Thursday, May 21, 2009

Kisah menarik - Keputusan mahkamah, Selsema babi dan gila babi!!! (Update-Terkini)

Assalamualaikum dan salam semua!!!!

Hari ini dijangka pada pukul 3.30pm, maka akan diumumkan keputusan oleh Hakim di Mahkamah Tinggi Rayuan berkenaan kes diantara Nizar dan Zambry berkenaan siapakah MB sah diantara keduanya. Aku malas nak mengharap agar keputusan menyebelahi Nizar kerana jelas berdasarkan bukti dan Akta yg terdapat Undang2 Tubuh negeri Perak serta lain2 negeri termasuk Malaysia. Tapi aku kena bersikap positif agar tuhan lorongkan hakim2 tersebut yg membuat keputusan agar memberikan keputusan adil agar tidak timbul konflik perlembagaan kerana keputusan yg menyebelahi Zambry akan turut memberikan kesan kepada Perak dan negara pada masa akan datang kerana kes ini menjadi rujukan dan ikutan keputusan hakim pada masa akan datang.

Aku tahu pihak BN tidak akan peduli tentang kesannya kerana selagi mereka masih berkuasa, mereka mampu memanipulasikan undang2 mengikut telunjuk dan kemahuan mereka. Sejak kes ini dijadikan medan pertempuran di mahkamah, pihak BN telah mempunyai perancangan jelas dan lengkap bagi menghadapinya. Kita mampu merancang, tuhanlah yg menentukan! Maka, apabila keputusan yg dijangka menyebelahi mereka tidak menyebelahi mereka telah mereka ketahui lebih awal lagi dimana tuhan melorongkan Hakim yg adil dan bijaksana mengendalikan kes yg sama.

Maka terpaksalah menggunakan perancangan dgn cara yg luar biasa didalam membuat rayuan kes tersebut. Kes yg sepatutnya mengambil masa dan prosedur yg tertentu telah dimudahkan ke tahap hampir mustahil dimana hari ini didaftarkan terus dibicarakan tanpa perlu menunggu hari yg sesuai. Hakim yg sepatutnya 3 orang, cuma seorang. Itupun hakim yg terlibat dgn kes Correct, correct, correct!. Manakala notis 1 jam diberi kepada peguam Nizar utk hadir membuat pembelaan dan keputusan diberi hanya selepas perbicaraan lebih kurang 1 jam. Hebat bukan???

Oleh yg demikian, kita sebagai penyokong hanya mampu berdoa agar dibukakan Allah lorong2 keadilan di dalam kes ini. Mereka telah menggagalkan perancangan Nizar memohon sekurang2nya 5 hakim dgn alasan kelewatan kerana memudahkan kerja manipulasi mereka agar berjaya mengikut perancangan. Mendapatkan 2 hakim atau sekurang2nya ketua hakim lebih mudah diyakini daripada mendapatkan 3 daridada 5 hakim. Lagipun mereka juga manusia biasa serta kakitangan awam yg terpaksa tunduk terhadap tekanan dan arahan pihak atasan.

Sekiranya berjaya, alhamdulillah diucapkan. Kes ini hanya berkisar tentang 1 MB mahu disahkan MB agar dapat memberikan semula kuasa penentu kerajaan ditangan rakyat dari membiarkan kuasa ini ditentukan oleh 4 katak yg tiada integriti dimana 2 daripadanya terlibat dgn jenayah rasuah serta pihak yg mempunyai perancangan jahat. Manakala 1 MB lagi mahu merampas dan mempertahankan kuasa mereka dgn cara mudah yg hanya didokong oleh 3 calon bebas yg tiada integriti dimana kedua2 pihak terikat dgn jumlah yg sama.

* Berita Terkini diterima pkl 4pm.

