Thursday, April 23, 2009

Perebutan di PRK Penanti???

Assalamu alaikum dan salamsemua!

Aku ambik kesempatan ini nak ulas berkenaan isu ini walaupun telah diperbahas oleh blog2 PR dan dispekulasikan lagi oleh Blog2 Barisan Pencacai Najis serta agak terlambat sikit nak diulaskan. Maklumlah, sibuk dgn kerja. Komen pun komen gak, kerja cari rezeki pun kena jalan gak. Tak gitu deh! Dibawah ini diselitkan artikel yg dikeluarkan oleh Malysiakini dan boleh didapati di Bernama dan media2 pengampu BN dan dipercayai sahih walaupun terdapat tambahan gula dan garam disetiap penulisan mereka. Bacalah sendiri dan dengar plak komen aku yg tak seberapa nih.

PAS pula tolak PKR di Penanti
Abdul Rahim Sabri Apr 22, 09 11:54am

Selepas perang mulut DAP dengan PKR berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, kini PAS pula berniat menolak parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.Dalam mesyuarat agung PAS Permatang Pauh hujung minggu lalu, semua 115 perwakilan sebulat suara menyokong usul agar PAS bertanding di DUN tersebut, kata yang dipertuanya. Omar Hassan memberitahu Malaysiakini hari ini, usul tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehari selepas itu dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

PAS kawasan menolak sikap PKR yang memaksa Mohammad Fairus - telah melepaskan jawatan exco dan timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang - meletakkan ADUN pula sehingga pilihanraya kecil terpaksa diadakan. "Peletakan jawatan macam ini, ada ahli-ahli akar umbi curiga dan ragu-ragu, terutama pengundi atas pagar yang menyokong kita (Pakatan Rakyat). "Dalam organisasi, individu adalah tanggungjawab parti. Masalah berkaitan dengan ADUN, pimpinanlah yang kena selesai masalah dalaman parti," kata Omar. "Beliau (Mohammad Fairus) belum ditentukan kesalahannya, dia boleh duduk di situ (sebagai ADUN). Masalah dalaman, perhubungan parti (PKR) kena selesaikan masalah itu, bukannya (dengan cara) letak jawatan. "Ia boleh menghilangkan keyakinan rakyat dan akar umbi. Oleh itu, tindakan PAS (untuk) bertanding ini, untuk menyelamatkan keadaan."Mohammad Fairus kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa.

Pertimbangan wajar

Ditanya mengenai reaksi, Abdul Hadi terhadap hasrat akar umbi kawasan tersebut, beliau tidak mengulasnya, tetapi sebaliknya berharap presiden PAS itu memberi pertimbangan sewajarnya mengenainya.Ditanya tindakan selanjut sekiranya hasrat mereka itu tidak direstui, Omar berkata: "Kita tengok dulu. Kita tak mahu buat keputusan tergopoh-gapah."Tetapi inilah harapan ahli-ahli (untuk menyertai pilihanraya kecil itu)," tambahnya.PAS di DUN Penanti mempunyai 11 cawangan dengan seramai kira-kira 3,000 ahli.

Sebelum ini pernah dilaporkan rasa tidak puas hati PAS Pulau Pinang terhadap ketua umum PKR itu dan berura-ura untuk memboikot kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos tahun lalu.Bagaimanapun, ia dapat diselesaikan dan PAS menyatakan sokongan mereka terhadap Anwar dalam muktamar parti itu di Ipoh tahun lalu.Anwar yang bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut menang besar dengan majoriti lebih 15,000 undi.

Pandangan aku yg tak seberapa tentang isu ni senang je. Korang tengok skrg ni, pendokong Pas sudah berada dimana2 kawasan hatta di Sabah dan Sarawak. Kawasan mana yg takde PAS, ceruk kampung pun ada. Memang Pas antara yg paling kuat dari segi pendokong dan ahli di antara ke tiga2 parti ni dan pendokong2 inilah yg banyak membantu wakil rakyat dari PPK hatta DAP pada musim pilhan raya pasca 1999 hatta calon bebas pun didokong dan dibantu termasuk Ibrahim Ali (Katak) demi menentang BN. Walau apapun keputusan pimpinan atasan di kalangan PR, mereka terutama penyokong PAS sudah lama bekerjasama dan bergandingan, saling bantu membantu bagi menentang pimpinan korup dan zalim BN.

