Wednesday, April 29, 2009

Moto Canggih !!!!...

Assalamu alaikum dan salam semua !!!
Kita off dulu topik politik ok! Kita santai fikiran dgn kegemaran korang yg unik ni.
Ada berita baik untuk mat-mat, minah-minah, kaki motor atau kaki rempit. Yg anggap moto dia bini no 1 ke 2 dan sebagainya. Yg hari2 keja membelek dan modify moto (termasuk le aku). Yg menghabiskan duit utk beli aksesori utk moto tapi bukan utk bini. Yg sanggup makan maggi demi utk modify moto.
Ini ada baik punya gambar moto yg boleh jadi idol korang utk modify tahap gaban. Kalo korang ingat moto korang dah hebat sangat, ini lagi gempaq. Ini kira dah tahap paling ekstrim yg korang boleh hasilkan. Tak boleh jadi lagi hebat daripada yg ni. Kalo tak caya, cubalah!!!
Tengok betul2, moto korang tu ade tak sehebat ni?
Motosikal terhebat abad ini!!!!

JENG, JENG, JENG !!!!!!!

Yg paling panjang dan boleh naik ramai orang ngalahkan kereta atau?


Moto yg paling banyak lampunya dan gadget yg pelik2 dan dah mcm motor berhias atau?


Moto askar yg paling besar abad ini atau?







Motor berkarat yg keluar dan dibikin dari barang kedai besi buruk atau ?



Motor panjang yg ada kuasa turbo terhebat dan silap2 boleh terbang dibuatnya atau?



Motosikal yg boleh penuhkan barang2 persendirian ko dan ko boleh angkut bila2 dan ke mana ko suka atau ?


Yang bila ko brek kiri ke kanan ke boleh keluar air panas ke air sejuk atau ?




Yang body dia punya cun (yg kat atas tu jangan le pandang eh! lagho) dan tayar dia punya besar ngalahkan tayar lori, tak payah pakai stand atau ?


Yang kalo ko kemaruk sgt dgn moto sampai ko mati pun nanti suruh le diorg buat camni atau ?




Yg nak power lagi sampai tak cukup satu enjin dan ko juga dgn senangnya boleh buat aksi superman atau ?


Masa kecil dulu tak puas main basikal roda 3 dan takut jatuh naik moto. Ni gerenti tak jatuh punye atau ?



Kalo takut bila brek terhumban ke depan dan sayang sangat dgn ko punya enjin atau ?
Kita sambung lagilah nanti utk siri ke 2 ok.
Ariyos....


















Monday, April 27, 2009

Blogger2 PR yg turrr....!!!!

Assalamu alaikum wbt dan salam!

Beberapa minggu ni, saya perhatikan kebanyakan blogger terutama pasca PRK Bukit Gantang seperti kebosanan, kebuntuan, kecewa atau mungkin kepenatan serta kekeringan idea dimana kebanyakan blogger telah banyak menghabiskan masa membuat posting ketika kejatuhan Perak sehingga kemenangan PRK di Bukit Gantang. Bagi saya, saya mengelarkannya waktu2 tidur @ lemah mereka.

Mereka kebanyakannya dilihat seperti layu, tidak bermaya atau mungkin tidak berminat dan berazam lagi untuk mendapatkan berita2 baru atau kes2 kebejatan yg dilakukan oleh pihak Umno BN. Pelbagai alasan diberikan membenarkan perkara tersebut berlaku. Ada yg seperti telah puas hati, ada yg lebih suka bergosip tentang parti dan pemimpin sesama sendiri, ada yg suka mencari berita dari kelemahan2 serta keburukan parti dan pemimpin dikalangan PR. Mereka dilihat lebih defensif sedangkan saya lihat media2 serta blogger disana lebih kuat dan kerap mengasak kita dgn cara halus dan mereka tidak lagi melakukannya dgn kata2 kasar tetapi lebih kepada hujah2 atau umpanan yg sesuai dimakan oleh pembaca kebanyakan seperti yg kita lakukan terhadap mereka.

Adakah dgn cara mendedahkan kepincangan, kelemahan atau keburukan pemimpin serta parti kita akan dapat memperbaiki keadaannya atau mengeruhkan dan memburukkan lagi parti kita di dalam PR dan menyebabkan kita dilihat adil dan neutral? atau secara tidak langsung menarik golongan pencacai melakukan provokasi dan memuji tindakan kita yg berani dan didalam masa yg sama melaga-lagakan kita. Atau mereka sudah belajar berubah menjadi kita tetapi kita pula dilihat berubah menjadi mereka.

Saya sering tertanya2 apakah sebenarnya matlamat kita yg pertama sekali menubuhkan blog. Adakah kita mahu dilihat adil dan dilihat seperti blog yg bebas seperti sesetengah blog yg dilihat terlalu berhati2 dan memboringkan? atau kita bertekad untuk melindungi pakatan rakyat ini serta melawan hujah2 serong yg dilakukan media2 BN? Kita sering berbangga dan menggelarkan blog2 kita ini Blog Pakatan? Blog PR? memperjuangkan rakyat, menentang kezaliman dan rasuah, pendokong PR. Tetapi bila kita di uji dgn kemenangan atau dengan kepuasan, kealpaan dan kemegahan serta pembaca yg ramai mengikuti blog kita. Kekadang kita dilihat seperti hilang punca, melatah sana sini, apatah lagi bila diusik dan dipuji pihak2 yg tidak kita ketahui niat mereka ini. Apakah kita merasakan kita tiada tanggungjawab, amanah dan beban yg perlu dipikul bersama seperti pemimpin kita? atau kita tidak peduli itu semua selagi kita merasa puas dgn apa yg kita lakukan.

Kita mula hilang fokus. Kita mula mengembangkan pandangan2 kita sendiri yg kadang2 berlainan dgn yg dibawa parti dan juga merosakkan parti itu secara tidak langsung. Memang tidak salah mengeluarkan pandangan2 kita sendiri tetapi siapa lagi yg akan membela dan mempertahankan pemimpin2 dan parti2 yg kita dokong ini dgn macam2 fitnah mehnah serta tuduhan demi tuduhan apabila kita pun dok tumpang sekaki dan terlibat sama mengeluarkan pandangan2 dan ulasan yg boleh mengelirukan dan memesongkan semangat dan pemikiran pembaca. Saya rasa puak2 disana sudah boleh berehat dan bergembira apabila kita mengambil giliran seorang demi seorang menghentam parti2 kita melalui kisah2 dan pandangan yg negatif.

Saya sendiri semenjak kebelakangan ini merasakan syak wasangka, merasa kurang percaya, merasa kecewa dan sedikit terpesong dan hampir hilang semangat bagi mengupas dan mengambil tahu berkenaan hal2 politik terutama berkenaan PR bilamana blogger yg berperang bermati2an dalam membela PR telah seolah2 masuk ke umpanan dan perangkap lawan dgn melayan karenah, pujian, provokasi serta fitnah2 yg ditaburkan ke dalam blog mereka dgn menuliskan perkara2 yg negatif berkenaan hal PR ke tatapan umum. Kebanyakannya pula bersifat andaian, spekulatif, dengar cerita serta yg memburukkan peribadi sesetengah pemimpin. Hingga terfikir oleh saya, adakah mereka ni dah tukar cop, diturn over, di brain wash atau sedang melayan perasaan mereka yg bercampur baur itu.

Bukannya semua yg berfikiran begitu, tetapi sebahagian mereka dilihat seperti itu. Saya puji dan menghormati mereka yg masih teguh mempertahankan tindakan dan perancangan parti2 PR. Bukan tak boleh kita menghentam, tetapi lebih baik secara kiasan dan umum disamping sentiasa mengingatkan mereka dan berpesan2 kepada kebenaran dan dikiaskan keburukan dan kesan2 akibatnya yg bakal terjadi seperti yg telah berlaku disebelah sana. Kita jgn menghentam pemimpin kita secara terang2an apatah lagi memburukkan peribadi dan keluarga mereka seperti yg mereka (UBN) lakukan kepada kita. Sekiranya begitu, apa bezanya kita dgn mereka yg kita tentang. Kita bangkitkan semangat perpaduan dikalangan kita sebagai pemimpin, pendokong dan penyokong. Yg menyedihkan lagi ialah terdapat dikalangan mereka merupakan tokoh2 dan orang lama yg dikenali dan dihormati didalam parti memberikan pandangan dan kupasan negatif terhadap pemimpin dan parti.

Kebanyakan pemimpin boleh dan amat memahami kita dan saya boleh katakan hampir 90% mereka membaca apa yg telah kita coretkan didalam blog2 kita kerana apalagi yg mereka boleh banggakan dan percaya utk mendapatkan maklumat selain di internet? Lambat laun luahan kita akan diterima mereka juga. Di blog juga, bagi pandangan saya adalah tidak sesuai utk kegiatan melobi atau mengangkat pemimpin2 yg kita sokong dan menghentam serta mencaci pemimpin2 yg kita tidak sokong. Itu akan memburukkan imej pemimpin yg kita dokong serta meningkatkan imej2 pihak yg dicerca itu. Ia lebih sesuai diluahkan di Muktamar atau perhimpunan parti masing2 demi menjaga kemaslahatan parti yg didokong. Jgn kita bergaduh tentang pemimpin, sedang hakikatnya mereka tiada apa2 perasaan apatah lagi boleh menyebabkan mereka benci membenci antara satu sama lain.

Saya merasakan pihak UBN telah merancang banyak strategi ketika kita sedang leka bergelut sesama kita didalam menjahanamkan pakatan ini. Mereka telah memulakan perancangan bagi PRK Penanti, pada Muktamar PAS, pada kerajaan Perak, speaker, MB dan wakil rakyat Perak, perancangan penggunaan mahkamah, SPR, SPRM, Polis, Media serta jentera kerajaan lain termasuk NGO2 melayu, Hindraf, pada kerajaan Selangor, pada PKR pusat dan Selangor. Pada PAS dan DAP dan mungkin memikirkan perancangan strategi bagi PRU ke 13 di dalam 1 atau 2 tahun lagi. Oleh yg demikian, haruslah kita kembali berwaspada dan bekerjasama bagi mendedahkan kejahatan dan niat buruk mereka, memberikan penerangan dan menentang mereka agar rakyat dapat memahami apa yg sebenarnya kita perjuangkan.

Seburuk2 pemimpin dan parti yang kita dokong ini, ia adalah masih jauh lebih baik dan mulia daripada bergelumang dan menyokong pihak Umno dan Barisan Nasional yg sering menindas, membenci, rasuah dan bersifat perkauman. Walaupun kebanyakan kita adalah terdiri daripada mereka, kita sekurang2nya telah melakukan penghijrahan dan perubahan. Mereka pula bila lagi?

