Monday, December 6, 2010

Nak jadi menteri kena pandai menipu!!! Hahahaha...

Di ambil dari blog PDO :


Panas: Kenaikkan Harga "Minyak Petrol RON95", Terbukti Rakyat Terus Di Tipu Oleh Janji Kosong Kerajaan BN Sejak Dulu, Kini Dan Selamannya !!

Bila rakyat marah isu kenaikkan harga minyak RON95 baru-baru ini, mungkin ada yang berkata ia tidak wajar kerana niat kerajaan itu baik. Kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bahan api itu untuk memberi keselesaan kepada rakyat bagi membangunkan insfastruktur lain di negara ini. Malah, kerajaan tidak boleh menanggung subsidi kerana ramai pihak yang memanipulasi perkara itu. Malah, tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dikatakan amat bertepatan sekali kerana ia selaras dengan kenaikkan harga minyak di pasaran. Paling memeritkan bila mana kenaikkan itu dibandingkan pula dengan harga minyak yang lebih tinggi di negeri yang bukan pengeluar minyak iaitu Singapura dan Indonesia. Itulah jawapan dan alasan yang diberikan setiap kali tindakan tersebut diambil.

Bila rakyat mempertikaikan keputusan tersebut, ada pula mereka yang mengutuk kononnya mereka tidak bersyukur dan tindakan kerajaan itu betul. Inilah dia tindakan zalim dan kejam kerajaan UMNO BN kepada rakyat Malaysia sebenarnya. Bukan masalah harga minyak naik di pasaran, tetapi masalahnya mereka menipu rakyat Malaysia. Bukti terbaru ialah ketika kerajaan menaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu, iaitu ketika kempen pilihanraya kecil DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

TPM Muhyiddin dengan bangganya mengumumkan bahawa kenaikkan itu tidak membebankan rakyat. Malah katanya, hanya segelintir sahaja yang menggunakan RON97 untuk kegunaan harian mereka. Majoriti rakyat katanya menggunakan RON95, sebab itulah kenaikkan itu tidak memberi impak besar dan tidak wajar dipolitikkan. Muhyiddin merasakan bahawa jumlah minoriti penduduk di negara ini bukanlah rakyat Malaysia. Sebab itu beliau sanggup memberi alasan bangang bagi menutup kelemahan yang berlaku. Dalam diam-diam tiba-tiba pula minyak RON97 dinaikkan lagi selepas itu. Alasanya tetap sama, sangkaan kita ia tidak akan menyusahkan rakyat. Namun, akhirnya minyak yang digunakan oleh majoriti rakyat iaitu RON95 dinaikkan oleh mereka tanpa belas kasihan. Bukankah ini bererti kerajaan UMNO BN itu ternyata menipu rakyat dengan omongan kosong.

Jaminan "Menteri Naik Harga" Auta Semata-Mata

Soalnya sekarang, apakah rakyat Malaysia harus terus ditipu oleh kerajaan UMNO BN agaknya. Masih kita ingat kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Ismail Sabri Yaakob (foto), mengatakan bahawa harga minyak RON95 akan terus kekal pada tahun ini (2010). Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen awal November lalu. Dalam kenyataannya, Ismail mengatakan kabinet tidak pernah berbincang soal menaikkan harga minyak RON95, maknanya tiada bukti ia akan dinaikkan seperti yang diwar-warkan. Maka, rakyat pun terbuai lena dan layu dengan kenyataan tersebut akhirnya terpedaya untuk terus memberi undi kepada BN dalam dua pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi itu. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ternyata kenyataan Ismail Sabri adalah "dusta dan auta" semata-mata. Kerajaan akhirnya berjaya menaikkan juga harga minyak RON95 sebanyak 5 sen baru-baru ini. Makanya, apakah kita boleh percaya dengan kenyataan menteri berkenaan lagi selepas ini?.

Terbukti, Ismail Sabri tidak layak lagi untuk dipilih sebagai wakil rakyat bagi parlimen Bera dalam pilihanraya umum akan datang. Beliau bukan sahaja berdusta soal minyak, malahan juga soal gula. Sedangkan masalah tersebut begitu kronik melanda kawasannya satu ketika dulu. Ismail hanyalah "menteri pak turut" yang terpaksa akur dengan kehendak kerajaan biar pun beliau sendiri takut dengan keputusan tidak popular itu sebenarnya. Justeru itu, rakyat berhak dan wajib menolak kerajaan UMNO BN jika mereka tidak mahu terus ditipu lagi pada masa yang akan datang.

Bukti, inilah keratan laporan sebuah akbar berkaitan satu kenyataan oleh Ismail Sabri bahawa harga minyak RON95 akan kekal tahun ini


[Minyak naik harga, mereka juga menanggung sengsara. Namun masih ada puak-puak UMNO yang gembira membuta tuli dengan kenaikkan tersebut. Antara lain mereka mengatakan kenaikan harga barang (minyak) mungkin ada rasionalnya. Kononnya rakyat perlu mengkajinya dalam sudut dan konteks yang lebih luas sama ada menaikkan harga barang untuk mencari keuntungan atau menaikkan harga barang bagi mengelakkan negara rugi teruk atau jatuh. Maknanya, mereka tetap akan menyokong 100% biarpun diri sendiri yang menanggung bebannya.

Bagi mereka apa saja yang dilakukan oleh kerajaan UMNO BN itu akan tetap disokong biarpun terpaksa menipu diri sendiri. Semuanya dilakukan demi kepentingan politik kepartian masing-masing. Hanya rakyat yang berhak menilai, apakah mereka mahu terus ditipu atau mengajar pemimpin UMNO BN cara untuk menghormati rakyat. Laungan rakyat didahulukan hanyalah khayalan mereka sebenarnya, sebaliknya apa yang berlaku ialah kroni yang didahulukan daripada segalanya. Itulah hakikat yang sebenarnya].

Saturday, August 28, 2010

Tuan Pengarah oi! Ni nak buat report tak? Nak kena ambik tindakan AJK Surau ni! Sita surau ni boleh tak?




29 August 2010
Gambar ni aku dapat dari twit pic - posted by chegubard ...


Mana ulama umNO Jamil Khir ... esok buat statement dalam Utusan Meloya korang tu, Rosmah memberi tazkirah di dalam masjid tanpa menutup aurat.

Dan ramai lagi umat Islam yang sedang mendengar tazkirah tersebut juga didapati TIDAK munutup aurat ...
Utusan Meloya, esok keluarkan gambar ni muka hadapan dengan tajuk 'ISTERI PERDANA MENTERI TIDAK MENUTUP AURAT DI DALAM MASJID"

Lepas tu Jamil Khir akan keluarkan kenyataan ... itu tindakan BERDOSA ... tidak menutup aurat di dalam masjid pula tu ...
Ada berani ke Jamil Khir? .....
Kahkahkah ...

Apa citer tuan pengarah kita ni???

Wa ampu sana, wa ampu sini, khak ptuih:

Saturday, August 28, 2010

Pengarah JAIS Menghina Majls Fatwa Kebangsaan

Di dalam usaha Khusrin Munawi (Pengarah JAIS) untuk melacurkan JAIS bagi kepentingan UMNO dan BArisan Nasional, beliau telah sanggup melanggar fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang berbunyi:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Khusrin Munawi dilaporkan oleh Utusan Meloya berkata:

“Orang bukan Islam adalah dilarang memasuki ruang solat kerana mereka ini dalam berkeadaan hadas besar apatah lagi berada di bahagian imam dan menyampaikan ucapan kepada umat Islam di dalamnya.“Oleh itu, kita akan mendapatkan laporan dan penjelasan daripada nazir serta jawatankuasa surau berkenaan mengenai perkara ini.

Jika dakwaan ini benar, kita akan memaklumkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tindakan tegas akan diambil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah laman blog, http://anginperubahan.blogspot.com yang mendakwa Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada ahli-ahli Pas, Ahad lalu.

Kenyataan Khusrin Munawi jelas menunjukkan beliau melanggar Fatwa MAjlis Fatwa Kebangsaan yang mengizinkan orang bukan Islam masuk ke dalam Masjid.Ia membuktikan Khusrin telah melacurkan JAIS untuk kepentingan politik murahan UMNO dan beliau tidak layak lagi untuk menjadi Pengarah JAIS.

Tulang Besi

Friday, August 20, 2010

Allahu Akbar! Insaf betul dengar ucapan Tok Guru tentang hukum Allah

Dipetik dari Post Topeng Perak :

Friday, August 20, 2010

Teks Ucapan YAB TGNA Di Hari Perasmian Hududullah 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِسُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
-النور : 1
Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Terima kasih saudara pengerusi majlis Yang Berhormat Dato’ Haji Nasaruddin bin Haji Daud - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Amat Berusaha Dato Haji Mohd Azamli bin Jamaluddin, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, Para pembentang kertas kerja, Dif-dif kehormat, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur.

Saya mulakan dengan serangkap pantun :
Papan tualang mari diukir,buat penyeri si kayu jati,siang malam hidup berzikir,hidup bersendi kehendak rabbi.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya.

Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT?

Inilah yang disebut di dalam firmanNya :
إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ يَقُصُّ الْحَقَّ وَهُوَ خَيْرُ الْفَاصِلِينَ – سورة الأنعام : 57
Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا – سورة الأنعام : 115
Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.

Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia :يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَى نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ – الحديد : 12
Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu.

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan :سُورَةٌ أَنْزَلْنَاهَا وَفَرَضْنَاهَا وَأَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan أَنْزَلْنَاهَا bermaksud Kami turunkan diikuti dengan فَرَضْنَاهَا bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya أَنْزَلْنَا فِيهَا آَيَاتٍ بَيِّنَاتٍلَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT.

Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِAllah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut :الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ – النور أية 2
Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hudud bukanlah berarti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai.

Allah SWT berfirman :وَلَا يَحِلُّ لَكُمْ أَنْ تَأْخُذُوا مِمَّا آَتَيْتُمُوهُنَّ شَيْئًا إِلَّا أَنْ يَخَافَا أَلَّا يُقِيمَا حُدُودَ اللَّهِ – سورة البقرة أبة 229
Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT :فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ (12) تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ... –سورة النساء أية 12-13
Yang bermaksud : Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan.
Firman Allah SWT :وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ – سورة المائدة: 38Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT:وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا
يَكْسِبُونَ – سورة الأعراف، أية 96
Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina.

Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT :
أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Posted by Topeng Perak® Unmasked at 12:30:00 AM

Tuesday, June 1, 2010

Pirah Mabuk PM APNo 1 Malaysia..

Aku nak komen sikit pasal PM APNo 1 Malaysia ni.
Sebelum ko nak kutuk atau ambik tindakan nak menyelamatkan rakyat Malaysia dari Yahudi Zionis Israel yg pada pandangan aku memang ko tak mampu buat melainkan buat bodoh je walau itu sebenarnya merupakan tanggungjawab sebuah kerajaan berdaulat dalam membela dan menjaga keselamatan setiap warganegaranya.

Apakata ko selamatkan seluruh rakyat Malaysia dan kerajaan serta masa depan anak cucu kita dgn menyingkirkan sebuah syarikat Yahudi Israel bernama APCO yg sedang lena berpejabat di Pejabat Perdana Menteri dan Bukit Aman itu dgn SEGERA!!!. Itu lah tindakan awal dan lebih awla aku rasa yg memang kita mempunyai kuasa melakukannya. Kemudian tindakan mogok barangan produk Amerika Israel bolehlah bermula beserta demonstrasi dan bantahan seluruh dunia bolehlah di ambil.

Kelakar sungguh melihat pertubuhan Ibrahim Al Kataki menyembur2 marah menentang keganasan yahudi Israel sedangkan bos baru beliau itu dicucuk hidung oleh APCO. Ntah2 idea judi selama ini kerja yahudi APCO. Tak mustahil Model Baru Ekonomi dan PPSMI serta rampasan kuasa Perak atas nasihat Pak Yahudi APCO. Boleh jadi, kes fitnah Anwar 2 ni ada kaitan dgn mereka. Harharhar!!! nasiblah kita org Malaysia bertuankan APNo!!!.
Baca jelah artikel kat bawah tu!


Malaysia Kutuk Keras Serangan Israel Ke Atas Konvoi Bantuan Kemanusiaan – Najib
“Saya atas nama kerajaan dan rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza,”
“seluruh dunia harus mengutuk dan mengecam tindakan rakus rejim itu”.
“Saya harap insiden ini akan membawa kepada satu tindakan yang boleh membawa kepada teguran keras terhadap Israel,”
Serangan ini juga menunjukkan rejim Tel Aviv tidak menghormati langsung undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa mereka sesuka hati tanpa sebarang pertimbangan sama ada tindakan mereka akan membawa kepada kehilangan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.-
- Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Perlancaran Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia (Alumni4B) 31.5.2010
…………………………………………………………………………………………………………………………………..
Cakap Tak Serupa Bikin
Maka dengan ini kita batalkan perjanjian dengan APCO…
Ulasan Kucing Kota
Walaupun seluruh dunia mengutuk kebiadapan Israel.Kutukan tidak akan menyebabkan pemimpin atau rakyat Israel hilang kekuatan ekonomi dan kelengkapan perangnya.
Israel tidak akan luak dan terjejas walau sedikit pun. Ini bukan kali pertama Israel berlagak samseng kepada rakyat Palastine atau jiran jirannya.
Kalau Mesir, Lubnan, Jordon dan negara liga Arab tidak mendatangkan sebarang mudharat kepada negara dan rakyatnya, apa perlunya Israel menghormati negara bukan Arab yang masih mendapat sokongan ekonomi dan teknologi dari kerajaan Amerika.
Seluruh rakyat Amerika dan dunia telah maklum, siapa juga yang bercita cita untuk bertanding sebagai presiden Amerika perlu mendapat restu dan sokongan dari tawkey2 keturunan Yahudi yang menguasai sebahagian besar ekonomi Amerika. Sebab itu presiden Obama yang tiada sebarang nasab dengan yahudi, terpaksa menurut pandangan kiri dari tawkey keturunan yahudi.
Tahukah anda yang Israel mendapat dana bantuan dari Amerika benilai berbilion dolars setahun.Produktiviti dari negara Israel tidak upaya untuk menyediakan sumber ekonomi yang selesa untuk rakyatnya, apatah lagi untuk membiyai kelengkapan perang.
Amat malang negara2 Islam dan Arab yang Allah jadikan bumi mereka dengan sumber kekayaan dari minyak, terpaksa pejam mata dengan tingkahlaku biadap Israel ini. Ini kerana negara maruah negara Islam dan Arab telah dibeli oleh Amerika. Lihat sahaja akhlak pemimpin negara Islam dan Jutawan Arab bila berkunjung ke Amerika dan Eropah.Akhlak mereka tidak menggambarkan sebagai seorang muslim yang boleh disegani oleh pemimpin Amerika dan Eropah seperti mereka segan kepada Ahamed DeNijat presiden Iran dan Edorgan PM Turkey.
Sewajarnya dalam kejadian serangan Israel terhadap armada kapal bantuan Gaza yang berlaku diperairan antara bangsa hanya 65 km dari Gaza ini.Liga negara Arab dan negara Islam yang telah tidak salah jika mereka menyediakan armada ketenteraan dengan kapal pengiring dengan mengibarkan bendera semua negara yang terlibat untuk misi bantuan rakyat Palastine bagi menjamin keselamatan mereka2 yang menjadi sukarelawan dalam kapal bantuan Gaza tersebut.
Kita ditunjukan satu set gambar helikopter Israel yang mengekori kapal armada bantuan Gaza. Dalam perkataan lain semua negara yang terlibat melihat dan ada maklumat.
Malangnya apa yang dilihat dan segala maklumat itu, langsung tidak mendatangkan sebarang prejudis kepada negara Islam dan negara Arab kepada niat 16 buah helikopter Israel yang mengekori kapal Armada bantuan itu, sedangkan sebelum ini negara Israel telah memberi amaran, akan mengambil tindakan kepada mana pihak atau negara yang cuba memberi bantuan kepada rakyat palastine di Gaza.
Islam dihina bukan kerana Islam tidak syumul dan bermaruah, tetapi Islam dihina kerana pemimpin Islam dan penganut Islam itu sendiri telah lama kehilangan maruah.Sebab itu Rasulullah telah bersabda. Diakhir zaman Islam itu berdagang seperti diawal kedatangannya yang juga berdagang.
Kucing Kota..

Thursday, May 27, 2010

Mat Kotak semakin berani dan gila demi kedudukan dan kuasa!!!

Ezam Buat Tuduhan Jahat


Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Strategik PKR, Tian Chua mempertikaikan tuduhan Ezam kerana jika betul dakwaan tersebut, beliau sepatutnya sudah mendedahkannya sejak berada dalam PKR dahulu.“Kita tidak perlu layan tuduhan ini. Saya dan beliau bersama-sama mempertahankan Anwar sejak dulu lagi. Ini bukan isu lagi sekarang.“Ada banyak lagi isu lebih besar dari isu peribadi, contohnya seperti isu judi bola, isu tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Singapura dan pemberian telaga minyak Malaysia kepada Brunei,” katanya.

Malam kelmarin, di KOTA BHARU, Ezam ketika ceramahnya mendedahkan beliau pernah diberitahu tentang perlakuan negatif Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dari isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Ezam berkata, beliau sanggup bersumpah dengan menjunjung al-Quran bahawa kenyataan tersebut dibuat oleh Wan Azizah sendiri ketika beliau masih bersama dengan parti itu sebelum ini.

“Saya cabar dia (Wan Azizah), dia boleh angkat al-Quran, dia boleh nafikan dengan mengangkat al-Quran dia tidak bagi tahu saya, tapi saya boleh angkat al-Quran untuk menyatakan orang yang bagi tahu kepada saya yang Anwar mempunyai penyakit dan perangai jijik itu tidak lain tidak bukan ialah isteri dia sendiri, Wan Azizah, ini cabaran saya,” katanya.
-Sinar Harian

# Tergamak sungguh dia memfitnah dan menganiaya Anwar dgn tohmahan sebegini rupa. Apa perlunya dia mencabar DS Azizah dgn bersumpah menjunjung Al Quran. Adalah sepatutnya dia sebagai orang yang membuat skrip dan tohmahan, terus bersumpah dgn nama Allah serta dgn bonus tambahan menjunjung Al Quran dibuat dihadapan rakyat Kelantan yg yg mendengar ucapan beliau.

Apakah perlu orang yg dituduh membuat sumpah sedangkan tanggungjawab pembuktian terletak di tangan penuduh. Apa nak dihairankan sedangkan Bos baru beliau yg memberikan jawatan Senator kepada beliau telah acap kali membuat sumpah tidak mengenali Altantuya dan menafikan pernah berjumpa Saiful dihadapan orang ramai serta ahli2 Umno bagi meyakinkan dan menjayakan pertuduhan beliau terhadap Anwar.

