Monday, April 20, 2009

PAS Wilayah Tolak Hadi ???

Kenyataan Media SU Pas Wilayah - penjelasan bagi isu : PAS WILAYAH Tolak Hadi
Pas Wilayah Tidak Tolak Hadi!

Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk "PAS Wilayah tolak Hadi?" yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Perwakilan dan Pimpinan Baru Kawasan Buat Keputusan

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan 'keberatan' untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

Media jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

"Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi "pencetus" kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih "berdiam diri"."

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu.

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti 'seorang pemimpinnya', 'sumber dalaman', 'pimpinan utama' dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel "PAS Wilayah tolak Hadi?" yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan"). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau "kumpulan Erdogan") hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
SetiausahaBadan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan

Kenyataan di atas saya copy dan paste dari Blog rakan kita, Web Panas berkenaan kenyataan media dari saudara Hedzer Ibrahim, S/U Perhubungan PAS WP. Saya bersetuju dan hormati kenyataan yg dikeluarkan oleh beliau sebagai tindakbalas kpd spekulasi yg digembar gemburkan oleh pihak2 tertentu. Saya juga merasakan bagi pemimpin2 lain yg telah dikritik dan dituduh atau dipersepsikan oleh pihak tertentu agar tampil membuat kenyataan agar ia tidak dianggap benar oleh sesetengah pihak. Mereka berhak berkata apa yg dirasakan, maka pemimpin juga berhak menjawap segala yg diperkatakan.

Di sini, saya ingin tegaskan sekali lagi agar kita menghormati, bersangka baik dan menerima sepenuhnya daripada Mursyidul Am berkenaan kita haruslah menentukan sendiri pemimpin kita, sekiranya kita rasa baik dikekalkan maka dikekalkan dan sekiranya perlu ditukar, tukarlah! dan tiada puak2 di dalam PAS, yg ada hanya pemimpin, ahli dan penyokong PAS. Manakala, presiden pula telah menyatakan bahawa beliau telah menggugurkan serta telah menjadi lipatan sejarah berkenaan usul Unity Govt kerana tiada keikhlasan dari BN (takut ramai ditangkap kes Rasuah kot sekiranya terlaksana). Suatu masa nanti, mungkin mereka akan faham apa yg dimaksudkan dengan Unity Govt itu. (Dah lama tamat rupanya isu ini)

Maka dengan itu, haruslah kita memahami dgn mata hati dan iman apa yg sebenar-benarnya diucapkan dan disampaikan oleh pemimpin kita ini, bukan sekadar memahami mengikut andaian, selera dan nafsu kita malahan jauhkan dari sangka buruk al maklumlah, semangat yg terlebih datang bersempena menjelangnya Muktamar yg akan datang kelak.

Wallahu a'lam

3 comments:

  1. SESAMA SENDIRI PUN BERCAKARANA MACAM ANJING KURAp? ISLAM KE KORANG NI?

    ReplyDelete
  2. dey parpu...jaga ameno kau yang nak karam tu sudahlah.jangan nak sibuk rumah tangga orang.

    ReplyDelete
  3. Assalamu alaikum!
    Itu bahana layan org mcm ko dan musang berbulu ayam yg suka membuat spekulasi dan fitnah dlm blog2 PR. Ada yg melatah dan terima bulat2. Tapi org mcm ko ni buat geli2 je. Tak berkudispun.

    Ko maksudkan yg kat Perlis ke Terengganu? Ke MCA yg nak tunggang UMNO? ke MIC yg nak tunggang UMNO? Ke bercakaran pasal rasuah jawatan Pemilihan Agung UMNO yg lepas? Aku nak tanya skt boleh? Ko ni penyokong KJ ke Mukhriz ke Toyol? Pak Lah ke Najib ke Mahathir ke Rosmah? Citer skt? Takkan penyokong 1 Umno, mesti 1 Malaysia.

    Apa ko bukan islam? Oh, ko UMNO. Lupa lak, Jgn marah! Pandai carik gak mamat ni. Lawak beb!

    Paku serpang, paku serpih,
    Mengata org, puak dia yg lebih.

    Ariyos...

    ReplyDelete