Thursday, July 16, 2009

Kecoh!!! Permainan Politik sehingga mengorbankan nyawa???



Terkejut dan sedih aku mendengar berita terkini yg dikeluarkan oleh Malaysiakini!!!.

Kekecohan yg berlaku akibat dari permainan Politik BN dan Pakatan Rakyat yg dikeruhkan dgn tindakan penggeledahan oleh SPRM terhadap beberapa Exco PR dari parti DAP hasil dari khabar angin dan tuduhan umum pihak tertentu baik dari PR dan juga BN akhirnya berakhir dgn kematian mengejut Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah. Penjelasan dari pihak penyiasatan SPR amat diperlukan bagi menjelaskan bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku sedangkan pihak SPR merupakan pihak yg dilihat kali terakhir bersama beliau bagi tujuan soal siasat sebelum kejadian terbabit berlaku dan sepatutnya SPR harus tampil dan bertanggungjawab memberi penjelasan diatas kejadian terbabit.

Sampai begitu sekali kesudahan kes ini! Saya dan ramai pihak percaya bahawa kematian ini bukan disebabkan membunuh diri dan berharap pihak polis dapat menyiasat dgn lebih terperinci berhubung kes terbabit. Saya juga berharap kes ini tidak akan berakhir selagi pihak yg bertanggung jawab tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah walau siapa pun yg menjadi dalangnya. Saya juga berharap tidak ada pihak2 tertentu yg terpaksa dijadikan kambing hitam untuk menutup kes kematian terbabit kerana ia melibatkan nyawa.

Bagi pihak keluarga beliau serta penyokong diluar sana, saya disini ingin merakamkan ucapan takziah diatas kematian beliau itu dan mengharapkan beliau akan mendapat tindakan dan pembelaan sewajarnya demi keadilan seluruh rakyat Malaysia. Saya juga memohon kepada ahli2 politik serta aktivis dan rakyat secara umumnya agar lebih berhati2 didalam setiap tindak tanduk dan berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga kerana macam-macam perkara boleh berlaku dalam dunia hari ini.

Saya juga berharap iklim politik di Malaysia ini tidak akan menjadi korup, zalim dan hilang perikemanusiaan seperti apa yg berlaku di negara seperti Thailand, India, Pakistan, Iraq dan lain2 negara yg bergolak politiknya, penuh muslihat dan konspirasi serta dilihat semakin kejam dan berleluasa walaupun terdapat tanda2 kemungkinan seperti ini berlaku. Saya berharap negara kita akan lebih positif kearah kebaikan pada masa hadapan demi anak cucu kita.
Sila rujuk artikel yg dipetik dari Malaysiakini dibawah. :

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM
Jul 16, 09 5:20pm


Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam. Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut. Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju putih bersama kot dan seluar hitam. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui mati jam 1.30 tengah hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 4 pagi. Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia."(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.

No comments:

Post a Comment