Thursday, May 7, 2009

Alahai Zam !!!!!

Assalamu alaikum wbt !!!

Sila klik di sini utk link gambar2 menarik sepanjang persidangan Dun Perak dipetik dari Malaysiakini.

Fakta penting yg harus dikongsi bersama sepanjang kronologi rampasan kuasa Najib di Perak. :


  1. 2 wakil rakyat PKR yg juga Exco Perak disiasat bersama beberapa orang lain oleh SPRM atas tuduhan rasuah melibatkan wang dan wanita.

  2. MB Perak, DS Nizar berkata kerajaan negeri menganggap tuduhan tersebut berniat jahat dirancang oleh BN Perak serta SPRM dan akan mempertahankan Exco terbabit.

  3. Wakil rakyat Umno Bota, Datuk Nasarudin mengisytiharkan diri keluar dari Umno menyertai PKR dan PR.

  4. DS Tajol Rosli meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Negeri Perak dan digantikan DS Najis serta timbalannya adalah Jahit Midi.

  5. Ura2 mengatakan Umno / BN akan merampas kuasa di Perak dan didapati 2 wakil rakyat yg juga exco Perak menghilangkan diri dipercayai ke Pahang berjumpa secara sulit dgn Najis.

  6. Wakil rakyat DAP yg juga timbalan speaker Perak, Hee Yit Fong dan ADUN Bota didapati hilang dipercayai dibawa ke Putrajaya menemui DS Najis.

  7. Mereka yg terlibat iaitu 2 ADUN PKR serta 1 ADUN DAP mengisytiharkan keluar dari parti menjadi bebas dan menyokong BN bersama 1 ADUN Umno yg keluar parti kembali semula ke dalam Umno yg diisytiharkan oleh Najis di Putrajaya.

  8. Speaker menerima Surat Akuan perletakan jawatan oleh ketiga2 ADUN terbabit yg dihantar kepada beliau dan mengesahkan pengosongan 3 kerusi ADUN terbabit bagi SPR melaksanakan pilihanraya kecil di kawasan terbabit.

  9. Ketiga2 ADUN menafikan perletakan jawatan tersebut dimana surat tersebut yg ditandatangani bagi menyatakan sokongan ketika pembentukan kerajaan PR yg diminta oleh baginda Sultan.

  10. SPRM yg diberi kuasa melaksanakan PRK tersebut mencabar kuasa Speaker dgn memutuskan bahawa kekosongan tidak pernah berlaku berdasarkan keterangan wakil rakyat terbabit.

  11. MB Perak, DS Nizar memohon mengadap Sultan Perak bagi memperkenankan pembubaran kerajaan dan DUN dan diterima.

  12. Permohonan mengadap oleh DS Najis yg tiada kepentingan didalam hal urus tadbir kerajaan perak turut diterima.

  13. Permohonan DS Nizar atas kapasiti ADUN dan MB Perak tidak diperkenankan oleh Sultan Selangor malahan Sultan Perak meminta beliau pula meletakkan jawatan. Permintaan baginda ditolak secara baik oleh beliau.

  14. Permohonan DS Najis pula hanya diatas kapasiti Pengerusi BN Perak walaupun beliau bukan rakyat perak mahupun merupakan ADUN yg terlibat didalam urusan hal ehwal Perak diterima dan dipersetujui oleh Sultan Perak.

  15. Sultan Perak membuat keputusan yg dianggap diluar bidang kuasa baginda menurut Undang2 Tubuh negeri Perak bagi melantik MB dikalangan ADUN BN sedangkan MB sedia ada setelah memanggil dan mendapat persetujuan kesemua 28 ADUN BN serta 3 ADUN bebas dimana 2 daripadanya mempunyai kes rasuah yg sedang dibicarakan serta 3 wakil terbabit dipertikaikan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat.

  16. MB Perak mempertikaikan keputusan baginda kerana tidak melalui proses sebenar iaitu undi tidak percaya di Sidang DUN dan hanya memutuskan berdasarkan pandangan majoriti ADUN di dalam Istana.