Bukan itu sahaja, Beliau juga sering menabur janji2 didalam masjid, rumah ibadah dan sekolah2 untuk menyalur dan memberikan peruntukan dan akhirnya janji tinggal janji. Anak muridnya juga dilatih agar sanggup menuduh Anwar meliwatnya, dikatakan terpaksa menahan berak, tidak mandi wajib dan bersolat selama berhari2 untuk menyimpan bukti sedangkan bukti2 perubatan dari doktor pakar jelas menyatakan tiada tanda2 dia diliwat. Dia juga boleh memaklumkan pada Najib dan Ezam yg dia telah diliwat sebelum peristiwa liwat itu berlaku.

Semoga sekiranya tuduhan ini palsu, minta tuhan tunjukkan bala kepada mereka2 yg menganiaya, menfitnah dan mengaibkan Anwar dan keluarganya di dunia lagi. Doa org yg dizalimi ini tiada hijab diantaranya dgn Allah taala. Biarlah mereka2 yg bacul dan gilakan kuasa ini hidup menongkat langit . Adakah mereka berfikir, mereka mampu membawa kuasa, kekayaan dan harta mereka ke liang lahad. Adakah mereka boleh menjamin kehidupa mereka pada esok hari dan sehingga mereka tua. Adakah mereka lupa bahawa Allah bisa menarik nyawa2 mereka bila2 masa dikehendaki hatta ketika mereka sedang tidur mahupun berpunca dari seekor nyamuk (kisah firaun).

Wallahu A'lam, Wassalam.

Sunday, May 16, 2010

Kenapa tak letak semua undi pos BN???

Woi!

Agak2 ler nak menipu woi. Kenapa ko tak letak semua undi pos yg 2 ribu lebih tu BN yang punya. Aku ingat kat negara Kuku Besi yg manipulasi undi kakitangan kerajaan pun tak letak undi pembangkang sampai dibawah 5%. Manakala hampir 95% undi memihak kerajaan BN. Takpe ko pegi tukar balik kira 100% undi pos tu ko punya pun takpe. Ko ingat ko boleh menang ke? 100% pun ko tak menang le. 1 undi pun aku x kisah, Janji PR menang! Hahaha!!! Celaka SPR APNo.

Diminta pada wakil rakyat pembangkang buat protes besar2an dan bawak kes ni ke mahkamah atau liputan antarabangsa dimana jelas BN dan SPR di Malaysia menyelewengkan undi pos ke tahap melampau dan tak masuk akal. Kena dapatkan reformasi yg lebih telus bagi undi2 pos ini atau kita mansuhkan je undi pos ni. Mengarut je!!! Ini bukan perkara kecik, ini dah kes berat. Tak pernah2 penyelewengan sampai undi tahap x sampai seratus dari dua ribu lebih pergi ke pembangkang . Seolah2 pembangkang ni lebih teruk dari komunis pulak. Kalo nak seleweng pun, tinggalkan le 20 ke 30 peratus ke pembangkang. Mcm citer kartun le pulak. Ko ingat polis n tentera tu cop kat dahi diorg BN dari kecik ke!!! daerah2 atau zon2 yg kubu kuat BN pun diorang tak boleh menang sampai 95%. Angin betul aku. Hampeh betul.

Woi! Aku dah ngantuk ni Barua ApNo!!!

Kenyataan Bahalol Dari Pengerusi SPR - update 10.30pm


"Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008."

Itu tandanya lu sudah gagal untuk menarik pengundi untuk keluar mengundi, lu gagal menyedarkan rakyat akan hak dan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Lu sudah lupa dengan tanggungjawab dan fungsi lu sebagai Pengerusi SPR....

Sebab apa lu gagal...!!!!

Sebab lu sibuk sangat jadi barua umno dan barisan nasional.... lu di bayar gaji untuk buat kerja... bukannya sibuk nak berpolitik sama...

Lebih baik lu letak jawatan, masuk politik dan bertanding dalam mana2 PRK yang bakal ada atau PRU-13 nanti.

kah..kah...kah...... bahalol....

update: Weiii... bahalol bila mau umum keputusan rasmi daaa.... lu tengah korak kertas undi kat mana lagi wooiiiii.... dalam kapal selam takda kertas undi... dalam kapalterbang najib pun tak da kertas undi lagi bahalol... oooiiiii.... semuanya dah habis kira.... lu nak korek kat mana lagi... bangang nak mampus...


Read more: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2010/05/kenyataan-bahalol-dari-pengerusi-spr.html#ixzz0o6V8sFgU

Monday, May 10, 2010

1 Malaysia, negara Islam hadhari - Haroman siyasati fil masjidi, Wa halalan araki!

NORWAY MENGHARAMKAN IKLAN ARAK SAMA SEKALI

Norway adalah negara sekular. Di dalam perlembagaan Norway, tiada peruntukan "Islam Agama Persekutuan" seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Norway pula hampir tiada orang Islam kerana bilangan orang Islam amat sedikit. Namun, soalnya sekarang mengapa negara Norway boleh mengadakan undang-undang arak yang JAUH lebih KETAT berbanding Malaysia di bawah pentadbiran UMNO?

Dan saya sengaja membawa contoh Norway kerana Norway adalah tergolong dalam negara maju dan berdaya saing. Malahan, daya saing Norway JAUH lebih tinggi dari Malaysia. Dan, Norway adalah negara yang jauh lebih kaya dari Malaysia. Norway juga antara negara dalam dunia pengeluar barangan teknologi tinggi. Misalnya, Norway mengeluarkan jenama barangan komunikasi "NERA". Malaysia sendiri mengimpot semua barangan telekomunikasi dari luar negeri.

Jelas kepada kita, UMNO hanya menanam tebu di bibir. Mereka heboh dalam bab "kalimah Allah" tapi benda yang jelas haram seperti arak dan judi, UMNO boleh biarkan serta galakkan. Walaupun Norway tidak mengharamkan arak sama sekali, namun segala bentuk iklan arak diharamkan di Norway. Sebagai contoh pada 2008, sebuah pasukan bolasepak dari England bernama Everton FC telah menentang sebuah pasukan bolasepak Norway bernama SK Brann. Everton FC mengiklankan jenama beer “Chang” di atas jersey bolasepak mereka.

Namun, sewaktu mereka bermain di Norway, mereka terpaksa bermain dengan jersey kosong kerana undang2 Norway mengharamkan iklan arak dalam apa-apa bentuk sekalipun. Sila rujuk gambar di bawah:




Padahal, di waktu biasa, pemain yang sama seperti diatas akan memakai jersey seperti ini:
IKLAN ARAK DI MALAYSIA TIDAK HARAM


Berlainan di Malaysia, arak masih boleh diiklan di akhbar-akhbar bukan Melayu, di panggung-panggung wayang dan di beberapa media yang lain. Malahan, pada satu masa dahulu, Carlsberg telah menjadi penyumbang kepada Sukan Komenwell dan ianya dilakukan secara terbuka.Yang menghairankan adalah Norway adalah negara bukan Islam, tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Rasmi” di dalam perlembagaan Norway, tiada slogan seperti Islam Hadhari dan hampir tiada orang Islam di Norway.

Tapi, undang-undang arak lebih ketat di Norway berbanding Malaysia. Norway berpendapat kalau diizinkan iklan arak hanya akan menggalakkan lagi rakyatnya minum arak. Hasilnya nanti masaalah ketagihan arak di Norway akan bertambah buruk dan tidak dapat dikawal.Juga Norway adalah negara yang lebih maju dan lebih kaya dari Malaysia. Namun, mereka lebih ketat mengawal arak berbanding Malaysia.

MELAYU/ISLAM DUDUK DI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT ARAK

Pada masa yang sama juga, UMNO mengizinkan orang Melayu Islam dilantik menduduki Lembaga Pengarah Carlsberg dan Guiness Anchor. Sila rujuk contoh di bawah yang diambil dari laman web Carlsberg:





Melayu Islam diizinkan Kementrian Kewangan (bawah UMNO) untuk duduk dalam Lembaga Pengarah Calrsberg dan Guiness Anchor. Itu tandanya UMNO menyokong industri judi dan arak di Malaysia.

Kesimpulannya, UMNO bersikap munafik dalam isu arak. Di hadapan rakyat umum, mereka bersandiwara kononnya berjuang Islam. Tapi, hakikat sebenarnya mereka adalah penaja dan pengempen arak nombor satu. Negara Norway yang lebih maju.

Syukurnya saya tidak menjadi penyokong UMNO. Sekurang-kurangya akidah dan agama saya terselamat dengan tidak menyokong UMNO. Sokongan UMNO pada industri arak dan judi ini akan menyebabkan akidah dan agama saya hancur.


Tulang Besi

P/s :

HIDUP UMNO, HIDUP APCO !
HIDUP APCO, HIDUP UMNO !

1 MALAYSIA, 1 ISRAEL !
1 ISLAM HADHARI, 1 RASUAH !

Sunday, April 18, 2010

Siapa dia Zaid???

Ekslusif: Biografi & Menifesto Dato' Zaid Ibrahim

*Sila muat turun disini dan sini untuk bahan cetakan dan sebaran.

