Tuesday, June 9, 2009

Sketsa Muktamar Pas ke 55!!! Alahai Pemimpin...

Assalamu alaikum dan salam semua!

Berakhir sudah Muktamar yg ke 55 di Stadium Shah Alam yang lalu. Akhirnya aku sebagai warga Selangor amat bersyukur kerana PAS telah berjaya mengadakan muktamarnya di Selangor yg merupakan negeri kelahiranku serta negeri maju di Malaysia. Ia juga merupakan negeri pemerintahan Pakatan Rakyat yg diperintah dgn baik, telus dan berkebajikan selaras dgn manifestasi PAS pada PRU ke 12 yg lalu. Syabas juga pada Dr Hassan Ali serta pimpinan PAS dan PR kerana berjaya menguruskan negeri di samping mukatamar yg berlangsung dgn jayanya.

Pada Sabtu yg lalu, aku pulang ke kampungku dan sempat singgah di bazar sekitar Muktamar PAS dan alangkah seronoknya anak2ku dapat bermain di belon permainan raksasa dikawasan tersebut. Pelbagai jenis makanan, produk dan makanan yg dijual dari serata Malaysia terdapat di situ. Dapat juga membeli buahtangan kenangan sempena muktamar di Shah Alam. Bukan senang beb!!! Aku sempat juga bertanya pada peniaga disitu, siapakah yg menang jawatan Timbalan Presiden kerana ia juga merupakan matlamatku berada disitu. Aku diberitahu oleh peniaga tersebut bahawa Ustaz Nasharudin telah menang. Aku pun berlalu dgn hampa! Tahniah kepada yg berjaya.

Walaupun Muktamar ke 55 berlangsung dgn megah dan jayanya tetapi tiada satu ketetapan yg jelas dibincangkan oleh perwakilan bagi menentukan kedudukan PAS di dalam PR serta pendirian, halatuju dan perancangan parti pada masa hadapan. Kedudukan Kelab Penyokong Pas juga telah ditangguhkan. Yang paling jelas aku lihat bahawa Presiden yg telah menghentikan isu Muqabalah dan idea @ gagasan UG kembali bersuara dan mendendangkan idea tersebut hanya setelah Muktamar tamat, mungkin kerana merasakan mendapat sokongan penuh perwakilan tanpa cabaran pada muktamar tersebut. Kalau benar mahu membangkitkan idea tersebut, kenapa tidak dibahaskan sahaja didalam muktamar agar boleh melihat dgn jelas sokongan perwakilan?

Begitu juga halnya dgn timbalan presiden yg menafikan perjumpaan dan kerjasama dgn Umno sejak tahun lepas lagi turut mendendangkan penafian beliau berkenaan kerjasama tersebut ketika minit2 terakhir ucapan beliau pada Muktamar Pemuda Pas. Tetapi setelah menang, dgn angkuh dan bangganya dgn kemenangan tersebut mengulas bahawa beliau masih menang dan merasakan perwakilan masih menyokongnya walaupun sekiranya dicongak, 54% peratus undi menolak beliau telah diberikan kepada 2 calon lain.

Beliau juga yg dilihat sering mengekori rapat TGHH akan memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya terhadap gagasan besar UG tersebut berlainan dgn ucapan beliau pada muktamar pemuda 2 hari sebelumnya. Beliau juga apabila ditanya tentang kenyataan yg diberikan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz berkenaan gagasan UG yg dianggap mengarut, dengan sombongnya menyatakan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadi beliau (Nik Aziz). Bolehkah pandangan Penasihat Agung Pas / Pemimpin utama / Naqib jamaah Pas ditolak ketepi begitu sahaja. Sungguh2 menyakitkan hati mendengar kata2 hebat Timbalan Presiden yg telah dilantik oleh perwakilan ini.

Manakala apabila ditanya tentang 2 calon Timbalan Presiden yg kalah diminta diserapkan ke JK PAS Pusat oleh perwakilan, itu merupakan kuasa beliau sepenuhnya menentukannya. Adoi! hebat sungguh kuasa pemimpin yg dilantik perwakilan ini. Jgn sampai dpulaukan oleh orang Kelantan dan ahli PAS apabila dia menghina Mursyidul Am sudahlah! Jgn cabar ahli dan penyokong berhimpun memprotes beliau secara terbuka atau meminta membuat Mesyuarat Agung Tergempar menyingkir puak2 Muqabalah @ UG @ Fraksi Umno nanti sbb penyokong masih boleh bersabar. Janganlah dicabar pula kesabarannya. Rakyat dan penyokong telah dijelaskan tentang isu UG ini oleh pihak pimpinan dan Harakah tapi kenapa mereka masih tetap menolaknya. Fikir2kanlah!!!

