Wednesday, July 1, 2009

Umno parti Subversif???


Aku malas nak citer banyak2 perihal keburukan Umno bila mereka menyalahkan Mursyidul Am kerana menolak Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Dah penat menulis di blog dan baca di blog2 lain sampai rasa macam nak buat buku pun ada kot. Itu belum masuk Politik Kotor BN masa nak rampas Kerajaan Pas Kelantan suatu masa dulu. Atau kes pembunuhan Arwah As Syahid Ibrahim Memali. Takpun kerajaan Pas yg diajak bergabung masa zaman Dr Asri dulu, lepas tu apabila Umno kembali stabil dan dilihat Pas cuba melebarkan pengaruh kepada rakyat. Di adu dombakan dikalangan pemimpin Pas dan disepak Pas keluar dari Perikatan sehingga Pas berpecah kepada 3. Mujur Tok Guru Nik Aziz yg ketika itu memimpin Dewan Ulama' masih hidup lagi hingga sekarang dan boleh bercerita serta berpesan kepada pemimpin dan penyokong Pas yang lain berkenaan perangai Umno ni.

Bagi orang Pas dan Pakatan Rakyat dah cukup bersatu dan berpadu. Bagi pemikir2 (pencacai) melayu yg sayangkan perpaduan ni senang je!. Kalau benar2 sayangkan Perpaduan di kalangan Melayu Islam, keluarlah Umno dan masuk Pas. Bolehlah kita sama2 bersatu padu atas dasar Islam, bukan ketuanan Melayu atau Arab atau Yahudi yg tiada harga walau sesenpun di Akhirat kelak. Mari lah kita bersama2 berpegang pada tali Allah! dgn berjuang diatas prinsip dan dasar Islam yg diturunkan oleh Allah supaya menjadi Rahmat untuk sekalian Alam. Apasal lak bising pasal hak melayu kat Pinang dan Perak? Cuba korang tak pangkah Umno tapi pangkah Pas, nescaya Pas le yg jadi Majoriti besar kat negeri tu. DAP Kedah menang 1 kerusi je x bising pun. Sbb diorg sedar diri dan tau, diorg pegang kerusi minoriti. Tapi kuasa Allah, minoriti kat Perak pun jadi MB tau.

Bergabung dgn Umno dan tubuh Kerajaan Perpaduan pasal Nak Dakwah Umno? Kita orang Pas dah lama dah (lebih 50 tahun) nasihat dan dakwah orang Umno agar masuk Pas serta memperjuangkan Islam, bukan perjuangkan melayu! Sebab islam itu Adil untuk semua bangsa. Kalo tak percaya, tanyalah bekas penyokong dan pemimpin Umno yg dah duduk dan berjuang dalam Pas dan ada yg dah menjadi pemimpin2 dan pendokong kuat Pas pun sekarang ni. Dakwah Non Muslim pun kita dah buat dan Alhamdulillah Kelab Penyokong Pas pun dah berpuluh ribu. Belum campur kita dakwah dan beri penerangan tentang perjuangan islam pada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat. Sampai ada wakil rakyat Non Muslim pun boleh hafal dan petik ayat Al Quran lagi, bikin malu pemimpin Umno yg ada tak pandai baca Al quran.

Kalo MCA, MIC, Gerakan, dan Parti2 Seberang Laut tu, Umnolah yg dakwah diorang agar bersatu. Tapi bersatu kutuk dan hina islam je yg aku dengar! Tak pernah pemimpin parti komponen BN lain puji melayu ke islam tu bagus pun. Nak citer lanjut pasal Umno ni, korang baca jela artikel yg aku tampal dari Blog Era Pasca! Dgn panjang lebar dia terangkan! Aku baca pun pening dan nak muntah! Biar korang baca sampai muntah. Kalo tak cukup, aku nak mintak dia dan rakan blogger yang lain buatkan satu buku untuk korang, siap dgn sejarah sebelum merdeka sampai la ni! Siap gambar2 lama dalam arkib lagi nak menguatkan fakta terbabit. Amacam, nak x? Ape2 hal pun baca dan habiskan dulu yg ni ok.

