Showing posts with label Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Muktamar. Show all posts

Tuesday, June 16, 2009

Apabila Ustaz Najib bersuara !!!



Aduhai! Comel sungguh Ustaz Najib Al Sekulari berpakaian begini.

Nak tergelak pun ada! Nak teruntah pun ia juga!

Kalo begini, jangan kata TGHH, Tok guru Nik Aziz pun mungkin suka nak berkawan dgn dia.

Anwar sanggup melupakan konspirasi yg dilakukan padanya.

Tapi sayang, itu hanya impian belaka!

Adapun bila beliau terlihat peluang memperalatkan keadaan didepan mata. Tanpa perlu berfikir panjang maka dengan pantasnya beliau mendepangkan dada menghulurkan tangan persahabatan dan perpaduan.

Inilah peluang yg ditunggu-tunggu!!!

Pucuk di cita, ulam mendatang.

Beliau yg terkenal dgn kelicikan bermain politik dgn pantas meyambung talian hayat yg diberi seterusnya dengan harapan akan dapat sekonyong2nya memburukkan lagi keadaan kucar kacir yg dialami Pas sejak kebelakangan ini yg berpunca dari kebijakan atau kelemahan segelintir pemimpin Pas sendiri.

Dgn yakinnya menyatakan Pemimpin Pas terbabit adalah ikhlas!

Aku memang tak menafikan ada betulnya bahawa TGHH benar2 ikhlas dalam menyatakan gagasan Kerajaan Perpaduan atau penggabungan dengan kerajaan Umno BN. Kebanyakan pembaca serta pemimpin juga turut bersetuju. Beliau sanggup dikeji dan dicerca oleh pengikut dan penyokong serta rakan pakatan bagi menegakkan gagasan yg dianggap murni itu. Masalahnya, adakah yg menyambut itu berfikiran dan bersikap seperti beliau? Pada fikiran aku yg cetek ini, tidak mungkin sama sekali. Sekiranya yg menyambutnya adalah Pak Lah Hadhari, adalah sedikit harapan yg boleh diberikan walaupun kita boleh membaca kesudahannya. Inikan pula Najib, jauh panggang dari api.

Bukankah org ini mastermind yg merosakkan perpaduan kerajaan Pakatan di Perak?

Bukankah orang ini yg dikatakan terlibat didalam Skandal Altantuya?

Bukankah dia dikatakan mastermind disebalik tuduhan liwat Anwar - Saiful?

Bukankah dia dikatakan terlibat dgn rasuah komisyen bernilai ratusan juta di Mindef?

Bukankah dia pemimpin di sebalik keputusan PPSMI dilaksanakan?

Bukankah dia bertanggungjawab didalam penahanan rakyat serta ISA?

Bukankah dia yg dikatakan perancang disebalik keputusan2 mahkamah yg dilihat menyeleweng dan mengikut skip?

Bukankah dia yg bertanggungjawab memperkudakan barisan Polis yg kononnya bersih, cekap dan amanah?

Bukankah dia dikatakan perancang didalam memperkudakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi mengkucar kacirkan pemerintahan Pakatan Rakyat dgn skandal2 rasuah yg dirancang?

Bukankah dia bertanggungjawab menekan kakitangan kerajaan agar tunduk dgn kehendak dan perancangan tidak beretika Kerajaan Barisan Nasional?

Bukankah beliau merupakan anak didik Mahathir yg memerintah cara autokratik serta mengikut fahaman Machiavelli iaitu matlamat menghalalkan cara?

Rakyat tidak bodoh! Penyokong Pakatan Rakyat juga tidak bodoh! Pemimpin Pakatan Rakyat tidak bodoh! Penyokong dan ahli Pas juga tidak bodoh! Pemimpin Profesional tidak bodoh! Pemimpin ulama juga tidak bodoh! Pemimpin Pro Erdogan tidak bodoh! Pimpinan wala' juga tidak bodoh! Jadi, bolehkah dikatakan Pemimpin pro Muqabalah @ Muzakarah @ UG @ Pro Umno @ Boneka Umno (istilah Nik Aziz) itu bodoh untuk mempercayai dan menyambut tangan sewenang2nya? Apakah mereka tidak sedar akan muslihat Najib?Mustahil bukan? Perpecahan dalaman Pas ini kelak akan bertaut kembali semula apabila pemimpin dan penyokong ini sedar bahawa pihak luar atau musuh telah mula memperlihatkan wajah sebenar dan isi hati mereka yg busuk itu dgn kenyataan yg melaga2kan serta berunsur provokatif.