  17. Permohonan mengadap bagi rayuan membubarkan Dun oleh MB Perak bagi meredakan ketengan dan menyerahkan semula kepada rakyat bagi mendapat mandat baru bagi pihak yg menang tidak dilayan Sultan Perak.

  18. Perlantikan MB Perak baru di Istana Perak menjadi kecoh apabila berlaku demonstrasi besar2an membantah tindakan sultan oleh orang ramai yg tidak berpuas hati.

  19. Sultan telah melantik ADUN Pangkor iaitu Dr Zambry sebagai MB Perak yg baru walaupun MB DS Nizar masih belum meletakkan jawatan.

  20. MB Perak masih hadir ke Pejabat MB Perak walaupun cubaan menghalang serta arahan dikeluarkan oleh S Usaha Kerajaan Perak bagi mengosongkan pejabat beliau dan mendapati Pejabat beliau serta exco lain juga telah dikosongkan dimana dokumen penting dan barang peribadi turut hilang.

  21. S Usaha juga dilihat telah menghalau MB Perak, Exco serta wartawan keluar dari pejabat dan bangunan SUK.

  22. MB Kudeta (Coup de Tat)Perak, melantik 6 exco baru bagi membantu beliau mentadbir kerajaan baru Perak.

  23. S Usaha Kerajaan Perak mengarahkan MB Perak serta exco terlibat mengosongkan rumah kediaman serta memulangkan kenderaan kerajaan dalam tempoh 3 bulan.

  24. Speaker Perak bertindak tidak mengiktiraf kedudukan serta menggantung 3 wakil rakyat bebas terbabit dari sidang Dun.

  25. Speaker Perak turut menggantung MB Kudeta bersama 6 exco yg lain atas kapasiti speaker dan pengerusi JKuasa Hak kebebasan Perak setelah memanggil mereka memberi kenyataan ketika proses siasatan kerana tidak menghormati dan membelakangi Undang2 Tubuh Kerajaan Perak dimana menurutnya, MB serta Exco yg ada masih sah disisi undang2.

  26. MB Perak, DS Nizar memfailkan pengisytiharan MB yg sah serta beberapa pengisytiharan lain ke mahkamah tinggi.

  27. 3 wakil rakyat bebas turut memohon pengisytiharan bahawa mereka adalah wakil rakyat yg sah.

  28. MB Kudeta memfailkan permohonan permohonan menafikan penggantungan speaker terhadap beliau dan 6 exco ke Mahkamah Tinggi serta memohon Speaker tidak memanggil sidang DUN yg menyalahi undang2 .

  29. Notis persidangan DUN Tergempar yg tidak memerlukan perkenan sultan dikeluarkan oleh Speaker Perak bagi melaksanakan sidang Dun Perak tetapi telah cuba digagalkan oleh S Usaha DUN, MB Kudeta serta Setiausaha Kerajaan Perak secara terancang.

  30. SU Perak dgn dibantu oleh kakitangan serta Ketua Polis Ipoh dibantu oleh polis dan FRU melarang persidangan terbabit dgn menutup bangunan SUK Perak dan menghalang ADUN PR dari memasuki dan mengadakan sidang DUN.

  31. Dalam hari dan waktu yg sama, perbicaraan kes MB Kudeta vs Speaker Perak diadakan bagi menghalang diadakan persidangan DUN oleh Speaker Perak. Hak membela diri oleh Speaker Perak dinafikan oleh Pesuruhjaya kehakiman dgn tidak membenarkan peguam luar mewakili dgn alasan beliau merupakan kakitangan kerajaan sedangkan pada masa yg sama Penasihat Undang2 negeri telah mewakili pihak lawan iaitu MB Kudeta Perak, Zambry. Keputusan pada sebelah petang memutuskan persidangan dun yg menyalahi peraturan tidak boleh diadakan oleh speaker berkuatkuasa serta merta serta persidangan dun telah berjaya diadakan pada sebelah pagi (maka ia sah).