Zambry di isytiharkan menang dengan keputusan 3-0.(Sumber Malysiakini). Al Banjari didalam posting pada pukul 2.30pm telah meramalkan kemenangan Zambry. Menurut posting Wak, dilaporkan menurut sumber yg boleh dipercayai, Ketua Hakim Negara atas arahan pihak atasan mengarahkan agar Ketua Hakim Rayuan memaklumkan kepada 3 hakim berkenaan agar memberikan keputusan yg betul (menyebelahi BN). Keputusan pihak hakim tersebut adalah 3-0 atau sekurang2nya 2-1. Maka tepat juga seperti telahan yg saya buat di artikel atas. Dah agak dah! Patutlah orang BN terus datang ramai2 ke mahkamah utk dengar keputusan dan bersorak.

Aku lebih tertarik bila menonton Halaqah disiarkan TV9 malam semalam berkenaan Isu Selsema Babi dimana setiap larangan Allah SWT terhadap sesuatu perkara, pasti tersimpan hikmah yang tersendiri dan mempunyai sebab yang kuat demi melindungi manusia daripada sesuatu bahaya dan bencana.

Pengharaman memakan daging babi di dalam surah al-Baqarah ayat 172 juga mempunyai kaitan rapat dengan jangkitan 'selsema babi' yang melanda dunia yang kini begitu mengancam nyawa manusia dan bukan pertama kali malah telah berlaku dalam sejarah yang sewajarnya di ambil iktibar atas setiap yang di perintah dan dilarang oleh Allah SWT selama ini kepada manusia.
Kata Pengarah Institut Kajian Hadis (KUIS), Ustaz Mohd. Farid Ravi Abdullah bahawa Allah SWT melarang memakan babi itu kerana tuhan lebih arif tentang wabak dan penyakit yang ada pada babi yang dicipta-NYa termasuk kemampuan manusia untuk menerima sesuatu makanan yang layak untuk tubuh badannya.

"Dia yang ciptakan manusia dan babi, dia jugalah yang tahu segala baik buruknya sesuatu. Oleh itu kita perlu taat, kerana setiap larangan Allah pasti bersebab yang kuat, Bahkan dalam al-Quran menyebut dalam permulaan surah Baqarah, ayat 172 itu dengan kalimah 'wahai manusia' bermaksud ayat ini tidak semata-mata dituju kepada orang Islam sahaja tetapi semua manusia termasuk orang bukan Islam yang jika mengikuti larangan ini, akan dapat juga mencegah daripada terkena wabak ini," kata beliau.

Turut menjadi panel bersama beliau ialah ahli perubatan, pendakwah dan penulis buku Dr Danial Zainal Abidin yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Shukri bin Yusof. Dr Danial pula menjelaskan hasil kajian bahawa babi berupaya menerima aneka jenis virus di dalam tubuh badannya sekaligus boleh menukarkan virus tersebut menjadi lebih merbahaya sehingga boleh membunuh manusia. "Babi boleh memakan apa saja dan menerima semua jenis virus. Kemudia menukarkan virus yang ada padanya kepada virus yang lebih merbahaya seperti selsema babi. Babi boleh menyebabkan manusia mendapat lebih 25 jenis penyakit," katanya.
Malah katanya lagi 'swine flu' atau selsema babi ini pernah melanda dunia pada tahun 1918 yang turut dikenali sebagai "Spanish Flu" serta beberapa kes lagi yg dihadapi selepas dari itu. Menurutnya lagi ,"Dalam journal yang saya baca, ada yang mengatakan telah membunuh 20 juta manusia dan ada yang kata 40 juta manusia. Dan wabak yang melanda dunia hari ini sama dengan Spanish Flu pada tahun 1918"

Beliau turut mengemukakan hasil kajian barat, bahawa terdapat nasihat daripada pakar melarang memakan babi kerana membawa virus dan penyakit. Babi ini katanya walaupun dimasak berkali-kali, terdapat sejenis kuman yang tidak mati yang 'duduk' di dalam genetik babi yang boleh membawa bahaya. Manakala didalam Dinasti Ting, ada seorang tabib terkenal juga melarang orang Cina memakan babi. Ini kitab kuno orang Cina sudah ada larangan tersebut dan memberitahu tentang bahayanya, menurut kata Dr Danial lagi.