Nama: Mohd. Zaid IbrahimUmur:
Lahir pada tahun 1951 di KelantanPendidikan: Ijazah Undang-Undang, LLB Hons (1974) Barrister at Law Inner Temple 1975
Kerjaya: Bersara (100% Ahli Politik Sekarang)
Website: http://myzaidibrahim.wordpress.com/
Twiter: http://twitter.com/zaidibrahim
Facebook: Datuk Zaid Ibrahim

Sejarah pembabitan dalam politik

Mula berkecimpung di bidang politik pada tahun 1986 melalui UMNO, walaupun mula aktif hanya selepas tahun 1990.2001:
Ketua Bahagian UMNO Kota Bharu.2003:
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO.2004-2008:
Ahli Parlimen BN Kota Bharu, yang pertama sejak 1990.2005: Digantung dari jawatan Ketua Bahagian dan digugurkan sebagai calon 2008.
Mac 2008: Dilantik sebagai Senator di Dewan Rakyat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio undang-undang & reformasi badan kehakiman).
Sept 2008: Meletakkan jawatan Senator dan Menteri sebagai protes penggunaan ISA ke atas 3 rakyat Malaysia.
Dec 2008: Dipecat dari UMNO kerana menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang pendiriannya mengenai ISA.
Jun 2009: Menganggotai PKR. Seterusnya dilantik sebagai menjadi anggota Majlis Tertinggi PKR, AJK Biro Politik PKR dan Penyelaras Pakatan Rakyat.

Dalam masa 25 tahun bermula 1987 - Datuk Zaid berjaya menubohkan syarikat guaman Zaid Ibrahim & CO dari hanya mempunyai saorang peguam hinggalah melebehi 140 orang pada tahun 2008 menjadikan firma itu yang terbesar di negara. Beliau bersara dari syarikat tersebut bila menerima jawatan Menteri pada tahun 2008.

Keadilan untuk Semua

Datuk Zaid Ibrahim memberikan perhatian berat terhadap aspek sistem perundangan kita yang tidak adil, termasuklah penggunaan ISA dan keperluan reformasi badan kehakiman.Beliau percaya keadilan adalah untuk semua dan menolak politik perkauman.Beliau berhasrat mempertingkatkan ketelusan dalam Kerajaan – dari memperbaiki ketelusan dalam pentadbiran Petronas dan FELDA sehinggalah usaha untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.Datang dari keluarga yang miskin, beliau juga amat prihatin terhadap masalah kemiskinan, hak tanah dan kebajikan rakyat, termasuklah tanah adat Orang Asal.Datuk Zaid juga aktif melakukan kerja-kerja kebajikan di luar arena politik.

Beliau berhasrat untuk mengembalikan politik Malaysia sebagai politik yang berbincang tentang dasar dan kebajikan rakyat dan politik yang memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat.
Kerja-kerja kebajikan & penerbitanPengasas Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), 1998.
Pengasas MyFuture Foundation, yayasan mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia, 2008.
BukuDari Hati yang Ikhlas, 2007 & Saya pun Melayu, 2009
Turut terlibat dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan.

Latarbelakang Keluarga & Pendidikan Awal

Datuk Zaid Ibrahim dilahirkan di Kampung Chap - Bachok, Kelantan pada tahun 1951 dalam sebuahkeluarga kampung biasa di kawasan pedalaman. memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Marak berhampiran dengan kampungnya, di mana beliau terpaksa berjalan kaki selama sejam setiap kali pergi dan pulang dari sekolah.

Menyambung pelajaran ke Sekolah Rendah Sultan Ismail, apabila keluarganya berpindah di kawasan setinggan di Kota Bharu, selepas ayah beliau, yang sebelum ini membuat kerja-kerja kampung sambil berniaga kecil-kecilan untuk menyara keluarga, mula berniaga ayam di pasar besar Kota Bharu.

Semasa berada dalam darjah lima, beliau menerima Biasiswa Kecil Persekutuan sebanyak RM15 sebulan berdasarkan prestasi baik pelajaran beliau dan kesulitan kewangan keluarganya, “saat paling menggembirakan dalam hidup saya” kerana tanpa bantuan tersebut, beliau berkemungkinan tidak dapat meneruskan persekolahannya.

Dengan tekad usahanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran di samping mengembangkan minat membaca di masa lapang di perpustakaan awam di Kota Bharu, Datuk Zaid akhirnya berjaya ke salah sebuah sekolah menengah yang terbaik di Kota Bharu iaitu Kolej Sultan Ismail.Kemahuan beliau untuk menimba ilmu, meluaskan pergaulan dan mencari pengalaman baru di negeri orang, berbekalkan duit saku RM5 dari ayahnya, Datuk Zaid berpindah ke Johor Bharu atas pilihannya sendiri untuk meneruskan pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bharu.

Walaupun latarbelakang keluarganya jauh berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan pelajar-pelajar di Maktab tersebut, dan ada merasa sedikit terpinggir sebagai orang luar dan pertama kali pula bergaul dengan orang-orang bukan Melayu, dengan galakan dari guru-gurunya, Datuk Zaid berjaya memupuk bakat berpidatonya sehingga mewakili sekolah sebagai pendebat Bahasa Inggeris.Selepas di Johor Bharu, Datuk Zaid meneruskan pendidikan tingkatan enam di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh, di mana beliau mula berjinak-jinak dengan bahan bacaan politik dan sastera di samping meneruskan minat berpidato dan menulis.

Pendidikan Tinggi

Datuk Zaid akhirnya melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang di Institut Teknologi Mara (ITM) di Shah Alam pada tahun 1971. Di ITM, Datuk Zaid meneruskan minatnya dalam bidang berpidato dan mula aktif dalam persatuan pelajar. Selepas menerima ijazah beliau tiga tahun kemudian, beliau bekerja sebagai eksekutif jualan di Pulau Pinang selama setahun untuk meringankan beban kewangan keluarganya dahulu di kampung. Beliau kemudiannya ke London dengan pinjaman MARA untuk mengambil peperiksaan akhir Bar.

Akibat kesilapan di peringkat pemerosesan permohonan, pinjaman yang diterima tidak merangkumi bayaran tuisyen, menyebabkan beliau terpaksa belajar sendiri dengan meminjam nota dari teman-temannya di sebelah malam. Namun begitu, beliau berjaya lulus peperiksaan Bar dalam masa 6 bulan.

Kerjaya Guaman

Selepas pulang ke tanah air, Dato Zaid memulakan latihan chambering beliau dengan syarikat guaman Shook Lin & Bok, syarikat guaman terbesar di Malaysia pada masa itu. Dari 1976-1979, beliau memulakan kerjaya guamannya bersama dengan firma Raja Aziz Addruse sebelum menimba pengalaman di firma-firma lain.

Pada tahun 1987, Datuk Zaid nekad untuk menubuhkan syarikat guamannya sendiri, Zaid Ibrahim & Co (ZICO). Walau dihimpit cabaran kewangan kerana tidak mempunyai senarai pelanggan besar yang kukuh pada awalnya, selepas berjaya diterima sebagai syarikat guaman untuk UEM-Plus Highway, ZICO mula diterima oleh pelanggan korporat dalam dan luar negara.Dengan rakan kongsi yang pintar dan setia dan reputasi perkhidmatan guaman yang cemerlang, selepas 30 tahun, ZICO kini adalah syarikat guaman terbesar di Malaysia, dengan lebih 130 orang peguam dan ratusan pekerja lain dengan pejabat cawangan di Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Emiriah Arab Bersatu. Sejurus selepas dilantik menjadi menteri, Datuk Zaid Ibrahim melepaskan kepentingannya di dalam ZICO.

Politik

Pendedahan politik awal Datuk Zaid mula semenjak usia remaja tatkala mula mengikut ayahnya mendengar ceramah-ceramah pemimpin politik era 1960an di Kota Bharu, terutamanya sekali para pemidato PAS yang hebat. Dato Zaid mula menjadi ahli UMNO Bukit Bintang sekitar 1986 tetapi mula bergiat secara lebih aktif di Kelantan selepas pilihanraya 1990.Pada tahun 2001, beliau berjaya menjadi Ketua Cawangan UMNO Kota Bharu dan kemudian dipilih menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada tahun 2003. Kerana dilihat telah mempersoalkan kuasa pemimpin UMNO, pada tahun 2005, beliau digantung dari jawatan Ketua Cawangan Kota Bharu. Namun, beliau masih terpilih menjadi Ahli Parlimen Barisan Nasional Kota Bharu dari 2004-2008.

Walaupun tidak terpilih untuk bertanding dalam pilihanraya 2008, dan menyuarakan pandangan kritisnya secara terbuka terhadap hala tuju Barisan Nasional dan masalah kepemimpinan di dalam UMNO sejurus selepas Mar 8, 2008, Datuk Zaid ditawarkan jawatan sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk “untuk membuat perubahan dalam sistem perundangan dan badan kehakiman”.Tidak sampai beberapa hari selepas menjadi menteri, Datuk Zaid memulakan proses memohon maaf terhadap hakim-hakim yang dipecat semasa Krisis Kehakiman 1988 dan pemberian saguhati kepada mereka walaupun dikritik hebat oleh pelbagai pihak di dalam UMNO.

Namun pada September 2008, selepas 5 bulan dan 27 hari, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan atas dasar prinsip kerana tidak bersetuju dengan penahanan penulis blog Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dan wartawan Tan Hoon Cheng di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menjadikannya Menteri paling singkat perkhidmatannya di Malaysia, dan Menteri yang benar-benar meletakkan jawatan atas dasar prinsip. Selepas menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia tentang isu ISA pada bulan yang sama dan muncul di majlis-majlis anjuran parti pembangkang selepas itu, Dato Zaid Ibrahim akhirnya dipecat dari UMNO pada Disember 2008.

Pada bulan Jun 2009, Datuk Zaid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah yakin akan landasan parti tersebut dalam memperjuangkan hak rakyat dan demokrasi tanpa bersandarkan pada sentimen perkauman. Datuk Zaid Ibrahim sekarang merupakan anggota Majlis Tertinggi PKR dan AJK Biro Politik PKR dan berperanan sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat.

