Tuesday, January 19, 2010

TPJ Pas WP parah dilanggar???



Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan, Ust Mohd Ali Jamil (gambar - berbaju putih) kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari sabtu, 16 Januari lalu. Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.
Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan kiri serta kaki kirinya patah. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan. Ust. Ali merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama’ Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang ditemui memaklumkan bahawa beliau memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah. Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536 -hermanshamsudden
Sumber : Kelab Greenboc

Monday, January 18, 2010

Kerajaan Umno BN salahguna atau tak reti guna Pendapatan Royalti dan Cukai dari Petronas???

Monday, January 18, 2010

MISTERI ABAD INI: Ke Mana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia? Anak-Anak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah :
The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]

Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway. Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini.

Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwa di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan. Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion. Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia. Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan. Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah. Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah. Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia? Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA. Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia. Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia. Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini. Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia. Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta dan kita lihat sendiri penderitaan rakyat Indonesia. Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia :
a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakah orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA. Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini. Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government On July 4, 2009

Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.

[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17.

He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]

Sunday, January 17, 2010

Fitnah yg berlegar disekitar Kerajaan Pas Kelantan???.

17 January 2010

Husam Musa Ulas Isu Bazar,Maklumat Bocor Dan Serangan Peribadi Blogger Ke Atasnya!

Cerita Bazar

Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang. Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda. Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar. Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah. Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka. Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS. Rasanya sudah lebih empat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya. Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia. Tapi itu bukan kerja baru. Islam telah mengajar semua itu. Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat. Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya. Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900. Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan. Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.

http://cetusan-hati.blogspot.com/

Friday, January 15, 2010

Punah 1 Malaysia, Sabah & Sarawak diketepikan!!!

Akhirnya tanpa berselindung lagi, Menteri di JPM, Dato' Nazri telah membuat persempadanan semula bagi hak menggunakan nama Allah.

Hak yg mulanya ditagih untuk umat islam 1 Malaysia telah dipersempadankan semula seperti persempadanan pilihanraya dan yg terbaru ia hanya berkuatkuasa di Semenanjung sahaja. Manakala, bagi Sabah dan Sarawak pula, umat islam disana telah di anaktirikan untuk mendapatkan hak eksklusif nama Allah.

Dari sumber2 yg didapati, ini bersesuaian dgn rancangan asal mereka untuk mendapatkan political Mileage bagi isu yg besar dan menggegarkan ini. Malangnya, ia telah memakan tuan dan telah mengguriskan hati dan perasaan penganut kristian yg merupakan majoriti pengundi di Sabah dan Sarawak. Maka, untuk mengelakkan sokongan yg merudum kepada BN di PRK Sabah dan Sarawak pada bila2 masa dari sekarang, maka Jawatankuasa Fatwa Umno BN telah bersidang dan mengeluarkan fatwa membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah tersebut.

Di laporkan pada hari yg sama, NGO2 melayu islam yg bersemangat untuk berdemo di Masjid2 di seluruh Semenanjung pada hari Jumaat tadi menjadi hilang punca bila mendapat tahu hal tersebut dan menuding kepada parti PAS mengatakan merekalah pengkhianat Melayu islam yg sebenar bagi menutup malu dan bingung mereka atas tindakan dan keputusan dari Nazri. Mereka yg berkumpul di masjid di Sabah dan Sarawak pula terpaksa menukar lagu 1 Malaysia kepada 'Allah untuk semua' bagi menunjukkan toleransi agama yg dimiliki dan mula meniupkan semangat 1 Malaysia berbilang kaum serta hormat menghormati.

Najib yg mula cemas dgn tindak tanduk atau reaksi NGO Melayu Islam tersenyum sendirian dan mula termenung panjang. "Haaa!!! Aku ada 1 lagi projek 1 Malaysia lagi utk diketengahkan." Maka bertitahlah beliau bahawa kerajaan akan membuka Kuota jawatan didalam tentera sehingga ke tahap 30% untuk non bumiputra seperti kuota di UiTM sesuai dgn semangat 1 Malaysia, Rakyat dahulu diperbodohkan, pencapaian Umno di utamakan!

Maka terlopong dan kebingungan sekali lagi NGO2 Melayu Islam yg didalangi oleh Umno yg terkenal dgn demo kepala lembu itu lalu disalahkan Anwar pula yg telah menjual bangsa melayu kepada cina dan bangsa asing termasuk kepada negara asing!

