Monday, May 11, 2009
Court rules Nizar as legitimate MB !!!
Finally !!!!
Thanks god for the rules made by the Court.
The Kuala Lumpur High Court today paved the way for a fresh round of battle in Perak by declaring that BN's Zambry Abd Kadir was not the legitimate menteri besar of Perak.
The Kuala Lumpur High Court has also ordered Barisan Nasional MB Zambry Abdul Kadir and his six executive councillors to vacate their posts with immediate effect.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.
Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.
Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Laporan di atas dipetik dari Malaysiakini.
Masih ada lagi sisa2 keadilan yg tinggal bagi menegakkan kebenaran di bumi Malaysia ini. Semoga mereka yg masih teguh menegakkan dan memperjuangkan kebenaran diberkati tuhan. Perjuangan baru bermula. Masih banyak lagi yg perlu diteruskan.
Demi Rakyat !!!! Untuk Rakyat !!!
Allahu Akbar!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment