Wednesday, January 6, 2010

Allah??? Allahhu Akbar, Saya setuju dgn keputusan ini.

PAS Tampil dengan Pendirian berhikmah

Apa pun anggapan semua orang, saya sangat bersetuju, sependapat dan sangat menyokong penuh dengan kenyataan rasmi PAS berkaitan isu penggunaan nama Allah yg disampaikan oleh Presiden Pas : TGHH hasil keputusan mesyuarat mereka. Ada tiga asas penting yang terkandung dalam kenyataan rasmi ini.

Pertama, PAS menghormati kebebasan beragama.

- Keputusan yg diambil menghormati islam itu sendiri seterusnya menghormati hak semua agama dan semua orang termasuk pimpinan kerajaan dan politik serta ahli akademik didalam memberikan pendapat mereka berhubung isu ini serta pelbagai isu lain tetapi haruslah dgn rasa ikhlas dan bertanggungjawab, bukan bermain api mencipta isu sentimen perkauman dan agama yg melampau.

Kedua, penggunaan nama Allah oleh Kristian dan Yahudi dibenarkan.

- Keputusan ini berdasarkan hujah hukum yg diambil kira dan disepakati berdasarkan hujah2 ulama' didalam Pas, diluar Pas, ahli akademik didalam dan luar negara serta mengikut panduan Al Quran, hadith dan ijma' ulama' termasuk dari Prof Qardhawi sendiri dimana tiada keharaman dari segi hukum malah ia diharuskan dgn syarat2 tertentu.

Dan ketiga, jangan gunakan pada tempat yang salah.


- Keputusan inilah yg membenarkan kerajaan, ulama' dan pemikir didalam dan luar Pas memperdebatkan dan mengetengahkan hujah tentang rasionalnya atau perlunya dibenarkan penggunaan perkataan Allah didalam penulisan dan perjumpaan sesama mereka mahupun paderi2 kristian dan yahudi berdasarkan hujah masing2 dgn cara hikmah dan bukan menghukum. Disinilah mereka boleh mengambil sebarang tindakan dan kuasa mengikut kemampuan masing2 mengawal dari sebarang penyelewengan yg tidak sepatutnya berlaku pada masa sekarang dan akan datang.

Tentu yang paling menyerlah ialah kesediaan PAS untuk menjelaskan isu ini kepada sesiapa sahaja untuk menjamin keharmonian rakyat.

Ketiga-tiga asas penting itu serasi dengan ruh Islam dalam hubungan antara agama, serasi dengan Kerangka Dasar Pakatan Rakyat dan serasi juga dengan situasi negara berbilang agama dan bangsa. Terserahlah pulak pada pada Umno BN, media pencacai serta blogger dan penulis pencacai mereka untuk berhujah memburukkan dan menjatuhkan Pas dgn kelebihan nafas isu yg mereka ada ini. Mari kita tengok lepas ni macamana puak2 ni nak twist bagi melaga2kan pimpinan Pas, PKR dan DAP. Saya percaya selepas dihimpit pelbagai isu dan dugaan fitnah mehnah ciptaaan dan didalangi oleh puak2 Umno BN ini, mereka akan menjadi lebih berhati2 dan matang didalam membuat keputusan serta memberikan pandangan mereka. Wallahu A'lam.

Mari kita santai sebentar dan berfikir sejenak membaca kupasan dibawah ini menurut perspektif seorang anak muda yg juga turut prihatin dan terpanggil meluahkan isu ini didalam blog beliau. :

ALLAH YANG ‘ALLAH’

>> Tuesday, January 5, 2010

Utusan Malaysia, 4 Januari 2010 (Isnin)


i.

‘Khaty?’

‘Mengapa kamu tak tulis nama penuh? Apa nama kamu?’
Pagi itu, Cikgu Suzie memanggilnya ke bilik guru. Khadijah berfikir, patutlah sampai kini kertas ujiannya masih belum diperolehi.

