Monday, May 18, 2009
Sah Bn takut bertanding di Penanti!!!
Assalamu Alaikum dan salam semua!!!
Aku baru dapat makluman bahawa puak BN tidak berani nak bertanding di Penanti. Ikuti artikel yg aku cilok dari Malaysiakini.
Seperti dimaklumkan lebih awal, Barisan Nasional tidak bersedia mencabar calon PKR pada pilihanraya kecil DUN Penanti yang bermula Sabtu ini, kata pengerusinya Datuk Seri Najib Razak hari ini.Perdana menteri juga menggariskan tiga sebab BN menolak untuk bertanding di kerusi tersebut. Pertama, kekosongan kerusi itu bukan diperuntukkan oleh perlembagaan tetapi satu usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya. Kedua, pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.Ketiga, BN lebih mengutamakan khidmat kepada rakyat dan langkah memulihkan ekonomi negara. Najib menafikan BN takut tewas di kerusi tersebut.Beliau mengumumkan demikian selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur selama lebih dua jam bermula 4.30 petang.
Keputusan BN itu tidaklah mengejutkan kerana sebelum ini, Najib pernah mengatakan BN mungkin tidak bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut kerana tidak mahu 'membazirkan wang rakyat'. PKR pula telah menamakan timbalan pengerusi perhubungannya di Pulau Pinang, Mansor Othman untuk mengisi kembali kerusi tersebut yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang melepaskan kerusi tersebut 16 April lalu di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau bagaimanapun tidak didakwa di mahkamah selepas suruhanjaya itu mendapati tiada bukti kukuh untuk berbuat demikian.Ditanya mesej yang ingin disampaikan BN kepada masyarakat, Najib berkata mereka "tidak mahu menari mengikut rentak pembangkang."
Yang aku takutkan bukan apa. Percayalah! Akan ada cara puak BN yg sememangnya dengki dan pengecut ni utk menafikan kemenangan wakil PR kelak dengan pelbagai cara. Sakit hati punya pasal. Diorg lebih rela kelak calon bebas yg menang. Ingat senang2 aku nak bagi korang menang! Itulah antara yg difikirkan oleh puak UBN. Mungkin ada juga galang gantinya strategi mereka melepaskan kerusi Penanti, tetapi mereka akan memperolehi laba disebalik keputusan mereka. Hilang 1 dapat 3 atau kita dapat Perak mungkin. Itulah cara pemikiran pemimpin BN.
Antara perkara atau strategi yg mungkin berlaku nanti adalah :
1. Pihak SPR dan BN mungkin mempertikaikan permohonan calon PKR untuk bertanding pada PRK Penanti.
2. Membuat provokasi terhadap calon beserta penyokong beserta mengenakan dakwaan bahawa calon melanggar peraturan untuk menafikan kemenangan calon.
3. Cubaan untuk memenangkan calon bebas yg di dokong dan memburukkan imej calon, DSAI, PKR dan PR.
4. Menggunakan pengundi hantu utk test market dan cubaan menyelewengkan pengundi seberapa ramai yg boleh bagi menggagalkan kemenangan calon PKR.
5. Melaga2kan Pemimpin serta penyokong PKR dan PAS tempatan. Menghilangkan calon pada hari penamaan calon. Tau2 dah dibawa lari ke Indonesia.
6. Mengugut calon serta keluarga @ cubaan membeli calon dan pelbagai cara lain yg difikirkan sewajarnya.
Oleh yg demikian, saya berharap agar pimpinan PR memikirkan strategi yg berkesan dan sewajarnya bagi memastikan keselamatan calon PR dan seterusnya kemenangan PR samada yg bertanding PKR atau mungkin PAS. Yang penting bukan calon bebas yg menang! Di samping itu pemimpin jgn terlalu fokus terhadap Penanti tetapi turut berhati2 dan bersedia tentang kemelut atau isu2 lain yg mungkin difikirkan oleh pihak BN terutama isu Perak, Selangor, Kedah mahupun isu2 lain seperti Muktamar PAS serta kes yg dihadapi pemimpin2 PR seperti Anwar, Tian Chua, Hindraf, dan lain2. Pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi PR untuk counter kemelut atau isu lain juga perlu dilakukan bagi membaca gerak geri dan strategi BN menjahanamkan PR.
Bak kata Najis, rakyat jangan suka dulu!
Wallahu A'lam...
Ariyos...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam buat ShaTGuy
ReplyDeleteMemang betoi apa yang diperjelaskan
Walaupun BN tidak letak calunnya...
PR perlu berhati-hati kepada sebarang kemungkinan
BN/UMNO tidak bodoh...tau
lihat sajalah apa dah terjadi di Perak
Mereka ada agenda tersembunyi...
Tunggu dan lihat......
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Jangan ghairah sangat..
Wallah Hualam