Monday, April 27, 2009

Blogger2 PR yg turrr....!!!!

Assalamu alaikum wbt dan salam!

Beberapa minggu ni, saya perhatikan kebanyakan blogger terutama pasca PRK Bukit Gantang seperti kebosanan, kebuntuan, kecewa atau mungkin kepenatan serta kekeringan idea dimana kebanyakan blogger telah banyak menghabiskan masa membuat posting ketika kejatuhan Perak sehingga kemenangan PRK di Bukit Gantang. Bagi saya, saya mengelarkannya waktu2 tidur @ lemah mereka.

Mereka kebanyakannya dilihat seperti layu, tidak bermaya atau mungkin tidak berminat dan berazam lagi untuk mendapatkan berita2 baru atau kes2 kebejatan yg dilakukan oleh pihak Umno BN. Pelbagai alasan diberikan membenarkan perkara tersebut berlaku. Ada yg seperti telah puas hati, ada yg lebih suka bergosip tentang parti dan pemimpin sesama sendiri, ada yg suka mencari berita dari kelemahan2 serta keburukan parti dan pemimpin dikalangan PR. Mereka dilihat lebih defensif sedangkan saya lihat media2 serta blogger disana lebih kuat dan kerap mengasak kita dgn cara halus dan mereka tidak lagi melakukannya dgn kata2 kasar tetapi lebih kepada hujah2 atau umpanan yg sesuai dimakan oleh pembaca kebanyakan seperti yg kita lakukan terhadap mereka.

Adakah dgn cara mendedahkan kepincangan, kelemahan atau keburukan pemimpin serta parti kita akan dapat memperbaiki keadaannya atau mengeruhkan dan memburukkan lagi parti kita di dalam PR dan menyebabkan kita dilihat adil dan neutral? atau secara tidak langsung menarik golongan pencacai melakukan provokasi dan memuji tindakan kita yg berani dan didalam masa yg sama melaga-lagakan kita. Atau mereka sudah belajar berubah menjadi kita tetapi kita pula dilihat berubah menjadi mereka.

Saya sering tertanya2 apakah sebenarnya matlamat kita yg pertama sekali menubuhkan blog. Adakah kita mahu dilihat adil dan dilihat seperti blog yg bebas seperti sesetengah blog yg dilihat terlalu berhati2 dan memboringkan? atau kita bertekad untuk melindungi pakatan rakyat ini serta melawan hujah2 serong yg dilakukan media2 BN? Kita sering berbangga dan menggelarkan blog2 kita ini Blog Pakatan? Blog PR? memperjuangkan rakyat, menentang kezaliman dan rasuah, pendokong PR. Tetapi bila kita di uji dgn kemenangan atau dengan kepuasan, kealpaan dan kemegahan serta pembaca yg ramai mengikuti blog kita. Kekadang kita dilihat seperti hilang punca, melatah sana sini, apatah lagi bila diusik dan dipuji pihak2 yg tidak kita ketahui niat mereka ini. Apakah kita merasakan kita tiada tanggungjawab, amanah dan beban yg perlu dipikul bersama seperti pemimpin kita? atau kita tidak peduli itu semua selagi kita merasa puas dgn apa yg kita lakukan.

Kita mula hilang fokus. Kita mula mengembangkan pandangan2 kita sendiri yg kadang2 berlainan dgn yg dibawa parti dan juga merosakkan parti itu secara tidak langsung. Memang tidak salah mengeluarkan pandangan2 kita sendiri tetapi siapa lagi yg akan membela dan mempertahankan pemimpin2 dan parti2 yg kita dokong ini dgn macam2 fitnah mehnah serta tuduhan demi tuduhan apabila kita pun dok tumpang sekaki dan terlibat sama mengeluarkan pandangan2 dan ulasan yg boleh mengelirukan dan memesongkan semangat dan pemikiran pembaca. Saya rasa puak2 disana sudah boleh berehat dan bergembira apabila kita mengambil giliran seorang demi seorang menghentam parti2 kita melalui kisah2 dan pandangan yg negatif.

Saya sendiri semenjak kebelakangan ini merasakan syak wasangka, merasa kurang percaya, merasa kecewa dan sedikit terpesong dan hampir hilang semangat bagi mengupas dan mengambil tahu berkenaan hal2 politik terutama berkenaan PR bilamana blogger yg berperang bermati2an dalam membela PR telah seolah2 masuk ke umpanan dan perangkap lawan dgn melayan karenah, pujian, provokasi serta fitnah2 yg ditaburkan ke dalam blog mereka dgn menuliskan perkara2 yg negatif berkenaan hal PR ke tatapan umum. Kebanyakannya pula bersifat andaian, spekulatif, dengar cerita serta yg memburukkan peribadi sesetengah pemimpin. Hingga terfikir oleh saya, adakah mereka ni dah tukar cop, diturn over, di brain wash atau sedang melayan perasaan mereka yg bercampur baur itu.

Bukannya semua yg berfikiran begitu, tetapi sebahagian mereka dilihat seperti itu. Saya puji dan menghormati mereka yg masih teguh mempertahankan tindakan dan perancangan parti2 PR. Bukan tak boleh kita menghentam, tetapi lebih baik secara kiasan dan umum disamping sentiasa mengingatkan mereka dan berpesan2 kepada kebenaran dan dikiaskan keburukan dan kesan2 akibatnya yg bakal terjadi seperti yg telah berlaku disebelah sana. Kita jgn menghentam pemimpin kita secara terang2an apatah lagi memburukkan peribadi dan keluarga mereka seperti yg mereka (UBN) lakukan kepada kita. Sekiranya begitu, apa bezanya kita dgn mereka yg kita tentang. Kita bangkitkan semangat perpaduan dikalangan kita sebagai pemimpin, pendokong dan penyokong. Yg menyedihkan lagi ialah terdapat dikalangan mereka merupakan tokoh2 dan orang lama yg dikenali dan dihormati didalam parti memberikan pandangan dan kupasan negatif terhadap pemimpin dan parti.

Kebanyakan pemimpin boleh dan amat memahami kita dan saya boleh katakan hampir 90% mereka membaca apa yg telah kita coretkan didalam blog2 kita kerana apalagi yg mereka boleh banggakan dan percaya utk mendapatkan maklumat selain di internet? Lambat laun luahan kita akan diterima mereka juga. Di blog juga, bagi pandangan saya adalah tidak sesuai utk kegiatan melobi atau mengangkat pemimpin2 yg kita sokong dan menghentam serta mencaci pemimpin2 yg kita tidak sokong. Itu akan memburukkan imej pemimpin yg kita dokong serta meningkatkan imej2 pihak yg dicerca itu. Ia lebih sesuai diluahkan di Muktamar atau perhimpunan parti masing2 demi menjaga kemaslahatan parti yg didokong. Jgn kita bergaduh tentang pemimpin, sedang hakikatnya mereka tiada apa2 perasaan apatah lagi boleh menyebabkan mereka benci membenci antara satu sama lain.

Saya merasakan pihak UBN telah merancang banyak strategi ketika kita sedang leka bergelut sesama kita didalam menjahanamkan pakatan ini. Mereka telah memulakan perancangan bagi PRK Penanti, pada Muktamar PAS, pada kerajaan Perak, speaker, MB dan wakil rakyat Perak, perancangan penggunaan mahkamah, SPR, SPRM, Polis, Media serta jentera kerajaan lain termasuk NGO2 melayu, Hindraf, pada kerajaan Selangor, pada PKR pusat dan Selangor. Pada PAS dan DAP dan mungkin memikirkan perancangan strategi bagi PRU ke 13 di dalam 1 atau 2 tahun lagi. Oleh yg demikian, haruslah kita kembali berwaspada dan bekerjasama bagi mendedahkan kejahatan dan niat buruk mereka, memberikan penerangan dan menentang mereka agar rakyat dapat memahami apa yg sebenarnya kita perjuangkan.

Seburuk2 pemimpin dan parti yang kita dokong ini, ia adalah masih jauh lebih baik dan mulia daripada bergelumang dan menyokong pihak Umno dan Barisan Nasional yg sering menindas, membenci, rasuah dan bersifat perkauman. Walaupun kebanyakan kita adalah terdiri daripada mereka, kita sekurang2nya telah melakukan penghijrahan dan perubahan. Mereka pula bila lagi?

Wallahu A'lam, Wassalam !

Ariyos...

4 comments:

  1. salam

    bila mereka tidor saudara kena bangunkan, bile kami mengkritik itulah tanda sayang pada pimpinan PR

    ReplyDelete
  2. Jika pemimpin2 PR tak mahu dikritik, buatlah kerja semata2 untuk rakyat. Bukan untuk kroni. Salah ke kritik pemimpin2 PR oleh penyokong PR sendiri? Klau salah, PR ni seumpama UMNO la. Ckp pandang2 beb. Salah cakap lu yang terkena.
    p/s pemimpin PR semua maksum kut sampai takboleh nak DIKRITIK langsung. Apa daaaaaa.

    ReplyDelete
  3. Mungkin kebanyakan bloger masih kepenatan setelah berhempas pulas turun padang mencari bahan dan maklumat bagi memenangkan calon PAS di Bukit Gantang. ada sesetengahnya pula sedang mengumpul idea dan strategi penyebaran maklumat bagi membantu PRK DUN Penanti pula.

    apa pun..kami bloger Pakatan Rakyat akan sentiasa menulis dan menyampaikan maklumat yang telus dan benar.

    - Pak Katib

    ReplyDelete