‘Nur Khadijah binti Teh Sulaiman’

‘Sepatutnya kamu kena tulis nama yang betul kamu. Kalau begini yang kamu tulis dalam kertas jawapan UPSR nanti. Tak lulus kamu’

‘Tapi semua orang panggil saya macam tu cikgu’

‘Ya, itu cikgu faham. Nama panggilan itu lain, tak boleh ditulis dalam keadaan macam ni. Mengelirukan!’ Cikgu Suzie sedikit berang. Dia membalik-balikkan kertas itu. Membulatkan dengan pen merah pada perkataan KHATY.

‘Khaty dengan khadijah tak sama ke cikgu?’ soal Khadijah. budak darjah 5 Anggerik, umur pun masih muda tidak faham akan situasi.

‘Di sekolah ini, mungkin semua orang akan kenal siapa Khaty. Tetapi jika di luar?’ Terangnya lagi. Cikgu Suzie memandang wajah Khadijah.

‘ohh..’ Jawab Khadijah perlahan. Mungkin sudah faham dengan situasi. Dia mencapai kertas ujian bulanan Bahasa Melayu lalu beredar meninggalkan bilik guru.

‘Jangan tulis begini lagi. Saya akan denda kamu’ tegas Cikgu Suzie. Dari jauh kedengaran suaranya.

ii.

‘Saya mahu melihat set bilik pengantin seperti dalam promosi tempohari’ Razman dan Isterinya tiba di sebuah kedai perabot terkenal di Kuala Lumpur.

‘Silakan encik’

‘Hanya katil sahaja?’ Razman terkejut. Tidak seperti yang digambarkan olehnya sebelum sampai tadi.

‘Ya, encik’

‘Tetapi dalam browser ditulis set bilik pengantin. Tentu set perabutnya lebih banyak’

‘Tak bolehlah begini. Selalunya di kedai-kedai lain bila sebut set pengantin pasti ada set barangan perabut yang lain seperti meja solek, almari dan sebagainya’ Razman mula tidak berpuas hati dengan keadaan itu. Dia merasakan ditipu walaupun yang berlaku hanyalah 'kekeliruan'

‘Maaf encik, saya pun kurang tahu sangat’ Pemuda tersebut tergagap. Tidak tahu-menahu langsung tentang promosi tersebut. Baru seminggu bekerja.

‘Kalau macam ini, pelanggan boleh keliru, menipu namanya ini. Mana bos awak?’ Razman mula memberang dengan pekerja lelaki tersebut. Matanya melilau mencari kelibat pekerja di situ yang berpakaian kemas. Mahu berjumpa dengan tauke kedai tersebut.

‘Dia bekerja di luar hari ini, encik’ Jawabnya pekerja tersebut takut-takut.

‘Sudahlah. Saya ke kedai lain saja!’ Tanpa berlengah panjang Razman terus beredar meninggalkan pekerja tadi yang terkocoh-kocoh memanggil semula Razman. Isterinya hanya menggeleng. Hatinya berdetik. ‘dasar peniaga, ada saja agenda mahu menipu pelanggan. Tak sedar diuntung’


Boleh

Isu Kalimah ALLAH bakal dilangsaikan apabila Timbalan Perdana Menteri memberi janji mahu menyelesaikannya secara profesional (di sini). Rakyat hanya perlu tunggu dan lihat sahaja hasilnya. Saya fikir, Muhyidin Yaasin seorang yang terpelajar dan berkongsi ALLAH yang sama dengan saya, akan berfikiran waras dan lebih ke hadapan dalam merungkaikan isu identiti agama ini.

PAS juga telah menyatakan pendirian mereka melalui perutusan oleh Tuan Presidennya, semalam (di sini). Tegasnya, jangan mainkan isu perkauman atau politik murahan!


(gambar hiasan)


Gara-gara keributan dan ‘kebijaksanaan’ Hakim Datuk Lau Bee Lan yang mengadili isu ini (di sini) Akhbar HERALD – The Catholic Weekly menjadi meletup sekejap. Lebih panas daripada isu artis-artis tempatan kita. Baguslah begitu, sekurangnya, saya sempat mengenali akhbar mingguan terbitan Gereja Katholik itu. Kalau boleh, mahu saja mendapatkan satu daripada naskhahnya, mahu tahu apakah kekeliruan dan kebobrokan yang hebat diperkatakan itu. Tetapi ia mungkin mustahil.

Saya seorang penganut yang beragama ISLAM atau MUSLIM.

