (istilah Nik Aziz) itu bodoh untuk mempercayai dan menyambut tangan sewenang2nya? Apakah mereka tidak sedar akan muslihat Najib?Mustahil bukan? Perpecahan dalaman Pas ini kelak akan bertaut kembali semula apabila pemimpin dan penyokong ini sedar bahawa pihak luar atau musuh telah mula memperlihatkan wajah sebenar dan isi hati mereka yg busuk itu dgn kenyataan yg melaga2kan serta berunsur provokatif.

Ini adalah kerana mereka inilah yg telah diberikan mandat memimpin dan menerajui jamaah Pas sekarang ini. Adakah tangan2 ini sanggup merosakkan Pas dan perjuangan islam yg didokong selama ini? Adakah mereka tidak belajar dari sejarah atau kisah2 Al quran yg sering didendangkan dan disemat didalam hati. Mereka mungkin kurang bijak atau terlebih bijak didalam berpolitik tetapi adakah mereka sanggup untuk mengkhianati amanah yg diberi pimpinan, perwakilan, ahli serta penyokong parti? Apakah kenyataan Pas dan Umno ibarat pengantin baru itu bertujuan menjahanamkan Pas serta kerjasama Pakatan Rakyat? Apakah kenyataan bila Najib serta pimpinan Umno yg tidak faham meminta penjelasan tidak dilayan oleh TGHH serta beliau mengenakan syarat2 tertentu membuatkan Najib serta pemimpin lain Umno BN mengeluarkan ucapan dan ungkapan retorik menggambarkan seolah2 beliau dan sekutunya seperti seorang negarawan terbilang?

Mereka iaitu pemimpin Pas memang ikhlas tetapi adakah Najib, Umno dan BN sanggup berpijak di bumi yang nyata menerima syarat2 yg dipinta oleh Pemimpin PAS didalam menjayakan kerajaan Perpaduan yg ideal ini? Sedangkan permintaan kecil pimpinan Pas dipimpin oleh Dato' Asri pada era ayahanda Najib iaitu Tun Razak yg digelar Bapa Perpaduan / Permodenan serta bermacam gelaran lain yg memimpin Perikatan pun tidak mampu dilaksanakan dan dimungkiri serta natijah dan kesannya, Pas telah dihumban ke tepi terkontang kanting berpecah kepada 3 puak dan memerlukan sekitar 20 tahun untuk maju dan berkembang semula. Inikan pula Najib yg tidak boleh dan mampu dibandingkan dengan kehebatan dan ketokohan ayahnya. Beliau hanyalah menyambung legasi peninggalan kuasa politik ayahnya yg kelak turut akan dikongsi bersama oleh Hishamuddin, Mukhriz atau Khairy. Jadi, adalah lebih baik kita lupakan isu Kerajaan Perpaduan ini dan biarkan isu ini ditelan waktu. Biarkan isu dakwah, perbincangan kelak diadakan secara telus dan tulus tanpa perlu digelar kerajaan perbincangan atau perpaduan ataupun kerjasama! Jangan disebutkan lagi istilah yg memporak perandakan, menimbulkan keburukan, kekeliruan, salah faham serta menyinggung hati pimpinan, ahli, penyokong serta rakan seperjuangan lain.

Sekiranya benar kita ingin berdakwah serta membuka pintu hubungan kepada semua pihak, dakwahlah mereka masuk ke dalam Pas atau Pakatan Rakyat agar bersama2 kita menentang kemungkaran, kezaliman, rasuah serta memperjuankan keadilan, demokrasi serta islam di bumi Malaysia ini ke arah yg lebih baik. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kelak, kita harap dapat menimbulkan semula Kerajaan Perpaduan dan menawarkan pula kepada mereka setelah kita berjaya membersihkan penyelewengan, kebobrokan, anasir2 yg keji dan buruk didalam politik, masyarakat, kerajaan dan negara.

