Sunday, April 5, 2009

Ungkapan Allah................

Assalamu alaikum wbt.

Hari Sabtu dan Ahad terasa boring melayan waktu menunggu hari Isnin. Hendak menonton berita di TV, tak lalu rasanya dan menyebabkan darahku yg sememangnya rendah menjadi tinggi. Media yg ada masih menganggap rakyat kini masih tinggal di zaman merdeka atau mungkin zaman batu. Berehatlah aku bersama isteri dan anak yg tercinta. Alhamdulillah, kurniaan Allah yg maha kuasa.

Pada hari Sabtu, mesej bertubi2 dari seorg sahabatku yg prihatin pasal politik malaysia. Beliau menghantar mesej yg agak provokasi yg maklumatnya didapati dari media kegemarannya mengundang komentar reaksi balas dariku. Beliau seringkali memprovokasi dan berhujah menentang pandanganku berkaitan politik.

Aku rasa pertanyaan berkenaan masalah ini yg digembar gemburkan media BN bukan sahaja diluahkan oleh beliau malah kebanyakan rakyat Malaysia yg mengikuti perkembangan politik dari Media tempatan. Beliau melenting tanpa berfikir panjang dengan kenyataan Anwar yg memang dibencinya dari dahulu lagi. Berkemungkinan akibat fitnah dan doktrin pemimpin umno yang ditanam didalam jiwa dan mindanya.

Dia menuduh Anwar, seorang yg sanggup menggadai agama demi merebut sokongan non muslim dgn hujah bahawa Anwar bersetuju dan membenarkan penggunaan perkataan Allah. Aku sebenarnya berpendirian hampir sama seperti Nik Aziz dan Anwar berkenaan isu ini walaupun mencetuskan perbezaan pendapat dikalangan ulama, pemimpin PAS sendiri serta umat islam di Malaysia.

Aku cuba juga berhujah di dalam post ini berkenaan isu ini dari sudut kaca mataku yg amat kurang dan jahil didalam agama Islam kerana gelodak jiwaku meronta2 walaupun aku pernah bersekolah agama sehingga ke tingkatan lima. Sekiranya salah, diharap ada yg sudi memperbetulkanku dan harap agar allah swt dapat mengampunkanku.

Aku bukannya taksub dgn Anwar tetapi aku menganggapnya tokoh yg patut di contohi oleh dunia dan aku tetap mempertahankan Jamaah Islam yg aku dukungi (PAS) dan pemimpin yg aku hormati selama ini. Beliau telah merasa susah dan senang dari kecil hingga ke hujung usia serta sentiasa menggunakan akal dan kurniaan tuhan kepadanya bagi membela Islam serta kebajikan rakyat kebanyakan.

Beliau telah menjadi pemimpin ketika menjadi pelajar, memimpin NGo Islam ketika mudanya dan mempertahankan kesusahan rakyat bawahan sehingga merengkok didalam ISA. Apabila masuk ke dlm Umno, dia membawa rakan perjuangan islamnya ke dalam Umno bagi membuat pembaharuan dan membersihkan Umno dari dalam yg ketika itu hampir musnah kerana mereka bergelumang dgn maksiat, perempuan, arak serta judi yg menjadi sebahagian budaya mereka pada ketika itu.

Bukan sekadar berhujah, beliau melaksanakan dasar islam dan mementingkan rakyat marhaen didalam kerajaan ketika menjadi menteri pertanian, pendidikan hingga ke memangku jawatan PM. Lihatlah UIA, perbankan islam, Undang2 syariah, kuota bumiputera bg rumah kos rendah dan pelbagai lagi institusi dan sistem yang diwujudkan semakin subur sehingga kini sehingga PAS hampir berkubur ketika itu dgn pengukuhan islam dan kepentingan rakyat bawahan yang dibawanya kedalam UMNO dan kerajaan. Lupakah kita pd Masyarakat Madani yg dirancangkannya.

Hanya kerana ketamakan kuasa, pemimpin Umno sanggup menganiaya dan memfitnahnya dengan bukti yg direka setelah apa yg telah disumbangkan olehnya kpd mereka. Beliau pernah susah, senang, disanjung, dihormati, dihina, difitnah, dikeji, didera dan dipenjara tetapi masih lagi tak dapat menggoncangkan semangat dan jiwanya. Berjaya membawa pembangkang bersatu demi menentang pengkhianatan BN dan membawa pembangkang ke satu tahap yang tidak dapat difikirkan oleh kita. Berjaya menyedarkan dan disanjungi rakyat dan dunia tentang perjuangan yang dibawa.

Apabila membicarakan perkataan Allah, Tok guru Nik Aziz juga beberapa minggu lalu dilihat menentang pendapat ramai yg melarang penggunaannya tetapi enggan menghuraikan lebih lanjut kerana utk mengelakkan salah faham dikalangan ramai yg masih rendah pemahamannya tentang islam akibat pemerintahan UMNO yg sengaja mengekang pemahaman islam kepada rakyat.