Ini adalah kerana mereka inilah yg telah diberikan mandat memimpin dan menerajui jamaah Pas sekarang ini. Adakah tangan2 ini sanggup merosakkan Pas dan perjuangan islam yg didokong selama ini? Adakah mereka tidak belajar dari sejarah atau kisah2 Al quran yg sering didendangkan dan disemat didalam hati. Mereka mungkin kurang bijak atau terlebih bijak didalam berpolitik tetapi adakah mereka sanggup untuk mengkhianati amanah yg diberi pimpinan, perwakilan, ahli serta penyokong parti? Apakah kenyataan Pas dan Umno ibarat pengantin baru itu bertujuan menjahanamkan Pas serta kerjasama Pakatan Rakyat? Apakah kenyataan bila Najib serta pimpinan Umno yg tidak faham meminta penjelasan tidak dilayan oleh TGHH serta beliau mengenakan syarat2 tertentu membuatkan Najib serta pemimpin lain Umno BN mengeluarkan ucapan dan ungkapan retorik menggambarkan seolah2 beliau dan sekutunya seperti seorang negarawan terbilang?

Mereka iaitu pemimpin Pas memang ikhlas tetapi adakah Najib, Umno dan BN sanggup berpijak di bumi yang nyata menerima syarat2 yg dipinta oleh Pemimpin PAS didalam menjayakan kerajaan Perpaduan yg ideal ini? Sedangkan permintaan kecil pimpinan Pas dipimpin oleh Dato' Asri pada era ayahanda Najib iaitu Tun Razak yg digelar Bapa Perpaduan / Permodenan serta bermacam gelaran lain yg memimpin Perikatan pun tidak mampu dilaksanakan dan dimungkiri serta natijah dan kesannya, Pas telah dihumban ke tepi terkontang kanting berpecah kepada 3 puak dan memerlukan sekitar 20 tahun untuk maju dan berkembang semula. Inikan pula Najib yg tidak boleh dan mampu dibandingkan dengan kehebatan dan ketokohan ayahnya. Beliau hanyalah menyambung legasi peninggalan kuasa politik ayahnya yg kelak turut akan dikongsi bersama oleh Hishamuddin, Mukhriz atau Khairy. Jadi, adalah lebih baik kita lupakan isu Kerajaan Perpaduan ini dan biarkan isu ini ditelan waktu. Biarkan isu dakwah, perbincangan kelak diadakan secara telus dan tulus tanpa perlu digelar kerajaan perbincangan atau perpaduan ataupun kerjasama! Jangan disebutkan lagi istilah yg memporak perandakan, menimbulkan keburukan, kekeliruan, salah faham serta menyinggung hati pimpinan, ahli, penyokong serta rakan seperjuangan lain.

Sekiranya benar kita ingin berdakwah serta membuka pintu hubungan kepada semua pihak, dakwahlah mereka masuk ke dalam Pas atau Pakatan Rakyat agar bersama2 kita menentang kemungkaran, kezaliman, rasuah serta memperjuankan keadilan, demokrasi serta islam di bumi Malaysia ini ke arah yg lebih baik. Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya kelak, kita harap dapat menimbulkan semula Kerajaan Perpaduan dan menawarkan pula kepada mereka setelah kita berjaya membersihkan penyelewengan, kebobrokan, anasir2 yg keji dan buruk didalam politik, masyarakat, kerajaan dan negara.

Saya juga ingin memohon agar pihak pimpinan dapat mendengar rintihan dan keluh kesah penyokong Pas dan Pakatan Rakyat yg amat sayang terhadap perjuangan ini. Janganlah diabaikan pandangan dan pendapat mereka ini. Disamping itu, para pemimpin dapatlah bermaaf2an antara satu sama lain sekiranya perbezaan pandangan dan pendapat mereka telah menyebabkan terbukanya pintu permusuhan dan perpecahan seterusnya memberikan contoh yang baik kepada pimpinan lain, ahli serta penyokong. Sekiranya terdapat pemimpin yg telah berlaku atau berfikiran curang terhadap amanah parti, dapatlah mereka muhasabah, membuang ego, bertaubat serta bermuafakat kembali bersama pimpinan dan ahli ke arah membentuk halatuju Pas yang lebih baik pada masa akan datang.

Di samping itu, saya juga turut memohon maaf terhadap kenyataan kasar terhadap pemimpin tertentu yg membuatkan beliau, keluarga serta penyokong kuatnya kecewa dan kecil hati dengan luahan ikhlas dari hati saya ini (yg tidak dapat menerima dan redho sebarang kerjasama Umno BN dimana mereka masih tidak mahu berubah dan saya yakin mereka sukar untuk berubah) agar sudi memaafkan kesalahan saya kerana saya berharap post terakhir berhubung isu UG ini dapat menamatkan segala perbalahan dan memberikan kesedaran pada mereka yg benar2 inginkannya (perpaduan jamaah). Mari berjuang di Manek Urai! Bubar Dun (Perak)! Hidup - hidup Rakyat!

Wallahu A'lam, Wassalam!!!

Ariyos......

Sunday, June 14, 2009

Kerajaan UG! antara retorik dan realiti...

Assalamu alaikum dan salam semua.

Setelah terbaca penjelasan dari Tuan Guru Hadi Awang dari blog Wak Al Banjari, aku lebih tenang dan tidak cuba terikut dgn emosi walhal jawapan beliau adalah sama dan selari dgn apa yg diperjelaskan oleh beliau di Harakah, di Muktamar serta beberapa tempat lain. Tapi aku belum pula mendengar penjelasan dari Ustaz Nasha dan Mustafa Ali lagi. Maklumlah sebagai wazir atau pembantu, mereka haruslah membantu pemimpin mereka didalam memberi penjelasan serta pemahaman dan mungkin perlaksanaan terhadap retorik gagasan murni dari tuan presiden.

Aku secara tulusnya sedari mula amat bersetuju dan tertarik dgn gagasan murni terbabit. Tetapi setelah membuat renungan dan penilaian, ia kelihatan seperti gagasan idea yg terlalu suci, berpandangan jauh, kurang realistik, bakal menimbulkan kemudharatan dan kekeliruan apabila cadangan kerjasama berlaku ketika mana pihak pemerintah yg bermasalah serta korup sedang cuba disingkirkan dari kuasa oleh kerjasama Pakatan Rakyat yg didokongi dan disokongi oleh PAS yg semakin mendapat sambutan dari rakyat jelata. Kenapa PAS, tidak dari PR kepada BN? Kenapa UMNO, bukan parti komponen BN yg lainnya? Kenapa sekarang dan tidak dari dahulu lagi? Kenapa cadangan kerjasama UG ini tidak tunggu sahaja sehingga kerajaan PR berkuasa, baru ditawarkan kepada kerajaan BN? Atas faktor, dasar dan prinsip apa dicadangkan pembentukan kerajaan UG ni? Bagaimana pula dgn isu penyelewengan, penindasan, penyalahgunaan kuasa, kezaliman, konspirasi politik yg dilakukan pemimpin BN? Apakah cadangan2 tersebut sanggup diterima oleh Umno BN? Bagaimanakah perlaksanaannya nanti tidak berlaku penyelewengan atau berat sebelah? Bagaimana sekiranya parti komponen BN atau PR tidak bersetuju? Parti mana yg menguasai keadaan dan kerajaan? Ada kemungkinankah kerajaan gabungan yg dikuasai Umno akan menolak PAS keluar setelah mereka kembali mendapat kuasa rakyat dan pelbagai isu serta perkara lain2 lagi perlu diperbahaskan?

Maka, aku mula melihat kembali beberapa perkara atau senario yg telah berlaku sepanjang 2 tahun ini sehingga sekarang. Pimpinan asal dari sekitar kawasan tertentu di Terengganu telah menguasai PAS Terengganu. Kemudian telah memulakan perancangan dan telah menguasai sebahagian besar badan2 tertentu didalam PAS termasuk lidah rasmi Pas iaitu Harakah. Memulakan pemikiran dan perancangan menentang dasar2 yg dipersetujui oleh pimpinan dan ahli PAS. Membelakangi teguran dan nasihat Mursyidul Am (sangat dihormati) yg telah lama menjadi pendokong dan pemimpin perjuangan Pas melebihi 30 tahun. Menyuruh Wala' kepada pemimpin sedangkan teguran Nik Aziz tidak pula dianggap wala'. Merancang penolakan kepimpinan PAS dari Kelantan yg kebanyakannya hasil tarbiah dari Nik Aziz. Menolak pemimpin yg pro kerjasama PR(Isu Erdogan). Menolak pemimpin dari golongan profesional (Ulama' vs Pro). Penglibatan didalam memburuk2kan kerajaan Kelantan serta memburukkan imej seorang pemimpin Kelantan secara terancang dan halus agar tidak lagi mengancam kedudukan pemimpin2 mereka.

Hasil dari idea tersebut melahirkan pemimpin yg berpemikiran pro Umno atau digelar Nik Aziz, Boneka Umno yg melahirkan perpecahan yg jelas nyata didalam pimpinan PAS. Dituduh pengkhianat oleh kebanyakan penyokong PAS dan PR terdiri dari pelbagai bangsa. PAS telah dicemuh oleh semua penyokong PR. Sebahagian pemimpin yg tidak menyebelahi atau menentang gagasan tersebut ditentang dan tewas didalam Muktamar. Penentangan atau perbezaan pendapat yg jelas antara Mursyidul Am dengan Presiden serta pembantu2nya. Terdapat perjumpaan pemimpin PAS dan Umno secara umum (dimaklumkan kepada pimpinan)dan sembunyi (tidak dimaklumkan kepada pimpinan) sejak selepas Pilihanraya Umum ke 12 sehingga sekarang. Pas dikatakan parti islam tapi berjiwa melayu. Banyak perkara atau isu lain yang tidak mampu dijelaskan disini.

