Monday, July 6, 2009

Senarai Jawatan Kuasa Kabinet PR!!!








Tahniah diucapkan pada Pakatan Rakyat kerana maju setapak dalam memberikan keutamaan perkhidmatan mereka secara strategik bagi memantau tanggungjawab dan tugas menteri dan timbalan menteri di kementerian masing2. Ini juga diharap sebagai latihan bagi mereka yg bertanggungjawab bagi memantau Portfolio masing2 sekiranya diberikan peluang oleh rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini.
Saya mengharapkan keputusan melantik Shadow Cabinet atau sekurang2nya Jawatankuasa yg terdiri dari MP yg mewakili k0mponen PR ini bagi memantau Menteri Kabinet dan kementerian yg terdapat di Malaysia dapat diadakan lebih awal, iaitu seawal DS Najib mengumumkan Senarai Menteri Kabinet dan Kementerian masing2. Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat masih belum terlewat dan diharap dapat memberikan fokus dan tanggungjawab didalam memantau Menteri dan kementerian masing2 seperti yg diharapkan dan memberi output yg berkesan demi untuk kepentingan rakyat dan negara.
Semoga Berjaya!
Hidup Rakyat!
Wallahu A'lam, Wassalam.

Friday, July 3, 2009

Kronologi isu Rumah sembelih Babi mendesak DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat!!!

Rupanya DAP Kedah membuat keputusan keluar Pakatan Rakyat akibat dibuli dan dicerca oleh pimpinan MCA dan Gerakan setempat kerana terlibat dalam perobohan Rumah Sembelihan Babi oleh Majlis Tempatan. Ini menimbulkan aib seolah2 DAP Kedah tidak berjaya mempertahankan hak orang cina utk mengekalkan Rumah sembelihan babi tersebut setelah PR berkuasa dan mentadbir Kerajaan Negeri Kedah dan memaksa mereka bertindak demikian untuk maruah dan prinsip parti.

Sekiranya Kerajaan negeri meluluskan permohonan menangguhkan kali kedua perobohan rumah sembelihan tersebut kepada pihak berkuasa tempatan. Ini akan menunjukkan Kerajaan negeri seolah2 cuba campurtangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan atas faktor politik dan memberikan signal atau isyarat kerajaan negeri membenarkan dan ingin mengekalkan tempat sembelihan babi tersebut dan tidak mahu mematuhi keputusan yg telah dibuat oleh kerajaan BN yg mengambil keputusan / ketetapan utk memindahkan rumah penyembelihan tersebut ke tempat lain yg lebih sesuai dan praktikal.

Keputusan ini pula akan digunakan oleh pemimpin2 Umno tempatan yg akan membantah sekeras2nya berhubung keputusan Kerajaan negeri yg dilihat cuba mempertahankan Rumah sembelihan babi terbabit dan seterusnya cuba memburuk2kan Kerajaan Kedah yg dikuasai Pas yg tidak mementingkan hak orang islam dan melayu dimana Pusat sembelihan itu terletak dikawasan penempatan yg majoritinya orang melayu. Sedangkan punca masalah dari pihak pengusaha terbabit yg tidak bersungguh2 untuk memindahkan operasi mereka dan terlalu mengharapkan campurtangan kuasa politik agar mereka dapat mengekalkan perniagaan disitu.

Manakah keputusan yg lebih buruk? Membiarkan maruah dan prinsip DAP tercemar dan buruk kerana tidak mempertahankan hak orang cina yg telah dimanipulasikan isunya oleh pemimpin MCA dan Gerakan atau membiarkan maruah dan prinsip Kerajaan negeri tercemar dan buruk akibat membenarkan Rumah sembelihan babi tanpa lesen tersebut terus beroperasi dan mendapat bantahan majoriti melayu islam dikawasan dan negeri tersebut serta menjadi modal isu pemimpin Umno memburukkan kerajaan negeri? Kalo nak tahu dan faham lebih lanjut isu tersebut, korang bacalah artikel dibawah yg dicilok dan diulang tayang dari Blog Kedah Lanie.. :

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

DAP KELUAR KERANA BABI??

Panjang cerita rumah sembelih babi di Kg Berjaya, sejak 1993, sejak gempar kisah Japanese Encephalities di seluruh Negara. Kini muncul lagi kisah berkaitan babi dan riuh lagi gara-gara A H1N1. Apapun berkaitan penyakit-penyakit darihal babi ni, perkara pokok ialah peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh PBT (MBAS). Memang tugas kerajaan menuatkuasakan undang-undang untuk mengatur hidup dan kehidupan supaya tidak bercelaru.

Inilah Kronologinya.......

KRONOLOGI RUMAH SEMBELIH KHINZIR MERGONG

21.7.93 - Cadangan supaya kerja-kerja pembersihan dalaman rumah sembelih khinzir Mergong diambil alih oleh AWS.

26.7.93 - Tawaran AWS khidmat mencuci, membersih, mengorek longkang dengan seorang pekerja RM450.00 sebulan.

16.12.93 - Majlis bersetuju dengan Tahap Piawaian Efluen bagi sektor ladang dan pemprosesan ternakan.

11.4.94 - Rungutan pemindahan tempat ternakan/ penyembelihan khinzir oleh Harta Usahawan Sdn. Bhd.

30.4.94 - Majlis akan membina dinding untuk memisahkan kawasan awam dengan rumah penyembelihan.

19.6.94 - Permohonan laporan mengenai tempat ternakan dan penyembelihan khinzir di Majlis.

11.7.94 - Majlis memberi maklumbalas atas per. (06) bahawa tiada tempat ternakan khinzir dan tempat penyembelihan khinzir terdapat di Mergong.

11.10.94 - Aduan dari Othman Lebai Saad, JKKK Kg Telok Yan dan pohon ubah tempat sembelih.

5.1.95 - Majlis pohon maklumat mengenai rumah bantai khinzir yang sedia beroperasi dari lain-lain PBT untuk cadangan penempatan semula Rumah Bantai Khinzir.

13.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Taiping bahawa Jabatan Perkhidmatan Haiwan tidak ada apa-apa peranan dalam pengurusan rumah bantai khinzir.

19.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Bandaraya Ipoh bahawa rumah pembantaian di bawah Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah bahawa rumah sembelih dikendalikan oleh Jabatan Haiwan.

26.1.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Klang bahawa tidak terdapat rumah bantai khinzir.

