Wednesday, May 6, 2009

Speaker Dun diguling cara kekerasan!!!

Gambar menunjukkan Speaker DUN Perak, S Sivakumar ditangkap dan diseret keluar dari kerusinya di sidang DUN.


Assalamu alaikum wbt!!

Teruk dan kucar kacir nampaknya sidang Dun Perak. Speaker Dun Perak yg halal tidak dihormati dan telah ditarik keluar dari dewan bersama beberapa wakil rakyat PR oleh pihak beruniform disyaki polis atau kakitangan Dewan.

Pihak BN cuba mengangkat Speaker haram Ganesan yg dilantik secara haram oleh wakil rakyat BN yg diketuai MB haram Zambri yg dilantik oleh timbalan speaker Hee Yit Foong yg di antara mereka yg telah diharamkan masuk ke Sidang Dun melalui sidang haram BN (Sidang duit syiling).

Maka sekiranya tiada ikhtiar bagi mereka iaitu wakil PR didalam mempertahankan kerajaan dan Sidang Dun yg dirampas dan dijadikan kerajaan dan sidang haram, maka saya mencadangkan agar hendaklah kesemua wakil rakyat PR memulaukan persidangan DUN
HARAM ini dan tidak melibatkan diri didalam apa2 yg diputuskan oleh speaker haram.

Saya juga memohon agar speaker dan wakil2 melantik peguam dan membawa isu rampasan ini ke mahkamah. Diminta agar semua peguam2 PR bersedia untuk membuat dakwaan terhadap mereka ini di mahkamah. Bagi yg merakamkan situasi yg berlaku di sidang Dun Perak dan diluar Dun Perak agar tampil memberikan bukti2. Sekiranya perlu dan untuk mengelakkan ketidak adilan, hendaklah memohon disiasat oleh suruhanjaya agung dan dibawa ke Tribunal Antarabangsa dimana kerajaan persekutuan BN merupakan dalang disebalik kekecohan serta rampasan yg berlaku ini.

Selain daripada itu, bagi pencinta, penyokong dan penegak keadilan di Malaysia ini. Hendaklah kita bersama2 memohon kepada tuhan agar perancangan khianat mereka ini akan gagal dan tidak bertahan lama. Semoga perbuatan mereka ini akan dibalas oleh tuhan hendaknya. Apalah daya kita rakyat hendak melawan kudrat kekuasaan mereka yg menggunakan kuasa dan kekerasan melainkan dgn memohon dan berserah kepada Allah kerana Allah adalah sebaik2 perancang.

Wallahu a'lam, wassalam...

5 comments:

  1. saya sumpah semua yang terlibat dalam perancangan jahat ini takkan selamat malah mohon kepada Allah timpa kan kepada mereka balasan yang setimpalnya.. tak kira raja atau pun sesiapa sahaja yang merancangnya...

    May 7, 2009 3:46 PM
    Naruto sensei said...
    Aku sumpah ko Semua yang terlibat dalam rancangan jahat ini .. aku tak puas hati..

    tak puas hati

    tak puas hati

    Raja Adil raja di junjung,

    Raja Zalim Raja di sanggah,

    Raja bukan Tuhan yang patut di sembah...

    Raja hidup mewah rakyat teraniaya..

    Allah saja Raja dan Tuhanku

    Takbir!! Allahuakhbar!!

    ReplyDelete
  2. Salam?

    Profesional kah Polis kita?

    Berapa banyak tahanan lokap mati di balai polis ?


    Profesional kah Polis kita?

    Minta rasuah tanpa segan silu apabila membuat operasi dan sekatan Jalanraya?


    Profesional kah Polis kita?

    Manahan orang dengan akta ISA yang langsung tak dibuktikan malah tahanan tak dibicarakan..contoh kes kes wartawan di ISA kan hanya kerana melaporkan pergolakkan UMNO dan Gerakan..kemudian di bebaskan tanpa dibuktikan kesalahan.. kes Hindraf kononnya satu kontena senjata api ada di Gombak sampai sekarang peluru senjata api tu pun tak nampak2...Mana profesionalnya?


    Profesional kah Polis kita?

    Begitu cepat tindakan kepada Pembangkang sedangkan Pimpinan kerajaan yang dah terang lagi bersuluh malah terbukti pun langsung diam menikus tanpa tindakan?


    Profesional kah Polis kita?

    Kes2 penculikan melibatkan orang bawahan dan kanak2 sehingga kini tak selesai2 contoh kes Nurin dan Syarlini tetapi apabila melibatkan orang besar kerajaan begitu pantas kes diselesaikan..