Kesimpulan diskusi rancangan agama itu, panel menjelaskan bahawa doa merupakan senjata paling ampuh untuk mengelak manusia daripada terkena jangkitan ini kerana ianya merbak secara luas dan tanpa sempadan. "Manusia tidak boleh halang dan sekat udara yang bertebaran. Itu kuasa Allah. Penyakit yang ada di Mexico beribu-ribu batu sudah sampi ke negara jiran Thailand. Begitu cepat ia merebak. Kita mestilah berdoa banyak kerana itu antara senjata kita kerana kita tak mampu kawal semua. Manusia yang ada di sekeliling kita mahupun udara yang ada. Semua dengan izin Allah semata-mata," katanya.

Manakala Dr Danial pula memberi berapa panduan untuk mengelak berlakunya jangkitan tersebut antaranya seperti yang dianjurkan oleh agama iaitu sentiasa membasuh tangan.
"WHO mengeluarkan panduan, supaya sentiasa membasuh tangan. Bagi kita ini bukan sesuatu yang baru, malah kita sentiasa berwuduk untuk solat dan mambasuh tangan sebelum makan,"katanya yang turut menyarankan agar mengikuti saranan Nabi Muhammad s.a.w sewaktu bersin. Ketika bersin, Nabi menutup tangan dan adakalanya menggunakan kain dan ini seperti yang dinasihatkan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini. "Sebenarnya setiap perkara yang melanda, di satu segi ianya merupakan bahaya tetapi ianya juga peluang kita untuk berdakwah, menceritakan kuasa Allah dan kebenaran al-Quran. Apabila Ekonomi global jatuh, ketika itu baru dunia sedar ekonomi berasaskan Islam, sangat cantik dan baik maka begitu jugalah dengan kes wabak ini, yang membuatkan dunia akan mengkaji larangan Allah SWT dalam al-Quran," katanya lagi.

Bagi aku plak menurut kisah yg dibaca, babi ini wujud ketika zaman nabi Noh apabila segala haiwan didunia dikumpulkan secara berpasang2an bersama pengikut Nabi Noh dimana segala najis2 yg terhasil dari makhluk allah didalam bahtera tersebut melahirkan haiwan babi ini dan allah telah menjelaskan larangan babi ini bukan sekadar memakan malah memegangnya atau sebahagiannya perlu disamak dgn 7 kali air dan 1 kali tanah dan dikategorikan sebagai najis Mughalazah bersama haiwan anjing melainkan anjing ini dibolehkan dalam keadaan dan syarat yg tertentu. 2 binatang ini turut mempunyai sejarah penyakit tersendiri dimana penyakit anjing gila, manakala penyakit melibatkan babi pula adalah Virus Nipah atau dikenali JE.

Bila sebut tentang kes JE ni, aku teringatkan kampung orang tua aku di PD. Aku cukup menyampah kalo balik ke kampung ni sedari kecil bukannya apa. Tapi terpaksa menempuhi perkampungan cina disitu dimana aktiviti utama penduduk kampung tersebut menternak babi secara besar2an dimana dikatakan penternakan babi dikawasan itu telah berjaya membekalkan sebahagian besar pasaran babi di seluruh asia tenggara. Babi jantannya yg terpilih di import dari negara China dimana besarnya sahaja sebesar seekor lembu. Kerjanya selain makan, tidak lain tidak bukan hanyalah mengawan. Diberitakan, ia mampu mengawan dgn lebih 200 ekor babi betina didalam sehari. Hebat tu.