26.1.95 - Mesyuarat Majlis Pembangunan Negeri Kedah membangkitkan rumah sembelih khinzir tidak dibina baru. Disyorkan tunggu rumah sembelih di Butterworth siap dan dipusatkan di sana.

6.2.95 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Kuantan bahawa MPK belum melesenkan aktiviti rumah bantai khinzir tersebut di bawah kawalan Jabatan Haiwan.

18.6.95 - Mesyuarat Jawatankuasa Penempatan Semula Rumah Khinzir di MPKS.

5.6.96 - Keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan bersidang 11.10.95 dan persetujuan dicapai antara PKB dengan MPKS untuk menutup rumah sembelihan khinzir di Kampong Berjaya perlu dilaksanakan.

29.4.97 - Majlis menghantar surat kepada Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah supaya berusaha mencari tapak yang sesuai bagi menggantikan rumah sembelih sekarang yang akan ditutup tidak lama lagi.

29.6.97 - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang bersidang pada 14 Mei 97 telah membuat keputusan “Majlis bersetuju supaya dikenalpasti kawasan tapak yang sesuai untuk dipindahkan pusat penyembelihan khinzir berhampiran kilang tayar Alor Setar.”

29.9.97 - Surat daripada Pegawai Perancang Bandar, MPKS memaklumkan bahawa tapak di sekitar belakang kilang tayar Mergong tidak sesuai dan kawasan tersebut telah pun diluluskan untuk projek perumahan.

11.3.98 - Majlis menerima surat dari Dato’ Chor Chee Heung mengatakan Persatuan Khinzir telah bersetuju untuk berpindah tetapi menunggu keputusan muktamad oleh Kerajaan Negeri Kedah.

3.10.98 - Surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk mendapatkan maklumat kedudukan terkini kerana Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengenalpasti satu tapak untuk pembinaan rumah sembelih di Padang Lembu.

8.12.98 - Surat kesinambungan 21 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani.

20.3.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Penyembelih Khinzir Kampung Berjaya iaitu Notis Berhenti Operasi Menyembelih Khinzir.

31.3.99 - Surat daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengenai langkah-langkah mencegah wabak Japanese Encephalities.

2.1.99 - Menerima maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sungai Petani bahawa tiada tanah kerajaan di kawasan Padang Lembu. Sekiranya cadangan hendak dilaksanakan juga, maka ianya perlu kepada proses pengambilan balik tanah persendirian. Walau apa pun, Majlis menunggu arahan selanjutnya daripada Kerajaan Negeri.

12.1.99 - Menerima aduan dari orang awam mengenai ladang khinzir mengeluarkan bau yang busuk.

27.4.99 - Mesyuarat untuk menyelesaikan masalah khinzir diadakan di MPKS.

9.5.99 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan memberikan panduan Keselamatan Pekerja dan Kebersihan di rumah sembelih khinzir.

9.5.99 - Surat kepada Pengarah Kesihatan Daerah Kota Setar/ Padang Terap memberikan senarai pekerja-pekerja bagi mencegah dari wabak J.E.

22.5.99 - Notis kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah bahawa Majlis akan berhenti daripada kutipan hasil sembelih khinzir seperti arahan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Masyarakat Bil 3/99 dan berikutan jangkitan J.E dan rungutan daripada penduduk tempatan, Majlis membuat keputusan untuk menutup rumah sembelih terbabit.

22.5.99 - Surat kepada En. Tan Tian Wan Jabatan Haiwan Negeri Kedah memberhentikan elaun pemeriksaan.

1.8.99 - Surat daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan cabutan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan pada

23.6.99 bahawa Majlis bersetuju mengambil ketetapan operasi pusat penyembelihan boleh diteruskan sehingga satu tempat baru dikenalpasti. Tindakan susulan perlu dibuat bagi mendapatkan tapak gantian dengan segera.

14.10.99 - Menerima bil air rumah sembelih RM1,102.8011.1.2000 - Surat kepada Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah memaklumkan bahawa Majlis telah meletakkan semua kos bayaran pekerja, bil dan api di bawah tanggungan Persatuan mulai 1.1.2000

7.8.2001 - Surat daripada JKKK Kg Telok Yan supaya ubah rumah sembelih.

11.8.2001 - Surat Majlis kepada Yang Berhormat Dato’ Paduka Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memohon kebenaran untuk meruntuhkan rumah sembelih khinzir.

26.8.2001 - Surat daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kedah memaklumkan bahawa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tidak ada peruntukan undang-undang yang membenarkannya. Memohon untuk dilantik ebagai salah seorang ahli jawatankuasa yang membuat keputusan dalam pembinaan rumah-rumah sembelih.

20.8.2001 - Surat daripada Setiausaha Sulit Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman berserta salinan surat dari Pengerusi JKKK (rujuk 35)

19.9.2001 - Majlis memberi maklumbalas kepada Pengerusi JKKK Kg Telok Yan bahawa Majlis telah membuat permohonan meruntuhkan rumah sembelih khinzir dan telah memberhentikan kutipan dan semua kos perbelanjaan ditanggung oleh Persatuan.

20.8.2001 - Menerima surat darpada Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar pohon mengubah kandang sembelih khinzir.

31.5.2006 - Mesyuarat UPEN bersetuju supaya pusat penyembelihan khinzir di Kg Berjaya ditutup.Sehingga peringkat ini, MBAS memaklumkan tiada sebarang permit baru dikeluarkan untuk operasi rumah sembelih tersebut.

15-05-09 - dalam mesyuarat Majlis Bandaraya Alor setar (MBAS) telah dibangkitkan isu tempat penyembelihan babi yang telah dikaitkan dengan masalah penyakit A H1N1. Oleh yang demikian majlis sebulat suara telah bersetuju sesuatu tindakan harus diambil bagi menangani masalah ini. Keputusan mesyuarat telah melantik ahli majlis Pn Teh (DAP) dan En Hamid (PAS) untuk mengepalai majlis untuk berunding dengan para pengusaha pusat tersebut.

20.05.09 - Ahli-ahli majlis telah dihubungi oleh pengusaha pusat tersebut bahawa mereka telah menerima notis perobohan yang telah dikeluarkan pada 19-05-09 dan proses penguatkuasaan akan diadakan pada 01-06-09.Satu jawatankuasa kecil telah diwujudkan selepas itu bagi membolehkan operasi tersebut dilaksanakan (diketuai PSu Pn Aminah). Walaupun Pn Teh sebagai Ahli Majlis membantah rancangan tersebut dan merayu supaya dilanjutkan tempoh meroboh, tetapi telah ditolak.

31.5.09 - YB Lee Guan Aik telah menghubungi Sdr Muhammad Sanusi memohon campurtangan YAB Menteri Besar supaya menangguhkan tindakan penguatkuasaan.

31.5.09 - Pertemuan diadakan antara wakil Persatuan Peniaga dan Penyembelih Khinzir bersama YB Lee Guan Aik dengan YAB Dato’ Seri Menteri Besar di rumah MB Jalan Sultanah. Persatuan memohon penangguhan selama sebulan sementara memproses permohonan tapak baru. YB Lee Guan Aik memaklumkan bahawa persatuan mempunyai enam tapak cadangan baru. YAB Dato’ Seri meminta supaya proses permohonan segera dilakukan. YAB Dato’ Seri MB menguhubungi YB Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memaklumkan kepada Dato’ Bandar supaya ditangguhkan operasi meroboh. MCA dan Gerakan mengadakan demontrasi di lokasi rumah sembelih pada masa yang sama.

1.6.09 - Penguatkuasa MBAS menggerakkan jentera dan petugas ke lokasi untuk meneruskan Operasi. YAB Dato’ Seri segera mengeluarkan surat yang ditandatangani sendiri memohon penangguhan operasi selama sebulan kepada Dato’ Bandar. (Serahan tangan). Satu salinan surat tersebut diberikan kepada YB Lee Guan Aik. Operasi ditangguhkan oleh MBAS selama sebulan atas permintaan tersebut.2.6.09 hingga 25.6.09 - YAB Dato’ Seri MB melalui Setiausaha Politik mengikuti perkembangan permohonan tapak baru hampir setiap hari. YB Lee Guan Aik melalui Pegawai Khas beliau memaklumkan proses sedang dijalankan.Beberapa penduduk di kawasan Jabi, Pokok Sena mengadakan demontrasi dan menaikkan kain rentang membantah cadangan penempatan semula rumah sembelih di kawasan tersebut.Timbul isu Kerajaan Negeri lebih mengutamakan babi daripada penduduk Kampung Bidan yang terlibat dalam penguatkuasaan perobohan rumah-rumah yang terlibat dalam pengambilan balik tanah.Pegawai Khas memaklumkan mereka telah mendapat tapak di Kg Cina, Pendang. Tanah milik persendirian yang dikelilingi sawah padi milik kaum siam. Setiusaha Politik MB Mengarahkan permohonan lengkap perlu segera dibuat kerana masa kian suntuk. YAB Menteri Besar membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Pendang untuk bertanyakan permohonan daripada Persatuan tersebut. Pegawai Daerah Pendang memaklumkan bahawa permohonan belum diterima. Jabatan Verterinar memberhentikan pengeluaran permit menghantar dan memproses babi di lokasi terbabit.

26.6.09 - Pegawai Khas YB Lee Guan Aik menyerahkan surat permohonan tapak baru di kampong Cina, Pendang ke Pejabat Mnteri Besar. Setiausaha Politik MB mengarahkan permohonan diserahkan ke Pejabat daerah Pendang. Surat tersebut telah diserahkan kepada Pejabat Daerah Pendang.

28.6.09 - YB Lee Guan Aik berjumpa Menteri Besar di Pejabat memohon penangguhan kali kedua sehingga permohonan yang dihantar di Pejabat daerah Pendang diluluskan. MB memanggil Exco Kerajaan Perumahan & Kerajaan Tempatan (Dato’ Phahrolrazi) dan Pegawai Daerah Pendang agar permohonan segera diproses.Pegawai Daerah memaklumkan bawaha semua jabatan teknikal seperti Jab Alam Sekitar, Jabatan Verterinar, Jab Pertanian dan Jab Kesihatan telah dihubungi untuk membuat lawatan tapak pada 29.6.09.

29.6.09 - Lawatan tapak dilakukan melibatkan semua Jabatan Teknikal pada jam 3 petang.

30.6.09 - YB Tommy Su (Pengerusi DAP Kedah/ Perlis) mengadakan pertemuan dengan YB Tan Wei Tsu dan YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi memohon penjelasan dan penangguhan kali kedua.

1.7.09 - Operasi penguatkuasaan notis perobohan dijalankan pada jam 3 petang dengan sedikit bantahan dari sebahagian masyarakat cina dan pimpinan DAP dan beberapa ADUN PKR.

Perobohan dan penangguhan mempunyai implikasi tersendiri. Dari sudut MBAS yang menguatkuasakan Undang-Undang Kecil PBT, semua prosedur telah diikuti sebagaimana menangani premis-premis haram yang wujud di dalam kawasan pentadbiran MBAS.

Kerajaan negeri telah mengumumkan dasar tidak campur tangan dalam bidang kuasa Pegawai Kerajaan termasuk kuasa dato’ Bandar Alor Setar dan Majlis Kerajaan tempatan MBAS.Dalam MBAS, terdapat ahli Majlis yang dilantik dari kalangan parti politik termasuk DAP. Keputusan ini juga melibatkan keputusan mesyuarat Majlis MBAS.

Campurtangan Menteri Besar kali pertama sehingga operasi pada 1.6.09 ditangguhkan selama sebulan adalah atas permintaan pihak persatuan penyembelih, bukan masa itu ditetapkan oleh YAB MB. Terdapat kelewatan yang meragukan di pihak persatuan dan YB Lee Guan Aik yang mengambil tanggungjawab memproses permohonan tapak baru di enam lokasi yang dicadangkan dalam pertemuan dengan YAB MB pada 29 .5.09.

Penangguhan kali kedua akan mengundang implikasi bahawa terdapat campurtangan kerajaan untuk mengekalkan premis haram yang ternyata menyalahi undang-undang.Pihak lain juga akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan keatas premis yang menyalahi peraturan dan undang-undang. Pihak UMNO akan mengadakan demontrasi jika premis ini dibiarkan walaupun hal ini adalah lanjutan daripada kerja buat mereka.

Pihak MB telah berusaha untuk menyegerakan proses permohonan dan kelulusan tapak baru di lokasi yang dicadangkan tetapi pihak persatuan didapati lambat bertindak, padahal dalam pertemuan sebelumnya, mereka memaklumkan bahawa tapak baru sudah ada.Kerajaan bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan peraturan, bukan mempertahankan pelanggaran undang-undang. DAP juga memperjuangkan perkara yang sama.Isu ini bukan isu perkauman seperti yang didakwa, tetapi persoalan undang-undang dan maruah sebuah Kerajaan Negeri.

Petikan dari blog setpol MB :DAP KELUAR KERANA BABI??

Wednesday, July 1, 2009

Harakah dipaksa mempertahankan Gagasan UG???

Pening kepala aku dgn puak2 kemetot yg berakal pendek ni. Penderian aku dan kebanyakan penyokong dan pendokong Pas adalah seperti dibawah. Penjelasan dibawah ini lebih mudah dan mungkin dapat merungkai apa yg tidak sampai di fikiran sesetengah pihak dan boleh dianggap sebagai pandangan pemimpin dan penyokong disebelah pihak lagi yg merupakan majoriti yg ikhlas memperjuangkan Pas dan dasar islam yg dibawa, bukan sekadar mempertahankan pandangan sesetengah pemimpin secara membabi buta. Sayugia dinyatakan, artikel dibawah merupakan artikel yg telah dikeluarkan sebelum kisah penutupan isu UG oleh pihak pimpinan PAS. Ia juga boleh memberikan gambaran jelas kepada pihak yg masih kabur dan terawang2.

Di petik dan di ulang tayang post ini dari laman Blog Kelab Greenboc :


MANEK URAI : Harakahdaily Masih Mendokong Gagasan Kerajaan Perpaduan?



Malaysiakini melaporkan isu kerajaan perpaduan rupa-rupanya belum reda dalam PAS dan mudah mencetuskan pergeseran kembali di kalangan kumpulan yang menyokong dan membantahnya.Mangsa terbaru melibatkan artikel ahli jawatankuasa pusatnya Dr Dzulkefly Ahmad di akhbar web rasmi PAS Harakahdaily yang tiba-tiba lesap tidak boleh dibaca lagi hari ini.

Artikel tertajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?" dimuatkan tengah hari semalam tetapi ditarik balik susulan bantahan seorang pemimpin kanan parti yang turut menguasai sidang pengarang Harakah.Masa dan tarikh ia dibuang daripada edisi internet itu tidak dapat dipastikan tetapi ia menjadi buah mulut di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri, termasuk di internet.

Artikel yang sama dihantar untuk edisi terbaru akhbar rasmi PAS tetapi difahamkan nasibnya sama dengan edisi dalam talian di laman web tersebut - ditarik balik walaupun telah dicetak, sebahagiannya.Saranan mengadakan perbincangan kerajaan perpaduan PAS-Umno bermula Februari lalu lagi tetapi menonjol lebih jelas di muktamar ke-55 kira-kira sebulan lalu sehingga diredakan 22 Jun apabila ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menolaknya.


"Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?"
Oleh Dzulkefly Ahmad


Penulis akan mengakhiri penguatkuasaan ’gag order’ yang dikenakannya sendiri. Mentelahan banyak pihak yang menggesa supaya penulis jangan terus membisu.


Penulisan ini akan mengutarakan penghujahan mengapa gagasan pemikiran Kerajan Perpaduan (KP) ditanggapinya sebagai ’menentang arus’ dan berlawanan dengan momentum kebangunan tata orde Politik Baru yang sedang dalam proses pendewasaannya dan sangat-sangat dihajatkan oleh pengundi, sekaligus membela kepentingan rakyat dan kemaslahatan negara.Penulisan ini terpaksa mengambil pendekatan separa ilmiah dan separa popular. Ringan bagi yang lebih mengetahui, berat bagi yang kurang menekuni. Yang pentingnya hujah ilmiah mesti diutarakan sebelum isu ini dapat ditamatkan secara muktamad.


Sesungguhnya, analisis secara tepat terhadap gagasan ini sukar untuk dilakukan secara lebih objektif kerana sehingga kini tidak pernah dibentangkan secara pendekatan akademik (terbuka atau tertutup) melalui satu kertas konsep yang menghuraikan falsafah, maksud dan pengoperasiannya. Tanpa itu, penilaian terperinci sememangnya sulit. Namun yang dihujjahkan di sini bukanlah aspek detail atau mikronya, tetapi secara makro atau gambaran besarnya.


Sebelum itu beberapa ‘caveat’ atau peringatan awal.


Pertama, kerana yang dilontarkan Presiden parti adalah bersifat pandangan atau ‘ijtihad politik’ dan tidak bersangkutan secara langsung dengan persoalan hukum, maka penulis amat jelas bahawa ia bukan persoalan halal-haram, atau salah-betul. Penulisan tertumpu kepada aspek menilai gagasan pemikiran ini di segi ketepatan atau sebaliknya ‘ijtihad’ politik ini serta kesannya kepada politik negara amnya dan kemaslahatan perjuangan PAS (dan Pakatan) khususnya.


Keduanya, penulis sedar tidak timbul isu tidak wala’ atau kurang hormat kepada Presiden andainya penulis menolak gagasan pemikiran ini. Sebabnya? Jelas dalam hal ’pandangan politik’ seperti menurunkan strategi atau pendekatan taktik perjuangan, pandangan RasulAllah (saw) sendiri pun pernah beberapa kali ditolak oleh para sahabat. Khubab bin Munzir, contohnya pernah memperbetulkan strategi perang yang dibuat oleh RasulAllah (saw) dalam peperangan Badar ketika jelas bahawa perkara itu adalah dari ’pandangan’ Baginda yang menempatkan tentara muslimin di tempat yang tidak strategik dengan kata-kata tegasnya “fainna haza laisa bimanzilin” – ”Ini bukan kedudukan yang paling strategik”.


Begitu juga contoh perbezaan pandangan di peperangan Khandak ketika RasulAllah (saw) berhajatkan untuk berperang di luar Madinah sementara sahabat-sahabat mahu bertahan dalam kota Madinah. Tidak pula mereka dituduh tidak wala’ dan tidak mentaati Rasul Allah (saw). Sayugia bagi semua mengambil faham.


Cuma alangkah baiknya kalau kesemua lontaran ide ini ditangani dengan lebih cermat melalui saluran pemutusan sesuatu ide dalam parti. Namun penulis, selaku optimis tegar, bersedia menerima bahawa disebaliknya kegawatan dan ribut ini, mungkin ada kebaikan yang tidak semua dapat membaca dan mencerapnya. Mungkin juga kita perlu belajar dari kesilapan.

