Tuesday, April 14, 2009

Isu kerajaan perpaduan pada Muktamar Pas akan datang!!!

Assalamualaikum dan salam semua!

Terbaca artikel dan pendapat nurani sesetengah blogger yg terdiri daripada ahli PAS dari rakan blogger kita. Ada satu isu itu berkaitan Isu Kerajaan Perpaduan oleh Tuan Guru Hadi Awang iaitu Presiden PAS kita. Ada yg setuju, ada yg tidak, ada yg mencemuh dan ada yg mempertahankan. Oleh itu, teringin nak mengulasnya jugak dlm blog saya ni.

Bagi pendapat sayalah sebagai ahli PAS (X aktif) yg melihat dari luar ini. Idea Presiden PAS berkenaan idea penggabungan tersebut adalah ikhlas, bagus dan bernas dari sudut realiti dan politik global dekad ini bagi mengelakkan berlaku perpecahan dan ketaksuban akibat rakyat terlalu memikirkan tentang ehwal politik tak kira dari parti BN, PR atau penganalisa politik x bergaji (termasuk atas pagar) seperti saya yg mengambil tahu isu politik serta pemerintahan kerajaan di malaysia hari ini. Walaupun saya percaya sebahagian besar penyokong tidak bersetuju dan menentang keras berkenaan isu ini. Mereka kerapkali berkenaan apa2 juga isu akan sentiasa setia dan wala' terhadap keputusan pemimpin, tetapi jauh disudut hati saya ini merasakan ada benarnya tentang idea ini kerana demokrasi membenarkan beliau untuk berhak mengeluarkan pendapat dan ideanya disamping merupakan presiden yang mentadbir perjalanan politik PAS ketika ini.

Tujuan utama pandangan ini mungkin adalah bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk dari segi politik, sosial, budaya dan ekonomi terutama pada masa sekarang. Lihatlah di Indonesia yg menggunakan pendekatan ini, ia dapat meredakan ketegangan politik disana. Lihat pula di Thailand, ia dilihat makin meruncing dan memburukkan kpd ekonomi yg sememangnya gawat sekarang ini. Tetapi, ia harus dimulakan oleh pihak kerajaan dengan ikhlas tanpa ada agenda yg tersembunyi serta menawarkan kepada semua atau sebahagian besar parti politik di Malaysia manakala kerusi kabinet diberikan berdasarkan jumlah atau kekuatan parti masing2. Bukan kepada parti2 yg tertentu sahaja disamping memberi kebebasan seadil-adilnya kepada parti politik terbabit bergiat aktif didalam politik dalaman mereka.

Kemungkinan perkara atau idea tersebut masih terlalu baru dan janggal serta sukar diterima oleh ahli pas. Apabila ia diwar-warkan kepada ahli pas oleh pimpinan pas tanpa ada apa2 persetujuan dari pihak PR serta BN, ia menimbulkan kekeliruan dikalangan pimpinan PAS termasuk nik aziz yang tidak tahu menahu berkenaan isu tersebut dan ahli PAS yg lain. Kenapa idea ini tidak dibincangkan dikalangan pimpinan PAS dahulu? kemudiannya pimpinan PR serta BN sebelum diwar2kan kepada ahli. Disini, ia boleh dan akan dilihat seperti ada yg tidak kena berlaku serta menimbulkan syak dan wasangka dikalangan ahli pas. Ia juga boleh menimbulkan perbalahan dan lahirnya puak2 dikalangan ahli PAS yg menyokong serta tidak menyokong isu tersebut. Perpecahan juga dilihat telah berlaku apabila isu muzakarah diwar2kan sedangkan ketika itu, niat BN hanya mahu melihat PR berpecah dgn membangkitkan isu tersebut kpd pimpinan PAS dan ia hampir2 menjadi kenyataan. Tambahan pula ia dicucuk oleh media serta blogger2 kerajaan.