Wallahu A'lam, Wassalam !

Ariyos...

Friday, April 24, 2009

Lawak Hari ini!!!! aktivis kurung keluarga ISA.

Asslamu Alaikum dan salam semua!

Artikel dibawah ini dipetik terus (copy & paste)dari laman blog di bawah ini :

http://ummuasiah2001.blogspot.com/2009/04/isa-zalimaktivis-gmi-mengurung-keluarga.html

Atau anda boleh baca ringkasan berita tanpa gambar putar belit dari pihak Polis serta media merapu seperti di bawah :

Friday, 24 April 2009

ISA ZALIM:.."Aktivis GMI mengurung keluarga tahanan ISA selama 3 jam dalam kenderaan"..Polis buat lawak ke apa?????
Awal-awal pagi tadi suami saya yang dalam perjalanan ke tempat kerja menelefon saya supaya segera saya membuka radio IKIM.fm...katanya ada berita mengenai AGus Salim...ah...tak sempat la saya nak cari radio dan turn on the radio...so saya biarkan, tapi dari corong Hp terdengar juga la sedikit nama AGus Salim disebut...
Hati saya mula berfikir sesuatu yang bakal timbul...memang benar...sekitar jam 11 pagi Nalini, setiausaha GMI menelefon saya dan memberitahu
..."Kak Nash, kita ada sedikit masalah...."
..ha...memang terdetik sudah di fikiran saya...."ya lah..Nalini..I tahu tadi Abg Bad dah ada dengar news about Agus Salim.."
.."Polis nak ambil tindakan terhadap news di Malaysiakini, yang ditulis oleh Rahmah. Polis kata mereka tidak tahan Junaidi dengan mak dia".
gambar diambil ketika aktivis GMI membawa Junaidi dan Ibu Kartem bersiar-siar di Kuala Lumpur.."What..macamana ni Nalini...I dah agak dah...okay..Nalini try call Syed, Lat or any lawyers untuk minyta pendapat.".."Kak Nash, can u come to SUARAM office at 12.30 so that we can discuss and write down the kronologi of the event...""Okay, don't worry I will come"Sebaik bertemu Nalini, John dan Mun Hooi...Nalini menjerit kepada saya..."Kak Nash...u tahu tak dalam Bernama and Staronline tulis GMI yang tahan Junaidi dalam kereta selama 3 jam, dan lepaskan bila polis lepaskan mak dia.."
saat gembira bersama seorang lagi aktivis GMI yang berusaha menyediakan makanan dan bekalan sebelum bertolak keluar ke Bukita Aman"What!!!!!!.....gila betul...terbalik habis cerita...."...kah...kah...kah....kami semua tergelak terbahak-bahak.....tanpa menghiraukan orang sekeliling.Dari jauh Mun Hooi nampak van saya...."hah....tu lah vannya yang mengurung Junaidi selama 3 jam..".....kah...kah....kah...kami tergelak lagi sepuas hati..Baru saya teringat kembali....semasa kami sedang berdiri di kawasan tempat parking hadapan Bukit Aman sementara menunggu Ibu Kartam dibebaskan, suami saya telah menelefon dan memaklumkan ASP Tan dari Dang Wangi telah menelefonnya dan meninggal pesanan di voice mail....mungkin mereka sedang menyiasat siapa pemilik kenderaan yang 'mengurung' Junaidi selama 3 jam....lawak betul dakwaan polis ni.
Saya bersama Nalini selepas itu memulakan operasi kami dengan menulis kembali segala apa yang berlaku pada hari itu...untung juga saya mencatatkan segalanya di dalam blog ini beserta gambar-gambarnya sekali...
Anda pembaca boleh menilainya sendiri.
Polis merujuk kepada berita di website Malaysiakini: Police 'pressure' ISA detainee's family
Di bawah saya tuliskan semula apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia MS 16:
"Sementara itu, Kata Musa (Tan Sri Musa Hassan-Ketua Polis Negara) beberapa aktivis GMI telah menahan Junaidi selama kira-kira tiga jam dalam sebuah kenderaan ketika dia hendak mengambil semula beg pakaian yang disimpan di rumah tumpangan yang disediakan oleh pihak GMI.
Tindak tanduk GMI itu memberi tekanan kepada Kartem dan Junaidi sehingga mereka bertindak lari meninggalkan rumah tumpangan yang disediakan GMI dan berlepas ke Johor Bahru pada pagi 21 April 2009."

Junaidi dan ibunya tersenyum riang dan ceria sebelum dibawa oleh aktivis GMI ke Bukit Aman...kemudiannya polis mendakwa pemandu ini telah mengurung Junaidi di dalam kenderaan ini selama 3 jam!!!!Berita dari Staronline: Police deny threatening relatives of ISA detaineeCuba anda renung dan fikirkan...baca kembali apa yang tertulis di dalam blog ini....mereka gembira ketika bersama kami....semuanya bertukar sedih dan resah dan tertekan sebaik selepas mereka dibawa bertemu Agus Salim dengan dikelilingi oleh ramai SB!!!!
Bila difikirkan mengenai dakwaan polis bahawa beberapa aktivis GMI telah mengurung Junaidi selam 3 jam di dalam kenderaan membuatkan kami terfikir....."dahsyat juga tindakan kami sehingga mendapat tuduhan tersebut....apa tidaknya....kenderaan saya tersebut dipark di tempat parking kenderaan di dalam kawasan bangunan Bukit Aman....dikelilingi oleh pihak polis yang ramai."......beraninya kami........?????
Posted by ummu asiah at 15:06

Thursday, April 23, 2009

Perebutan di PRK Penanti???

Assalamu alaikum dan salamsemua!

Aku ambik kesempatan ini nak ulas berkenaan isu ini walaupun telah diperbahas oleh blog2 PR dan dispekulasikan lagi oleh Blog2 Barisan Pencacai Najis serta agak terlambat sikit nak diulaskan. Maklumlah, sibuk dgn kerja. Komen pun komen gak, kerja cari rezeki pun kena jalan gak. Tak gitu deh! Dibawah ini diselitkan artikel yg dikeluarkan oleh Malysiakini dan boleh didapati di Bernama dan media2 pengampu BN dan dipercayai sahih walaupun terdapat tambahan gula dan garam disetiap penulisan mereka. Bacalah sendiri dan dengar plak komen aku yg tak seberapa nih.

PAS pula tolak PKR di Penanti
Abdul Rahim Sabri Apr 22, 09 11:54am

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya. Omar Hassan memberitahu Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan. "Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat). "Dalam organisasi, individu adalah tanggungjawab parti. Masalah berkaitan dengan ADUN, pimpinanlah yang kena selesai masalah dalaman parti," kata Omar. "Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. "Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan."Mohammad Fairus kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa.

Pertimbangan wajar

Ditanya mengenai reaksi, Abdul Hadi terhadap hasrat akar umbi kawasan tersebut, beliau tidak mengulasnya, tetapi sebaliknya berharap presiden PAS itu memberi pertimbangan sewajarnya mengenainya.Ditanya tindakan selanjut sekiranya hasrat mereka itu tidak direstui, Omar berkata: "Kita tengok dulu. Kita tak mahu buat keputusan tergopoh-gapah."Tetapi inilah harapan ahli-ahli (untuk menyertai pilihanraya kecil itu)," tambahnya.PAS di DUN Penanti mempunyai 11 cawangan dengan seramai kira-kira 3,000 ahli.

Sebelum ini pernah dilaporkan rasa tidak puas hati PAS Pulau Pinang terhadap ketua umum PKR itu dan berura-ura untuk memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu.Bagaimanapun, ia dapat diselesaikan dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar dalam muktamar parti itu di Ipoh tahun lalu.Anwar yang bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut menang besar dengan majoriti lebih 15,000 undi.

Pandangan aku yg tak seberapa tentang isu ni senang je. Korang tengok skrg ni, pendokong Pas sudah berada dimana2 kawasan hatta di Sabah dan Sarawak. Kawasan mana yg takde PAS, ceruk kampung pun ada. Memang Pas antara yg paling kuat dari segi pendokong dan ahli di antara ke tiga2 parti ni dan pendokong2 inilah yg banyak membantu wakil rakyat dari PPK hatta DAP pada musim pilhan raya pasca 1999 hatta calon bebas pun didokong dan dibantu termasuk Ibrahim Ali (Katak) demi menentang BN. Walau apapun keputusan pimpinan atasan di kalangan PR, mereka terutama penyokong PAS sudah lama bekerjasama dan bergandingan, saling bantu membantu bagi menentang pimpinan korup dan zalim BN.

Tapi didalam hal ini korang semua mungkin dah lupa satu je, pendokong yg ramai sahaja tak semestinya membolehkan kita menang. Aku rasa pimpinan PAS, DAP dan PKR pusat pun tau isu ni. Cuba korang pandang secara logik dan mengikut statistik, bukan mengikut emosi. PKR dan DAP kekadang tu markas pun tak banyak dan ada yg tiada di sesuatu tempat tapi mereka punya pengundi senyap yg tinggi tapi PAS mempunyai pengundi senyap yg paling sikit. Tambahan pula, PRU 12 yg lalu, dilihat PKR seolha ketandusan memilih calon sehingga dilihat di sesetengah tempat, wakilnya seperti tangkap muat saja. Berlainan dgn PAS dan DAP yg lebih berpengalaman didlm meletakkan wakilnya.

Secara asasnya, kebanyakan penyokong PAS ni dia akan menyokong dan mendokong secara terangan, kekuatannya sama macam Umno dimana yg menyokong UMNO ni dia akan sokong secara terangan. Ini adalah kerana asas perjuangan yg jelas dimana PAS berjuang atas dasar islam, manakala Umno dan sekutunya berjuang atas dasar melayu dan perkauman dan bagi Umno, dasarnya adalah relevan dimana mereka menganggap diri mereka penongkat perjuangan melayu dan berjaya membakar semangat perkauman dikalangan mereka yg ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak melayu walaupun hakikatnya utk kepentingan pihak2 tertentu . Tapi bila dilihat kembali, itu je la sokongan yg kita ada dimana penyokong senyap kita sangat kurang.

Tapi bagi PKR pula, dia ni dilihat sebagai parti di tengah, tidak ekstrim (mengikut pandangan umum), sederhana dan meliputi seluruh kaum. Jadi, melayu, cina dan india mudah nak undi dia. Manakala DAP pula, undi simpati non malay tinggi terutama cina walaupun dia cuma ada 2 - 3 bilik gerakan dlm satu kawasan tu dan kekadang tu hampir tiada penggerak.Sebab itulah kebanyakan pemimpin parti dah faham dimana yg majoriti melayu tapi Umno tak kuat sgt serta jelas PAS dominan, PAS akan ambil disebabkan ia bukan jugak parti yang tamak tapi dia (PAS)ukur baju kat badan sendiri.