Saya juga ingin memohon agar pihak pimpinan dapat mendengar rintihan dan keluh kesah penyokong Pas dan Pakatan Rakyat yg amat sayang terhadap perjuangan ini. Janganlah diabaikan pandangan dan pendapat mereka ini. Disamping itu, para pemimpin dapatlah bermaaf2an antara satu sama lain sekiranya perbezaan pandangan dan pendapat mereka telah menyebabkan terbukanya pintu permusuhan dan perpecahan seterusnya memberikan contoh yang baik kepada pimpinan lain, ahli serta penyokong. Sekiranya terdapat pemimpin yg telah berlaku atau berfikiran curang terhadap amanah parti, dapatlah mereka muhasabah, membuang ego, bertaubat serta bermuafakat kembali bersama pimpinan dan ahli ke arah membentuk halatuju Pas yang lebih baik pada masa akan datang.

Di samping itu, saya juga turut memohon maaf terhadap kenyataan kasar terhadap pemimpin tertentu yg membuatkan beliau, keluarga serta penyokong kuatnya kecewa dan kecil hati dengan luahan ikhlas dari hati saya ini (yg tidak dapat menerima dan redho sebarang kerjasama Umno BN dimana mereka masih tidak mahu berubah dan saya yakin mereka sukar untuk berubah) agar sudi memaafkan kesalahan saya kerana saya berharap post terakhir berhubung isu UG ini dapat menamatkan segala perbalahan dan memberikan kesedaran pada mereka yg benar2 inginkannya (perpaduan jamaah). Mari berjuang di Manek Urai! Bubar Dun (Perak)! Hidup - hidup Rakyat!

Wallahu A'lam, Wassalam!!!

Ariyos......

Sunday, June 14, 2009

Kerajaan UG! antara retorik dan realiti...

Assalamu alaikum dan salam semua.

Setelah terbaca penjelasan dari Tuan Guru Hadi Awang dari blog Wak Al Banjari, aku lebih tenang dan tidak cuba terikut dgn emosi walhal jawapan beliau adalah sama dan selari dgn apa yg diperjelaskan oleh beliau di Harakah, di Muktamar serta beberapa tempat lain. Tapi aku belum pula mendengar penjelasan dari Ustaz Nasha dan Mustafa Ali lagi. Maklumlah sebagai wazir atau pembantu, mereka haruslah membantu pemimpin mereka didalam memberi penjelasan serta pemahaman dan mungkin perlaksanaan terhadap retorik gagasan murni dari tuan presiden.

Aku secara tulusnya sedari mula amat bersetuju dan tertarik dgn gagasan murni terbabit. Tetapi setelah membuat renungan dan penilaian, ia kelihatan seperti gagasan idea yg terlalu suci, berpandangan jauh, kurang realistik, bakal menimbulkan kemudharatan dan kekeliruan apabila cadangan kerjasama berlaku ketika mana pihak pemerintah yg bermasalah serta korup sedang cuba disingkirkan dari kuasa oleh kerjasama Pakatan Rakyat yg didokongi dan disokongi oleh PAS yg semakin mendapat sambutan dari rakyat jelata. Kenapa PAS, tidak dari PR kepada BN? Kenapa UMNO, bukan parti komponen BN yg lainnya? Kenapa sekarang dan tidak dari dahulu lagi? Kenapa cadangan kerjasama UG ini tidak tunggu sahaja sehingga kerajaan PR berkuasa, baru ditawarkan kepada kerajaan BN? Atas faktor, dasar dan prinsip apa dicadangkan pembentukan kerajaan UG ni? Bagaimana pula dgn isu penyelewengan, penindasan, penyalahgunaan kuasa, kezaliman, konspirasi politik yg dilakukan pemimpin BN? Apakah cadangan2 tersebut sanggup diterima oleh Umno BN? Bagaimanakah perlaksanaannya nanti tidak berlaku penyelewengan atau berat sebelah? Bagaimana sekiranya parti komponen BN atau PR tidak bersetuju? Parti mana yg menguasai keadaan dan kerajaan? Ada kemungkinankah kerajaan gabungan yg dikuasai Umno akan menolak PAS keluar setelah mereka kembali mendapat kuasa rakyat dan pelbagai isu serta perkara lain2 lagi perlu diperbahaskan?