Apabila lalu melintasi kawasan tersebut, terpaksalah menutup tingkap kereta dan menggunakan aircond tapi masih lagi terbau kebusukannya sehingga orang tuaku terpaksa membawa laju bagi melintasi kawasan tersebut. Masing2 terpaksa menahan nafas dan aku sendiri hampir2 nak muntah dan pengsan disebabkan baunya. Itu aku yg dah selalu balik kampung. Kalo korang, keras kat situ kot. Kalo ada lelah ke asma ke, jangan cuba2. Kalo tak percaya, tanya petugas2 kerajaan dan tentera yg kena bekerja menanam bangkai babi sewaktu kejadian JE terbabit. Manakala longkang, saliran dan sungainya bertakung penuh dgn najis babi dimana ia tidak dapat diserap oleh tanah. Tanah pun tak terima. Tiada satu makhluk pun mampu hidup didalam saliran tersebut.

Apabila hujan, najis ini akan mengalir terus ke laut berhampiran iaitu dipantai Port Dickson dan Morib. Hehehe!!! Siapa yg pernah mandi disana tentu tahu atau pernah mengalaminya. Patutlah mandi kat sana ada perasan macam lumpur bergerak disekitar pandai. Sendiri mau ingat lah. Masa kejadian terbabit, banyaklah babi2 tersebut dilepaskan berkeliaran hingga masuk ke kampungku. Ada plak yg sampai masuk ke dalam surau dan masjid. Subhanallah!!!

Alhamdulillah itu kisah dahulu yg tinggal dlm lipatan sejarah aku. Selepas dari kejadian tersebut, air sungai, parit dan longkang kembali bersih. Ikan dan makhluk tuhan pun mula hidup. Baunya telah hilang sama sekali. Kandang2 babi yg penuh disekitar pekan dan kampung telah tiada. Manakala, sumber pencarian mereka tidak lagi bergantung dgn babi. Beberapa tahun dulu, mereka menanam dragon fruit plak sebagai sumber pendapatan. Ok ler tu.

Pengajaran dari kisah terbabit sebenarnya ialah terlalu banyak penyakit yg telah lahir membawa bencana dan wabak besar. Semenjak 1918 hingga sekarang, tak kurang 4 wabak besar yg mengancam dunia berpunca dari babi. Itu belum kira dari zaman nabi Noh sampai sekarang yg telah hilang dalam lipatan sejarah. Itu belum campur sejenis penyakit dikalangan orang melayu sejak dari zaman dulu lagi. Sangat terkenal hingga dijadikan mainan mulut yang tua, besar, kecil dan muda. Mungkin ada kisah disebalik perkataan tersebut yg perlu kita kaji dari tok nenek kita. Hingga sering digambarkan atau diumpamakan didalam kehidupan seharian kita sehingga sekarang. Nak tau apa namanya? Itulah yg orang panggil penyakit gila babi yg merujuk kepada kegilaan yg melampau.

Oleh itu, kita sama2 elakkan agar penyakit2 ini tidak menular ke Malaysia. Cuma aku diberitakan bahawa akan ada suatu negeri akan ditimpa bencana ini sedikit masa lagi sebab dah nampak tanda-tandanya. Mungkin dah berlaku kot hasil dari perancangan jahat pihak2 tertentu. Dijangkakan penyakit yg berbahaya ini yg digelar penyakit 'Gila Babi' akan mula melarat di negeri Perak hingga ke seluruh negeri dan turut melarat ke antero
Malaysia. Ubatnya telah dijumpai dan dijangka sekiranya dilaksanakan akan sembuh lah penyakit rakyat2 jelatanya hatta Ketua negerinya sekali.

Kerajaan terpaksa juga merawat penyakit ini walau dikhabarkan perlu membelanjakan beratus juta ringgit bagi mengubatinya dan pelbagai cara lain digunakan utk mengatasinya. Sekiranya diberikan maka akan hilang penyakit dan makmurlah negeri. Ubat yg dimaksudkan dan dinyatakan hanyalah :


Pilihan raya!!!!

No comments:

Post a Comment