Lalu saya terbaca komentar dari pembaca Blog Wak Al Banjari yg telas ditulis dgn panjang lebar dan amat bersesuaian juga dgn pandangan saya ini walupun kenyataan diatas jelas hanya dari pandangan saya sahaja lalu saya selitkan seperti dibawah tanpa pengetahuannya. Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut berkenaan pendapatnya lalu menyerahkan kepada pihak pembaca utk menilainya. Lu bacalah sendiri, ok! Wallahu A'lam, Wassalam...

mz said :

Part 1:

sekrg ni ramai golongan yg memihak kepada TGHH juga. Golongan yg memihak TGHH juga nampak mcm gagal memahami pandangan TGNA..dua2 belah pihak gagal memahami pandangan pihak yg sebelah lagi.sepatutnya dua2 belah pihak tgk baik tentang pandangan kedua2 belah pihak.. dan tengok yg mana yg lagi baik.. mungkin kedua2nya adalah baik belaka tetapi mesti ada yg lagi baik.ini pandangan peribadi saya;kita tgk satu persatu pandangan tersebut.1.) pandangan TGHH - kerajuan perpaduan.-- dari idea nampak sgt2 baik.. dan ini yg sepatutnya.. tp adakah sesuai segn keadaan dkt malaysia-dgn umno?.. ini kita kena kaji sedalamnya... kita tgk syarat2 kerajaan perpaduan spt yg dikupas oleh Ustaz Tn Ibrahim Tuan man dan ramai lagi.. amat bagus sekali idea tersebut.. kalau terjadi idea tersebut memang sah mcm UMNO dan terima islam sepenuhnya dan PAS pon dah boleh bubar.. sebab UMNO dah terima islam sepenuhnya mcm pas... Tp adakah UMNO akan terima syarat2 tersebut???.... sejarah 50 thn mungkin boleh membantu kita menjawab soalan ini... Dan pada pandangan saya; tak mungkin umno akan dibawah najib akan terima.. zaman paklah adalah % akan terima tuh...jadi idea tersebut adalah bagus tp nampaknya realiti amat jauh sekali.. Saya rasa bendalah ini akan jadi setakat bertemu dan berbicang saja, dan tak akan diterimanya syarat2 yg Ustaz Tuan Ibrahim bagi tadi.

Part 2:

2.) pandangan TGNA menolak Kerajuan Perpaduan dan BERKERJASAMA POLITIK dengan umno.. dan kita kena phm ape maksud TGNA itu.. ramai gak pihak yg menyokong TGHH gagal memahami pandangan jauh TGNA..dan mengatakan TGNA menyekat dakwah dengan UMNO yg mana adalah lari terlalu jauh dr maksud sebenra TGNA.. dia melarang kerjasam politik saje, tetapi berdakwah kepada ahli umno dan berbicang pasal isu selain dr bergabung adalah dibenarkan dan tak perlu diagendakan pon-sebab islam amat mengalakkan kerja dakwah2 ini tak kira kepada org umno atau sesiapa saje..... dan telah diterangkan berkali2 tp ramai yg masih memekakkan telinga pasal hal dakwah ini.tak timbul isu ingkar larangan tuhan utk berdamai.. sebab kita tak bermusuh dgn org umno-kita hanya menentang parti UMNO yg menyimpang dr ISLAM...

TGNA melihat tak akan tercapainye hasrat kerajaan perpaduan dgn UMNO ini malah dlm masa perbincangan pon akan berlakunya perpecahan dlm PAS . jadi awal2 lagi dia cuba mengelakkan hal perpecahan dalam PAS berlaku.. TGNA BERPANDANGAN JAUH DAN MELIHAT REALITI SEMASA DAN TIDAK MAHU lihat PAS berpecah belah hanya kerana isu berbicang politik dgn UMNO tp hasilnya adalah amat tipis utk dicapai.. sejarah dulu haruslah diajdikan iktibar mcm mana kerajuan campuran bertukar jadi lain dan akhirnya PAS berpecah belah.. sekrg pon belum ape2 pon lagi dah berpecah belah,,itulah yg cuba dihindarkan oleh TGNA.. iitu semua adalah demi PAS dan demi dakwah Islam juga especiallly kepada bukan islam.. oleh yg demikian jalan sebaiknya adalah terus lupakan kerajaan perpaduan sebaliknya terus kuatkan PAS dalam PR dalm masa yg sama teruskan kerja dakwah dgn lebih gigih kepada ORG2 UMNO dan bukan islam.. kita tak pernah lupakan kerja dakwah ini.. tp bukan dgn mengambil jalan pintas, yg boleh merosakkan jemaah yg akhirnya boleh membuatkan hampir semua gagal; pas pecah belah; dakwah umno tak berjaya; dakwah kepada bukan islam juga gagal...itu yg lagi teruk dan patut dielakkan...