Alhamdulillah, akhirnya ia dpt diselesaikan dgn cara baik oleh pimpinan pas walaupun perkara tersebut telah berjaya mengguris, menjadi kudis serta menimbulkan syak wasangka sebahagian kecil ahli pas dimana wujudnya dakwaan kononnya telah wujud kumpulan Erdogan didalam pas yg dipopularkan dan dijajakan oleh puak KJ dan penyokongnya.Janganlah kita biarkan pisang berbuah dua kali serta jgn membelakangkan Nik Aziz dan nasihatnya sebagai pemimpin senior dan mursyidul am parti walaupun ia tidak lagi mentadbir secara terus urusan parti kerana pengaruhnya amat kuat dikalangan ahli pas dan penyokongnya.

Bagi saya, terus terang saya amat kurang bersetuju usul ini dimana antara sebabnya bila memikirkan ia telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS sendiri, PAS sendiri telah mempunyai sejarah buruk penggabungan dgn UMNO pada waktu dahulu. Ahli PAS juga telah dianiaya, dipulaukan, didiskriminasi dan di zalimi oleh pimpinan UMNO dan BN sejak dari dahulu lagi. PAS disokong oleh bukan saja penyokong PAS, malahan bangsa dan kaum2 lain yg menaruh kepercayaan kepada kita (Rujuk PRK terutama Bkt Gantang dan KT) dan kita hendaklah bertanggungjawab juga kepada pengundi serta penyokong kita yang mengundi kita ini.

Niat mereka (BN) adalah pada kebiasaannya tidak ikhlas dan bersungguh2 dan sekiranya benar, mengapa hanya PAS sahaja yg dijemput. Dasar PAS pada muktamar lalu telah menetapkan agar memperkasakan Pakatan Rakyat serta kita perlu akui bahawa sekarang sokongan dan dokongan PAS dan PR meningkat, manakala UMNO dan BN telah merudum jadi mengapa perlu kita mengalah dan tunduk pada waktu sekarang ini. Belum juga didapati dan dilihat pada masa ini, wujud unsur2 kemudaratan yg nyata yg perlu dielakkan didalam aspek politik yg membolehkan kita membuat keputusan kurang praktikal, terkebelakang dan tidak wajar ini serta perlantikan pimpinan baru UMNO dan BN yg sangat buruk ini sebagai Perdana Menteri beserta ahli kabinet baru sebahagiannya terdiri daripada kroni2 yg bukan dari kalangan ahli parlimen sedia ada amat dikesali dan perlu ditentang sekeras2nya pada masa ini.

Saya juga berharap ini sekadar pandangan dan cetusan idea Presiden serta pemikir - yang merupakan pemimpin disekitarnya untuk dinilai baik buruknya oleh penyokong PAS. Sekiranya diterima, bolehlah dibawa ketengah. Sekiranya tidak maka hendaklah kita lupakannya serta mengutamakan isu yg telah disepakati bersama.

Saya juga berpendapat isu yg perlu diutamakan pada muktamar akan datang nanti adalah kita perlu memperkukuhkan Struktur Organisasi PAS dengan sebaik-baiknya. Berikan peruntukan dan dana kepada Unit Amal yg saya lihat sering menjadi benteng dalam apa2 aktiviti PAS serta PR dan aktiviti kemasyarakatan. Perkasakan Badan ini dari segi penyertaan dan juga sumber kewangan. Saya harap kelak mereka lebih dihargai dengan penyediaan Uniform serta sedikit elaun bagi membantu mereka yg telah membantu kita semua walaupun bukan itu yg mereka minta. Kita perlu wujudkan sumber- sumber kewangan yg kukuh bagi membiayai aktiviti2 dakwah, kebajikan dan politik di setiap peringkat. Tarbiyah terhadap ahli harus terus dilaksanakan dan diperkasakan agar mereka ini yg dapat memberikan sepenuh komitmen bagi menggerakkan jentera parti samada pada musim pilihanraya atau bukan, berkenaan isu politik atau isu kebajikan dan kemasyarakatan.

