Friday, January 15, 2010

Punah 1 Malaysia, Sabah & Sarawak diketepikan!!!

Akhirnya tanpa berselindung lagi, Menteri di JPM, Dato' Nazri telah membuat persempadanan semula bagi hak menggunakan nama Allah.

Hak yg mulanya ditagih untuk umat islam 1 Malaysia telah dipersempadankan semula seperti persempadanan pilihanraya dan yg terbaru ia hanya berkuatkuasa di Semenanjung sahaja. Manakala, bagi Sabah dan Sarawak pula, umat islam disana telah di anaktirikan untuk mendapatkan hak eksklusif nama Allah.

Dari sumber2 yg didapati, ini bersesuaian dgn rancangan asal mereka untuk mendapatkan political Mileage bagi isu yg besar dan menggegarkan ini. Malangnya, ia telah memakan tuan dan telah mengguriskan hati dan perasaan penganut kristian yg merupakan majoriti pengundi di Sabah dan Sarawak. Maka, untuk mengelakkan sokongan yg merudum kepada BN di PRK Sabah dan Sarawak pada bila2 masa dari sekarang, maka Jawatankuasa Fatwa Umno BN telah bersidang dan mengeluarkan fatwa membenarkan mereka menggunakan perkataan Allah tersebut.

Di laporkan pada hari yg sama, NGO2 melayu islam yg bersemangat untuk berdemo di Masjid2 di seluruh Semenanjung pada hari Jumaat tadi menjadi hilang punca bila mendapat tahu hal tersebut dan menuding kepada parti PAS mengatakan merekalah pengkhianat Melayu islam yg sebenar bagi menutup malu dan bingung mereka atas tindakan dan keputusan dari Nazri. Mereka yg berkumpul di masjid di Sabah dan Sarawak pula terpaksa menukar lagu 1 Malaysia kepada 'Allah untuk semua' bagi menunjukkan toleransi agama yg dimiliki dan mula meniupkan semangat 1 Malaysia berbilang kaum serta hormat menghormati.

Najib yg mula cemas dgn tindak tanduk atau reaksi NGO Melayu Islam tersenyum sendirian dan mula termenung panjang. "Haaa!!! Aku ada 1 lagi projek 1 Malaysia lagi utk diketengahkan." Maka bertitahlah beliau bahawa kerajaan akan membuka Kuota jawatan didalam tentera sehingga ke tahap 30% untuk non bumiputra seperti kuota di UiTM sesuai dgn semangat 1 Malaysia, Rakyat dahulu diperbodohkan, pencapaian Umno di utamakan!

Maka terlopong dan kebingungan sekali lagi NGO2 Melayu Islam yg didalangi oleh Umno yg terkenal dgn demo kepala lembu itu lalu disalahkan Anwar pula yg telah menjual bangsa melayu kepada cina dan bangsa asing termasuk kepada negara asing!

Dlm pada masa yg sama, paderi di gereja yg terbakar sedang menunggu2 wang peruntukan yg dijanjikan dan dijajakan oleh PM 1 Malaysia sebanyak 500 ribu itu. Sedangkan masjid2 dan rumah ibadah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu mentertawakan pihak gereja tersebut kerana menunggu buah yg tak gugur akibat lebong dari Mat Monggoltuya.

No comments:

Post a Comment