Saya percaya Anwar tidak bodoh dan keseorangan di dalam hal ini malah telah merujuk perkara tersebut kepada Ulama muktabar serta pemimpin PAS didalam isu ini serta kesan baik buruknya terhadap masyarakat dan dakwah islam keseluruhannya. Saya juga telah mendengar dari rakan blogger kita dan berkemungkinan isu tersebutlah yang telah dibincangkan oleh Anwar, Tuan Guru Hadi, Dr Haron Din serta Nik Aziz pada pertemuan dikediaman rasmi MB minggu lepas serta mungkin beberapa isu lain.

Anwar seorang yg luas pengetahuannya tentang agama serta antara ahli politik yg pemikirannya bertaraf antarabangsa kerana mempunyai pengalaman dan pendedahan ketika didalam kerajaan dan ketika diluar. Hanya kebijakan Mahathir sebagai PM hampir dapat menandingi kebijakan dan ketokohan beliau. Manakala PM2 dan menteri2 lain belum mampu sampai ke tahapnya. Itu yg sering saya katakan, pemikirannya sering melangkaui kita dan pemimpin yg ada sekarang.

Beliau dan Nik Aziz serta pemimpin lain merupakan pemimpin yg berjuang atas dasar politik (Siyasah). Mereka mempunyai uslub dan pendekatan bagi menentang dan melawan musuh mereka. Rasulullah juga menggunakan strategi didlm menentang musuh2nya baik didalam dakwah, ekonomi, pentadbiran mahupun peperangan. Apakah cukup sekadar ikhlas tanpa apa2 strategi, kita boleh berjaya? Sebagai pengikut didalam jamaah, kita harus mengikut dan taat kepada pemimpin kita selain dari perkara kemungkaran kerana mereka lebih tahu apa yg kita tidak tahu.

Bagi saya, kaum Yahudi (Nabi Musa) dan Nasrani / Injil (Nabi Isa) terlebih dahulu menggunakan perkataan Allah sebelum kedatangan dakwah rasulullah dimana ia merujuk kepada tuhan Allah yg sama. Yg membezakan hanyalah mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal mereka. Saya tidak setuju sekiranya merujuk kepada tuhan agama Budha dan Hindu kerana kepercayaan mereka sangat berbeza. Saya percaya sehingga sekarang kaum yahudi dan nasrani di sekitar benua arab menggunakan perkataan yg sama.

Salah faham yg timbul apabila masyarakat melayu merujuk bahawa Allah hanya utk org melayu dan islam apabila kerajaan Umno menyempitkan pemikiran mereka dengan pemahaman agama yg kurang serta memisahkan hal dunia dengan agama. Itu yg menyebabkan kanak2 atau rakyat mudah terpesong dan wujud salah faham. Bagi saya, Islam harus ditegakkan dgn dakwah dan hujah yg benar, pemerintahan yg adil dan menjadi ikutan. Bukan dengan cara menyekat pemikiran dgn penggunaan akta hasutan, ISA dan sebagainya. Yg menyedihkan, org yg arif pula bukan mahu menerangkan malah turut sama bersekongkol dengan pihak yang berfikiran songsang ini.

Buka pemikiran mereka dgn dialog, dakwah, hujah yg benar, baru Islam boleh maju dan berkembang. Bagi mereka peluang dekat dgn pemimpin (Islam) dan ajar mereka dgn Islam dan ayat al quran seperti yg dilakukan oleh para rasul. Mengajak mereka kearah kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Barulah hati mereka terbuka dengan Islam. Kita perlu gunakan cara dakwah bil hikmah bukan menentang membuta tuli.

Sekarang merupakan zaman kebangkitan islam dan teknologi maklumat. Jangan sempitkan pemikiran rakyat dgn menghalang mereka (non muslim) mengenal al Quran dan Islam. Di Amerika dan Eropah sendiri, berjuta-juta orang belajar mengenal islam dan memeluk islam. Mampukah kita menghalang mereka menyebut perkataan Allah dan belajar Al Quran? Adakah kita takut mereka menegur kesilapan dan kemungkaran yang kita lakukan berdasarkan Al Quran yang dibaca? atau takut mereka lebih memahami dari kita yg memeluk islam secara keturunan.

Akhir sekali, janganlah kita mudah menghukum hanya kerana disebabkan kejahilan kita. Islam itu mudah, jangan di susahkan. Jangan diharamkan perkara yang boleh dan jangan dibolehkan perkara yang tidak boleh. Bagi saya apa yang disibukkan pada nama, yg penting penghayatan dan perlaksanaan Islam didalam pemerintahan dan pentadbiran serta kehidupan seharian adalah lebih penting bagi menuntut keredhaan disisi allah swt. Banyak isu yg lebih besar dan perlaksanaan didalam pemerintahan yg bercanggah yg perlu ditentang dan diperbaiki amalannya.