Politik UMNO Yang Membahayakan Malaysia..

Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Malangnya dalam mengekalkan kuasa, UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata-mata kerana ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman, memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua berfikir dengan teliti, buka hati dan lihatlah realiti :

UMNO Parti Perkauman Dan Pemecah-belah Di Malaysia.

Setelah mendapat kuasa dari British, Umno masih meneruskan segala dasar-dasar British, malah tiada perubahan yang dilakukan sebaliknya meninggalkan terus corak-corak pemerintahan kerajaan Melayu Islam dahulu dan mengamalkan terus corak pentadbiran sekular British. Rakyat pada masa itu memang tidak mengambil tahu kerana bagi mereka yang penting ialah memerdekakan pemerintahan negara dari penjajah British walhal corak pimpinannya masih sama dengan kerajaan British yang menjajah dahulu, sikit pun tidak berubah. buktinya, kebanyakkan Akta-akta Perundangan di Malaysia sekarang ada yang digubal di zaman British lagi. jadi di manakah perubahannya? Sebab itulah setelah kerajaan BN silih berganti Pemimpin, tetapi corak pimpinannya masih sama dan yang berubah hanyalah Retorik dan Cogankata sahaja. Inikah yang dinamakan kita bebas dari cengkaman British sedangkan masih mengikut segala taik-taik yang ditinggalkan oleh British dulu?

Menderhaka terhadap budaya dan Agama Sendiri adalah perbuatan UMNO yang terang-terangan sekarang.

Setelah berjaya menyesatkan Melayu Islam dahulu secara perlahan-lahan. mereka memfitnah pula Parti PAS yang tidak bersetuju dengan corak pemerintahan UMNO yang melalaikan Umat Islam, menolak hukum Islam dan membiakkan kemaksiatan di Malaysia ini sedangkan Pas adalah Parti serpihan mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan yang terus mengamalkan corak pentadbiran British yang menyeleweng dari Nilai-nilai Islam sedangkan kita sudah pun merdeka dari British.

Pada Mulanya mereka menghasut Orang Melayu dengan Ugutan-ugutan bahawa Pas adalah pelampau yang ganas, Parti Lebai kampong dan Parti Kampung.

Mereka juga Pernah menendang PAS keluar dari Kerajaan Perikatan suatu masa dahulu apabila berlaku krisis kepimpinan ketika itu, PAS bukan saja ditendang keluar dari kerajaan perikatan malah di fitnah dan di hina pula oleh pimpinan UMNO yang seagama dengan orang PAS. Begitu hinanya PAS di kecam mereka waktu itu dan sekarang Apabila mereka ditolak dalm PRU-12 baru-baru ini, UMNO merayu-rayu pula supaya PAS dan UMNO bersatu sedangkan mereka lupa perbuatan mereka suatu ketika dahulu.Dalam masa yang sama mereka merampas dan menumbangkan Kerajaan Perak dengan cara yang hina sekali sedangkan MB Perak adalah pemimpin PAS pula malah difitnah pula MB Nizar dengan kata yang keji dan jijik demi matlamat politik mereka.begitu kejinya UMNO dalam mereka merayu untuk bersatu dalam masa yang sama mereka tikam pula PAS dari belakang. Mereka tumbangkan pula Kerajaan PR Perak yang sah dipilih oleh majoriti rakyat Perak.