Kerja-kerja Kebajikan dan Sosial

Sebagai seorang yang dibesarkan dalam keluarga yang susah, Datuk Zaid Ibrahim mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap masalah kemiskinan dan kebajikan rakyat biasa. Seawal tahun 1998, Dato Zaid dan isterinya telah menubuhkan Yayasan Orang Kurang Upaya (YOKUK) di Pengkalan Chepa untuk memberikan perkhidmatan kepada terutamanya warga emas yang kurang upaya seperti melibatkan mereka dalam kegiatan riadah dan berkebun.

Kini YOKUK menawarkan khidmat kebajikan dan pemulihan percuma kepada lebih 2,500 warga kurang upaya tanpa mengira kaum, usia ataupun jenis ketidak upayaan mereka. Antara khidmat yang diberikan YOKUK termasuklah pelbagai jenis terapi dan perkhidmatan pengangkutan. YOKUK juga merancang untuk menyediakan/memperbaiki 500 rumah warga kurang upaya yang memerlukan bantuan di Kelantan.

Pada tahun 2008, beliau menubuhkan MyFuture Foundation, sebuah yayasan yang bergiat untuk mempromosikan keharmonian antara kaum di kalangan belia Malaysia. Beliau juga telah menulis dua buah buku, Dari Hati yang Ikhlas dan Saya pun Melayu, yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan milik keluarganya, yang ditubuhkan untuk menggalakkan budaya penerbitan tempatan.Selain daripada itu, Dato Zaid Ibrahim juga aktif dalam usaha memelihara kesenian tradisi Melayu Kelantan kerana beliau percaya kebudayaan warisan turun-temurunlah yang dapat memberi pengisian terhadap jatidiri anak bangsa.Datuk Zaid Ibrahim juga menulis di blognya di http://myzaidibrahim.wordpress.com/ dan berkomunikasi melalui http://twitter.com/zaidibrahim dan di Facebook.

Menyumbangkan Tenaga dan Khidmat untuk Rakyat

Matlamat Datuk Zaid Ibrahim ke Parlimen adalah untuk menyumbangkan tenaga beliau kepada negara yang kita cintai dan melihara kepentingan rakyat dan demokrasi di mana “rakyat dapat hidup selesa tanpa takut ditahan pada pagi hari kerana pandangan politiknya malam tadi”.Beliau mahu membantu memastikan yang undang-undang negara mesti berteraskan keadilan dan tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi kepentingan elit di negara kita yang sudah merugikan rakyat berbilion-billion ringgit selama ini.

Penyelewangan kuasa dan rasuah dan penggubalan dasar-dasar yang tidak adil Kerajaan BN telah banyak merugikan dan memiskinkan rakyat, yang dapat dilihat dari masalah tanah yang tidak selesai ke persoalan perumahan dan pendidikan sehinggalah ke pengurusan Petronas yang tidak telus. Beliau yakin rakyat Malaysia tiada sebab untuk tidak dapat hidup dengan selesa dengan limpah kurnia kekayaan negara ini melainkan disebabkan pilihan-pilihan politik yang buruk dan kerakusan pemimpin memperkayakan diri dan kroni-kroni mereka. Datuk Zaid amat prihatin terhadap nasib masyarakat yang terpinggir, samada disebabkan oleh kemiskinan, masalah kurang upaya ataupun penindasan sistematik yang meminggirkan kaum petani, buruh ladang dan Orang Asal yang masih berleluasa di negara kita.

Datuk Zaid Ibrahim sudah sering mengutarakan bahawa politik di Malaysia sudah lama ‘sakit’ dan harus diangkat mertabatnya. Kita harus berpindah dari kata nista dan serangan berbentuk pribadi, atau tindakan-tindakan yang berbaur perkauman yang melambangkan percaturan politik yang dangkal pemerintah BN, kepada perdebatan tentang dasar dan halatuju negara kita. Tanpa dasar-dasar yang baik, rakyat tidak kira kaum dan budaya akan merasa terpinggir di negara sendiri.Keadilan dan Kebajikan untuk SemuaPenglibatan aktif Datuk Zaid Ibrahim dalam kerja-kerja kebajikan, keterbukaannya dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan BN yang tidak adil walau ketika beliau masih lagi bersama BN, keberaniannya sebagai Menteri yang mengusulkan proses meminta maaf kepada hakim-hakim yang dipecat oleh kerajaan pada tahun 1988 dan Menteri yang meletakkan jawatan atas dasar prinsip menentang konsep penahanan tanpa bicara menunjukkan ketulusan beliau untuk menjaga proses demokrasi, keadilan dan kebajikan masyarakat keseluruhannya.

Malah, Datuk Zaid Ibrahim telah memaklumkan dengan jelas bahawa beliau telah menerima tawaran menjadi Menteri undang-undang atas prinsip mahu membantu Kerajaan BN untuk berubah, menghentikan penyalahgunaan kuasa perundangan dan memperbaiki ketelusan dalam proses kehakiman negara. Beliau akhirnya melepaskan jawatan tersebut sambil meminta maaf dengan rendah hati kepada rakyat atas “kegagalan merubah BN”.

Politik Hak, Demokrasi & KebajikanKeadilan itu untuk Semua:
Penolakan politik perkauman

Kita mesti menolak politik perkauman dengan sekeras-kerasnya. Ini hanya akan dapat dilakukan dengan baik jika kita bersungguh-sungguh menghargai keragaman kebudayaan rakyat kita. Kita mesti menghormati dan mempertahankan hak saksama setiap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama tanpa mengabaikan kumpulan-kumpulan terpinggir yang perlu diberikan bantuan. Inilah tuntutan agama Islam dan inilah tuntutan Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Rakyat & Keluhuran Perlembagaan

Kita mesti membela ketuanan rakyat dengan memartabatkan kuasa rakyat dan memelihara proses-proses dan badan-badan yang menjaga demokrasi. Beliau percaya bahawa pilihan-pilihan politik yang bijak hanya akan diambil oleh rakyat yang mempunyai kuasa. Jika mana-mana perkumpulan rakyat ada mengemukakan permasalahan dan tuntutan-tuntutan yang wajar, samada Melayu, Cina, India, Orang Asal atau apapun kaum dan pekerjaan mereka, Kerajaan yang ihsan wajib membantu mereka.

Reformasi Politik & Kepemerintahan Negara

Proses politik kita mestilah memerdekakan dan membebaskan rakyat negara ini dari belenggu kuku besi, perkauman, gejala rasuah dan ketidakadilan.ISUKontroversi tentang keistimewaan kaum BumiputraKerana kritikannya terhadap UMNO yang sudah tenat dengan budaya-budaya tidak sihat, Datuk Zaid Ibrahim memang sudah sering diserang oleh kumpulan-kumpulan yang menggunakan unsur-unsur perkauman untuk melindungi kepentingan-kepentingan politik dan ekonomi mereka.Sebagai seorang Bumiputra yang berasal dari keluarga miskin, beliau sudah tentu tidak menentang dasar untuk membantu kaum Bumiputra yang memerlukan. Apa-apa juga dasar yang membantu membasmi kemiskinan dan memberi keistimewaan terhadap orang-orang miskin dan terpinggir, mestilah diteruskan.

Namun, kebimbangan beliau terhadap kesan buruk penyalahgunaan ‘keistimewaan’ ini kepada negara kita sering diwar-warkan oleh pihak BN sebagai ‘bukti’ beliau mempersoalkan peruntukan perlembagaan terhadap kaum Bumiputra.Dasar apa pun tidak boleh disalahgunakan untuk membolehkan penerimaan faedah tanpa usul periksa tentang latarbelakang ekonomi seseorang. Datuk Zaid sebenarnya amat bimbang bahawa Dasar Ekonomi Baru telah menjadi ‘Dasar Ekonomi UMNO’, yang mana ia menggalakkan pemberian subsidi dan bantuan melampaui batas, yang memberikan projek-projek besar negara untuk memperkayakan Bumiputra yang sudah cukup serba serbi dan untuk jentera parti, tanpa memerlukan si penerima faedah berusaha gigih dan berdikari.Dasar yang disalahgunakan bukan sahaja merugikan negara, tetapi boleh merugikan kaum Bumiputra itu sendiri.

Datuk Zaid mahu melihat generasi muda kita memahami bahawa tidak ada jalan mudah dalam hidup ini untuk mencapai kejayaan. Para jutawan Melayu yang cuba diwujudkan oleh Mahathir Mohamad selama 22 tahun memerintah berjaya hidup dengan kemewahan melimpah ruah tetapi kerana menerima habuan dengan mudah dan tanpa ketelusan, mereka tidak mengenal erti susah payah menguruskan perniagaan, dan akhirnya di ambang krisis ekonomi 1998, banyak syarikat mereka lingkup – malah ada yang terpaksa diselamatkan oleh kerajaan dengan wang rakyat yang datang dari semua kaum. Ini belum lagi kita bercerita tentang budaya ali-baba yang ‘menjual’ nama Melayu untuk habuan sendiri tanpa apa-apa usaha. Tabiat-tabiat seperti inilah yang sebenarnya memalukan bangsa.

Semua rakyat harus memahami hakikat ini sedalam-dalamnya. Kejayaan hanya akan dapat diperolehi dengan peningkatan ilmu dan keupayaan secara gigih. Tidak ada kejayaan yang dicapai oleh mana-mana bangsa di dunia ini dengan pertolongan kerajaan semata-mata. Jika kita benar-benar berasa gusar tentang nasib dan masa hadapan bangsa, jalan terbaik kita adalah mempertingkatkan ilmu, berusaha dan bersaing dengan cekal dan tulus, bersikap terbuka terhadap sebarang kritikan, sindiran dan rintangan serta menolak budaya rasuah dan mengampu.