Buat apa nak ambil banyak kerusi tapi tak menang. Kita harus bersikap realistik! Manakala kawasan melayu dan bukan melayu lebih kurang sama banyak kita letak PKR sebab non malay tak suka Umno (walaupun sekutunya) menyebabkan kita boleh menang. Kalo BN letak non malay, pasti melayu sokong PKR sebab tunjang dia melayu. Manakala DAP akan ambil kawasan dimana Cina/india lebih daripada melayu iaitu dikawasan bandar sbb DAP bersikap anti establishment dan anti Umno yg memang diorg suka dan menuntut keadilan semua bangsa serta semangat juang dan menentang diorg tinggi berbanding MCA atau gerakan.

Jadi, tak salah sekiranya PAS terbabit nak mohon, tapi mohon cara baik dan mengikut prosedur yg betul. Kita tunjukkan bahawa kita boleh menang dgn dokongan penyokong yg ramai berdasarkan figur dan hujah yg boleh diterima semua. Kesemua pimpinan PAS, PKR dan DAP telah banyak menunjukkan bahawa mereka sering bertolak ansur didalam tindakan dan perhitungan mereka sekiranya anda benar2 peka. Cuma sedikit isu saja yg dilihat seperti tidak bertolak ansur dan itupun dapat diselesaikan dgn baik pada akhirnya. Perebutan kerusi juga sangat teruk berlaku dikalangan parti komponen BN tambahan sekiranya kawasan tertentu mempunyai sokongan yg kuat terhadap beberapa parti komponen. Itu perkasa biasa bagi saya. Cuma akhirnya pimpinan dan penyokong setempat kena redho hasil keputusan yg diambil pimpinan parti dan mereka juga perlu mengambil kira pandangan pimpinan setempat dan pandangan keseluruhan.

Parti PAS juga diharap jgn terlalu bergantung pada pengundi atas pagar sahaja. Ingat, sokongan mereka ini sering berubah2. Kita perlu tingkatkan pemahaman, sokongan dan dokongan dari org ramai. Kita nyaris kalah di Bkt Gantang kalo tak disebabkan calonnya ialah Nizar MB yg telah menunjukkan keadilan dan bersifat prihatin terhadap rakyat dimana ia turut digemari cina dan india sbb pengundi melayu yg sokong BN ketika itu mengatasi PAS, walaupun kita menerima peningkatan undi daripada mereka. Manakala peratus kemenangan dari seluruh pengundi kecil dimana kita belum boleh mendabik dada dgn kekuatan kita. Kalo kita terlalu bergantung pada melayu dan abaikan cina dan india, kita mungkin kalah pada ketika itu. Maka, kita perlu ambil berat serta pertimbangan kepada semua golongan bangsa. Bukan bergantung kepada pihak2 tertentu sahaja. Wallahu A'lam.

Ikhlas dari saya,

HaHs...

Tuesday, April 21, 2009

Menteri Fasola tunjuk taring !!!

Assalamu alaikum semua!!!

Pagi ni ada sakit skt hati aku bila pegi keja apabila nak masuk ke kilang tempat kerja aku tu, dah kena blok dengan divider. Perh!!! Pening kepala. Kena U turn dekat 2 km gak dan kena beratur panjang gila. Lepas tu, U turn dia takde U turn reserve side. Mampus le keta yg takde power steering. Dah la jalan sibuk gila, lepas tu u turn sebelum skt kawasan sekolah. Aku tak boleh bayangkan kalo waktu balik sekolah. Oh Disaster!!! Kalo dulu, bagi signal terus masuk. Sekarang nak kena jalan 2 km, lepas tu nak tunggu U turn yg tak kurang 5 minit baru line clear dan jalan sikit ke depan jammed lagi, kalo waktu budak balik sekolah. Kena tunggu kurang2 15 minit nak lepas kawasan sekolah baru sampai kilang. Betul2 turr le JKR ni. mungkin tujuannya bagus, supaya org boleh bawak laju tanpa halangan dan demi keselamatan. :)

Bukak paper je pagi tu, terbaca gambar kereta2 Toyota Camry milik Exco yg bakal dilelong oleh kerajaan haram Perak. Bodoh dan merugikan duit kerajaan betullah diorg ni. Oh ya! nak jaga maruah dan status. Takkan nak pakai sisa orang kot. Tak kira le kerajaan ada duit ke tak, aku tak peduli. Apa lepas ni tak payah beli kereta lagi ke? Atau nak pakai Proton? kalo pakai, nampaklah bodohnye sbb kereta lebih bagus dan berkualiti dijual pegi ambik kereta Proton yg selalu bermasalah. Kalo ambik kereta lebih mahal nampak cakap tak serupa bikin. Kereta Perdana lama dah teruk dan dah dilelongpun. Korang rasa dia nak ambik keta apa eh? Takkan keta kancil kot. Jgn bikin malu Umno! Umno reti malu ke?

Bukak internet plak, ketua2 kampung serta Jawatankuasa yg dilantik melalui pilihanraya kampung oleh kerajaan Perak ditamatkan. Mana dia demokrasi? Eh diorang mana faham demokrasi. Aku rasa ketua kampung failkan je saman beramai2. Dah la jadi MB cara haram, tamak plak tu! Ada ke kuasa speaker pun nak diambil jugak. Boleh ke MB nak jadi speaker? gila kuasa betul mamat kutty sekor nih. Patutnya speaker yg menentukan sidang Dun sbb kuasa mutlak dia dan Sultan hanya meluluskan saja. Aku minta agar speaker menyaman mereka yg merogol hak dan kuasanya. Undang2 kat Perak ni dah habis disalahgunakan sedangkan Sultan sendiri adalah bekas Ketua Hakim dan sangat faham pasal undang2. Sungguh memalukan betul. Malysia boleh! Umno boleh!

Kata nak dapat pengesahan mahkamah siapa yg sebenarnya MB mengikut undang2, tapi belum apa2 lagi dah melelong sana sini. Aku ingat elok rakyat lelong je Zambry Kutty ni. Meluat plak aku tengokkan. Mana pergi MB minta restu dari rakyat kat Bkt Gantang yg lalu? oh! dah tak dapat restu kalah pilihanraya, tak reti malu! Sanggup buat perangai mcm tu. Malas aku nak layan isu MB gila kuasa ni. Aku mohon sangat tuhan tunjukkan agar kerajaan Perak dan kerajaan BN yg lain dihuru harakan oleh Allah taala pentadbirannya selagi mereka tak insaf dan berubah serta memulangkan kerajaan Perak kepada yg berhak. Semoga PR akan terus bersatu dan mendapat lindungan dan berkat dari allah selagi PAS dan pihak yg benar mendukung dan berada didalamnya.

Wallahu A'lam

Ariyos...

Monday, April 20, 2009

PAS Wilayah Tolak Hadi ???

Kenyataan Media SU Pas Wilayah - penjelasan bagi isu : PAS WILAYAH Tolak Hadi
Pas Wilayah Tidak Tolak Hadi!

Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk "PAS Wilayah tolak Hadi?" yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan 'keberatan' untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

"Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi "pencetus" kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih "berdiam diri"."

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti 'seorang pemimpinnya', 'sumber dalaman', 'pimpinan utama' dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel "PAS Wilayah tolak Hadi?" yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan"). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
SetiausahaBadan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan

Kenyataan di atas saya copy dan paste dari Blog rakan kita, Web Panas berkenaan kenyataan media dari saudara Hedzer Ibrahim, S/U Perhubungan PAS WP. Saya bersetuju dan hormati kenyataan yg dikeluarkan oleh beliau sebagai tindakbalas kpd spekulasi yg digembar gemburkan oleh pihak2 tertentu. Saya juga merasakan bagi pemimpin2 lain yg telah dikritik dan dituduh atau dipersepsikan oleh pihak tertentu agar tampil membuat kenyataan agar ia tidak dianggap benar oleh sesetengah pihak. Mereka berhak berkata apa yg dirasakan, maka pemimpin juga berhak menjawap segala yg diperkatakan.

Di sini, saya ingin tegaskan sekali lagi agar kita menghormati, bersangka baik dan menerima sepenuhnya daripada Mursyidul Am berkenaan kita haruslah menentukan sendiri pemimpin kita, sekiranya kita rasa baik dikekalkan maka dikekalkan dan sekiranya perlu ditukar, tukarlah! dan tiada puak2 di dalam PAS, yg ada hanya pemimpin, ahli dan penyokong PAS. Manakala, presiden pula telah menyatakan bahawa beliau telah menggugurkan serta telah menjadi lipatan sejarah berkenaan usul Unity Govt kerana tiada keikhlasan dari BN (takut ramai ditangkap kes Rasuah kot sekiranya terlaksana). Suatu masa nanti, mungkin mereka akan faham apa yg dimaksudkan dengan Unity Govt itu. (Dah lama tamat rupanya isu ini)

Maka dengan itu, haruslah kita memahami dgn mata hati dan iman apa yg sebenar-benarnya diucapkan dan disampaikan oleh pemimpin kita ini, bukan sekadar memahami mengikut andaian, selera dan nafsu kita malahan jauhkan dari sangka buruk al maklumlah, semangat yg terlebih datang bersempena menjelangnya Muktamar yg akan datang kelak.

Wallahu a'lam

Friday, April 17, 2009

PRK Penanti buang duit!

Assalamu alaikum dan salam semua!

Pagi2 bila aku tgk berita TV3 1/4, belum apa2 lagi diorg dah start putar belit fakta dan bermulanya proses merosakkan fikiran rakyat dgn isu kerugian wang kerajaan akibat terpaksa menghabiskan berjuta2 duit bagi Pilihan Raya Kecil. Dituduhnya kesalahan berpunca dari pembangkang terutamanya PKR oleh pemimpin2 Umno bagi memburukkan pembangkang.

Maka dikeluarkan statistik perbelanjaan wang bagi proses mengadakan semula pilihanraya kecil. Yg meninggal tu terpaksa tapi dipertikaikan lebih kepada yg letak jawatan antaranya PRK P Pauh, Bkt Selambau serta yg terbaru Penanti.