Maka, aku mula melihat kembali beberapa perkara atau senario yg telah berlaku sepanjang 2 tahun ini sehingga sekarang. Pimpinan asal dari sekitar kawasan tertentu di Terengganu telah menguasai PAS Terengganu. Kemudian telah memulakan perancangan dan telah menguasai sebahagian besar badan2 tertentu didalam PAS termasuk lidah rasmi Pas iaitu Harakah. Memulakan pemikiran dan perancangan menentang dasar2 yg dipersetujui oleh pimpinan dan ahli PAS. Membelakangi teguran dan nasihat Mursyidul Am (sangat dihormati) yg telah lama menjadi pendokong dan pemimpin perjuangan Pas melebihi 30 tahun. Menyuruh Wala' kepada pemimpin sedangkan teguran Nik Aziz tidak pula dianggap wala'. Merancang penolakan kepimpinan PAS dari Kelantan yg kebanyakannya hasil tarbiah dari Nik Aziz. Menolak pemimpin yg pro kerjasama PR(Isu Erdogan). Menolak pemimpin dari golongan profesional (Ulama' vs Pro). Penglibatan didalam memburuk2kan kerajaan Kelantan serta memburukkan imej seorang pemimpin Kelantan secara terancang dan halus agar tidak lagi mengancam kedudukan pemimpin2 mereka.

Hasil dari idea tersebut melahirkan pemimpin yg berpemikiran pro Umno atau digelar Nik Aziz, Boneka Umno yg melahirkan perpecahan yg jelas nyata didalam pimpinan PAS. Dituduh pengkhianat oleh kebanyakan penyokong PAS dan PR terdiri dari pelbagai bangsa. PAS telah dicemuh oleh semua penyokong PR. Sebahagian pemimpin yg tidak menyebelahi atau menentang gagasan tersebut ditentang dan tewas didalam Muktamar. Penentangan atau perbezaan pendapat yg jelas antara Mursyidul Am dengan Presiden serta pembantu2nya. Terdapat perjumpaan pemimpin PAS dan Umno secara umum (dimaklumkan kepada pimpinan)dan sembunyi (tidak dimaklumkan kepada pimpinan) sejak selepas Pilihanraya Umum ke 12 sehingga sekarang. Pas dikatakan parti islam tapi berjiwa melayu. Banyak perkara atau isu lain yang tidak mampu dijelaskan disini.

Lalu saya terbaca komentar dari pembaca Blog Wak Al Banjari yg telas ditulis dgn panjang lebar dan amat bersesuaian juga dgn pandangan saya ini walupun kenyataan diatas jelas hanya dari pandangan saya sahaja lalu saya selitkan seperti dibawah tanpa pengetahuannya. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan pendapatnya lalu menyerahkan kepada pihak pembaca utk menilainya. Lu bacalah sendiri, ok! Wallahu A'lam, Wassalam...

mz said :

Part 1:

sekrg ni ramai golongan yg memihak kepada TGHH juga. Golongan yg memihak TGHH juga nampak mcm gagal memahami pandangan TGNA..dua2 belah pihak gagal memahami pandangan pihak yg sebelah lagi.sepatutnya dua2 belah pihak tgk baik tentang pandangan kedua2 belah pihak.. dan tengok yg mana yg lagi baik.. mungkin kedua2nya adalah baik belaka tetapi mesti ada yg lagi baik.ini pandangan peribadi saya;kita tgk satu persatu pandangan tersebut.1.) pandangan TGHH - kerajuan perpaduan.-- dari idea nampak sgt2 baik.. dan ini yg sepatutnya.. tp adakah sesuai segn keadaan dkt malaysia-dgn umno?.. ini kita kena kaji sedalamnya... kita tgk syarat2 kerajaan perpaduan spt yg dikupas oleh Ustaz Tn Ibrahim Tuan man dan ramai lagi.. amat bagus sekali idea tersebut.. kalau terjadi idea tersebut memang sah mcm UMNO dan terima islam sepenuhnya dan PAS pon dah boleh bubar.. sebab UMNO dah terima islam sepenuhnya mcm pas... Tp adakah UMNO akan terima syarat2 tersebut???.... sejarah 50 thn mungkin boleh membantu kita menjawab soalan ini... Dan pada pandangan saya; tak mungkin umno akan dibawah najib akan terima.. zaman paklah adalah % akan terima tuh...jadi idea tersebut adalah bagus tp nampaknya realiti amat jauh sekali.. Saya rasa bendalah ini akan jadi setakat bertemu dan berbicang saja, dan tak akan diterimanya syarat2 yg Ustaz Tuan Ibrahim bagi tadi.