Adakah perlu diadakan kerjasama dengan Parti yang berperangai buruk sebegini? Tiada bezanya UMNO dengan Yahudi sifatnya.Meminta untuk berdamai dan dalam masa yang sama menikam dari belakang.Malah mereka menakutkan bukan Islam dengan berkata jika PAS perintah ramailah orang cina yang akan kena sunat dan cacat kerana hukum Hudud dijalankan. inilah bahayanya UMNO. kerana kuasa mereka sangup memperlekehkan Hukum Agama sendiri dengan fitnah yang memburukkan Imej Islam di mata bukan Islam dan Islam. apakah ini bukannya kerja buruk UMNO mengkufurkan hukum Allah?Menghasut pergaduhan kaum dalam tragedi 13 Mei, di mana pada waktu itu UMNO telah kalah teruk dibeberapa buah negeri di Perak, Pulau Pinang dan Selangor, mereka menghasut orang Melayu pada waktu itu dengan mengatakan orang Cina sudah biadap merampas negeri melayu. Kini cubaan tersebut cuba diulang apabila DAP berjaya menawan Kerajaan Pulau Pinang, mereka berhimpun dan memainkan Isu kaum kembali dengan berkata "Tengok Lim Guan Eng Cina dah perintah Pulau Pinang", walhal mereka memang bodoh kerana sebelum itu pun Koh Tsu Koon menjadi KM Pulau Pinang, bukan kah Koh Tsu Koon itu adalah berbangsa Cina yang sama dengan Lim Guan Eng?Inilah bahayanya Umno kerana semangat perkauman bodohnya malah nyaris-nyaris menyebabkan tragedi 13 mei berulang kembali.

Umno juga selepas itu banyak kali mengeluarkan kenyataan yang mengundang pergaduhan kaum seperti ketika Najib menjadi ketua Pemuda Umno dahulu semasa mereka berbalah dengan MCA dengan berkata "Basahkan keris dengan darah orang Cina" yang hampir-hampir menimbulkan keresahan dikalangan rakyat jelata. Malah mereka juga pada hari ini berbalah juga dengan orang India berhubung Isu Hindraf. akhirnya apabila kedua-dua kaum ini tidak lagi menyokong UMNO/BN, mereka memfitnah pula Pakatan Rakyat dengan berkata PAS kuda DAP pula, Dan DAP pula adalah komunis. inilah fitnah bahaya UMNO disaat-saat mereka ditolak rakyat kerana sikap perkaumannya yang mementingkan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Menyekat rakyat dari mengenali Islam sebenar malah menganjurkan pula program-program yang melalaikan umat Islam sendiri. walhal UMNO yang di beri Mandat Berkuasa Penuh adalah berbangsa Melayu dan Islam langsung tidak mengambil berat akan keadaan Umat Islam Malah menuduh pula PAS berpolitik menggunakan Agama.Sedangkan beban menjaga Umat Islam diletakkan terus kebahu PAS malah membiarkan pula Pas terkapai-kapai sendirian dalam menjalankan usaha dakwah kepada cara hidup Islam.Apabila PAS menguasai kerajaan Kelantan dan mahu membentangkan Hukum Hudud mereka mengugut pula mahu mengambil tindakan kepada Kerajaan PAS dengan mengunakan kuasa pusat yang dikuasai.

Tidak cukup dengan itu UMNO memperlekehkan pula Hukum Hudud dan memfitnah, kononnya hukum berkenaan hanyalah Hudud PAS. maka keluarlah perkataan yang mengkufurkan Allah dari pimpinan UMNO seperti berikut:"kalau nak makan sup tangan silalah ke Kelantan", "Umat Islam akan Mundur jika Hudud dilaksanakan kerana ramailah orang Islam yang akan cacat dan tidak boleh bersaing untuk mencapai kemajuan", juga keluar pula suara dari MIC yang mengatakan "Itu Quran boleh bikin Jalanraya kah?", maka disokong pula pimpinan UMNO sendiri.

Mereka juga mempermainkan ayat-ayat suci Al-Qur'an untuk menarik sokongan apabila Tun Mahathir mengatakan dalam Al-Qur'an ada ayat yang menyokong UMNO. lantas beliau membacanya seperti berikut: "YA AI YUHALLAZI NA AMANU", kemudian Mahathir berkata, " tengok dalam Qur'an AMANU tu UMNO lah", ini perbuatan munafik dan kufur yang terang-terangan dan di sokong pula ahli-ahli UMNO. perbuatan yang membahayakan dan merosakkan akidah umat Islam yang sangat mendukacitakan.