Part 3

OK..kat sini ramai gak kata.. kerajaan perpaduan bukan bergabung dgn umno dan berbincang bukan bergabung dgn UMNO... dan sudah dijelaskan oleh TGHH dan ustaz Nasha,,.. kata juga takde niatpon utk gabung dgn umno... tp adakah ini benar takder niat pon?.. saya rasa Ustaz Ahmad Awang sudah memberikan jawapan memang ada golongan yg fikir Bergabung dgn UMNO adalah lebih baik dr Gabung dengan PKR dan DAP.. memang ada.. jgan kata tak ada...dan memang ada kertas kerja pon; yg mudharat yg mana yg lebih ringan... dan perbincangan pasca Macrh 2008 pon adalah berkaitan kerjasama poltik-gabung juga.. memang wujud benda tuh.. dan sebenarnya OK utk tengok yg mana yg lebih baik utk ISLAM.. antara bersama PR atau UMNO... OK KITA KAJI detail2.. tp saya rasa, selepas kes perak (nasib baik Ustaz ahmad awang menolak dr tubuh kerajaan dgn UMNO) dan dgn tgk sokongan org bukan islam kepada pas selepas isu perak.. sudah jelas menunjukkan dengn PR is much2 better dr dgn UMNO ( sekali lagi dakwah dgn UMNO jgn ditinggalkan sekali2).. ..

atas sebab itulah utk kebaikan jemaah pas dan islam, nampaknya kita mesti bersatu dan jgn cuba utk memecah belahkan jemaah demi utk menegakka pandangan kita semata-mata..kalau pandangan dan idea kita itu (halal) tp boleh memecahkan jemaah lebih baik kita cepat2 undurkan diri dan bersatu balik utk jemaah..itu adalah terbaik...jgn jadi degil tak tentu pasal dan cuba menegakkan idea sampai semua org jadi keliru..cubalah kaji dari semua segi dulu dan cari jalan terbaik demi PAS.. dan amat JELAS jalan terbaik sekrg adalah lupakan dulu Kerajaan Perpaduan sehingga tiba masa yg sesaui nanti (sebab idea itu adalah amat bagus tetapi suasana semasa amat tidak mengizinkan.).... itu saja sekian..

p/s: kerajaan perpaduan yg terbaik sekrg adalah bukan berkerjasama politik dgn UMNO najib (sebab umno akan jadi terajunya-kalau lihat masa skerg lah), tp kerajuan perpaduan antara PR dan MP2 UMNO (geng paklah dan Kuli) ni OK.. atau MP2 Umno ni terus masuk PR dan jadi kerajaan PR.. Kalau UMNO yg jadi teraju percayalah tak akan kemananye ; itu adalah helah UMNO utk terus berkuasa saja)...
June 15, 2009 1:17 PM

Thursday, June 11, 2009

Al Qur'an di hujung lembing????

Assalamu Alaikum dan salam,

Aku tertarik dgn seorg pemimpin PAS yg boleh dikategorikan sebagai seorang 'kaki hentam' bagi segelintir yg kurang mengenali beliau. Beliau ni memang dilihat sebagai seorang yg berani mempertahankan pandangan dan hujah beliau yang dirasakan benar untuk kebaikan jamaah PAS tanpa rasa gentar walaupun tidak disenangi segelintir pemimpin serta perwakilan. Hujah dan pandangannya amat jelas memperlihatkan kematangan fikiran dan ilmu beliau yg telah diasuh dgn tarbiah perjuangan islam sedari remaja lagi. Teguran dan sindirannya cukup membuat pihak yg terasa pedih didalam. Pemikiran dan prinsip beliau memperlihatkan perbezaan yg nyata bertentangan berbanding abangnya yg turut berkecimpung didalam politik BN dan merupakan bekas menteri didalam kerajaan BN. Persamaan antara mereka hanyalah keduanya merupakan pejuang dan sanggup memperjuangkan apa yg mereka rasa benar walaupun ia boleh menggugat kedudukan politik mereka.