Dlm pada masa yg sama, paderi di gereja yg terbakar sedang menunggu2 wang peruntukan yg dijanjikan dan dijajakan oleh PM 1 Malaysia sebanyak 500 ribu itu. Sedangkan masjid2 dan rumah ibadah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mentertawakan pihak gereja tersebut kerana menunggu buah yg tak gugur akibat lebong dari Mat Monggoltuya.

Wednesday, January 13, 2010

Berhati2 kita dgn provokasi mereka!!!

Dgn nama Allah yg maha pemurah lagi mengasihani!

Puak munafik ini jugalah yg telah mempermainkan kita yg telah cuba meninggalkan fahaman sempit perkauman dan agama. Membangkitkan rasa khuatir dan takut umat islam dgn pelbagai hujah dan andaian yg belum pasti terjadi serta tanpa dapat disahkan kebenarannya. Maka, melatahlah orang melayu islam termasuk golongan politik, pegawai kerajaan & agama hatta akademik islam. Maka, bergegak gempitalah NGO2 melayu dan islam diketuai dan didalangi oleh puak2 munafik dibelakangnya. Perancangan halus yg di atur rapi semenjak diharamkan penggunaan perkataan Allah oleh KDN terhadap puak Kristian ini dgn memanggil dan membuat pertemuan terhadap NGO2, ahli akademik2 serta blogger2 dgn menunjukkan niat murni dan hati ikhlas mereka agar puak2 ini dapat bersatu bagi menjalankan muslihat rancangan tipu daya mereka dgn jayanya.

Maka turut sertalah mereka berduyun2 berdemo, menyebarkan dakyah dan fitnah, membuat kertas kerja serta ijtihad mereka yg tanpa disedari telah dipergunakan dan hampir2 menjayakan tipu muslihat puak munafik ini utk menghancurkan kerjasama politik pihak musuh dan mengembalikan sokongan melayu islam serta non muslim atas sentimen agama serta ketakutan pencetusan huru hara seperti Peristiwa 13 Mei yg lalu dan kembali memberikan sokongan dan taat mereka kepada puak munafik ini seperti dahulu kala. Tetapi kebijakan ilmu mantiq dikalangan pimpinan Jamaah islam PAS yg berpengalaman mentadbir kerajaan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak berhasil mengeluarkan kesepakatan pendirian yg menyanggah mereka. Maka, mereka merubah perancangan dgn menuduh Pas bukan lagi parti memperjuangkan islam tetapi puak kafir harbi sedangkan merekalah pejuang yg sebenarnya dari dulu, kini dan selamanya.

Getik aku mendengar dan melihatnya! Mereka fikir dgn hanya isu ini akan berjaya mengalihkan perhatian rakyat amnya serta Pakatan Rakyat khususnya terhadap skandal2 penyelewengan, ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rampasan kuasa, pentadbiran yg lemah dan tidak cekap, sentimen perkauman dan agama sempit dan sebagainya yg dilakukan sewenang2nya pada negara ini.
Rakyat kita tidak lagi bodoh, buta dan pekak dan tidak akan selamanya begitu. Maka saya menyeru agar bangkitlah rakyat Malaysia mengatasi tipu daya mereka yg jahil lagi sombong ini. Siapa Munafik ini, ingin kenali perangai dan sifatnya? baca artikel dibawah yg di ambil dari Blog Al Banjari. :

Terjah ajer beb..! - Siri 1 : Provokasi dari golongan munafik ?
Oleh : Mujahid Yusof Rawa

Jikalaulah benar provokasi ini dibuat oleh golongan yang marah kerana nama Allah secara keputusan mahkamahnya boleh digunakan oleh Majalah Christian Herald, saya amat kecewa kerana perbuatan membakar rumah ibadat orang lain diharamkan oleh Islam di atas prinsip “La Ikraha Fiddin” Tiada Paksaan dalam agama juga bermaksud kita tidak boleh memaksa orang lain untuk meninggalkan rumah ibadatnya apatah lagi membakarnya!Jika provokasi ini datang dari golongan Munafiq, saya tidak heran kerana mereka memang hidup segar dalam suasana begini malah dari suasana ini mereka mengambil bekalan kekuatannya.