Part 2:

2.) pandangan TGNA menolak Kerajuan Perpaduan dan BERKERJASAMA POLITIK dengan umno.. dan kita kena phm ape maksud TGNA itu.. ramai gak pihak yg menyokong TGHH gagal memahami pandangan jauh TGNA..dan mengatakan TGNA menyekat dakwah dengan UMNO yg mana adalah lari terlalu jauh dr maksud sebenra TGNA.. dia melarang kerjasam politik saje, tetapi berdakwah kepada ahli umno dan berbicang pasal isu selain dr bergabung adalah dibenarkan dan tak perlu diagendakan pon-sebab islam amat mengalakkan kerja dakwah2 ini tak kira kepada org umno atau sesiapa saje..... dan telah diterangkan berkali2 tp ramai yg masih memekakkan telinga pasal hal dakwah ini.tak timbul isu ingkar larangan tuhan utk berdamai.. sebab kita tak bermusuh dgn org umno-kita hanya menentang parti UMNO yg menyimpang dr ISLAM...

TGNA melihat tak akan tercapainye hasrat kerajaan perpaduan dgn UMNO ini malah dlm masa perbincangan pon akan berlakunya perpecahan dlm PAS . jadi awal2 lagi dia cuba mengelakkan hal perpecahan dalam PAS berlaku.. TGNA BERPANDANGAN JAUH DAN MELIHAT REALITI SEMASA DAN TIDAK MAHU lihat PAS berpecah belah hanya kerana isu berbicang politik dgn UMNO tp hasilnya adalah amat tipis utk dicapai.. sejarah dulu haruslah diajdikan iktibar mcm mana kerajuan campuran bertukar jadi lain dan akhirnya PAS berpecah belah.. sekrg pon belum ape2 pon lagi dah berpecah belah,,itulah yg cuba dihindarkan oleh TGNA.. iitu semua adalah demi PAS dan demi dakwah Islam juga especiallly kepada bukan islam.. oleh yg demikian jalan sebaiknya adalah terus lupakan kerajaan perpaduan sebaliknya terus kuatkan PAS dalam PR dalm masa yg sama teruskan kerja dakwah dgn lebih gigih kepada ORG2 UMNO dan bukan islam.. kita tak pernah lupakan kerja dakwah ini.. tp bukan dgn mengambil jalan pintas, yg boleh merosakkan jemaah yg akhirnya boleh membuatkan hampir semua gagal; pas pecah belah; dakwah umno tak berjaya; dakwah kepada bukan islam juga gagal...itu yg lagi teruk dan patut dielakkan...


Part 3

OK..kat sini ramai gak kata.. kerajaan perpaduan bukan bergabung dgn umno dan berbincang bukan bergabung dgn UMNO... dan sudah dijelaskan oleh TGHH dan ustaz Nasha,,.. kata juga takde niatpon utk gabung dgn umno... tp adakah ini benar takder niat pon?.. saya rasa Ustaz Ahmad Awang sudah memberikan jawapan memang ada golongan yg fikir Bergabung dgn UMNO adalah lebih baik dr Gabung dengan PKR dan DAP.. memang ada.. jgan kata tak ada...dan memang ada kertas kerja pon; yg mudharat yg mana yg lebih ringan... dan perbincangan pasca Macrh 2008 pon adalah berkaitan kerjasama poltik-gabung juga.. memang wujud benda tuh.. dan sebenarnya OK utk tengok yg mana yg lebih baik utk ISLAM.. antara bersama PR atau UMNO... OK KITA KAJI detail2.. tp saya rasa, selepas kes perak (nasib baik Ustaz ahmad awang menolak dr tubuh kerajaan dgn UMNO) dan dgn tgk sokongan org bukan islam kepada pas selepas isu perak.. sudah jelas menunjukkan dengn PR is much2 better dr dgn UMNO ( sekali lagi dakwah dgn UMNO jgn ditinggalkan sekali2).. ..