Apakah itu sahaja keputusan dan pengajaran jelas yg boleh dihasilkan pada Muktamar ini walaupun perwakilan beriya2 menjerit menyokong tentang pentingnya kerjasama memperkukuhkan Pakatan Rakyat apabila segelintir pemimpin membangkitkannya? Apakah tiada lagi output yg boleh dihasilkan oleh pemimpin utama PAS dalam memperkasakan dan menjelaskan halatuju parti pada masa akan datang? Atau janji Ustaz Nasha bagi kejayaan Pas pada PRK Negeri Sarawak sebagai kejutan? Beliau sendiri menang di Kedah dan Kelantan atas isu Anwar, Pakatan Rakyat dan kehebatan jentera Pas Kelantan yg dipimpin oleh Nik Aziz. Atau beliau ingin cuba bertanding semula di Terengganu dgn dokongan pimpinan PAS Terengganu atau dikampungnya sendiri di Negeri Sembilan? Kita tunggu dan lihat nanti.... Yang pasti rakyat Kelantan tidak akan membenarkan beliau bertanding semula disana.

Lupakan pimpinan yg bxxxl dan sxxxl menongkah arus ini kerana mereka telahpun di pilih oleh perwakilan. Mungkin ada hikmah yg dibukakan allah disebaliknya kelak!. Diharap Allah membantu dan memberkati jamaah PAS agar ia tidak akan berkubur selepas ini seperti masa2 dahulu. Aku ambik kisah menarik dari laman blog Greenbok untuk kita kongsi bersama. :

PAS UMNO Kisah Ummi Maktum Untuk Renungan Presiden Timbalannya dan Pendokong UG

Muktamar PAS kali ke 55 yang baru selesai mengajak kita untuk merenungi hal-hal yang boleh dijadikan pengajaran di dalam usaha kita memperkuatkan jemaah disamping menghindarkan kita dari mengulangi apa jua kesilapan.Editor Siasah, Zulkifli Sulong di dalam catatanya menyatakan, PAS telah terlepas peluang keemasannya apabila muktamar tahunan yang ke 55nya berlalu tanpa menyelesaikan secara tuntas isu hubungannya dengan Umno.Para penyokong dan ahli parti itu terus keliru dan menerima mesej yang berpecah tentang isu itu walaupun muktamarnya telah berakhir.Ia telah dipergunakan sepenuhnya oleh media yang dimiliki musuhnya untuk terus mengeliru dan memasukkan jarum-jarum perpecahan di kalangan mereka.

Ia bermula apabila Datuk Husam Musa menyertai pertandingan merebut jawatan timbalan presiden dengan alasan untuk menjelaskan halatuju parti itu kerana timbalan yang ada Nasharudin Mat Isa terlalu liberal dengan Umno bagi beliau.Sebagaimana diketahui, Husam bersama seorang lagi calon untuk jawatan itu, Mohamad Sabu tewas dan Nasharudin menang.Signal yang dihantar kepada semua adalah perwakilan mahukan Nasharudin meneruskan hubungan liberalnya dengan Umno.Nasharudin dalam laporan medianya pula terus berkata, beliau akan menyokong agenda kerajaan perpaduan yang dibawa oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Sedangkan, sepanjang muktamar para perwakilan bercakap dengan lantang hatta ketika ucapan penangguhan, kerjasama atau hubungan dengan Umno memberikan signal yang salah kepada penyokong dan ahli parti itu di peringkat bawahan.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP), Vincent Lee yang bercakap bagi pihak orang bukan Islam yang menyokong parti Islam itu jelas memberikan kenyataan bahawa hubungan yang baik dengan Umno akan menjauhkan orang bukan Islam yang selama ini sudah menyokong PAS.Ini kerana, orang bukan Islam memberikan sokongan kepada PAS kerana mereka tidak senang dengan lagak Umno selama ini. Jika PAS pula berbaik-baik dengan Umno bermakna PAS mengkhianati sokongan mereka kepada PAS selama ini, demikian tulis Zulkifli lagi.GB ingin mengutip kisah Kerajaan Perpaduan yang sangat-sangat dikobarkan gagasannya oleh Presiden dan Timbalan Presiden dengan isu tuntuntan Kelab penyokong PAS yang minta diberikan perhatian tetapi tidak mendapat perhatian serius oleh Muktamar.