Juga, amatlah diyakini bahawa Presiden PAS sebagai seorang pemimpin negara, telah menggerakkan agenda KP ini untuk semata-mata bertujuan membawa negara keluar dari pelbagai krisis yang tidak berkesudahan dan kemelut yang berpanjangan termasuk impak kemelesetan ekonomi, kereputan institusi-institusi kritikal negara seperti Kehakiman, PDRM, SPRM, SPK dsbnya, sementara mengambil pelbagai kemaslahatan memperbaiki demokrasi dalam pendekatan KP ini.


Pokoknya dan tegasnya, konsep Kerajaan Perpaduan adalah satu pemerintahan yang akan menggembleng seluruh parti-parti politik dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menangani krisis yang dihadapi negara sehingga diharapkan dapat ditangani bahaya-bencana kebrentakan kemelut ini.


Oleh itu kerap dikatakan Presiden PAS bahawa dalam KP tidak ada ‘pembangkang’, kerana kesemuanya ’memerintah’ dan amat menasabah juga bahawa pengagihan kedudukan kementerian adalah berdasarkan dan berkadar dengan kekuatan kedudukan kerusi setiap parti komponen BN atau Pakatan di Parlimen dalam pentadbiran KP.Cukup menarik dan berpotensi untuk diperkembangkan secara pengoperasiannya. Pelbagai cadangan juga boleh dimuatkan dalam konsep yang sememangnya idealistik dan mungkin ada yang menelahnya sebagai ‘utopian’ atau di luar kemampuan untuk direalisasikan dalam satu realiti politik sistem pelbagai parti ala-Westminster seperti di negara ini.


Pun begitu, ini bukan sebabnya gagasan KP ini patut ditolak kerana sukar untuk dilaksanakan. Ia juga tidak wajar ditolak atas sebab tidak kesemua parti-parti komponen BN dan Pakatan bersetuju untuk menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan ini. Sememangnya ada komponen BN atau Pakatan yang menolak gagasan ini atas apa pun sebab perhitungan politik mereka masing-masing.Sebaliknya, berikut adalah sebab-sebab utama mengapa Kerajaan Perpaduan wajar ditolak rakyat demi kepentingan negara.


Pertama:


Dalam kebangunan landskap politik negara yang semakin menampakkan kecenderungan ke arah mematangkan amalan demokrasi ala-Westminster ini ke arah ‘Sistem 2 –Parti’ yakni Barisan lawan Pakatan, apa jua tindakan yang merencat dan menghalang pendewasaan trend politik tesebut adalah satu yang ditanggapi ’pundit politik’ sebagai satu ’Retrogression’ atau ” Songsang” dan ’Berpatah-Balik’. Kerajaan Perpaduan, dalam apa jua bentuknya, di segi ini adalah bertentangan dan berlawanan dengan penyongsongan kebangunan politik baru tanah air atau ”political trajectory of a new Malaysia”.


‘Sistem 2-Parti’ sebagai yang membuka satu lambaran landskap baru memberi peluang untuk kita contohi amalan politik negara-negara maju di Barat. Mungkin ada yang menyanggah, buat apa ikut Amerika atau United Kingdom? Betul, tapi nampaknya sehingga kini tidak ada lagi contoh negara umat Islam yang layak diteladani di segi kematangan amalan demokrasi dalam abad 21 Masehi atau 15 Hijrah ini. Sistem semak-imbang urus-tadbir yang mantap meninggalkan kesan yang baik bagi negara dan ini juga adalah anjuran Al-Quran dalam 2 ayat (Al-Baqarah, Al-Hajj).


Maka ini langkah pertama, bagi mempersiapkan negara yang bakal menyaksikan perubahan kepimpinan politik di peringkat Pusat dalam PRU ke-13. Pertandingan BN lawan Pakatan diramal menjadi lebih sengit dan tajam sekali ke depan ini. Ingat! PRU ke-12 bukanlah pertandingan sistem 2-Parti. Pakatan ditubuhkan atas kepentingan parti-parti pembangkang untuk menjadi pemerintah selepas pilihanraya di 5 buah negeri dan tidak sebelumnya.

Maka pembentukan sistem 2-Parti di negara ini serentak menginstitusikan amalan ‘semak-imbang’ demokrasi yang mengiktiraf dua parti besar yang sentiasa bertarung bagi merebut kerpercayaan rakyat dan kuasa pemerintahan, sekaligus mengingatkan Barisan Nasional bahawa di sana ada sebuah lagi kerajaan yang bakal mengambil alih negara ini andainya pemulihan keyakinan rakyat gagal dicapai oleh BN dalam pemerintahan parlimen ke-12 ini.


Segala petanda sehingga kini mengisyaratkan BN akan gagal memulihkan keyakinan rakyat untuk kembali menyokong mereka. Dengan kata lain, sistem 2-parti mempersiapkan psikologi rakyat, persiapan birokrasi dan kesediaan negara bahawa pertukaran kerajaan bukanlah satu kiamat kecil bagi BN. Akan silih berganti peralihan kuasa dan pemerintahan seperti yang disebutkan juga di dalam Al-Quran (Ali-Imran: 140). Nah, itu lebih cantik penghujjahannya.


Kedua:


Penulis beralih menghujjahkan ketidaktepatan gagasan KP / UG di segi disiplin ilmu Usul Fiqh. Benar, Presiden PAS bertindak bagi mengambil pelbagai kemaslahatan untuk mengatasi kedudukan kemelut dan krisis yang mendepani negara dan bermatlamatkan kepentingan rakyat. Kesemua itu adalah perkara-perkara yang boleh disebutkan dalam istilah ‘maslahah’ yang hendak dicapai, walaupun belum pasti mampu dicapai dengan pendekatan KP ini.


Dalam usaha untuk mendapatkan pelbagai kemaslahatan ini, penulis mengingatkan parti bahawa perhitungan ‘mafsadah’ atau ‘kemudaratan’ perlu diambil kira. Tidak ada yang lebih besar dari perhitungan kemudaratan kepada perjuangan parti. Tegasnya, sebagai sebuah Gerakan Islam yang mengambil pentas dan memilih garis demokrasi sebagai jalan dan wasilah untuk merealisasikan perjuangan Parti Islam SeMalaysia, PAS ini, maka persoalan mendapat dan mengekalkan Sokongan dan Mandat Rakyat adalah perkiraan paling awla (utama) dalam perjuangan parti.


Justeru itu, PAS perlu menegaskan kepada kesemua peringkat pimpinan dan aktivis parti bahawa sementara PAS wajar mengekalkan sokongan tegar kaum Melayu-Islam, buat julung-julung kalinya juga PAS telah memecahkan tembok prajudis kaum Bukan-Melayu-Bukan Islam, lantas diberikan kepercayaan dan mandat sokongan oleh golongan kaum tersebut. Kesemua ini adalah hasil usaha PAS secara berterusan dengan pelbagai pendekatan yang Inklusif dan Telus, untuk membuktikan bahawa perjuangan ’PAS Untuk Semua’ itu adalah satu komitmen parti Islam ini dan bukannya satu ungkapan atau retorik kosong.


Bergantung kepada demografi negeri dan kawasan plihanraya, sokongan kelompok pengundi Melayu-Cina-India adalah sangat-sangat memberangsangkan kepada PAS (dan Pakatan) mutakhir ini. Keseluruhan sokongan ini perlu diurus dengan baik bagi terus meningkatkan sokongan kepada parti Islam ini. Di sesetengah kawasan kerusi campuran, sokongan kaum Cina boleh sahaja mencecah 60-70 peratus bahkan lebih, sementara kaum India sehingga 55-60 peratus Sokongan kaum Melayu kepada PAS masih berlegar disekitar 40-50 peratus di negeri-negeri Pantai Barat dan sedikit melebihi itu di Kelantan dan Kedah.

Adalah amat wajar pimpinan parti diperingatkan bahawa dalam apa jua gagasan politik yang mahu dilontarkan bahawa kesan secara jangka pendek, sederhana dan jangka jauh perlu diperhatikan secara cermat dan strategik. Betul kita mahu mengambil kemaslahatan, tetapi perhitungan kemudaratan juga perlu dibuat dengan teliti.


Bahkan dalam hal menggunakan hujah Usul Fiqh sekalipun, kita akan berdepan dengan satu tuntutan prinsip yang menegaskan bahawa:“Dar al-Mafaasid muqaddamun ala jalbi al-Masoleh” atau maksudnya“Menolak Kemudaratan adalah lebih penting dari mengambil Kemaslahatan”. Berpandukan tuntutan kaedah Fiqh ini, maka meskipun ada kemaslahatn yang hendak dicapai dalam tindakan menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan (yang belum tentunya dapat dicapai pun), maka menolak kemudaratan yakni kehilangan sokongan rakyat dalam perjuangan sebuah parti Islam, adalah jelasnya lebih awal dan penting di segi perhitungan Syarak.Bersandarkan kepada hujjah tersebut, adalah juga penting bagi pimpinan tertinggi parti untuk mencermati segala lontaran gagasan pemikiran supaya tidak menjejaskan Mandat atau Sokongan Rakyat (Al-Masdaqiyyah Al-Ijtima’iyyah).

Lebih-lebih lagi kalau tindakan kita itu menghakis kepercayaan kepada pimpinan parti akibat perbuatan kita sendiri yang dilihat mengkhianati kepercayaan rakyat atau dipersepsi membelakangi prinsip-prinsip Keadilan dan sekaligus boleh membawa kebrentakan dan konflik dalaman dalam Pakatan. Bayangkan bagaimana RasulAllah (saw) mendapat dan mengekalkan sokongan kaum Bukan –Islam dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani dan juga Musyrikin) di Kota Madinah yang jelasnya ketika hijrah Baginda adalah golongan minoriti dan bukan majoriti.

Ketiga:

Hujah ketiga yang bersandarkan ’Tajribah’ atau Pengalaman parti ini dengan Umno/BN, maka tidak wajar penulis menurun segala pengalaman pahit samada ’bersama’ dengan Umno/BN, tambah-tambah kalau ’bersaing’ dengan Umno/BN. Cukup setiap seorang kita menghitung pengalaman masing-masing.Jelasnya Umno mengeletek kesukaan mendapat tawaran PAS untuk menyelesaikan kemelut negara natijah buruk segala perilaku kebobrokan kepimpinan parti terbesar Melayu itu, seumpama orang mengantuk disorong bantal, pucuk dicita ulam mendatang. Atau dengan kata lain memang Umno/BN sangat-sangat berhajat untuk meneruskan dialog dan muzakarah Kerajaan Perpaduan ini dengan PAS, bukan untuk menyanggupinya tetapi sudah cukup besar menafaat yang mereka kecapi kalau ‘muzakarah’ tersebut boleh dimulakan bagi menyaksikan kebrentakan di pihak PAS dan Pakatan dan runtuhnya sokongan Bukan Melayu-Bukan-Islam kepada PAS.

KP / UG adalah seumpama suntikan ’booster’ untuk Umno/BN untuk terus mendapat talian hayatnya, sementara suntikan Racun kepada PAS/Pakatan. Dengan izin Allah Azza Wajalla jualah segala-galanya berakhir dengan Kebijaksanaan Politik berpihak kepada PAS/Pakatan tatkala tertolak gagasan Kerajaan Perpaduan.

Semoga Perjuangan ini di pelihara Allah Azza Wajalla. Amin Ya Rabb!

Kecoh!!! Rancangan Demo Besar2an oleh Pejuang Melayu???

Gambar Pengkhianat melayu dan pejuang2 Melayu yg bodoh lg diperbodohkan -
Wira melayu Auta Ibrahim Al Kataki Tiada Parti bersama PM 1 Malaysia NajibTuya.
Malas aku nak citer banyak pasal pembela2 dan pendekar2 (Pencacai) Melayu ni. Diorg ni sokong melayu ke sokong Umno ke sokong Fulus! Meh kita nantikan aksi2 mereka kalau benarlah mereka pejuang melayu. Mari, mari, mari!
Artikel ini diambil dan diulangtayang kepada anda dari laman blog KedahLanie.



Demonstrasi BESAR-BESARAN: Umno, Pekida, Prowaris, Perkasa ,UITM



Silalah berdemonstrasi !!!!


PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan penghapusan syarat 30% pegangan ekuiti bumiputera dalam usaha menarik pelaburan asing, teknologi dan menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi, di mana kerajaan semalam membuka pasaran 27 sektor kecil perkhidmatan tanpa sebarang syarat pegangan ekuiti tempatan, berkuat kuasa serta-merta.Ia meliputi perkhidmatan dalam bidang komputer dan yang berkaitan; pelancongan; kesihatan dan sosial; pengangkutan; sukan dan rekreasi; perniagaan; sewaan/pajakan tanpa operator serta pengangkutan sokongan dan bantuan.


http://greenboc.blogspot.com/2009/04/pencacai-umno-membisu-najib-umum.html



MECD, payung usahawan yang direntap Najib Wan Nordin Wan Yaacob Wed Apr 15, 09 1:27:08 pm MYT


Keadaan mula kecoh selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dimansuhkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Ramai yang mula melenting terutamanya usahawan Melayu yang merasakan organisasi yang ada di bawah MECD ini akan terabai jika ia diletakkan di bawah kementerian lain.Pastinya persepsi kegagalan agensi yang sudah tersedia di kementerian lain yang akan menjadi payung baru MARA, TEKUN, LPKP dan sebagainya membayangi perihal pemansuhan MECD ini.


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20342&Itemid=50



Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman oleh Najib semalam bahawa kerajaan akan mewujudkan biasiswa khas yang dinamakan Biasiswa Nasional di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tahun depan yang akan berdasarkan kepada merit sepenuhnya. Najib berkata, biasiswa akan diberikan kepada pelajar berkelayakan yang terbaik tanpa mengira kaum, selaras dengan keputusan Kementerian Pendidikan mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Mutakhir/20090628125922/Article/index_htmlPemilikan



30% ekuiti bumiputera dimansuh


KUALA LUMPUR 30 Jun - Garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang diwujudkan sejak 36 tahun lalu dengan mewajibkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.Pemansuhan itu membabitkan garis panduan berkaitan pembelian kepentingan ekuiti, penggabungan dan pengambilan alih.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemansuhan garis panduan itu tidak akan diganti dengan mana-mana garis panduan baru.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0701&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


ADMIN - chedet TIME - 4:12 PM

Umno parti Subversif???


Aku malas nak citer banyak2 perihal keburukan Umno bila mereka menyalahkan Mursyidul Am kerana menolak Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Dah penat menulis di blog dan baca di blog2 lain sampai rasa macam nak buat buku pun ada kot. Itu belum masuk Politik Kotor BN masa nak rampas Kerajaan Pas Kelantan suatu masa dulu. Atau kes pembunuhan Arwah As Syahid Ibrahim Memali. Takpun kerajaan Pas yg diajak bergabung masa zaman Dr Asri dulu, lepas tu apabila Umno kembali stabil dan dilihat Pas cuba melebarkan pengaruh kepada rakyat. Di adu dombakan dikalangan pemimpin Pas dan disepak Pas keluar dari Perikatan sehingga Pas berpecah kepada 3. Mujur Tok Guru Nik Aziz yg ketika itu memimpin Dewan Ulama' masih hidup lagi hingga sekarang dan boleh bercerita serta berpesan kepada pemimpin dan penyokong Pas yang lain berkenaan perangai Umno ni.

Bagi orang Pas dan Pakatan Rakyat dah cukup bersatu dan berpadu. Bagi pemikir2 (pencacai) melayu yg sayangkan perpaduan ni senang je!. Kalau benar2 sayangkan Perpaduan di kalangan Melayu Islam, keluarlah Umno dan masuk Pas. Bolehlah kita sama2 bersatu padu atas dasar Islam, bukan ketuanan Melayu atau Arab atau Yahudi yg tiada harga walau sesenpun di Akhirat kelak. Mari lah kita bersama2 berpegang pada tali Allah! dgn berjuang diatas prinsip dan dasar Islam yg diturunkan oleh Allah supaya menjadi Rahmat untuk sekalian Alam. Apasal lak bising pasal hak melayu kat Pinang dan Perak? Cuba korang tak pangkah Umno tapi pangkah Pas, nescaya Pas le yg jadi Majoriti besar kat negeri tu. DAP Kedah menang 1 kerusi je x bising pun. Sbb diorg sedar diri dan tau, diorg pegang kerusi minoriti. Tapi kuasa Allah, minoriti kat Perak pun jadi MB tau.

Bergabung dgn Umno dan tubuh Kerajaan Perpaduan pasal Nak Dakwah Umno? Kita orang Pas dah lama dah (lebih 50 tahun) nasihat dan dakwah orang Umno agar masuk Pas serta memperjuangkan Islam, bukan perjuangkan melayu! Sebab islam itu Adil untuk semua bangsa. Kalo tak percaya, tanyalah bekas penyokong dan pemimpin Umno yg dah duduk dan berjuang dalam Pas dan ada yg dah menjadi pemimpin2 dan pendokong kuat Pas pun sekarang ni. Dakwah Non Muslim pun kita dah buat dan Alhamdulillah Kelab Penyokong Pas pun dah berpuluh ribu. Belum campur kita dakwah dan beri penerangan tentang perjuangan islam pada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Sampai ada wakil rakyat Non Muslim pun boleh hafal dan petik ayat Al Quran lagi, bikin malu pemimpin Umno yg ada tak pandai baca Al quran.

Kalo MCA, MIC, Gerakan, dan Parti2 Seberang Laut tu, Umnolah yg dakwah diorang agar bersatu. Tapi bersatu kutuk dan hina islam je yg aku dengar! Tak pernah pemimpin parti komponen BN lain puji melayu ke islam tu bagus pun. Nak citer lanjut pasal Umno ni, korang baca jela artikel yg aku tampal dari Blog Era Pasca! Dgn panjang lebar dia terangkan! Aku baca pun pening dan nak muntah! Biar korang baca sampai muntah. Kalo tak cukup, aku nak mintak dia dan rakan blogger yang lain buatkan satu buku untuk korang, siap dgn sejarah sebelum merdeka sampai la ni! Siap gambar2 lama dalam arkib lagi nak menguatkan fakta terbabit. Amacam, nak x? Ape2 hal pun baca dan habiskan dulu yg ni ok.

Politik UMNO Yang Membahayakan Malaysia..

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Malangnya dalam mengekalkan kuasa, UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata-mata kerana ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman, memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua berfikir dengan teliti, buka hati dan lihatlah realiti :

UMNO Parti Perkauman Dan Pemecah-belah Di Malaysia.

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar-dasar British, malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak-corak pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengamalkan terus corak pentadbiran sekular British. Rakyat pada masa itu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting ialah memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tidak berubah. buktinya, kebanyakkan Akta-akta Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi. jadi di manakah perubahannya? Sebab itulah setelah kerajaan BN silih berganti Pemimpin, tetapi corak pimpinannya masih sama dan yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik-taik yang ditinggalkan oleh British dulu?