Matlamat untuk memasyarakatkan Parti PAS dan ahli PAS ke dalam masyarakat bukan setakat menguasai JKKK, JK Masjid atau menjadi ahli majlis PBT. Malah perlu bersama2 penyokong menggerakkan aktiviti masyarakat dimana terdapat peluang atau lompong yang perlu diisikan. Manakala dakwah berkenaan Islam dan perjuangan PAS perlu diberikan penerangan secukupnya agar bersikap pro aktif bukan bersikap defensif. Manakala kita perlu memperkasakan sumber kewangan PAS bukan sekadar hasil penjualan harakah mahupun kutipan derma. Kita perlu berikhtiar agar memberikan infak mereka dari segi harta, wang mahupun tanah dan hendaklah ia ditadbirkan dgn sebaik2nya dengan menubuhkan Koperasi atau Syarikat2 perniagaan yg memberikan jasa dari segi pekerjaan, bantuan dan keuntungan kepada jamaah dan parti disamping seluruh rakyat. Sekiranya ia besar, ia juga mampu membangunkan ahli2 PAS yg kebanyakannya bekerja sendiri dan berniaga. Bantulah mereka dgn menjadikan mereka pembekal mahupun membekal produk yang diusahakan mereka menggunakan syarikat atau koperasi yang ditubuhkan. Disamping membantu ahli, yg penting produk dijualbeli adalah halal. Mempromosikan barangan dan perkhidmatan yg ditawarkan oleh syarikat2 atau koperasi ini mahupun syarikat ahli2 PAS secara tersusun.

Sekarang juga merupakan permulaan baik kita bersatu bukan sekadar di pentas politik malahan dari segi dakwah, kebajikan, kemasyarakatan, perniagaan dll. Kita harus membangunkan dan memajukan Kohilal yg dilihat hampir pupus dengan pendekatan sistematik dari segi pengurusannya, produknya dan strategi pemasarannya. Sedangkan syarikat MLM yg tumbuh mcm cendawan boleh berjaya, masakan kita yg memiliki pelbagai kepakaran tidak boleh berjaya? Pusat Perubatan serta PASTI yang telah memberikan banyak sumbangan kepada masyarakat perlu diberi suntikan semula dengan semangat dan dorongan yang kuat. Memperbanyakkan anjuran aktiviti dan kursus2 kepada masyarakat dari pelbagai bidang melalui peruntukan kerajaan , kerjasama swasta mahupun persendirian harus juga diusahakan.

Perancangan dakwah islam itu sendiri perlu di titik beratkan oleh pendakwah PAS secara tersusun dan sistematik terutama dikawasan terpencil serta Sabah dan Sarawak. Bukan sekadar ditempat dan kawasan yang dapat membantu mereka dari segi kewangan (pendapatan). Mereka juga perlu berjihad membantu dikawasan yang memerlukan dakwah mereka. Selepas mereka ini kenal islam dan akhlak yg dibawa pendakwah, barulah datang perjuangan mereka di dalam politik pula. Saya memohon kerajaan Kelantan mahupun Kedah dimana PAS memerintah yang mempunyai Institusi dakwah Islam agar dapat diperkukuhkan dgn bantuan kerajaan negeri dari segi infrastruktur dan kewangan agar menjadi Pusat terkenal membiayai Muallaf serta pelajar yg kurang mampu bukan sekadar di negeri masing2 malahan Sabah dan Sarawak ataupun dari merata tempat diseluruh dunia. Saya kira di Kelantan sudah dimulakan, maka di Kedah serta negeri PR pun boleh mencubanya.

Inilah cetusan idea dan pandangan dari saya didalam blog ini bagi pembaca serta Jamaah Pas yang kita dukung selama ini. Saya berharap muktamar akan datang dapat menguatkan dan mengeratkan kita semua. Diharap tiada yg terasa dgn artikel ini dan bolehlah memberikan komen dibawah sekiranya kurang berpuas hati. Sekian.

Wallahu a'lam...Wassalam.

Anak muda makan pengat,
sendiri mau ingat...

Ariyos...

No comments:

Post a Comment