Bahkan Mursyidul Am turut memuji hujah beliau ketika didalam Muktamar walaupun beliau tewas ketika pemilihan yang lalu. Ini apa TGNA kata: "saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus." Saya tambah mula mengagumi beliau ketika berbahas di Parlimen dan juga di Hujah @ TV9. Beliau juga dilihat sebagai pengganti Mat Sabu yang petah berhujah ketika di Parlimen. Kalo nak tau apa yg dimaksudkan dgn Mushaf Al Quran dihujung lembing, ikutilah kupasan didalam blog beliau yg aku saja tampal kat bawah ni. Walaupun hujah tersebut ada pro dan kontranya, yg penting pengajaran yg hendak disampaikan. Korang bacalah sendiri ok !!!

Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN

Pada hari terakhir Muktamar, saya telah ke depan, menyokong usul yang dibawa oleh PAS Tambun berhubung pembentukan Suruhnjaya Di Raja untuk mengkaji ‘rampasan kuasa’ di Perak. Dalam penghujahan saya pada hari itu, saya telah menyebut peristiwa perang Siffin dan bagaimana ianya mempunyai kaitan dengan keadaan politik kita pada ketika ini. Oleh kerana masalah masa yang diberikan amat singkat, saya tidak sempat untuk menjelaskan persoalan ini dengan lebih terperinci. Saya akan cuba lakukannya di sini.

Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali.Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”.

Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan.Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’. Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.”

Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu.Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya. Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu.

Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’. Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan.Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing.

Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”? Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah!Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!

Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit. Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak!Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua. “Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak.

Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO. Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”.

Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pinga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan?Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup? Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.

Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh. Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata.Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi? Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi?Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO. Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang.

Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan.Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi. Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi. Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain…

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD

Tuesday, June 9, 2009

Sketsa Muktamar Pas ke 55!!! Alahai Pemimpin...

Assalamu alaikum dan salam semua!

Berakhir sudah Muktamar yg ke 55 di Stadium Shah Alam yang lalu. Akhirnya aku sebagai warga Selangor amat bersyukur kerana PAS telah berjaya mengadakan muktamarnya di Selangor yg merupakan negeri kelahiranku serta negeri maju di Malaysia. Ia juga merupakan negeri pemerintahan Pakatan Rakyat yg diperintah dgn baik, telus dan berkebajikan selaras dgn manifestasi PAS pada PRU ke 12 yg lalu. Syabas juga pada Dr Hassan Ali serta pimpinan PAS dan PR kerana berjaya menguruskan negeri di samping mukatamar yg berlangsung dgn jayanya.

Pada Sabtu yg lalu, aku pulang ke kampungku dan sempat singgah di bazar sekitar Muktamar PAS dan alangkah seronoknya anak2ku dapat bermain di belon permainan raksasa dikawasan tersebut. Pelbagai jenis makanan, produk dan makanan yg dijual dari serata Malaysia terdapat di situ. Dapat juga membeli buahtangan kenangan sempena muktamar di Shah Alam. Bukan senang beb!!! Aku sempat juga bertanya pada peniaga disitu, siapakah yg menang jawatan Timbalan Presiden kerana ia juga merupakan matlamatku berada disitu. Aku diberitahu oleh peniaga tersebut bahawa Ustaz Nasharudin telah menang. Aku pun berlalu dgn hampa! Tahniah kepada yg berjaya.

Walaupun Muktamar ke 55 berlangsung dgn megah dan jayanya tetapi tiada satu ketetapan yg jelas dibincangkan oleh perwakilan bagi menentukan kedudukan PAS di dalam PR serta pendirian, halatuju dan perancangan parti pada masa hadapan. Kedudukan Kelab Penyokong Pas juga telah ditangguhkan. Yang paling jelas aku lihat bahawa Presiden yg telah menghentikan isu Muqabalah dan idea @ gagasan UG kembali bersuara dan mendendangkan idea tersebut hanya setelah Muktamar tamat, mungkin kerana merasakan mendapat sokongan penuh perwakilan tanpa cabaran pada muktamar tersebut. Kalau benar mahu membangkitkan idea tersebut, kenapa tidak dibahaskan sahaja didalam muktamar agar boleh melihat dgn jelas sokongan perwakilan?

Begitu juga halnya dgn timbalan presiden yg menafikan perjumpaan dan kerjasama dgn Umno sejak tahun lepas lagi turut mendendangkan penafian beliau berkenaan kerjasama tersebut ketika minit2 terakhir ucapan beliau pada Muktamar Pemuda Pas. Tetapi setelah menang, dgn angkuh dan bangganya dgn kemenangan tersebut mengulas bahawa beliau masih menang dan merasakan perwakilan masih menyokongnya walaupun sekiranya dicongak, 54% peratus undi menolak beliau telah diberikan kepada 2 calon lain.