Ini mengingatkan kita mengenai kisah Ummi Maktum yang terkenal yang kerananya Rasulullah telah ditegur oleh Allah s.w.t. dengan turunnya Surah 'Abasa.Asbabun Nuzul : Menurut sebuah riwayat yang disampaikan oleh Ibnu Jarir Ath-Thabari yang diterima dari Ibnu Abbas;

"Sedang Rasulullah menghadapi beberapa orang pemimpin Quraisy iaitu Utbah bin Rabiah, Abu Jahal dan Abbas bin Abdul Muthalib dengan maksud menyampaikan seruan Islam agar mereka sudi beriman, di waktu itu masuklah seorang lelaki buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum dengan tangan meraba-raba. Sejenak sedang Rasulullah terhenti bicara orang buta itu memohon kepada Nabi agar diajarkan kepadanya beberapa ayat Quran. Mungkin oleh kerana terganggu sedang menghadapi pemimpin-pemimpin itu, kelihatanlah wajah beliau masam menerima permintaan Ibnu Ummi Maktum itu, dan baginda terus meneruskan missinya untuk menyampaikan "dakwah" kepada peemimpin-pemimpin Quraisy itu dan mengabaikan Ummi Maktum.

Setelah selesai semuanya, turunlah ayat "Dia bermuka masam dan berpaling".Turunnya ayat itu telah menyedarkan Rasulullah akan kehilafannya lalu segera beliau menghadap Ummi Maktum dan barulah Rasulullah menerangkan ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum beliau menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah menjadi sebab satu kumpulan ayat turun dari langit kepadaku."Pengajarannya: Apakah kita sanggup membiarkan permintaan Kelab Penyokong PAS yang minta diberikan perhatian dan ingin merapatkan diri mereka dengan saf kita sementara kita sibuk dengan Kerajaan Perpaduan hendak melayan pemimpin-pemimpin UMNO dengan tujuan berdakwah kepadanya sepertimana Rasulullah mengabaikan Ummi Maktum dan cuba mendakwahkan Islam kepada pemimpin-pemimpin Quraisy itu sehingga Allah menegur baginda?Ummi Maktum seorang yang buta tetapi ikhlas untuk mendapatkan ilmu Islam, begitulah Kelab Penyokong PAS yang "masih buta" mengenai falsafah perjuangan PAS inginkan penjelasan lanjut dari kita tetapi kita mengabaikannya?

Pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa kita berikan perhatian sehingga gagasan dibentuk bernama Kerajaan Perpaduan dengan harapan mereka menerima Islam sepertimana Abu Jahal, Abbas Muttalib dan Utbah yang diberikan dakwah Islam kepada mereka oleh Rasulullah sehingga baginda ditegur lansung dari langit dengan turunnya surah 'Abasa ini.Rumusan: Saya telah melihat fenomena yang berlaku di muktamar baru-baru ini dari kacamata kebenaran dan keadilan betapa jauhnya sudah kita melangkah pergi meninggalkan asas-asas perjuangan sehingga meletakkan jemaah berada di dalam kusut dan dilanda kemelut perpecahan ekoran kekhilafan pimpinan tertinggi parti.

Ditegur sudah oleh Mursyidul Am PAS, tetapi ada diantaranya seperti sudah melupakan kedudukan Tuan Guru selaku Mursyidul-Am - Pembimbing Umum kepada kita semua.Dan oleh kerana kekhilafan Presiden itulah maka Allah s.w.t. mendatangkan Setiausaha Agong DAP telah mengeluarkan kenyataan yang mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar."Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.Fikir-fikirkanlah supaya nanti jangan lagi kata kami ahli bawahan ini tidak menyampaikan sebelum kamu pemimpin-pemimpin dan pendokong gagasan Kerajaan Perpaduan ditegur Allah dengan lebih hebat. Kisah yang dibawa bukan dongeng rekaan, bukan putarbelit kisah benar bukan penglipur lara untuk perjuangan. InsyaAllah, kami yakin dengan kebenaran yang kami perjuangkan dan kami istiqamah dengannya.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
[1] Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,
[2] karena telah datang seorang buta kepadanya.
[3] Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa).
[4] atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?[5] Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup,
[6] maka kamu melayaninya.
[7] Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).
[8] Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),
[9] sedang ia takut kepada (Allah),
[10] maka kamu mengabaikannya.[11] Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

Anak muda makan pengat,
Sendiri mau ingat!

Wallahu A'lam, Wassalam.

Ariyos.

2 comments:

  1. Aku dah muak ngan Datuk Seri Abdul Hadi Awang..tranggunu jatuh balik kat BN pn sbb dia asyik buat kenyataan tertalulu agresif..pilih org lain ler jd presiden

    ReplyDelete
  2. Tolak calon khianat, bukan tolak parti.

    Tolak calon khianat, bukan tolak parti.

    Tolak calon khianat, bukan tolak parti

    ReplyDelete