Kegemilangan bangsa tidak akan dapat dicapai dengan menyemburkan api perkauman dan menyalahertikan ‘keistimewaan’ sebagai ‘ketuanan’ mutlak. Kedua-dua ini adalah perkara yang mempunyai implikasi yang jauh berbeda. Jika kita mahu menjadi Tuan, kita mesti bekerja keras, itu sahaja caranya. Melaungkan tuntutan-tuntutan tanpa janji untuk berusaha keras dan dengan nada berbaur perkauman pula, disertai adegan mencium-cium keris, tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu sendiri jika sesuatu bangsa itu sendiri tidak berubah.

Seseorang yang menyuarakan pandangan mereka dengan jujur dan tenang, walaupun kedengaran kritis, bukanlah seorang pengkhianat bangsa dan negara. Orang-orang yang berbahaya kepada bangsa dan negara sebenarnya adalah mereka yang meletakkan kepentingan diri di atas kepentingan rakyat. Inilah orang-orang yang menjual nama bangsa untuk mendapatkan habuan tanpa bekerja keras, orang-orang yang merompak harta kekayaan negara, orang-orang yang tidak menghormati hak-hak rakyat, orang-orang yang menahan warga tanpa membenarkan mereka dibicara, orang-orang yang menggubal undang-undang yang tidak adil dan mereka-mereka yang senang menggalakkan prejudis perkauman.

Orang Asal: Mengembalikan Hak Tanah Adat

Datuk Zaid Ibrahim telah banyak menyuarakan keprihatinannya terhadap nasib Orang Asal di Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia. Beliau telah banyak berbincang dengan peguam dan aktivis hak tanah adat di Sarawak berserta melawat perkampungan Orang Asal di Bidor dan Temerloh bagi mengetahui dengan lebih jelas permasalahan-permasalahan mereka. Beliau juga telah menyatakan sokongan beliau tentang pentingnya Malaysia menggubal Dasar tentang Hak-Hak Orang Asal Malaysia bagi menjamin kesejahteraan masyarakat tersebut dan hak tanah adat mereka.

Apabila lebih 2,000 Orang Asal telah berarak ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum mereka yang menceritakan hal-hal penganiayaan di tangan kerajaan BN selama lebih 50 tahun, tentang tanah nenek-moyang mereka yang dirampas dan diambil untuk pembangunan tauke-tauke besar BN dan hanya memberi pampasan 6 ekar sekeluarga kepada mereka, beliau turut menyatakan kegusaran beliau bahawa Orang Asli Semenanjung tidak disenaraikan sebagai “Bumiputra” oleh Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persukutuan. Beliau percaya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal, tetapi juga disebabkan kemiskinan mereka.Datuk Zaid Ibrahim mahu menumpukan perhatian terhadap pengiktirafan hak tanah adat kaum Orang Asal seperti yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan permasalahan tanah adat Orang Asli di negeri ini.

Kemiskinan, Isu Tanah & Kebajikan Semua

Datuk Zaid Ibrahim amat sedar tentang masalah kemiskinan yang melanda kaum buruh ladang di Hulu Selangor dan kehidupan mereka yang tidak cukup serba serbi, terutamanya dari segi kemudahan awam. Begitu juga dengan permasalahan pemilikan tanah rakyat yang tidak selesai-selesai sehingga kini dan kegusaran pemilik tanah bahawa tanah mereka sedang diintai oleh pihak-pihak tertentu.Apabila rakyat biasa sulit untuk mendapatkan jaminan tentang hak-hak mereka setelah lebih 50 tahun merdeka, perkara ini tentunya ada kena mengena dengan dasar dan cara pentadbiran Kerajaan BN selama ini yang tidak telus serta tidak menghormati hak rakyat kecil dan kebajikan mereka.Dengan memperkenalkan dasar-dasar yang lebih baik yang menjamin hak-hak ini, mempertingkatkan ketelusan dalam pengurusan tanah dan kebajikan awam, membudayakan proses perundingan bersama rakyat dan mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kepentingan bersama dan bukannya pihak yang sudah kaya raya, Datuk Zaid Ibrahim percaya permasalahan sebegini akan dapat diselesaikan dengan baik.

Topeng Perak

Sunday, March 14, 2010



MasyaALLAH..inilah bukti pemimpin islam. Tak malu untuk makan nasi bungkus. di khalayak ramai. Inilah ciri pemimpin islam.

Tidak menunjuk-nunjuk dan bukan sentiasa membanggakan diri. Tidak memperlekehkan orang lain hatta musuh politik sendiri.

Semoga ALLAH terus lahirkan ramai lagi pemimpin yang berjiwa islam sebenar.
Bukannya menggunakan islam demi kepentingan periuk nasi dan nama.

Dalam kehidupan di dalam kegemilangan, masih utuh nilai kesederhanaan yang diajar oleh islam.

1 Israel, 1 Malaysia???

Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia
By Anwar Ibrahim
Categories: Agenda Baru, Analisis, Antarabangsa, Anwar, Demokrasi, Hebahan, Islam, Isu Semasa, KeADILan, Malaysia, Politik, Propaganda, Sidenotes and Umno

Dari TV Selangor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.
“Orang kata “Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?”. Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti,” kata Anwar.

“Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini – sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman,” tambah beliau.

“Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi,” tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che yang Khor, pangkalan Assam kangar Perlis.
Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

“Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel,” jelas Anwar.

“Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit,” tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.
“Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan,” kata Anwar.

“Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita,” katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

“Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO,” kata Anwar.

“Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah,” tegas beliau.

Tuesday, February 9, 2010

MB Kudeta @ Mahkamah @ diraja menang vs MB Rakyat???

Isu Keputusan Mahkamah : Apa Pandangan Pimpinan PAS?

Mahkamah seperti akui rampasan kuasa di Perak – Nik Aziztu keputusan mahkamah seperti mengakui rampasan kuasa yang berlaku di Perak dan bukannya melalui pilihan raya,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Oleh itu, beliau meminta rakyat di seluruh negara khususnya Perak memprotes sekurang-kurangnya dengan cara benci.“Allah Taala menterjemahkan rasa benci-Nya terhadap manusia yang kufur serta fasik dan derhaka.“Apa yang berlaku di Perak adalah kerja fasik kerana mereka menang tidak melalui pilihan raya dan pihak yang menang itu pula melompat keluar dari kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak, selepas tiga Adun Pakatan Rakyat mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas tahun lepas. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat memprotes keputusan mahkamah kerana seolah-olah mengesahkan mereka yang melompat parti. Katanya, perlu diperjelaskan perbuatan melompat parti sehingga menjatuhkan kerajaan Perak yang dipilih rakyat secara sah mengikut demokrasi adalah salah.

“Sekiranya keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini diprotes pihak tertentu, tidak ada salah juga protes yang sama juga perlu dibuat berhubung kes mahkamah hari ini,” ujarnya. Katanya, walaupun tidak menentang dengan demontrasi, namun ia boleh dilakukan dengan cara menanam rasa benci di hati rakyat berhubung perkara itu.Kata beliau, melompat parti disifat sebagai pecah amanah rakyat yang mengundi mereka. Tambahnya, pecah amanah sedemikian akan berulang pada masa akan datang disebabkan mereka semakin galak melakukan kerja jahat.“Tidak mustahil huru hara akan berlaku di negara ini sekiranya tindakan galak tersebut dibiarkan berterusan,” ujarnya. - harakahdily

Keputusan Mahkamah Persekutuan Bukan Noktah

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) tidak akan berputus asa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Sebaliknya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, PR akan bekerja keras untuk menawan Perak pada pilihan raya umum yang akan datang."Kita sudah jangka keputusan mahkamah tidak akan berpihak kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sejak dari awal lagi."Berdasarkan rekod kes-kes besar sebelum ini, keputusan mahkamah memang tidak memihak kepada PR. Sebab itu kita tidak kecewa dengan keputusan hari ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Zambry kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff bersetuju sebulat suara bahawa pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar adalah mengikut Perlembagaan.Mahkamah memutuskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah bertindak menggunakan bidang kuasa yang ada untuk melantik Zambry bagi menggantikan Nizar setelah berpuas hati bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu tidak lagi mempunyai kelebihan undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apa yang berlaku di Perak akan menguatkan lagi sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang."Rakyat akan bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada Nizar. PR perlu terus berusaha dan kekalkan sokongan yang sedia ada bagi memastikan kemenangan mutlak mereka di Perak pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata rakyat Perak amat kecewa dengan keputusan mahkamah itu."Ramai yang kecewa dengan keputusan hari ini. Mereka berharap sistem perundangan di negara ini dapat memberi keputusan yang sebaliknya kerana kes ini tertangguh agak lama," katanya. Oleh itu, beliau berkata pihak polis wajar membenarkan rakyat mengadakan perarakan secara aman sebagai tanda protes mereka."Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan membubarkan DUN Perak. Biar rakyat buat keputusan dan pilih siapa pemimpin yang layak menjadi pemerintah," ujarnya. -MSTAR

Ulasan GB

Hanya dua orang pimpinan PAS yang ada membuat ulasan. Hmmm... Yang seorang lagi pulak, adui. Stail ulasan dia sama macam UMNO. Cuba baca:"Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini meminta semua pihak menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak."
Patutlah ramai orang kata Kedah akan jatuh ke tangn BN tak lama lagi.

* Pandangan aku pulak "No Komen". Sendiri Mau Ingat!
Lawan tetap Lawan!!!!
Allahu Akbar!!!