atas sebab itulah utk kebaikan jemaah pas dan islam, nampaknya kita mesti bersatu dan jgn cuba utk memecah belahkan jemaah demi utk menegakka pandangan kita semata-mata..kalau pandangan dan idea kita itu (halal) tp boleh memecahkan jemaah lebih baik kita cepat2 undurkan diri dan bersatu balik utk jemaah..itu adalah terbaik...jgn jadi degil tak tentu pasal dan cuba menegakkan idea sampai semua org jadi keliru..cubalah kaji dari semua segi dulu dan cari jalan terbaik demi PAS.. dan amat JELAS jalan terbaik sekrg adalah lupakan dulu Kerajaan Perpaduan sehingga tiba masa yg sesaui nanti (sebab idea itu adalah amat bagus tetapi suasana semasa amat tidak mengizinkan.).... itu saja sekian..

p/s: kerajaan perpaduan yg terbaik sekrg adalah bukan berkerjasama politik dgn UMNO najib (sebab umno akan jadi terajunya-kalau lihat masa skerg lah), tp kerajuan perpaduan antara PR dan MP2 UMNO (geng paklah dan Kuli) ni OK.. atau MP2 Umno ni terus masuk PR dan jadi kerajaan PR.. Kalau UMNO yg jadi teraju percayalah tak akan kemananye ; itu adalah helah UMNO utk terus berkuasa saja)...
June 15, 2009 1:17 PM

Tuesday, June 9, 2009

Sketsa Muktamar Pas ke 55!!! Alahai Pemimpin...

Assalamu alaikum dan salam semua!

Berakhir sudah Muktamar yg ke 55 di Stadium Shah Alam yang lalu. Akhirnya aku sebagai warga Selangor amat bersyukur kerana PAS telah berjaya mengadakan muktamarnya di Selangor yg merupakan negeri kelahiranku serta negeri maju di Malaysia. Ia juga merupakan negeri pemerintahan Pakatan Rakyat yg diperintah dgn baik, telus dan berkebajikan selaras dgn manifestasi PAS pada PRU ke 12 yg lalu. Syabas juga pada Dr Hassan Ali serta pimpinan PAS dan PR kerana berjaya menguruskan negeri di samping mukatamar yg berlangsung dgn jayanya.

Pada Sabtu yg lalu, aku pulang ke kampungku dan sempat singgah di bazar sekitar Muktamar PAS dan alangkah seronoknya anak2ku dapat bermain di belon permainan raksasa dikawasan tersebut. Pelbagai jenis makanan, produk dan makanan yg dijual dari serata Malaysia terdapat di situ. Dapat juga membeli buahtangan kenangan sempena muktamar di Shah Alam. Bukan senang beb!!! Aku sempat juga bertanya pada peniaga disitu, siapakah yg menang jawatan Timbalan Presiden kerana ia juga merupakan matlamatku berada disitu. Aku diberitahu oleh peniaga tersebut bahawa Ustaz Nasharudin telah menang. Aku pun berlalu dgn hampa! Tahniah kepada yg berjaya.

Walaupun Muktamar ke 55 berlangsung dgn megah dan jayanya tetapi tiada satu ketetapan yg jelas dibincangkan oleh perwakilan bagi menentukan kedudukan PAS di dalam PR serta pendirian, halatuju dan perancangan parti pada masa hadapan. Kedudukan Kelab Penyokong Pas juga telah ditangguhkan. Yang paling jelas aku lihat bahawa Presiden yg telah menghentikan isu Muqabalah dan idea @ gagasan UG kembali bersuara dan mendendangkan idea tersebut hanya setelah Muktamar tamat, mungkin kerana merasakan mendapat sokongan penuh perwakilan tanpa cabaran pada muktamar tersebut. Kalau benar mahu membangkitkan idea tersebut, kenapa tidak dibahaskan sahaja didalam muktamar agar boleh melihat dgn jelas sokongan perwakilan?