  32. Atas kapasiti Speaker dan halangan oleh pihak polis memasuki sidang dun pada pagi itu, beliau mengarahkan Sidang Dun diadakan diperkarangan bangunan SUK iaitu di bawah pokok yg telah digelarkan pokok keamanan yg dihadiri oleh semua ADUN PR.

  33. Speaker juga telah memecat S Usaha DUN, Sabri Antong kerana bertindak mengingkari arahan beliau dan digantikan oleh saudara Misbahul Munir.

  34. Persidangan tergempar terbabit berakhir lebih kurang (kurang pasti)11.30 pagi.
  35. MB Perak memulangkan semula kediaman rasmi MB Perak kepada kerajaan beserta kenderaan rasmi Exco tetapi enggan memulangkan kenderaan rasmi MB sebagai simbolik bahawa beliau masih lagi MB yang sah.

  36. PRK Parlimen Bukit Gantang diadakan setelah kematian MP terbabit iaitu Roslan Shaharum serentak dgn PRK Bkt Selambau dan Batang Ai bagi menguji sokongan rakyat terhadap BN dan PR terutamanya di Perak. Pas yg diwakili DS Nizar telah menang dgn majoriti yg agak tinggi menewaskan calon Umno menggagalkan usaha MB Kudeta bagi mendapat restu rakyat perak.

  37. MB Perak telah disahkan dan bergelar Ahli Parlimen Bkt Gantang.

  38. Majlis Perbandaran Ipoh telah memecahkan tugu peringatan yg dibina di pokok keamanan dan serpihan tugu terbabit yg pecah telah berjaya dilelong oleh ADUN PR dgn mendapat hasil beratus ribu ringgit dari orang ramai.
  39. MB Kudeta dan exco akhirnya berjaya memperolehi 2 permohonan daripada 10 permohonan beliau di mahkamah di mana di isytiharkan bahawa keputusan speaker menggantung beliau adalah tidak sah di segi undang2. Peguam speaker menafikan bahawa keputusan itu tidak membawa apa2 makna kerana sekadar pengisytiharan dan bukan atas perintah (mandamus) yg boleh memaksa speaker mengikut keputusan mahkamah dan speaker menjatuhkan hukuman gantung bukan atas kapasiti speaker tetapi pengerusi j/k hak kebebasan DUN.

  40. Kerajaan kudeta perak membuat keputusan melelong semua kenderaan rasmi Exco kerajaan Perak, Toyota Camry yg dibeli ketika kerajaan PR berkuasa.

  41. Pakatan Setia Usaha Dun yg dipecat, Setia Usaha kerajaan Perak atas arahan MB Kudeta Perak telah mengeluarkan Notis Persidangan DUN pada 6 Mei 09 tanpa pengetahuan dan arahan Speaker Perak dan telah diperkenankan oleh Sultan Perak bagi mengelakkan Sidang Dun dibubarkan sekiranya tidak diadakan sebelum 15 Mei 2009.

  42. Speaker telah memohon agar persidangan terbabit dibatalkan atau ditangguhkan bagi menentukan pengesahan MB Perak yg sebenar tetapi tiada jawapan oleh pihak istana.

  43. Seorang Aktivis Bersih serta naib presiden Pas iaitu Mat Sabu ditangkap dan ditahan secara paksa oleh pihak polis tanpa waran kerana mengajak orang ramai mengadakan perhimpunan menyatakan sokongan kepada wakil PR dan mengajak rakyat mengadakan munajat dan solat hajat pada pagi 6 Mei 09 menjelang persidangan Dun terbabit.

  44. Ketua Polis Negara dan Negeri mengarahkan agar pihak2 yg terlibat agar tidak membuat perhimpunan disekitar Bangunan SUK menjelang Sidang Dun Perak serta telah bersedia membuat kawalan dan sekatan ke setiap jalan masuk Bangunan SUK. Hanya kakitangan, media serta wakil rakyat yang berkenaan dibenarkan masuk.