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang-terangan sekarang.

Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan-lahan. mereka memfitnah pula Parti PAS yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, menolak hukum Islam dan membiakkan kemaksiatan di Malaysia ini sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai-nilai Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan-ugutan bahawa Pas adalah pelampau yang ganas, Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari Kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu, PAS bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di fitnah dan di hina pula oleh pimpinan UMNO yang seagama dengan orang PAS. Begitu hinanya PAS di kecam mereka waktu itu dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU-12 baru-baru ini, UMNO merayu-rayu pula supaya PAS dan UMNO bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan mereka suatu ketika dahulu.Dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB Perak adalah pemimpin PAS pula malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.begitu kejinya UMNO dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula Kerajaan PR Perak yang sah dipilih oleh majoriti rakyat Perak.

Adakah perlu diadakan kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini? Tiada bezanya UMNO dengan Yahudi sifatnya.Meminta untuk berdamai dan dalam masa yang sama menikam dari belakang.Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan cacat kerana hukum Hudud dijalankan. inilah bahayanya UMNO. kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam. apakah ini bukannya kerja buruk UMNO mengkufurkan hukum Allah?Menghasut pergaduhan kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO telah kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu. Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang, mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali dengan berkata "Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang", walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Tsu Koon menjadi KM Pulau Pinang, bukan kah Koh Tsu Koon itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng?Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris-nyaris menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali.

Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata "Basahkan keris dengan darah orang Cina" yang hampir-hampir menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata. Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan orang India berhubung Isu Hindraf. akhirnya apabila kedua-dua kaum ini tidak lagi menyokong UMNO/BN, mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis. inilah fitnah bahaya UMNO disaat-saat mereka ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program-program yang melalaikan umat Islam sendiri. walhal UMNO yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan pula Pas terkapai-kapai sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam.Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada Kerajaan PAS dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

Tidak cukup dengan itu UMNO memperlekehkan pula Hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. maka keluarlah perkataan yang mengkufurkan Allah dari pimpinan UMNO seperti berikut:"kalau nak makan sup tangan silalah ke Kelantan", "Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan", juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan "Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah?", maka disokong pula pimpinan UMNO sendiri.

Mereka juga mempermainkan ayat-ayat suci Al-Qur'an untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyokong UMNO. lantas beliau membacanya seperti berikut: "YA AI YUHALLAZI NA AMANU", kemudian Mahathir berkata, " tengok dalam Qur'an AMANU tu UMNO lah", ini perbuatan munafik dan kufur yang terang-terangan dan di sokong pula ahli-ahli UMNO. perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.

Maka apabila PAS mengatakan dalam Al-Qur'an menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula PAS mengkafirkan UMNO sesuka hati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran. isu ini juga lah yang di mainkan di setiap kali pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar UMNO apabila mendapat kuasa..UMNO juga selepas itu mengubah Islam, dengan mewujudkan Islam HadHari yang baru samata-mata mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. permainan politik yang berjaya apabila UMNO mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. UMNO akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat. di saat perlaksanaan Islam HadHari itulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim. Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. mereka juga menggunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam HadHari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.Dan kita lihat bagaimana UMNO mempermainkan Al-Qur'an apabila Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula, sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Qur'an langsung.perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. inilah munafiknya UMNO yang kita kenal. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka. sedangkan menjadi tanggung jawab mana-mana kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti.contoh : Apabila kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Terengganu, UMNO menyekat wang royalti dan menggantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik UMNO sahaja. bukankah zalim perbuatan sedemikian? malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.Malah Negeri Kelantan yang sehingga kini pun masih lagi tidak diberikan Royalti minyak sedangkan Minyaknya telah pun ditemui dan disedut sejak 5 TAHUN lalu.

Bahayanya UMNO sebagai penderhaka kepada Raja-Raja.

UMNO pernah menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak UMNO berlaku biadap kepada Sultan Kelantan. Menggubal undang-undang yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja-raja pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja-Raja didalam media-media milik mereka sehingga mengaibkan Raja-Raja Melayu bangsa mereka sendiri. Mereka hanya mebodek Raja-Raja jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja-Raja jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

Seperti yang berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan "NATANG", begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu UMNO mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang. Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja-Raja malah mengatakan pula PR diketuai Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan "Mohon Sembah Derhaka". Sedangkan itulah UMNO yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah UMNO benar-benar Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja-Raja? jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja-Raja yang anda hapuskan dulu.Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah-sudah menggunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya.

Dan yang paling teruk sekali UMNO adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai-bagai jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali. Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh menggugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Monggolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. bahayanya kalaulah Negara Monggolia tidak berpuas hati dengan kes ini, kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan-tindakan yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan. Merampas kampung-kampung dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh UMNO semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel, contoh : Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10 kali ganda.Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham-saham penting didalam kepentingan Negara.Banyaknya tanah-tanah rizab melayu yang di miliki oleh tauke-tauke besar dari Singapura..Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar-benar baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat-pesawat tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara-gara sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia dimenangi pula oleh Singapura. Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak-katikkan.Membawa masuk budaya-budaya barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai-nilai barat tersebut sedangkan kita sedia maklum segala budaya-budaya ataupun nilai-nilai hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

Mengiktiraf Negara Israel.

Walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindakan-tindakan kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut. contoh : Membenarkan Pasukan kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat-syarikat dari Amerika tersebut dimiliki oleh bangsa Yahudi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC, Mc Donald dan lain lain. Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil-wakil dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel, malah program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula TV menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine? Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram Yahudi itu Israel sedangkan Negara-Negara Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan-tindakan kerajaan seperti diatas itulah yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!

UMNO Mempelopori Kes-Kes Jenayah

Terlibat dalam kes-kes pencabulan terhadap wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan. Bayangkanlah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah-olah dilindungi pula oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan media-media termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh UMNO disembunyi tetapi menghentam pula pihak-pihak yang menuntut keadilan untuk rakyat jelata.Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka UMNO yang berbahaya.

Jadi anda renungkanlah andai kata ada kuasa yang lebih tinggi selain UMNO memerintah Malaysia nanti memang layaklah UMNO di ISAkan kerana setiap permainan politik UMNO mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.

Kata Bang Mat Sabu:

"UMNO DENGAN MAKSIAT"
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

Nukilan : Naruto sensei