Begitu juga halnya dgn timbalan presiden yg menafikan perjumpaan dan kerjasama dgn Umno sejak tahun lepas lagi turut mendendangkan penafian beliau berkenaan kerjasama tersebut ketika minit2 terakhir ucapan beliau pada Muktamar Pemuda Pas. Tetapi setelah menang, dgn angkuh dan bangganya dgn kemenangan tersebut mengulas bahawa beliau masih menang dan merasakan perwakilan masih menyokongnya walaupun sekiranya dicongak, 54% peratus undi menolak beliau telah diberikan kepada 2 calon lain.

Beliau juga yg dilihat sering mengekori rapat TGHH akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya terhadap gagasan besar UG tersebut berlainan dgn ucapan beliau pada muktamar pemuda 2 hari sebelumnya. Beliau juga apabila ditanya tentang kenyataan yg diberikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkenaan gagasan UG yg dianggap mengarut, dengan sombongnya menyatakan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadi beliau (Nik Aziz). Bolehkah pandangan Penasihat Agung Pas / Pemimpin utama / Naqib jamaah Pas ditolak ketepi begitu sahaja. Sungguh2 menyakitkan hati mendengar kata2 hebat Timbalan Presiden yg telah dilantik oleh perwakilan ini.

Manakala apabila ditanya tentang 2 calon Timbalan Presiden yg kalah diminta diserapkan ke JK PAS Pusat oleh perwakilan, itu merupakan kuasa beliau sepenuhnya menentukannya. Adoi! hebat sungguh kuasa pemimpin yg dilantik perwakilan ini. Jgn sampai dpulaukan oleh orang Kelantan dan ahli PAS apabila dia menghina Mursyidul Am sudahlah! Jgn cabar ahli dan penyokong berhimpun memprotes beliau secara terbuka atau meminta membuat Mesyuarat Agung Tergempar menyingkir puak2 Muqabalah @ UG @ Fraksi Umno nanti sbb penyokong masih boleh bersabar. Janganlah dicabar pula kesabarannya. Rakyat dan penyokong telah dijelaskan tentang isu UG ini oleh pihak pimpinan dan Harakah tapi kenapa mereka masih tetap menolaknya. Fikir2kanlah!!!

Apakah itu sahaja keputusan dan pengajaran jelas yg boleh dihasilkan pada Muktamar ini walaupun perwakilan beriya2 menjerit menyokong tentang pentingnya kerjasama memperkukuhkan Pakatan Rakyat apabila segelintir pemimpin membangkitkannya? Apakah tiada lagi output yg boleh dihasilkan oleh pemimpin utama PAS dalam memperkasakan dan menjelaskan halatuju parti pada masa akan datang? Atau janji Ustaz Nasha bagi kejayaan Pas pada PRK Negeri Sarawak sebagai kejutan? Beliau sendiri menang di Kedah dan Kelantan atas isu Anwar, Pakatan Rakyat dan kehebatan jentera Pas Kelantan yg dipimpin oleh Nik Aziz. Atau beliau ingin cuba bertanding semula di Terengganu dgn dokongan pimpinan PAS Terengganu atau dikampungnya sendiri di Negeri Sembilan? Kita tunggu dan lihat nanti.... Yang pasti rakyat Kelantan tidak akan membenarkan beliau bertanding semula disana.

Lupakan pimpinan yg bxxxl dan sxxxl menongkah arus ini kerana mereka telahpun di pilih oleh perwakilan. Mungkin ada hikmah yg dibukakan allah disebaliknya kelak!. Diharap Allah membantu dan memberkati jamaah PAS agar ia tidak akan berkubur selepas ini seperti masa2 dahulu. Aku ambik kisah menarik dari laman blog Greenbok untuk kita kongsi bersama. :

PAS UMNO Kisah Ummi Maktum Untuk Renungan Presiden Timbalannya dan Pendokong UG

Muktamar PAS kali ke 55 yang baru selesai mengajak kita untuk merenungi hal-hal yang boleh dijadikan pengajaran di dalam usaha kita memperkuatkan jemaah disamping menghindarkan kita dari mengulangi apa jua kesilapan.Editor Siasah, Zulkifli Sulong di dalam catatanya menyatakan, PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.Nasharudin dalam laporan medianya pula terus berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini, demikian tulis Zulkifli lagi.GB ingin mengutip kisah Kerajaan Perpaduan yang sangat-sangat dikobarkan gagasannya oleh Presiden dan Timbalan Presiden dengan isu tuntuntan Kelab penyokong PAS yang minta diberikan perhatian tetapi tidak mendapat perhatian serius oleh Muktamar.