Apabila menyebut ALLAH, maka ia difahamkan bahawa IA adalah Tuhan kepada penganut yang beragama ISLAM seperti saya dan orang lainnya. Dan IA adalah hak orang ISLAM yang dijagai sejak dahulu lagi. Dalilnya, apabila di dalam Al-Quran menyebutkan ALLAH sebagai Tuhan umat ISLAM. Maka ALLAH tidak boleh lagi diistilahkan kepada Tuhan selain ISLAM. Justeru, mahu atau tidak mahu, ALLAH mestilah dan wajib dinisbahkan maknanya kepada satu agama sahaja iaitu ISLAM.

Tetapi salahkah, jika nama itu diguna-pakaikan oleh sesiapa?

Jom kita masuk seketika ke dalam isu ini. Mudah sahaja jawapan kepada persoalan ini, dan ia tidak perlu pun kepada pergaduhan. Yang menjadi salah kepada penggunaan kalimah ALLAH ini jika ia ‘mengelirukan’ dan sengaja ‘dikelirukan’. Tetapi jika baik cara penggunaannya, dan jelas maksudnya ke arah yang tidak mengelirukan, dipersilakan. Akhbar HERALD boleh saja menggunakan kalimah mulia seperti ALLAH, Nabi Muhammad saw dan lain-lain lagi jika di dalam majalah tersebut menulis begini:

‘Di dalam agama ISLAM, umatnya beriman kepada tuhan ALLAH dan mengakui kebenaran Rasul utusan-Nya iaitu NABI MUHAMMAD SAW. Mereka juga percaya akan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, iblis dan syaitan’

Tidakkah jika begini, bukan saja ia perlu dalam situasi bahkan digalakkan? Jadi, Akhbar HERALD tidak wajar disalahkan dahulu jika penggunaannya tepat pada masa itu. Setidaknya, penggunaan perkataan itu telah menjadi nilai dakwah. Kredit untuk ISLAM.


Tidak Boleh

Lalu yang menjadi salah adalah, apabila permohonan pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH itu untuk memaksudkan yang ALLAH adalah Jesus atau lain-lain makna selain ALLAH (Tuhan Umat ISLAM). Itu sangat-sangat perlu ditentang. Bukan sahaja mengelirukan bahkan memudharatkan umat ISLAM seperti kita.

Bukan kalimah ALLAH saja yang dilarang jika penggunaannya mengelirukan, apa-apa kalimah lain sekalipun jika ia mendatangkan kekeliruan dan penipuan, ianya tidak wajar dibenarkan penggunaannya.

Contohnya, suatu hari, Mak Cik Limah mengedarkan iklan bahawa dia akan membuka sebuah kedai menjual kuih-muih, tetapi apabila sampai masa dan orang ramai telah datang menjenguk ke kedainya, yang dijual hanyalah goreng pisang. Mana kuih-muih yang lain? Jawab Mak Cik Limah dengan selamba:

‘Hai? Goreng Pisang ni kuih jugakan?’ jika itulah jawapannya, Mak Cik Limah bakal berhadapan dengan kedainya yang tinggal cebisan abu pada esok hari akibat dibakar oleh orang kampung.

Pendek kata, jangan ada kekeliruan dan menyembunyikan apa-apa agenda yang bersifat jahat.

Namun, saya lebih memberati agar kalimah ALLAH ini tidak dibenarkan penggunaannya untuk seketika waktu ini, selepas benar-benar jelas tujuannya. Zaman ini, penuh penipuan. Sehinggakan masjidpun sudah dipolitikkan. Tidak lain tidak bukan kerana mempunyai agenda ‘tersembunyi' atau keuntungan. Bukan mahu bersangka buruk, tetapi kata kaedah fiqh (untuk menutup lubang-lubang kemudhorotan).

Memanglah ‘ALLAH for All’ tetapi jangan mudah sangat ‘berlapang dada!!’

______________________

p/s: rencana ini merupakan sebahagian pandangan kecil peribadi saya kepada teman-teman yang mohon dijelaskan isu ini. Anda mempunyai pilihan menyetujuinya atau sebaliknya. Yang penting, kita bersatu di atas ISLAM yang serupa.



No comments:

Post a Comment