Beliau juga yg dilihat sering mengekori rapat TGHH akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya terhadap gagasan besar UG tersebut berlainan dgn ucapan beliau pada muktamar pemuda 2 hari sebelumnya. Beliau juga apabila ditanya tentang kenyataan yg diberikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkenaan gagasan UG yg dianggap mengarut, dengan sombongnya menyatakan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadi beliau (Nik Aziz). Bolehkah pandangan Penasihat Agung Pas / Pemimpin utama / Naqib jamaah Pas ditolak ketepi begitu sahaja. Sungguh2 menyakitkan hati mendengar kata2 hebat Timbalan Presiden yg telah dilantik oleh perwakilan ini.

Manakala apabila ditanya tentang 2 calon Timbalan Presiden yg kalah diminta diserapkan ke JK PAS Pusat oleh perwakilan, itu merupakan kuasa beliau sepenuhnya menentukannya. Adoi! hebat sungguh kuasa pemimpin yg dilantik perwakilan ini. Jgn sampai dpulaukan oleh orang Kelantan dan ahli PAS apabila dia menghina Mursyidul Am sudahlah! Jgn cabar ahli dan penyokong berhimpun memprotes beliau secara terbuka atau meminta membuat Mesyuarat Agung Tergempar menyingkir puak2 Muqabalah @ UG @ Fraksi Umno nanti sbb penyokong masih boleh bersabar. Janganlah dicabar pula kesabarannya. Rakyat dan penyokong telah dijelaskan tentang isu UG ini oleh pihak pimpinan dan Harakah tapi kenapa mereka masih tetap menolaknya. Fikir2kanlah!!!

Apakah itu sahaja keputusan dan pengajaran jelas yg boleh dihasilkan pada Muktamar ini walaupun perwakilan beriya2 menjerit menyokong tentang pentingnya kerjasama memperkukuhkan Pakatan Rakyat apabila segelintir pemimpin membangkitkannya? Apakah tiada lagi output yg boleh dihasilkan oleh pemimpin utama PAS dalam memperkasakan dan menjelaskan halatuju parti pada masa akan datang? Atau janji Ustaz Nasha bagi kejayaan Pas pada PRK Negeri Sarawak sebagai kejutan? Beliau sendiri menang di Kedah dan Kelantan atas isu Anwar, Pakatan Rakyat dan kehebatan jentera Pas Kelantan yg dipimpin oleh Nik Aziz. Atau beliau ingin cuba bertanding semula di Terengganu dgn dokongan pimpinan PAS Terengganu atau dikampungnya sendiri di Negeri Sembilan? Kita tunggu dan lihat nanti.... Yang pasti rakyat Kelantan tidak akan membenarkan beliau bertanding semula disana.

Lupakan pimpinan yg bxxxl dan sxxxl menongkah arus ini kerana mereka telahpun di pilih oleh perwakilan. Mungkin ada hikmah yg dibukakan allah disebaliknya kelak!. Diharap Allah membantu dan memberkati jamaah PAS agar ia tidak akan berkubur selepas ini seperti masa2 dahulu. Aku ambik kisah menarik dari laman blog Greenbok untuk kita kongsi bersama. :

PAS UMNO Kisah Ummi Maktum Untuk Renungan Presiden Timbalannya dan Pendokong UG

Muktamar PAS kali ke 55 yang baru selesai mengajak kita untuk merenungi hal-hal yang boleh dijadikan pengajaran di dalam usaha kita memperkuatkan jemaah disamping menghindarkan kita dari mengulangi apa jua kesilapan.Editor Siasah, Zulkifli Sulong di dalam catatanya menyatakan, PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.Nasharudin dalam laporan medianya pula terus berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini, demikian tulis Zulkifli lagi.GB ingin mengutip kisah Kerajaan Perpaduan yang sangat-sangat dikobarkan gagasannya oleh Presiden dan Timbalan Presiden dengan isu tuntuntan Kelab penyokong PAS yang minta diberikan perhatian tetapi tidak mendapat perhatian serius oleh Muktamar.

Ini mengingatkan kita mengenai kisah Ummi Maktum yang terkenal yang kerananya Rasulullah telah ditegur oleh Allah s.w.t. dengan turunnya Surah 'Abasa.Asbabun Nuzul : Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari yang diterima dari Ibnu Abbas;

"Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabiah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud menyampaikan seruan Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum dengan tangan meraba-raba. Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat Quran. Mungkin oleh kerana terganggu sedang menghadapi pemimpin-pemimpin itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, dan baginda terus meneruskan missinya untuk menyampaikan "dakwah" kepada peemimpin-pemimpin Quraisy itu dan mengabaikan Ummi Maktum.