Sunday, February 7, 2010

Pandangan negara luar berkenaan Kes Anwar ???

AUSTRALIA:KES ANWAR,AMNOW MEREKACIPTA BUKTI?
Labels:

Setelah seminggu mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rumusan awal oleh dunia antarabangsa ialah mantan timbalan perdana menteri itu sekali lagi menjadi mangsa fitnah dan konspirasi peringkat tertinggi.

Di Australia, parlimen menerima laporan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar negaranya bersabit isu Anwar.

Pengerusinya Michael Danby memaklumkan parlimen bahawa pihak tertentu dalam Umno sekali lagi di dapati memperalatkan sistem perundangan Malaysia untuk membunuh karier politik Anwar. Danby memberitahu parlimen bahawa pengamal demokrasi di sekitar rantau ini terkejut dengan apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Ahli politik veteran mengenai hal ehwal Asia ini berkata untuk kali kedua, pihak-pihak tertentu dalam kerajaan merekacipta bukti termasuk memalsukan dokumen manakala saksi dipaksa untuk memberi keterangan bagi mensabitkan Anwar. Beliau berkata perbicaraan konspirasi kedua adalah mirip perbicaraan pertama yang dilalui oleh Anwar pada tahun 1999.

Menurut beliau kedua-dua siri perbicaraan berkenaan mencemar usaha Malaysia mencanang diri sebagai pendokong prinsip-prinsip demokrasi. Danby menegaskan bahawa semua pihak di Malaysia dan pengamal undang-undang antarabangsa yakin Anwar tidak bersalah atas semua tuduhan ini. Danby berkata pertuduhan fitnah liwat terhadapAnwar diulang kerana beliau adalah satu-satunya ahli politik berbangsa Melayu dalam pembangkang yang berupaya menggugat kedudukan Umno.

Dalam pada itu akhbar The Australian berpendapat perkembangan yang sedang berlaku di Malaysia kini hanya menyerlahkan hakikat bahawa Umno perlu berundur setelah memegang kuasa lebih daripada lima dekad. Di bawah Umno, Malaysia sudah pun jauh ketinggalan berbanding negara-negara yang dahulunya lebih mundur daripadanya, menurut The Australian dengan merujuk kepada Indonesia sebagai contoh.

Untuk perbandingan, pertumbuhan ekonomi Indonesia mengatasi Malaysia untuk tiga tahun berturut-turut, termasuk tahun ini.Contohnya ketika ekonomi Malaysia mengucup negatif 2.8 peratus tahun lalu, Indonesia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 4.5 peratus.

Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT at 21:11

Peliknya Kes Liwat ni!!! Macam drama pun ada!!!

Alahai...Saiful Tak Berak 2 Hari..?
Dari Mahkamah Tinggi: Saiful Tak Basuh Berak?

Mahkamah Tinggi sebentar tadi diberitahu oleh Pendakwa mereka mempunyai bukti air mani kepunyaan Anwar Ibrahim di kesan di bahagian luar dan dalam dubur Saiful Azlan. Pihak Pendakwa seterusnya menyatakan mereka akan membawa bukti itu ke mahkamah yang telah disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai kepunyaan Anwar berdasarkan pemeriksaan DNA.

Saya bukan pakar DNA dan tentu saja saya tidak layak komen mengenai penemuan air mani Anwar di dubur Saiful. Tetapi yang memusykilkan saya, DNA bukanlah satu-satunya bukti yang boleh mengesahkan berlakunya hubungan sex. Ini kerana bukti DNA boleh dicipta dengan mengubah palitan dari satu tubuh ke tubuh lain. Sewaktu perbicaraan Sodomy I pada tahun 1998 dulu, bukti DNA tidak dapat dipakai kerana ia sangat meragukan kerana ada unsur pemalsuan, hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah itu pun terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Itu kemusykilan pertama. Kemusykilan kedua, berdasarkan fakta kes, Saiful mendakwa diliwat pada 26 Jun 2008 (Khamis) dan 2 hari lepas itu (Sabtu) baru Saiful menemui pegawai perubatan bagi memeriksa punggungnya. Yang herannya jika air mani Anwar masih dapat dikesan selepas dua hari kejadian liwat itu, adakah dalam tempoh dua hari itu Saiful tidak membuang air besar? Jika Saiful membuang air besar dan membasuh punggungnya, bagaimana kesan air mani masih ada di punggungnya?

Atau Saiful ini jenis orang yang berak tak basuh punggung?
Jika anda pakar DNA, mungkin anda boleh jelaskan hal ini....

~ pendikar gunung keriang

Perempuan Ini Lebih Cerdik Dari Sepol.

Mangsa yang ditemani dua sahabat beliau kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan selepas itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan fizikal, perbidanan dan sakit puan (O&G) dan dubur pada hari yang sama. Hasil pemeriksaan itu mendapati ada kesan lebam pada leher, lengan kedua-dua bahagian tangan, pinggul dan bahagian dada selain kecederaan pada bahagian kemaluan dan kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan mangsa.

Selain itu, pemeriksaan dubur terdapat kecederaan baru pada bahagian itu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan kerana merogol dengan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya pada pada jam 3.15 petang ,19 April lalu.

Sumber ni gua cilok dari blog member ini tanpa izin... alaaa... gua link credit kat blog dia nih... klik sini. **********************************

Hello bro...., bezanya kes di atas ialah...
1) Perempuan itu di liwat secara paksa... dan si sepol pula di liwat secara.... apa eekkkkk....?
2) Perempuan itu tak gunakan KY Jelly, manakala sepol menggunakannya...
3) Perempuan itu di londehkan secara paksa oleh suaminya... manakala Sepol sempat lagi bilas badan dalam bilik air... dan menyangkut baju di almari...
4) Perempuan itu di gomol dan di cekik... manakala Sepol di peluk dengan penuh mesra...
5) Perempuan itu tak kemut dan tak tahan berak untuk simpan air mani laki dia... manakala Sepol terpaksa kemut dan menahan berak selama 2 hari untuk simpan air mani Anwar untuk di jadikan bukti liwat.
6) Perempuan itu terus buat laporan polis dan dapatkan rawatan, manakala Sepol juga buat laporan polis dan cuba mendapatkan laporan yang dia di liwat.
7) Perempuan itu buat rawatan di sebuah hospital sahaja dan di sahkan di rogol dan di liwat, manakala Sepol terpaksa menapak ke 3 buah hospital untuk mendapatkan pengesahan. Hingga menjadi kontroversi kepada doktor yang buat pemeriksaan padanya.
8) Perbezaan paling ketara ialah, perempuan itu di liwat oleh suamintya dan bukan oleh Anwar... kalau tidak sudah pasti budak Sepol tu tak terkenal seantero dunia dan muka tak boleh masuk akhbar dan TV.
9) Pandai-pandai lu orang nak tambahlah.... penat dah jari gua menaip ni.... alangkah bagusnya kalau gua pun ada budak pembancuh teh dan PA seperti budak Sepol tu.... ha..ha..ha.... gua mampu bayar RP1000 jelah...

Sumber diambil dari Blog Kedahlanie

# Kita dah lupakah baru2 ni, Pemimpin Umno di Pulau Pinang didakwa oleh bekas isterinya kaki perempuan dan kaki liwat. Adakah pihak pendakwa akan memberi perhatian yang istimewa untuk pendakwaan seperti kes Anwar atau sekadar dibakul sampahkan seperti kes Ketua Menteri di sebuah negeri suatu masa dahulu???

Kenapa DNA serta air mani serta apa2 bukti yg dikatakan sebagai bukti penting pendakwaan tidak dibenarkan oleh pihak pendakwa untuk disemak dan disiasat kesahihannya oleh pihak yg didakwa sebelum kes dibicarakan oleh mahkamah??? Dimanakah keadilan bagi orang yg tertuduh? Tunjukkan keberanian dan ketelusan pendakwaan sekiranya benar

Apakah bukti2 yg mungkin boleh diselewengkan itu lebih penting dari laporan perubatan dimana ia merupakan bukti asas pendakwaan???

Sendiri mau ingat!!!

Tuesday, January 19, 2010

TPJ Pas WP parah dilanggar???



Timbalan Pesuruhjaya II PAS Wilayah Persekutuan, Ust Mohd Ali Jamil (gambar - berbaju putih) kini berada di Wad 4G, Tingkat 4 Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Cheras pada hari sabtu, 16 Januari lalu. Dalam kejadian berkenaan beliau dilaporkan telah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dari arah belakang dan menyebabkan beliau yang memandu motosikal berseorangan ketika itu terdorong kehadapan melanggar sebuah lagi kereta lain.
Akibat dari kemalangan itu beliau telah mengalami kecedaraan parah dengan tangan kiri serta kaki kirinya patah. Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Cheras turut kehilangan 5 batang gigi akibat kemalangan berkenaan. Ust. Ali merupakan aktivis sepenuh masa PAS yang aktif sejak zaman mudanya dan pernah terlibat dalam organisasi Dewan Pemuda dan Dewan Ulama’ Negeri. Beliau juga banyak memberikan sumbangan dengan mengajar serta memberikan kuliah dimasjid dan surau sekitar Lembah Klang.
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad yang ditemui memaklumkan bahawa beliau memerlukan sejumlah RM 3,000 bagi kos rawatan penyambungan besi bagi tangan dan kaki beliau yang patah. Bagi ahli-ahli PAS serta mereka yang ingin membantu bolehlah menghulurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam -14023010000110 atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atau menghubungi Kamaruzaman-019-2828536 -hermanshamsudden
Sumber : Kelab Greenboc

Monday, January 18, 2010

Kerajaan Umno BN salahguna atau tak reti guna Pendapatan Royalti dan Cukai dari Petronas???