P Pauh adalah disebabkan pertukaran kuasa bagi membolehkan Anwar memimpin terus Keadilan dan PR dgn lebih berkesan. Ini juga telah dimaklumkan oleh Wan Azizah bahawa dia mungkin akan meletakkan jawatan apabila Anwar tamat tempoh penggantungan politik beliau. Kalau tak nak rugi, kenapa tak sabar2 dan bermatian nak adakan PRU sebelum Anwar bebas dari penggantungan sedangkan keadaan pada ketika itu amat tidak sesuai serta sokongan dilihat tidak menyebelahi kerajaan. Lepas tu juga, sibuk nak naikkan kes Liwat Anwar dgn segera. Bila menang, senyap je kesnya dan tak disegerakan pula.

B Selambau pula bermacam tuduhan dilemparkan kpd bekas adun yg telah meletak jawatan. Kata dia derhakalah, larikan anak orang lah dan macam2 bagi menutup kes dan isu dimana UMNO dan BN menggunakan helah jahat bagi merosakkan dan memburukkan parti PKR dgn mengeluarkan atau turn over (lama x guna ayat ni) wakil2 rakyat PR agar parti ini tidak lagi dipercayai dikalangan penyokong pembangkang dan orang ramai. Lihat contoh konspirasi yg dilakukan UMNO Perak bagi merampas kerajaan dgn menculik dan mengugut / turn over 2 adun PKR serta 1 adun DAP yg merupakan antara pemimpin kanan parti ketika itu. Lihat juga bukti gambar dan CCTV serta akuan sumpah rundingan rasuah pemimpin Umno Kedah dan wakil PKR. Apakah tindakan SPRM, peguam negara dan Polis? Sendiri mau ingat.

Wakil rakyat tersebut terpaksa lari keluar negara apabila banyak laporan polis dibuat selepas PRU 12 yg lalu tidak di ambil tindakan malahan ugutan makin melampau sehingga boleh mengancam diri dan keluarga. Sila rujuk berita dari laman web2 terdahulu berkenaan ugutan tersebut. Bukti jelas ditunjukkan pun tiada tangkapan dan dakwaan dilakukan pihak polis. Maka terpaksa beliau meletakkan jawatannya bagi melepaskan bebanan ugutan terbabit. Sekiranya berjaya ditangkap dan dilarikan, anda sendiri boleh agak dan tahu sendiri apa akan terjadi.

Begitu juga, dilaporkan bahawa TKM terbabit telah diperangkap dgn isu rasuah oleh pihak2 tertentu dgn tujuan agar membelot parti dan kerajaan. Walaupun menurutnya, ada bukti kukuh mengatakan beliau tidak bersalah tetapi apabila ditangkap dan dinaikkan ke mahkamah, anda sendiri boleh membayangkan sketsa serta keputusannya nanti. Tambahan imejnya sudah agak buruk kebelakangan ini berpunca dari diri sendiri dan org yg tidak suka dgn beliau. Bagi mengelakkan daripada terjadi perkara terbabit dan kesan terhadap parti dan kerajaan negeri seperti yg terjadi di Perak. Lebih baik dgn segera, ia meletakkan jawatan. Sanggup pulak dia meletak jawatan TKM dgn tujuan agar dapat melegakan situasi yg rumit ini bagi pihak diri dan keluarga, penyokong, parti serta dapat menghalang niat buruk pihak lawan (sebelum diculik?).

Lihat apa yg terjadi pada Menteri Besar Selangor yg begitu komited dan ikhlas membangunkan Selangor? tohmahan merapu dan tak masuk akal dituduh oleh bapak segala perasuah. Adakah lembu yg disedekahkan sykt kerajaan negeri kpd rakyat umum pada Raya Haji dikatakan rasuah? Apakah menggunakan kereta sendiri sedangkan boleh memiliki atau membeli kereta kerajaan yg baik bagi kegunaan rasmi dan perbelanjaan minyak serta servis yg digunakan utk kereta itu dikatakan rasuah. Takkan kereta sendiri dah infak utk kegunaan hal rasmi kerajaan, kerosakan, minyak dan servis pun kita nak tanggung. Saya ingat org lain, bila diberi kereta syarikat mesti mahu yg hebat2. Sanggup ke guna kereta sendiri dari guna kereta syarikat yg tak perlu fikirkan apa2 kos. Puak tu, kereta sendiri simpan, kereta kerajaan dilenjan walaupun urusan peribadi adalah malahan sanggup buang duit sykt kerajaan beli kereta utk kegunaannya bernilai lebih RM1/2 juta.

ADUN Lenjan pula dikhianati dan disebarkan gmabar yg dikatakan bogel sedangkan gambar tersebut hanya gambar tidur serta kain terselak saja yg kelihatan disebarkan. Itupun didlm rumah, dirakam curi2 oleh penganiaya tersebut tanpa pengetahuan beliau dan telah mengakibatkan imej, masa depan dan reputasi beliau, keluarga, serta kerajaan dan parti rosak. Beliau dgn berani sanggup meletakkan jawatan tetapi ditolak dan diterima semula kerana dia telah dianiaya. Ada bezanya tu? Gambar serta video seks hanya andaian buruk mereka dan tiada kebenaran atas dakwaan tersebut. Bukan seperti di pihak sana, dirakam sendiri dgn org lain, yg bukan isteri ketika menjadi MENTERI PENUH dan skrg boleh pulak menang pemilihan dan memegang jawatan kanan parti. Kelak bakal menjadi Ketua Parti.

Kalau cerita pasal rasuah yg didakwa berlaku dikalangan parti pembangkang, tindakan segera di ambil empunya diri dan parti dgn perletakan jawatan walaupun dakwaan belum lagi dibuktikan. Sehingga terpaksa menghadapi risiko kalah dgn mengadakan semula PRK? Bagaimana pulak pihak yg sana? Kes bunuh? Komisyen? Rasuah? ugutan bunuh? salahguna kuasa dan lain2 tidak pun ditangkap atau didakwa dan dipenjara walaupun telah jelas dengan saksi dan bukti. Letak jawatan atau pilihan raya kecil semula? Jangan bermimpi di siang hari.

Apabila pihak disana berjaya merosakkan reputasi pemimpin dan parti PKR sehingga berpecah belah dan berkubur. Ini secara tidak langsung akan merosakkan Pakatan Rakyat dimana parti yang mengikat antaraPAS dan DAP telah hilang. Parti2 pembangkang ini akan kelihatan terkontang kanting, membawa haluan masing2 serta hilanglah harapan dan tinggallah parti2 ini dgn prinsip dan perjuangan masing2 menentang UMNO/BN. Maka sia2 lagilah harapan dan impian rakyat untuk menguburkan kapal yg telah rosak itu seperti yg telah berlaku pada selepas pilihan raya ke 10 dimana Barisan Alternatif telah berkubur akibat kejayaan percaturan pihak lawan merosakkan dan menanam syak wasangka dikalangan parti pembangkang.

Siapakah yg membenarkan beribu2 orang pihak polis bersama peralatan, jentera dan kemudahan membuat kawalan yg lebih teruk dari keadaan darurat sedangkan ia hanyalah pilhan raya kecil dan sejarah telah membuktikan tiada satupun PRK yg pernah menyebabkan rusuhan besar2an melainkan hanya fitnah2 provokasi. Apa yg cuba ditonjolkan oleh parti pemerintah di dalam isu ini sedangkan Malaysia telah mengalami beratus PRK tanpa ada masalah yg besar dan menjejaskan? Kenapa perlu diugut, disekat dan dihalang rakyat yg ingin mendengar ceramah dgn beribu alasan ciptaan seperti membahayakan ketenteraman sedangkan terbukti tiada ceramah yg berlaku keganasan atau huru hara sekiranya tidak di provok sendiri oleh pihak berkuasa. Mereka sepatutnya ditugaskan menyelesaikan kes2 jenayah yg dilihat semakin banyak serta tidak tertampung lagi idmana terdapat banyak aduan dan komplen berhubung ketidakcekapan anggota polis membuat siasatan dan menyelesaikan kes.

Siapa yg membenarkan kakitangan kerajaan turut bekerjasama bertungkus lumus didalam pilihan raya bersama jentera dan kenderaan kerajaan berkampung di kawasan pilihanraya siang dan malam. Siapa yg membenarkan dan mengarahkan mereka termasuk Pejabat Pendaftaran yg beroperasi secara sulit sehingga ke tengah malam. Arahan siapa membenarkan kakitangan kerajaan melangkaui tugas2 yg telah diarahkan didalam kerajaan. Yang paling penting ialah siapakah yg akan membayar kos2 yg ditanggung bagi membayar elaun, o/t, makan minum, penginapan/hotel, kos kenderaan akibat arahan2 dangkal pihak yang menyalah gunakan kuasa ini. Pembangkangkah atau kerajaan?

Jadi, saya memohon kepada para blogger penyokong PR sekalian agar dapat kita bersatu padu dan saling hormat menghormati, percaya mempercayai, bantu membantu agar kita berjaya melawan perancangan jahat mereka. Takkan berubah kita sebagai penyokong PAS, PKR mahupun DAP dgn kerjasama ini malah memperkuatkan lagi sokongan kepada parti kita. Saya juga ingin mengingatkan penyokong PAS agar sentiasa mendokong dan menyokong bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yg telah diputuskan didalam muktamar pas yg lalu oleh pimpinan dan ulama' kita. Kita merancang, berikhtiar dan biarkan Allah menentukan keputusannya dan semoga ia tetap memberkati dan memperkenankan perancangan dan usaha kita.

Saya lihat banyak betul alasan yg diberi pemimpin serta SPR. Bagi saya senang saja, kalo nak jimat dan takut kalah atau betul ikhlas bila bercakap. Senang saja!! Masa penamaan calon nanti, jangan letak calon, biar wakil PKR menang tanpa bertanding. Kita semua blogger dan penyokong pun tak sakit kepala dan penat nak uruskannya. Tak gitu, rakan2!

Wallahu A'lam, Allahu akbar!

Anak muda makan pengat,
sendiri mau ingat.

Ariyos...

Wednesday, April 15, 2009

1 Malaysia ke?

ke?

ke?

ke?
1 Crony
ke?
1 Altantuya
Aku tengok banyak yg kupas isu ni dari rakan blogger kita. Falsafah dan retorik politik berkenaan gagasan besar dari PM kita ni agak menghiburkan dan menyebabkan pengampu2 begitu teruja walaupun apabila dikaji semula, ia hanyalah gagasan yg telah lama diperjuangkan dan diperkatakan dengan penjenamaan baru tetapi yang pentingnya ia tetap tidak terlaksana sehingga kini kerana terlalu mementingkan puak2 depa iaitu Umno Kroni dan memainkan sentimen perkauman melampau dikalangan parti komponen kepada kaum masing2. Tinggallah ia sebagai projek gagasan gajah putih dekad ini sebagai warisan seperti yg ditinggalkan Pak Lah iaitu Islam Hadhari.
Wallahu a'lam,
Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat.
Ariyos...