Maka apabila PAS mengatakan dalam Al-Qur'an menolak hukum Allah adalah kafir maka difitnah pula PAS mengkafirkan UMNO sesuka hati sedangkan merekalah yang menjerumus diri mereka ke lembah kekafiran. isu ini juga lah yang di mainkan di setiap kali pilihanraya sehinggalah sekarang Isu ini pun sudah tidak mendapat sambutan lagi setelah rakyat melihat buruknya perangai sebenar UMNO apabila mendapat kuasa..UMNO juga selepas itu mengubah Islam, dengan mewujudkan Islam HadHari yang baru samata-mata mahu mengelirukan Umat Islam dengan menonjolkan PM Pak Lah menjadi Imam. permainan politik yang berjaya apabila UMNO mendapat majoriti yang banyak dalam PRU ke 11 .

Tetapi semuanya tak lama seperti yang kita maklum. UMNO akan lupa diri bila berkuasa dan kembali merayu simpati bila di tolak rakyat. di saat perlaksanaan Islam HadHari itulah rakyat dapat melihat watak sebenar Pak Lah, apabila boleh menjadi Imam dan di hari lainnya boleh pula bertepuk tampar dan berpeluk pula dengan wanita bukan muhrim. Dalam masa yang sama, mereka juga bertindak merobohkan beberapa masjid dan surau dengan alasan pembangunan. mereka juga menggunakan Ustaz upahan untuk mengupas tentang Islam HadHari yang mana lebih mengelirukan Umat Islam itu sendiri.Dan kita lihat bagaimana UMNO mempermainkan Al-Qur'an apabila Ketua Wanita UMNO Rafidah Aziz menjunjung kitab suci tersebut tanpa memakai tudung malah bersumpah pula, sedangkan didalam ajaran Islam tiada Istilah bersumpah menjunjung Al-Qur'an langsung.perbuatan ini yang menunjukkan kejahilan mereka tentang Islam. inilah munafiknya UMNO yang kita kenal. mempermainkan agama untuk mendapat kuasa dan simpati undi.

Menindas bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka atau yang tidak menyokong dengan mereka. sedangkan menjadi tanggung jawab mana-mana kerajaan di dunia ini wajib membantu rakyat tidak mengira apa fahaman politik yang dianuti.contoh : Apabila kerajaan PAS mengambil alih kerajaan Terengganu, UMNO menyekat wang royalti dan menggantikan dengan Wang Ehsan yang itu pun disalurkan kepada Ahli Politik UMNO sahaja. bukankah zalim perbuatan sedemikian? malah sehingga sekarang pun tidak dipulangkan lagi malah berhutang lagi dengan kerajaan negeri Terengganu sebanyak lebih kurang RM860juta.Malah Negeri Kelantan yang sehingga kini pun masih lagi tidak diberikan Royalti minyak sedangkan Minyaknya telah pun ditemui dan disedut sejak 5 TAHUN lalu.

Bahayanya UMNO sebagai penderhaka kepada Raja-Raja.

UMNO pernah menabalkan sesuka hati seorang Raja Baru di Kelantan yang bukan menjadi Hak UMNO berlaku biadap kepada Sultan Kelantan. Menggubal undang-undang yang meruntuhkan kekebalan dan kemuliaan kuasa Raja-raja pada tahun 1990 malah tidak cukup dengan itu mereka menghina dan menghentam Raja-Raja didalam media-media milik mereka sehingga mengaibkan Raja-Raja Melayu bangsa mereka sendiri. Mereka hanya mebodek Raja-Raja jika ada kepentingan sendiri malah tidak segan silu pula memaki hamun Raja-Raja jika apa yang mereka hajatkan tidak di perkenankan.

Seperti yang berlaku Di Terengganu semasa krisis perlantikan MBnya . Mereka mengelar Sultan dengan penggilan "NATANG", begitu juga krisis yang sama di Perlis apabila Pak Lah mengatakan Sultan tidak mengikut Prosuder yang telah dibuat sebelum ini. Dan kesannya walaupun mereka satu parti iaitu UMNO mereka masih bercakaran sesama sendiri hingga sekarang. Maka apabila mereka mendapat sokongan Sultan Perak pula di mainkanlah Isu kononnya mereka mempertahankan Raja-Raja malah mengatakan pula PR diketuai Dato Seri Nizar sebagai penderhaka hanya kerana ucapan "Mohon Sembah Derhaka". Sedangkan itulah UMNO yang membuang Kemelayuannya lama dahulu sehingga apa yang dibelajar tentang perbahasaan dalam Istana pun mereka menjadi bodoh sebodohnya. Adakah UMNO benar-benar Ihklas mempertahankan kedaulatan Raja-Raja? jika Umno benar ikhlas silalah kembalikan semula kuasa Raja-Raja yang anda hapuskan dulu.Jika tidak Inilah watak parti Munafik ini yang tak sudah-sudah menggunakan Fitnah untuk menjatuhkan lawannya.

Dan yang paling teruk sekali UMNO adalah berbahaya sekali kerana telah terlibat dalam berbagai-bagai jenayah seperti pembunuhan, penculikan, perogolan malah merompak bukan hanya hasil Negara malah harta rakyat sekali. Contoh kes pembunuhan Altantuya yang mana boleh menggugat ketenteraman Negara di mana hubungan dengan Negara Monggolia menjadi semakin buruk sejak kejadian ini. bahayanya kalaulah Negara Monggolia tidak berpuas hati dengan kes ini, kemungkinan perbalahan antara Negara ini akan menyebabkan berlakunya perperangan ataupun tindakan-tindakan yang tidak diduga yang kita tidak boleh nafikan. Merampas kampung-kampung dan tanah rizab Melayu atas alasan untuk pembangunan hanya berniat meminggirkan dan mengecilkan kedudukan Melayu itu sendiri. seperti Isu Kampung Baru, Kampung Berembang dan Kampung Plentong di Johor yang dirampas malah ditipu pula oleh UMNO semasa berlaku perampasan tanah tersebut.

Terlalu banyak menggadai tanah serta kepentingan Negara kepada Singapura yang di ketahui sebagai proksi Yahudi Israel, contoh : Penjualan air Malaysia kepada Singapura dengan harga 3sen segelen walhal setelah diproses Singapura menjual pula kepada Malaysia dalam bentuk produk baru dengan harga 10 kali ganda.Memberikan keutamaan kepada Singapura memiliki saham-saham penting didalam kepentingan Negara.Banyaknya tanah-tanah rizab melayu yang di miliki oleh tauke-tauke besar dari Singapura..Ini adalah sangat berbahaya sekali sedangkan kita sedia maklum betapa Singapura sejak dulu lagi tidak pernah mempunyai hubungan yang benar-benar baik dengan kita malah tidak menghormati kedaulatan negara kita dengan sering kali menceroboh ruang udara kita dengan pesawat-pesawat tempurnya yang di bekalkan oleh Israel.

Dan yang terbaru apabila kita hilang hak keatas Pulau Batu Putih gara-gara sikap Peguam Negara yang lebih suka berpolitik sehinggakan kes yang sepatutnya memihak kepada malaysia dimenangi pula oleh Singapura. Ini sudah tentulah mengaibkan maruah Negara malah akan membuatkan Singapura akan lebih tidak menghormati kita selepas ini apabila begitu senangnya Malaysia di perkotak-katikkan.Membawa masuk budaya-budaya barat yang tidak senonoh dan meracuni pemikiran Rakyat sehinggakan rakyat tidak lagi dapat menilai kebaikan atau keburukan nilai-nilai barat tersebut sedangkan kita sedia maklum segala budaya-budaya ataupun nilai-nilai hidap corak Barat itu diasaskan dan di dalangi Oleh Yahudi Israel sendiri.

Mengiktiraf Negara Israel.

Walaupun nampak seperti Malaysia menolak pembentukkan negara Yahudi tersebut tetapi dengan tindakan-tindakan kerajaan yang memberi ruang kepada Israel menunjukkan kerajaan mengiktiraf negara tersebut. contoh : Membenarkan Pasukan kriket Isreal datang ke Kuala Lumpur malah menangkap pula rakyat kita yang berhimpun membantah kehadiran pasukan Israel tersebut.Membenarkan Amerika memegang banyak saham dan membuka banyak perniagaan di Malaysia walaupun kita tahu kebanyakkan Syarikat-syarikat dari Amerika tersebut dimiliki oleh bangsa Yahudi yang terlalu memusuhi Islam contoh Syarikat KFC, Mc Donald dan lain lain. Mengadakan Persidangan di Malaysia yang turut di hadiri wakil-wakil dari Israel malah mengantung pula bendera Israel di PWTC.

Malah Malaysia sering bersikap berkecuali malah takut menegur Amerika yang menyokong Israel apabila Israel berulang kali membuat kerosakkan di bumi Palestine dan hanya membantah apabila majoriti Negara di dunia mengecam perbuatan Israel, malah program boikot Israel pun sekarang ini senyap entah kemana dan tabung yang di tubuhkan pun senyap entah kemana duitnya. Tiada pula TV menghebahkan bila duit itu diserahkan kepada Palestine? Malah sehingga kini Malaysia menggelarkan negara haram Yahudi itu Israel sedangkan Negara-Negara Islam yang tidak mengiktiraf negara Yahudi tersebut memanggilnya dengan nama TANAH PALESTIN YANG DITAWAN sahaja. Atas tindakan-tindakan kerajaan seperti diatas itulah yang mengesahkan lagi pengiktirafan Malaysia kepada Israel Laknatullah!

UMNO Mempelopori Kes-Kes Jenayah

Terlibat dalam kes-kes pencabulan terhadap wanita seperti kes Dato Jamaluddin Jarjis meraba, kes Rahim Thamby Chik merogol seorang budak bawah umur, Kes Norhayati Onn yang besekedudukkan dengan bekas MP Gombak dan banyak lagi tak tertulis disini, malah sehingga ke hari ini mereka berselindung disebalik kuasa dari diambil tindakan. Bayangkanlah jika adik, kakak atau saudara perempuan kita yang terkena apakah kita akan menerima sahaja sedangkan nak mengambil tindakan pun mereka seolah-olah dilindungi pula oleh pihak berkuasa.

Dan akhir sekali memggunakan media-media termasuk blogger upahan milik mereka menabur fitnah dan memutar belitkan fakta supaya segala kerosakkan yang di bawa oleh UMNO disembunyi tetapi menghentam pula pihak-pihak yang menuntut keadilan untuk rakyat jelata.Malah untuk melalaikan rakyat mereka mengumpan cara hidup yang melalaikan dan lebih bahaya lagi mereka lebih suka jika rakyat juga rosak minda dan fikiran dan mengamalkan cara hidup yang sesat dan tamak seperti mereka UMNO yang berbahaya.

Jadi anda renungkanlah andai kata ada kuasa yang lebih tinggi selain UMNO memerintah Malaysia nanti memang layaklah UMNO di ISAkan kerana setiap permainan politik UMNO mengundang bahaya dan menggugat ketenteraman awam malah boleh mengakibatkan peperangan di antara rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian di bumi bertuah ini.

Kata Bang Mat Sabu:

"UMNO DENGAN MAKSIAT"
IBARAT TAIK DENGAN KENTUT

Nukilan : Naruto sensei

No comments:

Post a Comment