Monday, January 18, 2010

MISTERI ABAD INI: Ke Mana Hilangnya Wang Hasil Petroleum Malaysia? Anak-Anak Gadis Kita Bakal Jadi Pelacur

Saya terbaca di Wikipedia, bahawa keuntungan dari hasil petroleum Norway dimasukkan dalam satu tabung bernama “Statens pensjonsfond utland, SPU” (TERJEMAHAN: Tabung Pencen Kerajaan Global). Asalnya, tabung ini bernama “Tabung Petroleum” yang ditubuhkan oleh kerajaan Norway untuk menyimpan hasil dari cari gali Petroleum di luar pantai Norway.Setakat yang diketahui, tabung petroleum Norway ini adalah tabung pencen terbesar di Eropah serta keempat terbesar di dunia dan tabung ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil petroleum Norway.

Penerangan berkenaan dengan tabung ini dapat dibaca dibawah :
The Government Pension Fund - Global (Norwegian: Statens pensjonsfond utland, SPU) is a fund into which the surplus wealth produced by Norwegian petroleum income is deposited. The fund changed name in January 2006 from its previous name The Petroleum Fund of Norway. The fund is commonly referred to as The Petroleum Fund (Norwegian: Oljefondet). As of the valuation in June 2007, it was the largest pension fund in Europe and the fourth largest in the world [1], although it is not actually a pension fund as it derives its financial backing from oil profits and not pension contributions. As of 30 September 2009 its total value is NOK 2.549 trillion ($455 billion)[2], holding 0.77 per cent of global equity markets.[3] With 1.25 per cent of European stocks,[4] it is said to be the largest stock owner in Europe.[5]

Ertinya bagi setiap warga Norway, masa depan mereka TERJAMIN dan hari tua mereka TERJAGA kerana tabung pencen global Norway ini cukup untuk menampung keperluan hari tua setiap warga Norway. Setiap perbelanjaan wang dalam tabung ini terdedah kepada maklumat umum kerana tabung ini terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Norway. Malahan, New York Times melaporkan bahawa cara kerajaan Norway menguruskan hasil Petroleum mereka menjadi rujukan kesemua negara maju di dunia ini.

Berebut-rebut negara seluruh dunia mahu mempelajari cara Norway mengurus hasil petroleum mereka.Ia juga bererti setiap warganegara Norway tahu kemana perginya hasil petroleum negara mereka. Nikmat tersebut tidak dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia. Rakya Malaysia tidak tahu ke mana perginya berbillion2 ringgit yang telah didapati oleh kerajaan Malaysia semenjak tertubuhnya Petronas.

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwa di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan. Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion. Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia. Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

RAKYAT MALAYSIA UMUMNYA KEMPUNAN UNTUK MERASA WANG MINYAK MALAYSIA

Apa sangat duit Petroleum yang kita nikmati? Kalau nak kata kita dapat jalan, semua highway di Malaysia dikenakan tol yang semakin menaik. Kita masih kena bayar harga kereta yang mahal serta Cukai Jalan. Kalau nak kata harga minyak murah, tak murah jugak. Kalau nak kata harga barang makan makin murah, barang makanan makin mahal dan semakin mahal.Kalau nak kata gaji kita makin naik, tak naik jugak. Harga rumah pun tak lah murah disebabkan kita banyak duit minyak. Harga rumah tidak murah dan tiada bantuan dari kerajaan pun untuk bantu rakyat Malaysia beli rumah. Kalau nak ikut Norway, wang minyak akan dimasukkan ke EPF. Tapi, kita tengok takda pun Petronas masukkan duit minyak dalam EPF menyebabkan peratus keuntungan EPF tidak naik-naik.

Dari segi pelajaran pun, kita tak tengok Petronas membantu ramai pelajar-pelajar dari segi pembiayaan pembelajaran. Hanya beberapa kelompok kecil anak-anak serta kaum keluarga pekerja Petronas sahaja.Dari segi pembiyaaan kesihatan lagi teruk. Sapa yang pergi ”Prince Court”, harga rawatan separa dengan hospital-hospital swasta yang lain. Takda pun murah. Dari segi tenaga elektrik, kadar makin mahal bukan murah. Kehidupan rakyat Malaysia makin terhimpit namun tiada nampak ada usaha menggunakan wang minyak Malaysia untuk memudahkan hidup rakyat Malaysia.

Jadi, dimanakah RAKYAT MALAYSIA serta ORANG MELAYU dapat merasai nikmat wang minyak Malaysia? Saya percaya 99% rakyat Malaysia tak dapat rasa pun nikmat wang minyak Malaysia.WANG MINYAK MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI DAN UMNOPUTRA. Bukti dan semakin banyak. Kita lihat mereka boleh anjurkan benda-benda membazir macam ”Monsoon Cup” di Terengganu. Buat bangunan-bangunan yang membazir dengan duit royalti minyak Terengganu sampai banyak bangunan yang runtuh. Tapi tu cuma secebis sahaja dari jumlah keseluruhan wang hasil Petroleum Malaysia. Di zaman Dr Mahathir, lebih USD 100 billion duit kita hilang melalui projek2 bodoh dan membazir Dr Mahathir. Buku mendedahkan pembaziran Dr M ini sehingga sekarang tidak diizinkan dijual di Malaysia. Di zaman Pak Lah, lagi teruk. Sikit pun kita tak tahu mana pergi duit ni?Orang-orang kebanyakan macam kita ni adalah bangsat dan tak layak menikmati hasil Petroleum Malaysia. Hasil minyak Malaysia ni hanya untuk orang-orang elit dan UMNOPUTRA semata-mata. Orang bangsat macam kita tak layak menikmati wang Petroleum Malaysia.

KITA TAK NAK BELAJAR DARI INDONESIA KE?

Nanti bila hasil Petroleum Malaysia habis, mereka-mereka ini akan keluar dan lari dari Malaysia dengan membawa berkodi-kodi wang hasil minyak ini. Pada waktu itu, generasi masa depan Malaysia akan jadi seperti Indonesia sekarang ini. Setelah wang minyak Indonesia habis dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau, rakyat Indonesia sekarang majoriti hidup dalam kelaparan dan kemiskinan yang begitu teruk. Bayangkan kelaparan itu telah menjadi perkara biasa kepada JUTAAN rakyat Indonesia. Kalau nak tengok bagaimana Malaysia nanti apabila wang minyak kita dihabiskan oleh UMNO dan UMNOPUTRA, duduklah di Jakarta dan kita lihat sendiri penderitaan rakyat Indonesia. Anak cucu kita akan merempat dan makan sampah serta anak-anak gadis kita nanti terpaksa melacurkan diri semata-mata mahu mencari sesuap nasi. Itulah nasib rakyat Indonesia setelah habis wang minyak Indonesia dirompak Suharto dan kroni-kroni beliau.

Dari dua segi, kerajaan Norway lebih ISLAM dari Kerajaan Malaysia :
a. Pengurusan dana Petroleum yang memikirkan masa depan rakyat Norway
b. Polisi penjualan arak yang mengharamkan keuntungan. Hanya untuk keperluan domestic sahaja.

Bilakah orang Melayu hendak melupakan isu remeh seperti nama Allah dan konsentrasi isu yang lebih penting: PEROMPAKAN WANG MINYAK OLEH UMNO DAN KUNCU2 MEREKA. Sedarlah wahai orang Melayu sekelian. Kamu dah kena tipu hidup-hidup oleh UMNO semenjak Merdeka sampai hari ini. Bangunlah wahai bangsa ku. Berhentilah dari asyik jadi mangsa penipuan. Adakah kita rela melihat anak-anak gadis kita menjadi pelacur di masa hadapan?Tulang Besi

Oil Revenue Payments to Malaysian Government On July 4, 2009

Petronas adviser Tun Dr Mahathir Mohamad asked what did the government spend with the RM253.6 billion payment from the national oil company over the past six years when his successor Tun Abdullah Ahmad Badawi was prime minister. He said that Petronas has been paying dividends, taxes, royalties and export duties to the government since 1976, after it was set up as the national custodian for fossil fuels. Petronas began by paying the government RM300 million in 1976, rising to RM2 billion in 1981, when Mahathir assumed office. The total from 1981 to 2003 was RM168.8 billion for the 22 years that marked Dr Mahathir's tenure as the country's fourth prime minister.

[10] Opposition leader Lim Kit Siang urged the Barisan Nasional government to open its books on Petronas and give a full accounting of how payments from the national oil company had been spent since its inception. Lim said that previously Mahathir did not raise any issues about the misuse of funds from Petronas, set up in 1976 as the national oil company, to bail out "dubious projects”. He pointed to the infamous incident where RM2 billion was used to bailout Mahathir's son Mirzan Mahathir’s shipping concern Konsortium Perkapalan Bhd (KPB) in 1998 when KPB was floundering in billion-ringgit debts with its share price falling to RM3.78 by February 1998, a fraction of its pre-financial crisis level of over RM17.

He claimed that there were other occasions under Dr Mahathir when “Petronas was used as a national piggy bank” such as the RM2.5 billion and RM1 billion bail-outs of Bank Bumiputra in 1986 and 1989, aiding MAS and Proton in their financial struggles as well as to fund mega-projects such as the Petronas Twin Towers and the shifting of the federal administration to Putrajaya. Lim also demanded a full accounting of the RM15.2 billion royalty owed to the Terengganu government from 2000 to 2009, which he claims were “hijacked by the federal government when the Terengganu state government fell to PAS.[11]