Buai laju laju,
sampai cucur atap,
Faham Isu dulu,
Barulah kita berentap.

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat!!

Ariyos..........

3 comments:

  1. aku tetap menyanjung Dato' Seri Anuar Ibrahim

    ReplyDelete
  2. saya sokong Pas sahaja n curigai PKR atas sebab DSAI tak memilih Pas walau ada peluang 2 kali.pempmpin pkr pun kelamaan ada potensi mcm umno gak,sbb ia sekular juga.baru ni 2 pemimpin penang di siasat sprm.pernah dulu dialah penentang pas semasa dlm umno.fikir2kan?

    ReplyDelete
  3. Kita kena fikir kenapa kita perlu bergabung?
    Kenapa tidak PAS, PKR atau DAP berjuang sendirian saje. Setiap parti ini ada kekuatan dan kelemahan mereka. Mereka juga mempunyai hujah dan prinsip masing2. Apabila kita bergabung, kita perlukan disiplin agar ahli kita tidak menghentam dan menghina satu sama lain. Pemimpin dan ahli perlu redha dan berjuang atas satu dasar yg lebih besar dan universal. PAS bertunjangkan politik cara Islam dan memperjuangkan Islam, mungkin ahli atau penyokong PKR dan DAP tidak bersetuju dgn perjuangan ini kerana ia tidak menyeluruh bg mereka. Di situ kita ada demokrasi, pihak yang inginkan keadilan secara menyeluruh untuk semua kaum dan rakyat tp masih bertunjangkan melayu boleh memilih PKR. Manakala, pihak yg mahukan sistem demokrasi subur dan hak perjuangan lebih sama rata yg bertunjangkan pemimpin cina boleh memilih DAP. Sekiranya memilih perjuangan islam yg berdasarkan sistem keadilan islam harus memperjuangkan PAS. Bagi pandangan saya. Ketiga2 parti ini tidak boleh hidup dan berjuang sendirian menentang BN. Ibarat langit dan bumi dan secara teorinya tiada satu parti pun dikalangan kita dapat menggugat, menguasai dan mempengaruhi secara keseluruhan. Sekiranya kita berjuang atas satu pakatan, kita memberi pilihan dan keyakinan kepada pengundi bhw wujud sistem dwi parti dimana satu pakatan lain yg boleh menyaingi kekuatan dan kelebihan yg diberikan oleh BN. Atas dasar tersebutlah, pemimpin kita bergabung membina satu pakatan dan kita terpaksa bertegas atas sesuatu isu, berkerjasama dan berkompromi dlm sesetengah isu lain bg membina hubungan yg lebih besar utk ditawarkan kpd rakyat. Pas sudah berjaya membawa rakyat yg ingin berjuang atas dasar islam dimana hampir kesemuanya beragama islam dan melayu. Kebanyakan cina dan sebahagian india memilih DAP atas dasar demokrasi. Maka, lahirnya PKR memberi alternatif kpd Melayu, bumiputera dan sebahagian bangsa lain memenuhi lompong yang kosong dan menjadi parti yg di tengah bagi mengimbangi dan mendamaikan pemikiran dan perjuangan kedua parti ini. Di sinilah rasional kepentingan PKR. Jgn dikatakan PKR berjiwa UMNO dan BN. PAS dan DAP juga terdapat bekas ahli2 dari UMNO dan BN menguatkan mereka terutama pasca peralihan pemikiran politik 1998. Kebanyakan pimpinan serta ahli baru PAS sendiri lahir pada zaman tersebut. Tetapi saya positif bahawa tidak semua dari mereka membawa budaya negatif kedalam parti kita kerana saya (bekas budaya BN)sendiri serta sebahagian lain ahli sudah bosan dan benci serta sangat mempertahankan parti (baru)kita ini mungkin lebih daripada ahli2 lama. Cuma sebahagian kecil yg mempunyai kepentingan diri yg tinggi sahaja sanggup berbuat demikian. Bezanya PAS mempunyai asas prinsip dan perjuangan yg lebih kuat dimana sukar utk masuk ke parti melainkan pemahaman dan perjuangan yg kuat dan lebih sukar lagi utk keluar parti berdasarkan asa dan prinsip perjuangan. Manakala PKR ini merupakan parti baru yg masih belum cukup matang perjuangannya berbanding PAS dan DAP memerlukan masa utk melahirkan ahli dan pemimpin yg lebih integriti dan setia pada masa akan datang. Berikan masa utk mereka membersihkan dan mematangkan parti mereka.

    ReplyDelete