  45. Pada 6 Mei 09, telah diadakan persidangan DUN Perak yg dipengerusikan Speaker Perak, Datuk S Sivakumar yg turut dihadiri oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah. Kedudukan kerusi telah di ubah. Speaker yg ada tidak berfungsi kecuali speaker di meja SU Dun dan Speaker baru.

  46. Pihak polis dan FRU menahan sesiapa yg memakai baju atau pakaian hitam yg berada atau berkeliaran dalam jarak 500 meter dari kawasan Bangunan SUK pada pagi itu atas kebenaran injunksi mahkamah. Ramai orang telah ditangkap termasuk ADUN serta MP Pakatan Rakyat hatta yg sedang minum di kedai makan berhampiran turut ditangkap.

  47. Speaker S Sivakumar enggan memulakan Sidang DUN setelah 10 orang yg diarahkan digantung kehadirannya iaitu MB Kudeta dan barisan Exco serta 3 orang ADUN bebas enggan keluar dari sidang. Bentara tidak mempedulikan arahan dikeluarkan speaker.

  48. S Usaha DUN, Sabri Antong cuba campur tangan mencampuri urusan speaker dan mengusir speaker tetapi disergah dan dihalau keluar oleh speaker serta ADUN PR.

  49. Kelihatan, pihak BN iaitu MB Kudeta yg telah digantung cuba mengusulkan Undi tidak percaya terhadap Speaker tetapi tidak dilayan kerana pengusul dan pengundi terdiri daripada mereka yg digantung dan telah menolak usul terbabit didalam kamarnya sebelum sidang dun terbabit.

  50. Timbalan Speaker yg telah digantung pula cuba mengambil peranan speaker dengan melantik Speaker baru iaitu Ganeson dgn mengadakan sidang kecil haram membentuk bulatan dikalangan Adun BN serta disokong oleh semua Adun BN tetapi telah ditegur bahawa keputusan tersebut haram oleh Speaker kerana Sidang DUN masih belum bermula dan akan bermula setelah perasmian dan ucapan oleh Raja Muda.

  51. Speaker baru dibawa masuk dan mengangkat sumpah dihadapan timbalan speaker yg digantung yg diluluskan sidang haram duit syiling (budak-budak) dan disahkan oleh ADUN2 BN serta ADUN HARAM.

  52. Percubaan membawa Speaker haram oleh sidang haram melalui SU DUN dan kakitangan SECARA TIDAK BERETIKA dihalang oleh wakil rakyat PR dan berlaku pergelutan dan tumbuk menumbuk serta tolak menolak dikalangan ADUN yg terlibat.

  53. Maka Sejarah hari ini telah tercipta di Malaysia dimana belum pernah berlaku sebelum ini di mana-mana tempat di dunia!!! dimana seorang speaker telah diseret keluar oleh pihak keselamatan didalam sidang dunnya sendiri. Akhirnya Tuan Speaker telah ditarik dan diseret keluar oleh segerombolan kakitangan Sidang Dun yg disyaki merupakan pihak polis tanpa pas khas pada jam lebih kurang 3.15pm. Pihak polis dan SU turut dilihat berada didalam Sidang DUN terbabit. beberpa wakil rakyat turut dikasari dan ditarik keluar.

  54. Speaker haram yg baru belajar mengambil tempat Speaker dan mengarahkan bacaan doa dilakukan tetapi tidak dihiraukan oleh kakitangan yg terlibat.

  55. Raja Muda masuk untuk memulakan ucapan setelah menunggu di bilik khas selama lebih 5 jam. DS Nizar membuat aduan kepada Raja Muda bahawa Speaker yg sah telah diusir keluar lalu Raja Muda memanggil beliau serta Dato' Ngeh dan membisikan sesuatu. DS Nizar kembali dan mengarahkan mereka (ADUN PR) agar bertenang.

  56. Setelah selesai ucapan, DS Nizar memohon agar pihak yg tidak berkenaan keluar dari sidang dun. Raja memperkenankan permohonan. Raja muda meminta untuk bersalaman pada semua ADUN dimulai wakil PR seterusnya ADUN BN.

