Wednesday, May 6, 2009

Mat Sabu plak kena Cekup ????

Artikel ini telah di petik dari Harakahdaily.net :

Rabu 6 Mei 2009 11 Jamadil Awal 1430 Hijrah
Mohd Sabu ditangkap sebentar tadi
Harakahdaily Wed May 06, 09 3:27:56 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ditangkap polis jam 3.10 petang tadi di hadapan Restoran Haslam, Jalan Pahang Barat dekat sini.
Iklan




Sekumpulan anggota polis di percayai Special Branch, dengan tiga buah kenderaan, menyerbu beliau, sebaik sahaja Naib Presiden PAS itu keluar dari restoran berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub yang berada di tempat kejadian, menyelar tindakan polis yang dianggap beliau tidak bertamadun itu.
"Tangkapan dibuat secara kasar dan tidak bertamadun, mereka (polis) menyerbu dengan menangkap beliau tanpa mengemukakan waran.
"Saya dan beberapa rakan lain cuba membantu abang Mat (Mohamad Sabu) tetapi dihalang anggota yang ramai," ujarnya kesal.
Dipercayai penangkapan terhadap Naib Presiden PAS ini dibuat ada kaitan dengan perhimpunan munajat yang akan dianjurkan subuh esok (7 Mei), bersempena persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.
Ianya berkemungkinan susulan daripada penahanan aktivis Bersih, Wong Chin Huat dirumahnya semalam.
"Ke mana Mohamad Sabu dibawa, apa tujuan mereka tidak diberitahu," kata Salahuddin.
Berita lanjut menyusul._

Apa dah jadi nih ? Kita nak jadi cam zaman Mahathir balik ke ?
Sekarang ni main tangkap pemimpin dan aktivis dah takdak waran lagi. Undang2 mana diorang ikut?
Apasal takut isu Sidang DUN di Perak ?
Bukan ke ini yg BN mahukan ?

Moh la kita semua buat Solat hajat dan berdoa agar perancangan mereka yg khianat ini digagalkan Allah SWT. Tiada apa lagi yg tinggal pada kita melainkan melainkan kekuatan doa yg terus tanpa hijab kepada Allah agar perancangan mereka tidak termakbul. Tengok bomoh diorg ke Polis ke Undang2 mereka yg lebih handal ataupun kehendak Allah SWT serta doa yg kita pohon darinya.

Apalagi, wahai Ulama', pemimpin serta pejuang Islam! Ayuh kita robohkan mereka dgn senjata hebat org mukmin.

Wallahu a'lam, Wassalam...

3 comments:

  1. semoga Allah S.W.T memakbulkan doa kita.

    ReplyDelete
  2. ya allah..
    smpai cm2 skali??
    astaghfirullahal'azim..
    Allah knows da best..
    inna allah ma'ana..
    insyaAllah..

    ReplyDelete