Tuesday, April 14, 2009

Isu kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas akan datang!!!

Assalamualaikum dan salam semua!

Terbaca artikel dan pendapat nurani sesetengah blogger yg terdiri daripada ahli PAS dari rakan blogger kita. Ada satu isu itu berkaitan Isu Kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru Hadi Awang iaitu Presiden PAS kita. Ada yg setuju, ada yg tidak, ada yg mencemuh dan ada yg mempertahankan. Oleh itu, teringin nak mengulasnya jugak dlm blog saya ni.

Bagi pendapat sayalah sebagai ahli PAS (X aktif) yg melihat dari luar ini. Idea Presiden PAS berkenaan idea penggabungan tersebut adalah ikhlas, bagus dan bernas dari sudut realiti dan politik global dekad ini bagi mengelakkan berlaku perpecahan dan ketaksuban akibat rakyat terlalu memikirkan tentang ehwal politik tak kira dari parti BN, PR atau penganalisa politik x bergaji (termasuk atas pagar) seperti saya yg mengambil tahu isu politik serta pemerintahan kerajaan di malaysia hari ini. Walaupun saya percaya sebahagian besar penyokong tidak bersetuju dan menentang keras berkenaan isu ini. Mereka kerapkali berkenaan apa2 juga isu akan sentiasa setia dan wala' terhadap keputusan pemimpin, tetapi jauh disudut hati saya ini merasakan ada benarnya tentang idea ini kerana demokrasi membenarkan beliau untuk berhak mengeluarkan pendapat dan ideanya disamping merupakan presiden yang mentadbir perjalanan politik PAS ketika ini.

Tujuan utama pandangan ini mungkin adalah bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dari segi politik, sosial, budaya dan ekonomi terutama pada masa sekarang. Lihatlah di Indonesia yg menggunakan pendekatan ini, ia dapat meredakan ketegangan politik disana. Lihat pula di Thailand, ia dilihat makin meruncing dan memburukkan kpd ekonomi yg sememangnya gawat sekarang ini. Tetapi, ia harus dimulakan oleh pihak kerajaan dengan ikhlas tanpa ada agenda yg tersembunyi serta menawarkan kepada semua atau sebahagian besar parti politik di Malaysia manakala kerusi kabinet diberikan berdasarkan jumlah atau kekuatan parti masing2. Bukan kepada parti2 yg tertentu sahaja disamping memberi kebebasan seadil-adilnya kepada parti politik terbabit bergiat aktif didalam politik dalaman mereka.

Kemungkinan perkara atau idea tersebut masih terlalu baru dan janggal serta sukar diterima oleh ahli pas. Apabila ia diwar-warkan kepada ahli pas oleh pimpinan pas tanpa ada apa2 persetujuan dari pihak PR serta BN, ia menimbulkan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS termasuk nik aziz yang tidak tahu menahu berkenaan isu tersebut dan ahli PAS yg lain. Kenapa idea ini tidak dibincangkan dikalangan pimpinan PAS dahulu? kemudiannya pimpinan PR serta BN sebelum diwar2kan kepada ahli. Disini, ia boleh dan akan dilihat seperti ada yg tidak kena berlaku serta menimbulkan syak dan wasangka dikalangan ahli pas. Ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan lahirnya puak2 dikalangan ahli PAS yg menyokong serta tidak menyokong isu tersebut. Perpecahan juga dilihat telah berlaku apabila isu muzakarah diwar2kan sedangkan ketika itu, niat BN hanya mahu melihat PR berpecah dgn membangkitkan isu tersebut kpd pimpinan PAS dan ia hampir2 menjadi kenyataan. Tambahan pula ia dicucuk oleh media serta blogger2 kerajaan.

Alhamdulillah, akhirnya ia dpt diselesaikan dgn cara baik oleh pimpinan pas walaupun perkara tersebut telah berjaya mengguris, menjadi kudis serta menimbulkan syak wasangka sebahagian kecil ahli pas dimana wujudnya dakwaan kononnya telah wujud kumpulan Erdogan didalam pas yg dipopularkan dan dijajakan oleh puak KJ dan penyokongnya.Janganlah kita biarkan pisang berbuah dua kali serta jgn membelakangkan Nik Aziz dan nasihatnya sebagai pemimpin senior dan mursyidul am parti walaupun ia tidak lagi mentadbir secara terus urusan parti kerana pengaruhnya amat kuat dikalangan ahli pas dan penyokongnya.

Bagi saya, terus terang saya amat kurang bersetuju usul ini dimana antara sebabnya bila memikirkan ia telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS sendiri, PAS sendiri telah mempunyai sejarah buruk penggabungan dgn UMNO pada waktu dahulu. Ahli PAS juga telah dianiaya, dipulaukan, didiskriminasi dan di zalimi oleh pimpinan UMNO dan BN sejak dari dahulu lagi. PAS disokong oleh bukan saja penyokong PAS, malahan bangsa dan kaum2 lain yg menaruh kepercayaan kepada kita (Rujuk PRK terutama Bkt Gantang dan KT) dan kita hendaklah bertanggungjawab juga kepada pengundi serta penyokong kita yang mengundi kita ini.

Niat mereka (BN) adalah pada kebiasaannya tidak ikhlas dan bersungguh2 dan sekiranya benar, mengapa hanya PAS sahaja yg dijemput. Dasar PAS pada muktamar lalu telah menetapkan agar memperkasakan Pakatan Rakyat serta kita perlu akui bahawa sekarang sokongan dan dokongan PAS dan PR meningkat, manakala UMNO dan BN telah merudum jadi mengapa perlu kita mengalah dan tunduk pada waktu sekarang ini. Belum juga didapati dan dilihat pada masa ini, wujud unsur2 kemudaratan yg nyata yg perlu dielakkan didalam aspek politik yg membolehkan kita membuat keputusan kurang praktikal, terkebelakang dan tidak wajar ini serta perlantikan pimpinan baru UMNO dan BN yg sangat buruk ini sebagai Perdana Menteri beserta ahli kabinet baru sebahagiannya terdiri daripada kroni2 yg bukan dari kalangan ahli parlimen sedia ada amat dikesali dan perlu ditentang sekeras2nya pada masa ini.

Saya juga berharap ini sekadar pandangan dan cetusan idea Presiden serta pemikir - yang merupakan pemimpin disekitarnya untuk dinilai baik buruknya oleh penyokong PAS. Sekiranya diterima, bolehlah dibawa ketengah. Sekiranya tidak maka hendaklah kita lupakannya serta mengutamakan isu yg telah disepakati bersama.

Saya juga berpendapat isu yg perlu diutamakan pada muktamar akan datang nanti adalah kita perlu memperkukuhkan Struktur Organisasi PAS dengan sebaik-baiknya. Berikan peruntukan dan dana kepada Unit Amal yg saya lihat sering menjadi benteng dalam apa2 aktiviti PAS serta PR dan aktiviti kemasyarakatan. Perkasakan Badan ini dari segi penyertaan dan juga sumber kewangan. Saya harap kelak mereka lebih dihargai dengan penyediaan Uniform serta sedikit elaun bagi membantu mereka yg telah membantu kita semua walaupun bukan itu yg mereka minta. Kita perlu wujudkan sumber- sumber kewangan yg kukuh bagi membiayai aktiviti2 dakwah, kebajikan dan politik di setiap peringkat. Tarbiyah terhadap ahli harus terus dilaksanakan dan diperkasakan agar mereka ini yg dapat memberikan sepenuh komitmen bagi menggerakkan jentera parti samada pada musim pilihanraya atau bukan, berkenaan isu politik atau isu kebajikan dan kemasyarakatan.

Matlamat untuk memasyarakatkan Parti PAS dan ahli PAS ke dalam masyarakat bukan setakat menguasai JKKK, JK Masjid atau menjadi ahli majlis PBT. Malah perlu bersama2 penyokong menggerakkan aktiviti masyarakat dimana terdapat peluang atau lompong yang perlu diisikan. Manakala dakwah berkenaan Islam dan perjuangan PAS perlu diberikan penerangan secukupnya agar bersikap pro aktif bukan bersikap defensif. Manakala kita perlu memperkasakan sumber kewangan PAS bukan sekadar hasil penjualan harakah mahupun kutipan derma. Kita perlu berikhtiar agar memberikan infak mereka dari segi harta, wang mahupun tanah dan hendaklah ia ditadbirkan dgn sebaik2nya dengan menubuhkan Koperasi atau Syarikat2 perniagaan yg memberikan jasa dari segi pekerjaan, bantuan dan keuntungan kepada jamaah dan parti disamping seluruh rakyat. Sekiranya ia besar, ia juga mampu membangunkan ahli2 PAS yg kebanyakannya bekerja sendiri dan berniaga. Bantulah mereka dgn menjadikan mereka pembekal mahupun membekal produk yang diusahakan mereka menggunakan syarikat atau koperasi yang ditubuhkan. Disamping membantu ahli, yg penting produk dijualbeli adalah halal. Mempromosikan barangan dan perkhidmatan yg ditawarkan oleh syarikat2 atau koperasi ini mahupun syarikat ahli2 PAS secara tersusun.

Sekarang juga merupakan permulaan baik kita bersatu bukan sekadar di pentas politik malahan dari segi dakwah, kebajikan, kemasyarakatan, perniagaan dll. Kita harus membangunkan dan memajukan Kohilal yg dilihat hampir pupus dengan pendekatan sistematik dari segi pengurusannya, produknya dan strategi pemasarannya. Sedangkan syarikat MLM yg tumbuh mcm cendawan boleh berjaya, masakan kita yg memiliki pelbagai kepakaran tidak boleh berjaya? Pusat Perubatan serta PASTI yang telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat perlu diberi suntikan semula dengan semangat dan dorongan yang kuat. Memperbanyakkan anjuran aktiviti dan kursus2 kepada masyarakat dari pelbagai bidang melalui peruntukan kerajaan , kerjasama swasta mahupun persendirian harus juga diusahakan.

Perancangan dakwah islam itu sendiri perlu di titik beratkan oleh pendakwah PAS secara tersusun dan sistematik terutama dikawasan terpencil serta Sabah dan Sarawak. Bukan sekadar ditempat dan kawasan yang dapat membantu mereka dari segi kewangan (pendapatan). Mereka juga perlu berjihad membantu dikawasan yang memerlukan dakwah mereka. Selepas mereka ini kenal islam dan akhlak yg dibawa pendakwah, barulah datang perjuangan mereka di dalam politik pula. Saya memohon kerajaan Kelantan mahupun Kedah dimana PAS memerintah yang mempunyai Institusi dakwah Islam agar dapat diperkukuhkan dgn bantuan kerajaan negeri dari segi infrastruktur dan kewangan agar menjadi Pusat terkenal membiayai Muallaf serta pelajar yg kurang mampu bukan sekadar di negeri masing2 malahan Sabah dan Sarawak ataupun dari merata tempat diseluruh dunia. Saya kira di Kelantan sudah dimulakan, maka di Kedah serta negeri PR pun boleh mencubanya.

Inilah cetusan idea dan pandangan dari saya didalam blog ini bagi pembaca serta Jamaah Pas yang kita dukung selama ini. Saya berharap muktamar akan datang dapat menguatkan dan mengeratkan kita semua. Diharap tiada yg terasa dgn artikel ini dan bolehlah memberikan komen dibawah sekiranya kurang berpuas hati. Sekian.

Wallahu a'lam...Wassalam.

Anak muda makan pengat,
sendiri mau ingat...

Ariyos...

Thursday, April 9, 2009

Kabinet Rakyat???

Assalamualaikum dan Selamat semua...

Pagi ini bila tertonton siaran TV 3/4 . Terlihat tajuk muka depan sebuah akhbar ampu BN yg tertulis Kabinet Rakyat? Naik pening kepala aku yg tak pening ni tentang rasionalnya perkataan Kabinet Rakyat tersebut. Nak muntah pun ada gak dgn ayat yg syok sendiri tu. Tak malu ke depa lepas rakyat tolak depa PRK haritu. Mohon restu rakyat Perak pun tak dapat. Lepas tu, tak reti2 nak bubar DUN. Yang paling sesuai sekali sepatutnya perkataan tersebut adalah Kabinet Kroni. Itu barulah kena dan cara kata org.

Rupa2 nya disitulah berakhirnya penguasaan Pak Lah dimana penyokong setia didlm kerajaan pembaharuan Pak Lah telah ditendang ke tepi oleh Najib. Yg paling saya hormat sekali adalah Dato' Shahrir kerana dia keluar dgn cara terhormat, bukan ditendang oleh PM NajibTuya. Tersenyum puas Muhyidin kerana jerat politiknya mengena dan musuh dlm selimutnya telah mengundur dan berjaya ditendangnya keluar dari kabinet.

Habislah akhirnya orang2 yg setia dgn Pak Lah membawa diri. kebanyakannya adalah orang lama, dihormati dan berpengaruh. Menantunya KJ yg baru menang Ketua Pemuda walaupun dgn palitan isu rasuah tidak terpilih jadi Menteri dan TM sedangkan naibnya terpilih. Mukhriz yg masih baru dengan tiada apa2 idea, ketokohan, jawatan dan sumbangan melainkan dr pengaruh bapaknya, Dr M saja layak pula tu.

Apa yg pasti telahan Anwar dan ramai org benar bahawa kembali lah semula Era Regime Dr M dibawah Najib, malahan mungkin lebih teruk lagi. Cuma satu yg jelas. Najib lebih pandai main wayang dari Dr M dan Pak Lah. Apalagi harapan yg tinggal untuk kita dan Malaysia.

Satu pertanyaan dari saya berdasarkan pengamatan saya terhadap pentadbiran dan janji pembangunan kerajaan pasca gawat ni. Atau semuanya sekadar atas kertas bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan banyak berbelanja demi untuk kesejahtewraan rakyat. Sepatutnya rakyat sudah merasai kesan pemulihan melalui Bajet 2008 dan Bajet Mini. Atau hanya kontraktor kroni Umnoputra yg merasainya. Apakah benar terdapat peruntukan untuk Tabung membantu Usahawan kecil kerana ramai yg memohon masih tidak dapat merasainya.

Masih adakah lagi wang kerajaan untuk diguna tadbir sedangkan menurut maklumat, terdapat banyak pelajar2 yg belajar di universiti dan IPT walaupun cemerlang hingga memperolehi 3 pointer ke atas masih tidak lagi mendapat biasiswa. Bukan setakat biasiswa, pinjaman pun mereka tidak dapat. Masih adakah wang untuk membiayai projek koridor raya yang dilaung2kan oleh Pak Lah? Sudah bermulakah bantuan kemudahan infrastruktur tahap mega yg dijanjikan kepada Sabah dan Sarawak semenjak 2008 yang lalu atau omongan kosong mengelabukan mata rakyat.

Tepuk dada tanyalah selera,
Tapi yg pasti komisyen dah rata.

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat....

Ariyos.

Ariyos....

Wednesday, April 8, 2009

Pakatan perlu lebih bersatu!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua!!!

Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS dan PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi di Bkt Gantang dan bkt Selambau manakala di Batang Ai merupakan satu permulaan baik bagi pakatan rakyat dimana kita melihat rakyat disana tetap mahukan perubahan walaupun sokongan tidak sekuat di semenanjung. Kita masih ada masa utk meningkatkan kesedaran rakyat di Sabah dan Sarawak sehingga PRU ke 13. Tingkatkan usaha, nescaya pemikiran dan kesedaran politik mereka akan seiring dengan kita walaupun kemudahan infrastruktur serta taraf kehidupan mereka agak mundur 20 tahun di belakang. Apabila kita berjaya memerintah kelak, kita akan rapatkan jurang kemjuan merekaseiring dengan kemajuan yg terdapat di semenanjung ini.


Saya lebih suka mendapatkan maklumat dan menilai ketika PRK kecil lalu dan mengambil sikap tidak memberi komen atau ulasan berkenaannya kerana merasakan rakan blogger kita telah menjalankan kerja2 yg hebat sepanjang proses PRK yg lepas. Akhirnya perjuangan mereka berbaloi apabila tuhan memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat dan tidak kepada BN. Mungkin selepas ini giliran DAP pula bertanding di PRK akan datang, yg mana kita juga akan turut bersama membantu kemenangan mereka pula kelak.

Yang menyedihkan saya adalah keputusan kemenangan BN telah diumumkan seawal pukul 7pm sedangkan terdapat banyak kawasan pedalaman disekitar Batang Ai. Manakala keputusan di Bkt Gantang di umumkan selewat hampir pkl 10 pm. Di Bkt Selambau lebih teruk lagi apabila hampir pkl 11pm, saya masih belum menerima keputusannya. Mungkinkah strategi BN seperti pd PRU 12 yg lalu kerana hujan berlaku di ketiga2 tempat terbabit.

Lupakan isu itu, terdapat pertikaian di kalangan penyokong kita tentang apa rasionalnya kita perlu bergabung?
Kenapa tidak PAS, PKR atau DAP berjuang sendirian saje. Bagi saya, setiap parti ini ada kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga mempunyai hujah dan prinsip masing2. Apabila kita bergabung, kita perlukan disiplin agar ahli kita tidak menghentam dan menghina satu sama lain. Pemimpin dan ahli perlu redha dan berjuang atas satu dasar yg lebih besar dan universal. PAS bertunjangkan politik cara Islam dan memperjuangkan Islam, mungkin juga ahli atau penyokong PKR dan DAP tidak bersetuju dgn perjuangan ini kerana ia tidak menyeluruh bagi mereka. Di situlah wujudnya demokrasi, pihak yang inginkan keadilan secara menyeluruh untuk semua kaum dan rakyat tapi masih bertunjangkan melayu boleh memilih PKR. Manakala, pihak yg mahukan sistem demokrasi subur dan hak perjuangan lebih sama rata yg bertunjangkan pemimpin cina boleh memilih DAP. Sekiranya memilih perjuangan islam yg berdasarkan sistem keadilan islam harus memperjuangkan PAS.

Bagi pandangan saya. Ketiga2 parti ini tidak boleh hidup dan berjuang sendirian menentang BN. Ibarat langit dan bumi dan secara teorinya tiada satu parti pun dikalangan kita dapat menggugat, menguasai dan mempengaruhi secara keseluruhan. Sekiranya kita berjuang atas satu pakatan, kita memberi pilihan dan keyakinan kepada pengundi bahawa wujud sistem dwi parti dimana satu pakatan lain yg boleh menyaingi kekuatan dan kelebihan yg diberikan oleh BN dimana ia telah gagal memberikan khidmat yg baik kepada rakyat.

Atas dasar tersebutlah, pemimpin kita bergabung membina satu pakatan dan kita terpaksa bertegas atas sesuatu isu, berkerjasama dan berkompromi dlm sesetengah isu lain bg membina hubungan yg lebih besar utk ditawarkan kpd rakyat. Pas sudah berjaya membawa rakyat yg ingin berjuang atas dasar islam dimana hampir kesemuanya beragama islam dan melayu. Kebanyakan cina dan sebahagian india memilih DAP atas dasar demokrasi. Maka, lahirnya PKR memberi alternatif kpd Melayu, bumiputera dan sebahagian bangsa lain memenuhi lompong yang kosong dan menjadi parti yg di tengah bagi mengimbangi dan mendamaikan pemikiran dan perjuangan kedua parti ini.

Di sinilah rasional kepentingan PKR. Jgn dikatakan PKR berjiwa UMNO dan BN. PAS dan DAP juga terdapat bekas ahli2 dari UMNO dan BN menguatkan mereka terutama pasca peralihan pemikiran politik 1998. Kebanyakan pimpinan serta ahli baru PAS sendiri lahir pada zaman tersebut. Tetapi saya positif bahawa tidak semua dari mereka membawa budaya negatif kedalam parti kita kerana saya (bekas budaya BN)sendiri serta sebahagian lain ahli sudah bosan dan benci serta sangat mempertahankan parti (baru)kita ini mungkin lebih daripada ahli2 lama. Cuma sebahagian kecil yg mempunyai kepentingan diri yg tinggi sahaja sanggup berbuat demikian.

Bezanya PAS mempunyai asas prinsip dan perjuangan yg lebih kuat dimana secara umumnya sukar utk masuk ke parti ini melainkan pemahaman dan perjuangan yg kuat dan lebih sukar lagi utk keluar parti berdasarkan asa dan prinsip perjuangan. Manakala PKR ini merupakan parti baru yg masih belum cukup matang perjuangannya berbanding PAS dan DAP dan ia memerlukan masa utk melahirkan ahli dan pemimpin yg lebih integriti dan setia pada masa akan datang. Berikanlah masa utk mereka membersihkan dan mematangkan parti mereka.

Saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat dapat memberi komitmen yg lebih didalam memperkasakan Pakatan Rakyat. Kita perlukan gabungan yg lebih kukuh setanding dgn BN sebelum PRU ke 13 nanti. Kita perlukan satu simbol khas utk Pakatan Rakyat serta tindakan yg bersatu diatas Pakatan Rakyat, bukan atas dasar parti masing2 supaya ia dapat memberikan kesan kepada seluruh rakyat. Kita perlu menentang rasuah, ketidak adilan dan kezaliman yg dilakukan oleh BN melalui Gerakan Massa Pakatan Rakyat.

Anak kecil kena sengat,
Sendiri mau ingat!!

Ariyos.

Sunday, April 5, 2009

Ungkapan Allah................

Assalamu alaikum wbt.

Hari Sabtu dan Ahad terasa boring melayan waktu menunggu hari Isnin. Hendak menonton berita di TV, tak lalu rasanya dan menyebabkan darahku yg sememangnya rendah menjadi tinggi. Media yg ada masih menganggap rakyat kini masih tinggal di zaman merdeka atau mungkin zaman batu. Berehatlah aku bersama isteri dan anak yg tercinta. Alhamdulillah, kurniaan Allah yg maha kuasa.

Pada hari Sabtu, mesej bertubi2 dari seorg sahabatku yg prihatin pasal politik malaysia. Beliau menghantar mesej yg agak provokasi yg maklumatnya didapati dari media kegemarannya mengundang komentar reaksi balas dariku. Beliau seringkali memprovokasi dan berhujah menentang pandanganku berkaitan politik.

Aku rasa pertanyaan berkenaan masalah ini yg digembar gemburkan media BN bukan sahaja diluahkan oleh beliau malah kebanyakan rakyat Malaysia yg mengikuti perkembangan politik dari Media tempatan. Beliau melenting tanpa berfikir panjang dengan kenyataan Anwar yg memang dibencinya dari dahulu lagi. Berkemungkinan akibat fitnah dan doktrin pemimpin umno yang ditanam didalam jiwa dan mindanya.

Dia menuduh Anwar, seorang yg sanggup menggadai agama demi merebut sokongan non muslim dgn hujah bahawa Anwar bersetuju dan membenarkan penggunaan perkataan Allah. Aku sebenarnya berpendirian hampir sama seperti Nik Aziz dan Anwar berkenaan isu ini walaupun mencetuskan perbezaan pendapat dikalangan ulama, pemimpin PAS sendiri serta umat islam di Malaysia.

Aku cuba juga berhujah di dalam post ini berkenaan isu ini dari sudut kaca mataku yg amat kurang dan jahil didalam agama Islam kerana gelodak jiwaku meronta2 walaupun aku pernah bersekolah agama sehingga ke tingkatan lima. Sekiranya salah, diharap ada yg sudi memperbetulkanku dan harap agar allah swt dapat mengampunkanku.

Aku bukannya taksub dgn Anwar tetapi aku menganggapnya tokoh yg patut di contohi oleh dunia dan aku tetap mempertahankan Jamaah Islam yg aku dukungi (PAS) dan pemimpin yg aku hormati selama ini. Beliau telah merasa susah dan senang dari kecil hingga ke hujung usia serta sentiasa menggunakan akal dan kurniaan tuhan kepadanya bagi membela Islam serta kebajikan rakyat kebanyakan.

Beliau telah menjadi pemimpin ketika menjadi pelajar, memimpin NGo Islam ketika mudanya dan mempertahankan kesusahan rakyat bawahan sehingga merengkok didalam ISA. Apabila masuk ke dlm Umno, dia membawa rakan perjuangan islamnya ke dalam Umno bagi membuat pembaharuan dan membersihkan Umno dari dalam yg ketika itu hampir musnah kerana mereka bergelumang dgn maksiat, perempuan, arak serta judi yg menjadi sebahagian budaya mereka pada ketika itu.

Bukan sekadar berhujah, beliau melaksanakan dasar islam dan mementingkan rakyat marhaen didalam kerajaan ketika menjadi menteri pertanian, pendidikan hingga ke memangku jawatan PM. Lihatlah UIA, perbankan islam, Undang2 syariah, kuota bumiputera bg rumah kos rendah dan pelbagai lagi institusi dan sistem yang diwujudkan semakin subur sehingga kini sehingga PAS hampir berkubur ketika itu dgn pengukuhan islam dan kepentingan rakyat bawahan yang dibawanya kedalam UMNO dan kerajaan. Lupakah kita pd Masyarakat Madani yg dirancangkannya.

Hanya kerana ketamakan kuasa, pemimpin Umno sanggup menganiaya dan memfitnahnya dengan bukti yg direka setelah apa yg telah disumbangkan olehnya kpd mereka. Beliau pernah susah, senang, disanjung, dihormati, dihina, difitnah, dikeji, didera dan dipenjara tetapi masih lagi tak dapat menggoncangkan semangat dan jiwanya. Berjaya membawa pembangkang bersatu demi menentang pengkhianatan BN dan membawa pembangkang ke satu tahap yang tidak dapat difikirkan oleh kita. Berjaya menyedarkan dan disanjungi rakyat dan dunia tentang perjuangan yang dibawa.

Apabila membicarakan perkataan Allah, Tok guru Nik Aziz juga beberapa minggu lalu dilihat menentang pendapat ramai yg melarang penggunaannya tetapi enggan menghuraikan lebih lanjut kerana utk mengelakkan salah faham dikalangan ramai yg masih rendah pemahamannya tentang islam akibat pemerintahan UMNO yg sengaja mengekang pemahaman islam kepada rakyat.

Saya percaya Anwar tidak bodoh dan keseorangan di dalam hal ini malah telah merujuk perkara tersebut kepada Ulama muktabar serta pemimpin PAS didalam isu ini serta kesan baik buruknya terhadap masyarakat dan dakwah islam keseluruhannya. Saya juga telah mendengar dari rakan blogger kita dan berkemungkinan isu tersebutlah yang telah dibincangkan oleh Anwar, Tuan Guru Hadi, Dr Haron Din serta Nik Aziz pada pertemuan dikediaman rasmi MB minggu lepas serta mungkin beberapa isu lain.

Anwar seorang yg luas pengetahuannya tentang agama serta antara ahli politik yg pemikirannya bertaraf antarabangsa kerana mempunyai pengalaman dan pendedahan ketika didalam kerajaan dan ketika diluar. Hanya kebijakan Mahathir sebagai PM hampir dapat menandingi kebijakan dan ketokohan beliau. Manakala PM2 dan menteri2 lain belum mampu sampai ke tahapnya. Itu yg sering saya katakan, pemikirannya sering melangkaui kita dan pemimpin yg ada sekarang.

Beliau dan Nik Aziz serta pemimpin lain merupakan pemimpin yg berjuang atas dasar politik (Siyasah). Mereka mempunyai uslub dan pendekatan bagi menentang dan melawan musuh mereka. Rasulullah juga menggunakan strategi didlm menentang musuh2nya baik didalam dakwah, ekonomi, pentadbiran mahupun peperangan. Apakah cukup sekadar ikhlas tanpa apa2 strategi, kita boleh berjaya? Sebagai pengikut didalam jamaah, kita harus mengikut dan taat kepada pemimpin kita selain dari perkara kemungkaran kerana mereka lebih tahu apa yg kita tidak tahu.

Bagi saya, kaum Yahudi (Nabi Musa) dan Nasrani / Injil (Nabi Isa) terlebih dahulu menggunakan perkataan Allah sebelum kedatangan dakwah rasulullah dimana ia merujuk kepada tuhan Allah yg sama. Yg membezakan hanyalah mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal mereka. Saya tidak setuju sekiranya merujuk kepada tuhan agama Budha dan Hindu kerana kepercayaan mereka sangat berbeza. Saya percaya sehingga sekarang kaum yahudi dan nasrani di sekitar benua arab menggunakan perkataan yg sama.

Salah faham yg timbul apabila masyarakat melayu merujuk bahawa Allah hanya utk org melayu dan islam apabila kerajaan Umno menyempitkan pemikiran mereka dengan pemahaman agama yg kurang serta memisahkan hal dunia dengan agama. Itu yg menyebabkan kanak2 atau rakyat mudah terpesong dan wujud salah faham. Bagi saya, Islam harus ditegakkan dgn dakwah dan hujah yg benar, pemerintahan yg adil dan menjadi ikutan. Bukan dengan cara menyekat pemikiran dgn penggunaan akta hasutan, ISA dan sebagainya. Yg menyedihkan, org yg arif pula bukan mahu menerangkan malah turut sama bersekongkol dengan pihak yang berfikiran songsang ini.

Buka pemikiran mereka dgn dialog, dakwah, hujah yg benar, baru Islam boleh maju dan berkembang. Bagi mereka peluang dekat dgn pemimpin (Islam) dan ajar mereka dgn Islam dan ayat al quran seperti yg dilakukan oleh para rasul. Mengajak mereka kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Barulah hati mereka terbuka dengan Islam. Kita perlu gunakan cara dakwah bil hikmah bukan menentang membuta tuli.

Sekarang merupakan zaman kebangkitan islam dan teknologi maklumat. Jangan sempitkan pemikiran rakyat dgn menghalang mereka (non muslim) mengenal al Quran dan Islam. Di Amerika dan Eropah sendiri, berjuta-juta orang belajar mengenal islam dan memeluk islam. Mampukah kita menghalang mereka menyebut perkataan Allah dan belajar Al Quran? Adakah kita takut mereka menegur kesilapan dan kemungkaran yang kita lakukan berdasarkan Al Quran yang dibaca? atau takut mereka lebih memahami dari kita yg memeluk islam secara keturunan.

Akhir sekali, janganlah kita mudah menghukum hanya kerana disebabkan kejahilan kita. Islam itu mudah, jangan di susahkan. Jangan diharamkan perkara yang boleh dan jangan dibolehkan perkara yang tidak boleh. Bagi saya apa yang disibukkan pada nama, yg penting penghayatan dan perlaksanaan Islam didalam pemerintahan dan pentadbiran serta kehidupan seharian adalah lebih penting bagi menuntut keredhaan disisi allah swt. Banyak isu yg lebih besar dan perlaksanaan didalam pemerintahan yg bercanggah yg perlu ditentang dan diperbaiki amalannya.

Buai laju laju,
sampai cucur atap,
Faham Isu dulu,
Barulah kita berentap.

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat!!

Ariyos..........

Friday, April 3, 2009

Pejuang atau pembelot melayu???

Belum habis loya aku tengok Najib angkat sumpah jadi PM. Dah timbul satu isu lagi.

Ada satu parti komponen BN yg turut gila kuasa mohon diserahkan jawatan TPM kat parti dia. Parti dia dah kalah teruk PRU 12, ada hati nak jadi TPM. Parti dia pun dah berantakan akibat pemimpin mereka berebut kuasa, ada hati nak rebut jawatan TPM. Kalo di ikutkan lepas ni, parti satu lagi yg ada presiden seumur hidup tu pulak nak berebut jawatan TPM. Mana boleh jadi, dia pun nak jugak. Tu belum campur parti seberang laut lagi. Pelik betul orang gila kuasa ni.

Pandai pulak dia menjaja cerita, PAS kuda tunggangan DAP, DAP kuda tunggangan PKR, PKR kuda tunggangan PAS. Esok kita tengok siapa tunggang siapa? UMNO tungagang MIC ke tunggang MCA ke tunggang UMNO. Kata orang UMNO tentang habis2an Malaysian Malaysia oleh DAP, tapi presiden baru dia laungkan One Malaysia Concept yg diciplak dr parti 2 Pakatan Rakyat. Ini perkataan dan ideologi yg diucapkan PM, bukan pembangkang. Apaila yga ada kuasa maksudnya kata itu di Kota. Ini bukan idea atau masih perbincangan tetapi akan dilaksanakan.
Mana pejuang2 Melayu? Mana pendekar2 melayu? Mana NGO2 Melayu. Dah Hilang ke? dah dapat projek baru ke Belanjawan tergempar haritu? Dah ada orang nak cabar serta derhaka Hak Ketuanan Melayu dan Raja ni. UMNO benteng melayu terakhir nak bagi kuasa kat MCA nih macamana? Mana beratus-ratus laporan polis? Mana pegi samseng PKD? Ini lagi seorang Pejuang melayu konon, Hishamudin! Tunjukkan keris kau sekarang!!! Asyik menangis je, bila nak jadi jantan. Oh ya! Sepupu rupanya. Lepas ni dia pulak ambil giliran jadi PM.
Budak kecil makan pengat,
Sendiri mau ingat!!!!

Kalo orang BN kata aku buat fitnah ke citer merapu, sila rujuk link bawah dari Malaysiakini atau media ampu BN mesti keluar punya esok kalo tak caya!!!

Bodo punya UMNO!!! Jaga Melayu ke jaga Tembolok sendiri!!!
Rujuk link dibawah utk berita lanjut:

http://malaysiakini.com/news/101615

Nasib Altantuya....

Petang ni boring betul dan sakit telinga nengok muka Najib angkat sumpah jadi PM. Tak pe lah! Dah rezeki dia. Tak tau lah nak dihadiahkan kejayaan kat bini dia Rosmah atau siapa? Biasanya pemimpin Umno ni kalo berjaya mendapat sesuatu dihadiahkan kejayaan dia kat bininya mcm sahabat kita seorang tu. Diorg ingat tanggungjawab menjadi pemimpin tu mcm menang pertandingan ke loteri ke? Kesian le kat rakyat oi.

Tapi kalo hadiahkan kejayaan kat bini je takpe lagi, jangan hasil kuasa menjadi pemimpin tu (projek dan komisyen) dihadiahkan kat isteri dan kroni. Ingat sikit beza harta sendiri dan harta milik kerajaan dan negara (rakyat punya le tu).

Bila imbas kembali, teringat nasib Altantuya masa dia hidup sehingga mati. Tiada yg peduli . Pekikan, raungan dan rayuan. Setelah di bom pun, masih tiada pembelaan dan dalangnya terlepas lari. Tapi yang peliknya, polis tak berani dan tak ambil peduli.

Bila pilihanraya kecil ni, ramai yang cuba berbakti memperjuangkan isu dan hak si mati. Tapi malangnya, polis telah memberi arahan agar tidak disebut berkenaan kisah si mati ni. Prihatin sungguh pihak polis ni mempertahankan maruah si mati ni sehinggakan bukan sahaja tidak boleh di usik dan dicuit langsung roh si mati, dibicarakan isunya pun tidak boleh sama sekali sedangkan ketika hidup, tubuhnya ditembak dan di bom dengan C4 sehingga berkecai, tiadapun mereka peduli.

Pelik sungguh dunia hari ini.

Pergi ke Danok mencari kawan,
tapi dituduh membuat keji,
Kalau perangai dah macam haiwan,
Apa diharap pemimpin begini.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji atas perahu,
Pelbagai janji, tawaran dan harapan,
Dari pemimpin berhati batu...

Ditarik papan disorong papan,
Akhirnya tidur didalam perahu,
Dijamu makan akupun makan,
Disuruh undi, aku tak mahu...

Sayonara!!!

Thursday, April 2, 2009

Wajah sebenar Calon Bebas di Bkt Selambau...

Independents Undressed-Bkt Selambau - Shamsul Iskandar Posted by Skuad Dun Batu Caves
While its a national history that 15 candidates are vying for the coveted Kedah state exco seat, many hipothesis had alluded to its phenomena.
Let’s look at the independent candidates and their background:
1)ANUAR B HAMID - An ex-Armed Forces major (retired), an UMNO member of Sungai Air Mendidih branch in Merbok division, frustrated with Umno after Dr. Mahathir left the party sulking. He was also responsible for closing down the Sungai Air Mendidih Umno’s Hall.
2)RADZI B LAZIM - Claimed to be ex-PKR division chief, its nonsense, he is now an UMNO member with several ex-PKR members including former Kedah youth chief, Zamil Ibrahim & ex-Merbok PKR chief, Mochtar Mansor.
3)KHAMIS B AWANG - An UMNO member of Sungai Layar branch in Sungai Petani.
4) ABD RAHIM B ABU - An UMNO member of Bukit Selambau, under the supervision of Pakjang Badri, former assemblyman of Bukit Selambau in the 1990’s.
5)HUSAINI YAACOB - Also an UMNO member , a businessman who owns 5 quarries in Singkir, Perlis, Bukit Perak, Sik & Juru. His firm owns an UMNO associated associated company, Kemelong.
6)FADZIL B ABD WAHAB - An ex-Army Officer who owns a cafe & kedai nasi kandar in Ambamgan Heights, Sg Lalang. He’s well known for his nickname “TokMisai”. He is also an UMNO samseng affiliate @ ‘Ayahanda’ Pekida.
7)TAN HOCH HUAT - A Gerakan member of Sungai Petani, a component of Barisan Nasional.
8)CHANDARAJAH A/L TANASEGARAN - A MIC member of Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Also a businessman.
9) G SARALA A/P LOGNATHAN - An ex- Kedah People’s Progressive Party Wanita Chief.
10)VENASON A/L MICHELE - An ex-MIC member of Taman Ria Jaya.
11)LOGANATHAN A/L RAMACHANDRAN - An ex-MIC member too.
12)MOGANAKUMA A/L SUBRAMANIAM - An ex- MIC, a Kedah HINRAF leader.
13) JAYAGOPAL A/L ADAIL KALAM - An ex-PKR member who was suspended by PKR Pokok Sena Division.
So, for all too see, These candidates can lie about their so called secret association & UMNO Barisan National can parade the streets, But we will campaign hard to tell the truth again these pretender.
Defending people’s victory, Vote For Keadilan, Vote For Pakatan Rakyat !sumber - shamsuliskandar

Post yg di cilok dari rakan kita ni wajar diteliti kebenarannya tapi yg pasti memeningkan kepala aku yg berserabut bila melihatkan muka yg dituduh perasuah, pembunuh, perampas dan macam-macam lagi jadi PM. Apatah lagi tgk dia tersengih setelah apa yg dilakukan di Perak. Mual terus perut aku. Baca keputusan mahkamah kes Speaker Perak mcm citer Kartun. Jgn lupa kes Nizar harini, aku ingat tengok kartun lg bagus, hasilnya dah boleh agak. Inilah hasil perubahan make up yg di buat Pak Lah. Apa nak jadi Malaysia ni. Semuanya Boleh!!!

Blogger sekarang kena hati2, polis dah takde kerja. Orang citer kat internet pun dah kena tangkap. Puak sana hasut bunuh x ape, puak sini kutuk cara dan keputusan sultan pun kena tangkap. Demo Kasi le katakan.
Nak redho lagi ke?

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat.

Wednesday, April 1, 2009

Isu panas ; Lantikan PM ditangguh!!!

2009 Apr 2

TERKINI : YDP Agong tangguhkan lantik Najib
.fullpost{display:inline;}
Gempar: Isu Peralihan Kuasa Perdana Menteri, Perletakan Jawatan Pak Lah Diterima Tetapi Yang Di Pertuan Agong Tangguhkan Perlantikan Najib KUALA LUMPUR [1.30 pm] - Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau. Cuba lihat dua laporan terkini akhbar arus perdana berkenaan perkara ini.
Najib Razak Keluar Dari Istana Negara
KUALA LUMPUR (Berita Harian) - Datuk Seri Najib Razak kelihatan keluar dari Istana Negara kira-kira jam 12.15 tengah hari selepas 45 minit dilihat masuk untuk menghadap Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau bagaimanapun tidak memberikan kenyataan kepada wakil media yang menunggu.
Abdullah Menghadap Agong Serah SuratBy: Ramjit-->
KUALA LUMPUR (Bernama) - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menghadap Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini bagi menyerahkan surat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan memohon perkenan Seri Paduka Baginda melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penggantinya. "Terserah kepada Tuanku," kata Abdullah kepada pemberita selepas majlis hampir satu jam itu. Abdullah tiba di pada 10 pagi dengan menaiki Proton Perdana rasminya bernombor WCH 13 dan meninggalkan kawasan istana satu jam kemudian sambil melambai-lambai ke arah sekumpulan 70 petugas media termasuk wartawan asing yang berkumpul di situ sejak 7.30 pagi. Ia juga menarik perhatian pelancong asing yang turut berada di situ.[Jika benar laporan dan dakwaan ini, maka ia merupakan satu tamparan hebat buat Najib Razak. Apakah Tuanku Mizan mengambilkira situasi dan pandangan rakyat selama ini bahawa mereka mahukan supaya imej Najib dibersihkan terlebih dahlu sebelum beriya-iya benar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kita amatlah berharap agar adanya satu perkembangan yang positif dalam hal ini yang pastinya akan lebih menghangatkan senario politik negara. Kami masih menunggu laporan terkini dari krew-krew kami yang turut berada di Istana Negara sebentar tadi. Laporan jelas mengatakan Najib begitu tidak ceria dan langsung tidak mahu bercakap kepada media memperkuatkan lagu hujah ini] ~ Pahang Daily.
Posted by pemudabesut at 2:06 PM

Kalo camtu, apa tindakan agong lepas ni ye? apapun yg baik kita akan support...........