  57. Raja muda keluar diiringi DS Nizar dan meminta agar DS Nizar mengadap beliau kelak serta difahamkan beliau berucap bahawa beliau ingin bekerjasama dgn PR. Wallahu A'lam.

  58. Speaker haram menangguhkan sidang DUN pada hari itu pada hari yg berikutnya.

  59. Selesai Sidang DUN lebih kurang 4 lebih pm, kebanyakan orang ramai yg ditangkap telah mula dilihat dibebaskan oleh pihak polis.

  60. Speaker S Sivakumar telah ditangkap dan dikurung didalam bilik persalinan oleh pihak keselamatan.

Inilah kesudahan yg hebat buat masa ini hasil perancangan C4 NajisTuya yg dislogankan sebagai 1 Malaysia melalui tikar terbang beliau iaitu ZAM. Kita tunggu kesudahan pada episod akan datang atau pada hai isnin kelak dimana keputusan mahkamah menentukan siapa MB yg sah sebenarnya.

NIAT SEBENAR BN

Aku rasakan puak BN ni dah rancang dgn teliti kes ini dan kes yg akan datang. Ini semua mungkin dirancang oleh Najis, Zam zam, SUK, SU Dun serta pihak polis. Mereka cuba menidakkan kuasa Speaker seterusnya menggantikan Speaker yg ada. Tujuan sidang dun semata2 untuk merampas kerusi speaker.

Setelah diganti dgn Speaker haram, mereka boleh menguasai Dun dan kerajaan dgn mudah. Walaupun sekiranya Nizar disahkan menjadi MB sekali pun, mereka boleh terus mengusulkan undi tak percaya kepada Nizar dan mengesahkan jawatan Zambry. By hook or by crook, mereka akan cuba dapatkan kuasa mereka. Mereka akan menggunakan kuasa speaker yg haram sepenuhnya walaupun keputusan yg pelik2 demi mengekalkan kuasa. Mereka akan menggunakan strategi yg diatur dan digunakan pihak pakatan rakyat untuk mengenakan kita semula.

Jadi saya minta pihak PR agar berusaha sedaya upaya mempertahankan Sivakumar sebagai Speaker. Dapatkan pengesahan bahawa Notis Sidang dan Sidang Dun tersebut tidak sah. Perlantikan speaker haram tak sah serta mengekalkan kuasa sivakumar sebagai speaker. Dakwa dalang2 konspirasi menjatuhkan speaker ini di mahkamah. Perkara ini harus dilakukan dgn teliti, cermat dan segera!. Jangan terlalu mengharapkan kuasa Sultan kerana baginda telah menjelaskan bahawa mereka dan kuasa mereka mengatasi politik (dalam maknanya). Bermain lah strategi secara bijak.

Perkara pertama sekiranya ditakdirkan Nizar menjadi MB sah adalah memecat, menggantung atau menukar SUK serta merta bersama pihak2 yg bersubahat sebelum mereka mengambil tindakan terhadap DS Nizar. Sekiranya dibenarkan, SU Dun juga harus disingkirkan. Berikhtiar dgn apa cara sekalipun bagi mengekalkan kuasa Speaker Sivakumar serta memastikan arahan2 yg diberi dipatuhi. Fikirkan strategi dan kemungkinan yg akan berlaku. Jangan menyerah pada nasib. Wallahu A'lam.

Alahai ZAM! ZAM!

Wahai tikar Pandai terbang!

Bawalah aku ke negeri yg di panggil Monggolia!

ZAM ZAM ALAKAZAM !!!


ALAHAI ZAM! ZAM!
YG HITAM LEGAM...


KU SANGKA KAU PANDAI

RUPANYA PANDAI BUAT KERJA HARAM!!!

GELIGA BETUL, OTAK PENIPU!


TAKPELAH.

DEMI 1 MALAYSIA, 1 ALTANTUYA.

Bisik apa tu?
Bisik ada makna tu...

ARIYOS....




No comments:

Post a Comment