Setelah selesai semuanya, turunlah ayat "Dia bermuka masam dan berpaling".Turunnya ayat itu telah menyedarkan Rasulullah akan kehilafannya lalu segera beliau menghadap Ummi Maktum dan barulah Rasulullah menerangkan ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku."Pengajarannya: Apakah kita sanggup membiarkan permintaan Kelab Penyokong PAS yang minta diberikan perhatian dan ingin merapatkan diri mereka dengan saf kita sementara kita sibuk dengan Kerajaan Perpaduan hendak melayan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tujuan berdakwah kepadanya sepertimana Rasulullah mengabaikan Ummi Maktum dan cuba mendakwahkan Islam kepada pemimpin-pemimpin Quraisy itu sehingga Allah menegur baginda?Ummi Maktum seorang yang buta tetapi ikhlas untuk mendapatkan ilmu Islam, begitulah Kelab Penyokong PAS yang "masih buta" mengenai falsafah perjuangan PAS inginkan penjelasan lanjut dari kita tetapi kita mengabaikannya?

Pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa kita berikan perhatian sehingga gagasan dibentuk bernama Kerajaan Perpaduan dengan harapan mereka menerima Islam sepertimana Abu Jahal, Abbas Muttalib dan Utbah yang diberikan dakwah Islam kepada mereka oleh Rasulullah sehingga baginda ditegur lansung dari langit dengan turunnya surah 'Abasa ini.Rumusan: Saya telah melihat fenomena yang berlaku di muktamar baru-baru ini dari kacamata kebenaran dan keadilan betapa jauhnya sudah kita melangkah pergi meninggalkan asas-asas perjuangan sehingga meletakkan jemaah berada di dalam kusut dan dilanda kemelut perpecahan ekoran kekhilafan pimpinan tertinggi parti.

Ditegur sudah oleh Mursyidul Am PAS, tetapi ada diantaranya seperti sudah melupakan kedudukan Tuan Guru selaku Mursyidul-Am - Pembimbing Umum kepada kita semua.Dan oleh kerana kekhilafan Presiden itulah maka Allah s.w.t. mendatangkan Setiausaha Agong DAP telah mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.Fikir-fikirkanlah supaya nanti jangan lagi kata kami ahli bawahan ini tidak menyampaikan sebelum kamu pemimpin-pemimpin dan pendokong gagasan Kerajaan Perpaduan ditegur Allah dengan lebih hebat. Kisah yang dibawa bukan dongeng rekaan, bukan putarbelit kisah benar bukan penglipur lara untuk perjuangan. InsyaAllah, kami yakin dengan kebenaran yang kami perjuangkan dan kami istiqamah dengannya.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
[2] karena telah datang seorang buta kepadanya.
[3] Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
[4] atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?[5] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
[6] maka kamu melayaninya.
[7] Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
[8] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
[9] sedang ia takut kepada (Allah),
[10] maka kamu mengabaikannya.[11] Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat!

Wallahu A'lam, Wassalam.

Ariyos.

Thursday, June 4, 2009

Blog ni sokong Siapa???

Aku semenjak 2 ni apikan blogger lain tapi aku sendiri tak berani cerita pasal pemilihan pimpinan pada Muktamar Pas yg akan datang. Bukannya apa! Sakit kena bambu! Org lain sedap komen dan baca, nanti aku yg kena letup. Banyaknya blogger yg komen kena letup oleh Si Anon. Anon mana pun tak tau! Ntah Muqabalah, Ntah Umno, Ntah musuh dlm selimut, Ntah Pas yg lurus takde bengkang bengkok, lantakle! aku pun tak kisah! Itupun termasuklah aku.

Walau macamanapun aku bertekad hari ini dgn rasminya aku nak umumkan bahawa aku dan blog aku ni Penyokong :
ISLAM!
KEADILAN!
PAKATAN RAKYAT!
PAS!
ULAMA BERWIBAWA!
PROFESSIONAL YG BERGELIGA!
ERDOGAN YG BERWAWASAN!
PEMIMPIN YG PEJUANG!
PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT!
NIK AZIZ!
NIZAR!
ANWAR!
LGE!
MAT SABU!
HUSAM MUSA!
AKU TAKKAN SAMA SEKALI SOKONG :
UMNO
BN
MUZAKARAH
FRAKSI UMNO
ULAMA' MEMBAWA REBAH / MUQABALAH
PROFESIONAL MUQABALAH
ERDOGAN YG MUQABALAH
PENULIS BUAT FITNAH
PENGKHIANATAN
KEZALIMAN
RASUAH
ISA
PPSMI
NAJIBTUYA
PERKAUMAN
PENINDASAN
RETORIK MELAYU
MEDIA PENGAMPU
PERJANJIAN GELAP
PEMIMPIN MASUK PERANGKAP
PEMIMPIN HABBUDDUNYA
PAS MELAYU
DAN SEANGKATAN DGNNYA!
Suka hatilah korang nak sokong siapa!