Ini mengingatkan kita mengenai kisah Ummi Maktum yang terkenal yang kerananya Rasulullah telah ditegur oleh Allah s.w.t. dengan turunnya Surah 'Abasa.Asbabun Nuzul : Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari yang diterima dari Ibnu Abbas;

"Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabiah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud menyampaikan seruan Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum dengan tangan meraba-raba. Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat Quran. Mungkin oleh kerana terganggu sedang menghadapi pemimpin-pemimpin itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, dan baginda terus meneruskan missinya untuk menyampaikan "dakwah" kepada peemimpin-pemimpin Quraisy itu dan mengabaikan Ummi Maktum.

Setelah selesai semuanya, turunlah ayat "Dia bermuka masam dan berpaling".Turunnya ayat itu telah menyedarkan Rasulullah akan kehilafannya lalu segera beliau menghadap Ummi Maktum dan barulah Rasulullah menerangkan ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku."Pengajarannya: Apakah kita sanggup membiarkan permintaan Kelab Penyokong PAS yang minta diberikan perhatian dan ingin merapatkan diri mereka dengan saf kita sementara kita sibuk dengan Kerajaan Perpaduan hendak melayan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tujuan berdakwah kepadanya sepertimana Rasulullah mengabaikan Ummi Maktum dan cuba mendakwahkan Islam kepada pemimpin-pemimpin Quraisy itu sehingga Allah menegur baginda?Ummi Maktum seorang yang buta tetapi ikhlas untuk mendapatkan ilmu Islam, begitulah Kelab Penyokong PAS yang "masih buta" mengenai falsafah perjuangan PAS inginkan penjelasan lanjut dari kita tetapi kita mengabaikannya?

Pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa kita berikan perhatian sehingga gagasan dibentuk bernama Kerajaan Perpaduan dengan harapan mereka menerima Islam sepertimana Abu Jahal, Abbas Muttalib dan Utbah yang diberikan dakwah Islam kepada mereka oleh Rasulullah sehingga baginda ditegur lansung dari langit dengan turunnya surah 'Abasa ini.Rumusan: Saya telah melihat fenomena yang berlaku di muktamar baru-baru ini dari kacamata kebenaran dan keadilan betapa jauhnya sudah kita melangkah pergi meninggalkan asas-asas perjuangan sehingga meletakkan jemaah berada di dalam kusut dan dilanda kemelut perpecahan ekoran kekhilafan pimpinan tertinggi parti.

Ditegur sudah oleh Mursyidul Am PAS, tetapi ada diantaranya seperti sudah melupakan kedudukan Tuan Guru selaku Mursyidul-Am - Pembimbing Umum kepada kita semua.Dan oleh kerana kekhilafan Presiden itulah maka Allah s.w.t. mendatangkan Setiausaha Agong DAP telah mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.Fikir-fikirkanlah supaya nanti jangan lagi kata kami ahli bawahan ini tidak menyampaikan sebelum kamu pemimpin-pemimpin dan pendokong gagasan Kerajaan Perpaduan ditegur Allah dengan lebih hebat. Kisah yang dibawa bukan dongeng rekaan, bukan putarbelit kisah benar bukan penglipur lara untuk perjuangan. InsyaAllah, kami yakin dengan kebenaran yang kami perjuangkan dan kami istiqamah dengannya.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
[2] karena telah datang seorang buta kepadanya.
[3] Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
[4] atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?[5] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
[6] maka kamu melayaninya.
[7] Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
[8] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
[9] sedang ia takut kepada (Allah),
[10] maka kamu mengabaikannya.[11] Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat!

Wallahu A'lam, Wassalam.

Ariyos.