    Profesional kah Polis kita?

    Beribu kes bunuh dan rogol tak berjaya diselesaikan tetapi apabila melibatkan orang kenamaan kes pantas diselesaikan...contoh Datuk Mazlan yang dibunuh Mona Fendy


    Profesional kah Polis kita?

    Kes2 melibatkan Warga Asing terlalu lembab nak buat tindakan sedangkan hal2 politik bukan main cepat bertindak..Berapa ramai rakyat terbunuh kerana angkara jenayah warga asing..?


    Profesional kah Polis kita?

    Sanggup tembak gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman sedangkan beratus himpunan UMNO yang dianjurkan malah lebih ganas polis tutup sebelah mata sahaja Profesionalkah?


    Profesional kah Polis kita?

    Jika mereka sendiri terlibat dengan jenayah, berapa ramai polis ditangkap tahun lepas angkara jenayah!? malah ada satu kes rogol pula tanpa segan silu dilakukan di balai Polis sendiri, tempat yang sepatutnya paling aman bagi rakyat..Profesionalkah?


    Profesional kah Polis kita?

    Jika di hadapan Balai Polis sendiri pun boleh samseng2 kongsi gelap bergaduh berparang sehingga mati tanpa tindakan polis.. contoh yang berlaku di balik Pulau, Pulau Pinang tahun lepas..


    Profesional kah Polis kita?

    Jika di hadapan Balai Polis sendiri pun terdapat pusat hiburan, pusat judi, malah tempat menjual VCD cetak rompak beroperasi..


    Profesional kah Polis kita?

    Menangkap orang tanpa waran dan mengenalkan diri? malah kejadian ini bukan baru malah dah lama.. ada yang diculik dahulu di belasah kemudian baru di bawa ke balai..Profesional kah?


    Profesional kah Polis kita?
    Profesional kah Polis kita?
    Profesional kah Polis kita?

    Ye profesional bila melibatkan melindungi kuasa kerajaan BN sahaja!!.. tetapi kalau ikut standard dunia memang paling teruk dan tak Profesional ialah polis Malaysia..

    Pandai Ugut untuk tutup kes sahaja...kalau melibatkan Rakyat dan pemimpin PR garang seperti Anjing lapar tetapi diam menikus bila negro pijak kepala orang ... memang sial ... Sebab kebanyakkan KPN sendiri contoh Tun Hanif Omar adalah kaki judi...


    Profesional kah Polis kita?
    Profesional kah Polis kita?
    Profesional kah Polis kita?

    Jawapannya Haram Jadah!!


    Alahai melayuUMNO layu jadinya

    ReplyDelete
  3. naruto_sensei:

    POLIS YANG PROFESIONAL, HANYA POLIS GENTING HIGHLAND JE.

    ReplyDelete
  4. Harap PDRM mansuhkan kalimah Allah Muhamad di logo mereka dengan segera. Tolong jangan mempermainkannya jika amalan perangai dan akhlak bertentangan dengan kesucian kalimah tersebut. Sila gantikannya dengan lambang yang sewaktu dengan prinsipnya.

    ReplyDelete
  5. Aku rasa nak cadangkan atau bagi pandangan agar singkatan nama sepatutnya begini je,
    PURDM - Polis Umno Raja Di Malaysia. Ok x? Kalo gitu, boleh aku start panggil gitu je. Biar terang lagi bersuluh. Aku rasa mesti diorg pun bangga punya.

    Lagi satu, allah muhammad tu tukar jadi dacing ke keris ke, tak pun pekembar sbb kurang praktikal le nama allah dan muhammad tu sbb sikap diorg tak menunjukkan hakikat. Ini serius dan ikhlas ni. Nak marah, marah le. Sbb ini pendapat aku sebagai rakyat.
    Punca semuanya dari pemimpin polis sendiri. Takwa, baik dan jujur pemimpinnya, insya allah boleh baik anggotanya. Tapi kalo kuat mengampu, membodek, pilih bulu menyebelahi parti memerintah serta terlalu mementingkan politik demi mempertahankan parti pemerintah, maka begitulah jadinya. Berapa ramai rakyat yg menyokong pihak pembangkang teraniaya disebabkan arahan yg menyebelahi dan mempertahankan kuasa pihak BN. Apa jadi kat kes jenayah yg berlambak kat malaysia ni. Yg terbaik ialah Polis diletakkan dibawah Agung dan Parlimen. Bukan di bawah menteri dlm negeri. Mungkin lepas tu baru ada perubahan dlm politik kita.
    Fikir-fikirkan, sendiri mau ingat!
    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete