Wednesday, April 8, 2009

Pakatan perlu lebih bersatu!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua!!!

Saya mengucapkan tahniah kepada parti PAS dan PKR kerana berjaya mempertahankan kerusi di Bkt Gantang dan bkt Selambau manakala di Batang Ai merupakan satu permulaan baik bagi pakatan rakyat dimana kita melihat rakyat disana tetap mahukan perubahan walaupun sokongan tidak sekuat di semenanjung. Kita masih ada masa utk meningkatkan kesedaran rakyat di Sabah dan Sarawak sehingga PRU ke 13. Tingkatkan usaha, nescaya pemikiran dan kesedaran politik mereka akan seiring dengan kita walaupun kemudahan infrastruktur serta taraf kehidupan mereka agak mundur 20 tahun di belakang. Apabila kita berjaya memerintah kelak, kita akan rapatkan jurang kemjuan merekaseiring dengan kemajuan yg terdapat di semenanjung ini.


Saya lebih suka mendapatkan maklumat dan menilai ketika PRK kecil lalu dan mengambil sikap tidak memberi komen atau ulasan berkenaannya kerana merasakan rakan blogger kita telah menjalankan kerja2 yg hebat sepanjang proses PRK yg lepas. Akhirnya perjuangan mereka berbaloi apabila tuhan memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat dan tidak kepada BN. Mungkin selepas ini giliran DAP pula bertanding di PRK akan datang, yg mana kita juga akan turut bersama membantu kemenangan mereka pula kelak.

Yang menyedihkan saya adalah keputusan kemenangan BN telah diumumkan seawal pukul 7pm sedangkan terdapat banyak kawasan pedalaman disekitar Batang Ai. Manakala keputusan di Bkt Gantang di umumkan selewat hampir pkl 10 pm. Di Bkt Selambau lebih teruk lagi apabila hampir pkl 11pm, saya masih belum menerima keputusannya. Mungkinkah strategi BN seperti pd PRU 12 yg lalu kerana hujan berlaku di ketiga2 tempat terbabit.

Lupakan isu itu, terdapat pertikaian di kalangan penyokong kita tentang apa rasionalnya kita perlu bergabung?
Kenapa tidak PAS, PKR atau DAP berjuang sendirian saje. Bagi saya, setiap parti ini ada kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga mempunyai hujah dan prinsip masing2. Apabila kita bergabung, kita perlukan disiplin agar ahli kita tidak menghentam dan menghina satu sama lain. Pemimpin dan ahli perlu redha dan berjuang atas satu dasar yg lebih besar dan universal. PAS bertunjangkan politik cara Islam dan memperjuangkan Islam, mungkin juga ahli atau penyokong PKR dan DAP tidak bersetuju dgn perjuangan ini kerana ia tidak menyeluruh bagi mereka. Di situlah wujudnya demokrasi, pihak yang inginkan keadilan secara menyeluruh untuk semua kaum dan rakyat tapi masih bertunjangkan melayu boleh memilih PKR. Manakala, pihak yg mahukan sistem demokrasi subur dan hak perjuangan lebih sama rata yg bertunjangkan pemimpin cina boleh memilih DAP. Sekiranya memilih perjuangan islam yg berdasarkan sistem keadilan islam harus memperjuangkan PAS.

Bagi pandangan saya. Ketiga2 parti ini tidak boleh hidup dan berjuang sendirian menentang BN. Ibarat langit dan bumi dan secara teorinya tiada satu parti pun dikalangan kita dapat menggugat, menguasai dan mempengaruhi secara keseluruhan. Sekiranya kita berjuang atas satu pakatan, kita memberi pilihan dan keyakinan kepada pengundi bahawa wujud sistem dwi parti dimana satu pakatan lain yg boleh menyaingi kekuatan dan kelebihan yg diberikan oleh BN dimana ia telah gagal memberikan khidmat yg baik kepada rakyat.

Atas dasar tersebutlah, pemimpin kita bergabung membina satu pakatan dan kita terpaksa bertegas atas sesuatu isu, berkerjasama dan berkompromi dlm sesetengah isu lain bg membina hubungan yg lebih besar utk ditawarkan kpd rakyat. Pas sudah berjaya membawa rakyat yg ingin berjuang atas dasar islam dimana hampir kesemuanya beragama islam dan melayu. Kebanyakan cina dan sebahagian india memilih DAP atas dasar demokrasi. Maka, lahirnya PKR memberi alternatif kpd Melayu, bumiputera dan sebahagian bangsa lain memenuhi lompong yang kosong dan menjadi parti yg di tengah bagi mengimbangi dan mendamaikan pemikiran dan perjuangan kedua parti ini.

Di sinilah rasional kepentingan PKR. Jgn dikatakan PKR berjiwa UMNO dan BN. PAS dan DAP juga terdapat bekas ahli2 dari UMNO dan BN menguatkan mereka terutama pasca peralihan pemikiran politik 1998. Kebanyakan pimpinan serta ahli baru PAS sendiri lahir pada zaman tersebut. Tetapi saya positif bahawa tidak semua dari mereka membawa budaya negatif kedalam parti kita kerana saya (bekas budaya BN)sendiri serta sebahagian lain ahli sudah bosan dan benci serta sangat mempertahankan parti (baru)kita ini mungkin lebih daripada ahli2 lama. Cuma sebahagian kecil yg mempunyai kepentingan diri yg tinggi sahaja sanggup berbuat demikian.

Bezanya PAS mempunyai asas prinsip dan perjuangan yg lebih kuat dimana secara umumnya sukar utk masuk ke parti ini melainkan pemahaman dan perjuangan yg kuat dan lebih sukar lagi utk keluar parti berdasarkan asa dan prinsip perjuangan. Manakala PKR ini merupakan parti baru yg masih belum cukup matang perjuangannya berbanding PAS dan DAP dan ia memerlukan masa utk melahirkan ahli dan pemimpin yg lebih integriti dan setia pada masa akan datang. Berikanlah masa utk mereka membersihkan dan mematangkan parti mereka.

Saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat dapat memberi komitmen yg lebih didalam memperkasakan Pakatan Rakyat. Kita perlukan gabungan yg lebih kukuh setanding dgn BN sebelum PRU ke 13 nanti. Kita perlukan satu simbol khas utk Pakatan Rakyat serta tindakan yg bersatu diatas Pakatan Rakyat, bukan atas dasar parti masing2 supaya ia dapat memberikan kesan kepada seluruh rakyat. Kita perlu menentang rasuah, ketidak adilan dan kezaliman yg dilakukan oleh BN melalui Gerakan Massa Pakatan Rakyat.

Anak kecil kena sengat,
Sendiri mau ingat!!

Ariyos.

No comments:

Post a Comment