Golongan Munafiq dalam isu ini cukup licik dalam menyusun “strategi” supaya orang ramai mengikut tempo yang mereka letakkan untuk mencapai maksud matlamat politik sempit mereka.Golongan Munafiq ini sememangnya pandai mengatur insiden-insiden bagi “mendramakan” lagi keadaan supaya orang ramai terpanggil untuk ikut serta apa yang mereka inginkan dari persepsi dan pendapat yang menguntungkan kehendak sempit mereka.Kesemua babak mesti ada jalan ceritanya, walaupun kadang-kadang bertentangan antara satu sama lain tetapi akhirnya akan berakhir dengan matlamat sempit yang membawa mesej drama “Tengok Kamilah Wiranya! Tanpa Kami keadaan akan jadi lebih buruk!”

Agak meragukan apabila hanya dengan isu pengggunaan kalimah Allah oleh satu keputusan mahkamah Tinggi yang belum berakhir perjuangan undang-undangnya, 7 gereja dan satu surau diserang! Lagipun bukankah Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan-peruntukan undang-undang lain yang mampu mengawal suasana yang berlaku hasil dari keputusan Mahkamah Tinggi?Adanya ancaman ketenteraman awam, adanya melarang sebar agama lain kepada orang Islam, adanya enakmen negeri yang sudahpun melarang penggunaan kalimat Allah kecuali Pulau Pinang, WP dan Sabah Sarawak. Bukankah ini menjadi satu buffer kepada keputusan Mahkamah Tinggi tempoh hari untuk mengelak insiden-insiden yang tidak diingini berlaku?Golongan Munafiq ini seoalah-olah mendapat satu “kesesuaian irama dan tempo” dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri yang tidak membuat penegasan bahawa mana-mana pihak dilarang berkumpul kerana sensitifnya isu ini dan menjejas ketenteraman awam seperti lazimnya skrip-skrip sebelum ini.

Lagi menghairankan ialah “restu” Perdana Menteri “1 Malaysia” yang menganggap tidak ada masalah berkumpul untuk respons kepada isu ini?Saya tidak boleh menahan daripada menganggap samada PM 1 Malaysia ini mendapat nasihat keselamatan dari SB yang “pekak” low standard makanya dia memberi “blessing” tanpa melihat konsekuensinya, ataupun PM 1 Malaysia dah tak percaya kat Ketua Polis sehingga tak pakai nasihat KP lagi!Dalam kedua-kedua keadaan jika insiden-insiden yang berlaku adalah real dan bukan drama ia melambangkan betapa “teruknya” sikap PM dan Menteri Dalam Negeri yang sudah hilang pertimbangan Keselamatan Awam. Anehnya dalam perhimpunan besar sebelum ini, Menteri KDN dan PM selalu menyebut “memelihara ketenteraman awam” tapi kali ini tiada pula pertimbangan besar ini? Pelik bukan?Sebab itu saya merasakan isu ini ada nilai-nilai dramanya ditambah dengan efeknya yang canggih supaya golongan politik sempit dan mereka yang sama waktu dengannya dapat meraih “sesuatu” dari insiden-insiden ini.Samada real atau drama,yang pasti perbuatan membakar rumah Ibadat bukan dari ajaran Islam.

Nama Allah melambangkan nama asal Allah, iaitu Ar Rahman Ar Rahim yang menurunkan Keberkahannya kepada semua manusia kerana Dia adalah Rabbul Alamin. Soal manusia “sesat” menyembahNya adalah masalah manusia bukan masalah Islam.Apakah nama Allah yang Maha Agung dan Tinggi, Al Aliyu Al Azim boleh diwajarkan oleh golongan Munafiq ini untuk membakar gereja dan surau atas nama ini hak! Lupakah kita bahawa mempertahankan hak rumah ibadat masing-masing dalam Al Haj ayat 80 adalah fitrah yang Allah campakkan kerana mahu mempertahankan diri masing-masing.Apakah jaminan jika Gereja dibakar maka Mesjid akan berasa selamat? Yang pasti Allah menuntut umat Islam memenangkan agamanya dengan Dialog, Dakwah dan Penjelasan lagipun Islam pada keyakinan saya adalah kuat hujahnya pasti Islam akan menang! Namun golongan Munafiq tidak mengetahuinya!

Cukuplah bertindak dengan nama Allah wahai golongan Munafiq, anda hanya akan memburukkan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang, anda adalah seburuk manusia yang memburukkan gambaran Islam kepada orang bukan Islam. Saya yakin perbuatan golongan Munafiq akan hancur dengan perbuatan mereka sendiri!ALLAH BERSIH DARI SEMUA PERBUATAN KAMU!

Posted by albanjari at 10:37 AM

Wednesday, January 6, 2010

Allah??? Allahhu Akbar, Saya setuju dgn keputusan ini.

PAS Tampil dengan Pendirian berhikmah

Apa pun anggapan semua orang, saya sangat bersetuju, sependapat dan sangat menyokong penuh dengan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu penggunaan nama Allah yg disampaikan oleh Presiden Pas : TGHH hasil keputusan mesyuarat mereka. Ada tiga asas penting yang terkandung dalam kenyataan rasmi ini.

Pertama, PAS menghormati kebebasan beragama.

- Keputusan yg diambil menghormati islam itu sendiri seterusnya menghormati hak semua agama dan semua orang termasuk pimpinan kerajaan dan politik serta ahli akademik didalam memberikan pendapat mereka berhubung isu ini serta pelbagai isu lain tetapi haruslah dgn rasa ikhlas dan bertanggungjawab, bukan bermain api mencipta isu sentimen perkauman dan agama yg melampau.

Kedua, penggunaan nama Allah oleh Kristian dan Yahudi dibenarkan.

- Keputusan ini berdasarkan hujah hukum yg diambil kira dan disepakati berdasarkan hujah2 ulama' didalam Pas, diluar Pas, ahli akademik didalam dan luar negara serta mengikut panduan Al Quran, hadith dan ijma' ulama' termasuk dari Prof Qardhawi sendiri dimana tiada keharaman dari segi hukum malah ia diharuskan dgn syarat2 tertentu.

Dan ketiga, jangan gunakan pada tempat yang salah.


- Keputusan inilah yg membenarkan kerajaan, ulama' dan pemikir didalam dan luar Pas memperdebatkan dan mengetengahkan hujah tentang rasionalnya atau perlunya dibenarkan penggunaan perkataan Allah didalam penulisan dan perjumpaan sesama mereka mahupun paderi2 kristian dan yahudi berdasarkan hujah masing2 dgn cara hikmah dan bukan menghukum. Disinilah mereka boleh mengambil sebarang tindakan dan kuasa mengikut kemampuan masing2 mengawal dari sebarang penyelewengan yg tidak sepatutnya berlaku pada masa sekarang dan akan datang.

Tentu yang paling menyerlah ialah kesediaan PAS untuk menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja untuk menjamin keharmonian rakyat.

Ketiga-tiga asas penting itu serasi dengan ruh Islam dalam hubungan antara agama, serasi dengan Kerangka Dasar Pakatan Rakyat dan serasi juga dengan situasi negara berbilang agama dan bangsa. Terserahlah pulak pada pada Umno BN, media pencacai serta blogger dan penulis pencacai mereka untuk berhujah memburukkan dan menjatuhkan Pas dgn kelebihan nafas isu yg mereka ada ini. Mari kita tengok lepas ni macamana puak2 ni nak twist bagi melaga2kan pimpinan Pas, PKR dan DAP. Saya percaya selepas dihimpit pelbagai isu dan dugaan fitnah mehnah ciptaaan dan didalangi oleh puak2 Umno BN ini, mereka akan menjadi lebih berhati2 dan matang didalam membuat keputusan serta memberikan pandangan mereka. Wallahu A'lam.

Mari kita santai sebentar dan berfikir sejenak membaca kupasan dibawah ini menurut perspektif seorang anak muda yg juga turut prihatin dan terpanggil meluahkan isu ini didalam blog beliau. :

ALLAH YANG ‘ALLAH’

>> Tuesday, January 5, 2010

Utusan Malaysia, 4 Januari 2010 (Isnin)


i.

‘Khaty?’

‘Mengapa kamu tak tulis nama penuh? Apa nama kamu?’
Pagi itu, Cikgu Suzie memanggilnya ke bilik guru. Khadijah berfikir, patutlah sampai kini kertas ujiannya masih belum diperolehi.

‘Nur Khadijah binti Teh Sulaiman’

‘Sepatutnya kamu kena tulis nama yang betul kamu. Kalau begini yang kamu tulis dalam kertas jawapan UPSR nanti. Tak lulus kamu’

‘Tapi semua orang panggil saya macam tu cikgu’

‘Ya, itu cikgu faham. Nama panggilan itu lain, tak boleh ditulis dalam keadaan macam ni. Mengelirukan!’ Cikgu Suzie sedikit berang. Dia membalik-balikkan kertas itu. Membulatkan dengan pen merah pada perkataan KHATY.

‘Khaty dengan khadijah tak sama ke cikgu?’ soal Khadijah. budak darjah 5 Anggerik, umur pun masih muda tidak faham akan situasi.

‘Di sekolah ini, mungkin semua orang akan kenal siapa Khaty. Tetapi jika di luar?’ Terangnya lagi. Cikgu Suzie memandang wajah Khadijah.

‘ohh..’ Jawab Khadijah perlahan. Mungkin sudah faham dengan situasi. Dia mencapai kertas ujian bulanan Bahasa Melayu lalu beredar meninggalkan bilik guru.

‘Jangan tulis begini lagi. Saya akan denda kamu’ tegas Cikgu Suzie. Dari jauh kedengaran suaranya.

ii.

‘Saya mahu melihat set bilik pengantin seperti dalam promosi tempohari’ Razman dan Isterinya tiba di sebuah kedai perabot terkenal di Kuala Lumpur.

‘Silakan encik’

‘Hanya katil sahaja?’ Razman terkejut. Tidak seperti yang digambarkan olehnya sebelum sampai tadi.

‘Ya, encik’

‘Tetapi dalam browser ditulis set bilik pengantin. Tentu set perabutnya lebih banyak’

‘Tak bolehlah begini. Selalunya di kedai-kedai lain bila sebut set pengantin pasti ada set barangan perabut yang lain seperti meja solek, almari dan sebagainya’ Razman mula tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Dia merasakan ditipu walaupun yang berlaku hanyalah 'kekeliruan'

‘Maaf encik, saya pun kurang tahu sangat’ Pemuda tersebut tergagap. Tidak tahu-menahu langsung tentang promosi tersebut. Baru seminggu bekerja.

‘Kalau macam ini, pelanggan boleh keliru, menipu namanya ini. Mana bos awak?’ Razman mula memberang dengan pekerja lelaki tersebut. Matanya melilau mencari kelibat pekerja di situ yang berpakaian kemas. Mahu berjumpa dengan tauke kedai tersebut.

‘Dia bekerja di luar hari ini, encik’ Jawabnya pekerja tersebut takut-takut.

‘Sudahlah. Saya ke kedai lain saja!’ Tanpa berlengah panjang Razman terus beredar meninggalkan pekerja tadi yang terkocoh-kocoh memanggil semula Razman. Isterinya hanya menggeleng. Hatinya berdetik. ‘dasar peniaga, ada saja agenda mahu menipu pelanggan. Tak sedar diuntung’


Boleh

Isu Kalimah ALLAH bakal dilangsaikan apabila Timbalan Perdana Menteri memberi janji mahu menyelesaikannya secara profesional (di sini). Rakyat hanya perlu tunggu dan lihat sahaja hasilnya. Saya fikir, Muhyidin Yaasin seorang yang terpelajar dan berkongsi ALLAH yang sama dengan saya, akan berfikiran waras dan lebih ke hadapan dalam merungkaikan isu identiti agama ini.

PAS juga telah menyatakan pendirian mereka melalui perutusan oleh Tuan Presidennya, semalam (di sini). Tegasnya, jangan mainkan isu perkauman atau politik murahan!


(gambar hiasan)


Gara-gara keributan dan ‘kebijaksanaan’ Hakim Datuk Lau Bee Lan yang mengadili isu ini (di sini) Akhbar HERALD – The Catholic Weekly menjadi meletup sekejap. Lebih panas daripada isu artis-artis tempatan kita. Baguslah begitu, sekurangnya, saya sempat mengenali akhbar mingguan terbitan Gereja Katholik itu. Kalau boleh, mahu saja mendapatkan satu daripada naskhahnya, mahu tahu apakah kekeliruan dan kebobrokan yang hebat diperkatakan itu. Tetapi ia mungkin mustahil.

Saya seorang penganut yang beragama ISLAM atau MUSLIM.

Apabila menyebut ALLAH, maka ia difahamkan bahawa IA adalah Tuhan kepada penganut yang beragama ISLAM seperti saya dan orang lainnya. Dan IA adalah hak orang ISLAM yang dijagai sejak dahulu lagi. Dalilnya, apabila di dalam Al-Quran menyebutkan ALLAH sebagai Tuhan umat ISLAM. Maka ALLAH tidak boleh lagi diistilahkan kepada Tuhan selain ISLAM. Justeru, mahu atau tidak mahu, ALLAH mestilah dan wajib dinisbahkan maknanya kepada satu agama sahaja iaitu ISLAM.

Tetapi salahkah, jika nama itu diguna-pakaikan oleh sesiapa?

Jom kita masuk seketika ke dalam isu ini. Mudah sahaja jawapan kepada persoalan ini, dan ia tidak perlu pun kepada pergaduhan. Yang menjadi salah kepada penggunaan kalimah ALLAH ini jika ia ‘mengelirukan’ dan sengaja ‘dikelirukan’. Tetapi jika baik cara penggunaannya, dan jelas maksudnya ke arah yang tidak mengelirukan, dipersilakan. Akhbar HERALD boleh saja menggunakan kalimah mulia seperti ALLAH, Nabi Muhammad saw dan lain-lain lagi jika di dalam majalah tersebut menulis begini:

‘Di dalam agama ISLAM, umatnya beriman kepada tuhan ALLAH dan mengakui kebenaran Rasul utusan-Nya iaitu NABI MUHAMMAD SAW. Mereka juga percaya akan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, iblis dan syaitan’

Tidakkah jika begini, bukan saja ia perlu dalam situasi bahkan digalakkan? Jadi, Akhbar HERALD tidak wajar disalahkan dahulu jika penggunaannya tepat pada masa itu. Setidaknya, penggunaan perkataan itu telah menjadi nilai dakwah. Kredit untuk ISLAM.


Tidak Boleh

Lalu yang menjadi salah adalah, apabila permohonan pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH itu untuk memaksudkan yang ALLAH adalah Jesus atau lain-lain makna selain ALLAH (Tuhan Umat ISLAM). Itu sangat-sangat perlu ditentang. Bukan sahaja mengelirukan bahkan memudharatkan umat ISLAM seperti kita.

Bukan kalimah ALLAH saja yang dilarang jika penggunaannya mengelirukan, apa-apa kalimah lain sekalipun jika ia mendatangkan kekeliruan dan penipuan, ianya tidak wajar dibenarkan penggunaannya.

Contohnya, suatu hari, Mak Cik Limah mengedarkan iklan bahawa dia akan membuka sebuah kedai menjual kuih-muih, tetapi apabila sampai masa dan orang ramai telah datang menjenguk ke kedainya, yang dijual hanyalah goreng pisang. Mana kuih-muih yang lain? Jawab Mak Cik Limah dengan selamba:

‘Hai? Goreng Pisang ni kuih jugakan?’ jika itulah jawapannya, Mak Cik Limah bakal berhadapan dengan kedainya yang tinggal cebisan abu pada esok hari akibat dibakar oleh orang kampung.

Pendek kata, jangan ada kekeliruan dan menyembunyikan apa-apa agenda yang bersifat jahat.

Namun, saya lebih memberati agar kalimah ALLAH ini tidak dibenarkan penggunaannya untuk seketika waktu ini, selepas benar-benar jelas tujuannya. Zaman ini, penuh penipuan. Sehinggakan masjidpun sudah dipolitikkan. Tidak lain tidak bukan kerana mempunyai agenda ‘tersembunyi' atau keuntungan. Bukan mahu bersangka buruk, tetapi kata kaedah fiqh (untuk menutup lubang-lubang kemudhorotan).

Memanglah ‘ALLAH for All’ tetapi jangan mudah sangat ‘berlapang dada!!’

______________________

p/s: rencana ini merupakan sebahagian pandangan kecil peribadi saya kepada teman-teman yang mohon dijelaskan isu ini. Anda mempunyai pilihan menyetujuinya atau sebaliknya. Yang penting, kita bersatu di atas ISLAM yang serupa.