Tapi didalam hal ini korang semua mungkin dah lupa satu je, pendokong yg ramai sahaja tak semestinya membolehkan kita menang. Aku rasa pimpinan PAS, DAP dan PKR pusat pun tau isu ni. Cuba korang pandang secara logik dan mengikut statistik, bukan mengikut emosi. PKR dan DAP kekadang tu markas pun tak banyak dan ada yg tiada di sesuatu tempat tapi mereka punya pengundi senyap yg tinggi tapi PAS mempunyai pengundi senyap yg paling sikit. Tambahan pula, PRU 12 yg lalu, dilihat PKR seolha ketandusan memilih calon sehingga dilihat di sesetengah tempat, wakilnya seperti tangkap muat saja. Berlainan dgn PAS dan DAP yg lebih berpengalaman didlm meletakkan wakilnya.

Secara asasnya, kebanyakan penyokong PAS ni dia akan menyokong dan mendokong secara terangan, kekuatannya sama macam Umno dimana yg menyokong UMNO ni dia akan sokong secara terangan. Ini adalah kerana asas perjuangan yg jelas dimana PAS berjuang atas dasar islam, manakala Umno dan sekutunya berjuang atas dasar melayu dan perkauman dan bagi Umno, dasarnya adalah relevan dimana mereka menganggap diri mereka penongkat perjuangan melayu dan berjaya membakar semangat perkauman dikalangan mereka yg ingin mempertahankan dan memperjuangkan hak melayu walaupun hakikatnya utk kepentingan pihak2 tertentu . Tapi bila dilihat kembali, itu je la sokongan yg kita ada dimana penyokong senyap kita sangat kurang.

Tapi bagi PKR pula, dia ni dilihat sebagai parti di tengah, tidak ekstrim (mengikut pandangan umum), sederhana dan meliputi seluruh kaum. Jadi, melayu, cina dan india mudah nak undi dia. Manakala DAP pula, undi simpati non malay tinggi terutama cina walaupun dia cuma ada 2 - 3 bilik gerakan dlm satu kawasan tu dan kekadang tu hampir tiada penggerak.Sebab itulah kebanyakan pemimpin parti dah faham dimana yg majoriti melayu tapi Umno tak kuat sgt serta jelas PAS dominan, PAS akan ambil disebabkan ia bukan jugak parti yang tamak tapi dia (PAS)ukur baju kat badan sendiri.

Buat apa nak ambil banyak kerusi tapi tak menang. Kita harus bersikap realistik! Manakala kawasan melayu dan bukan melayu lebih kurang sama banyak kita letak PKR sebab non malay tak suka Umno (walaupun sekutunya) menyebabkan kita boleh menang. Kalo BN letak non malay, pasti melayu sokong PKR sebab tunjang dia melayu. Manakala DAP akan ambil kawasan dimana Cina/india lebih daripada melayu iaitu dikawasan bandar sbb DAP bersikap anti establishment dan anti Umno yg memang diorg suka dan menuntut keadilan semua bangsa serta semangat juang dan menentang diorg tinggi berbanding MCA atau gerakan.

Jadi, tak salah sekiranya PAS terbabit nak mohon, tapi mohon cara baik dan mengikut prosedur yg betul. Kita tunjukkan bahawa kita boleh menang dgn dokongan penyokong yg ramai berdasarkan figur dan hujah yg boleh diterima semua. Kesemua pimpinan PAS, PKR dan DAP telah banyak menunjukkan bahawa mereka sering bertolak ansur didalam tindakan dan perhitungan mereka sekiranya anda benar2 peka. Cuma sedikit isu saja yg dilihat seperti tidak bertolak ansur dan itupun dapat diselesaikan dgn baik pada akhirnya. Perebutan kerusi juga sangat teruk berlaku dikalangan parti komponen BN tambahan sekiranya kawasan tertentu mempunyai sokongan yg kuat terhadap beberapa parti komponen. Itu perkasa biasa bagi saya. Cuma akhirnya pimpinan dan penyokong setempat kena redho hasil keputusan yg diambil pimpinan parti dan mereka juga perlu mengambil kira pandangan pimpinan setempat dan pandangan keseluruhan.

Parti PAS juga diharap jgn terlalu bergantung pada pengundi atas pagar sahaja. Ingat, sokongan mereka ini sering berubah2. Kita perlu tingkatkan pemahaman, sokongan dan dokongan dari org ramai. Kita nyaris kalah di Bkt Gantang kalo tak disebabkan calonnya ialah Nizar MB yg telah menunjukkan keadilan dan bersifat prihatin terhadap rakyat dimana ia turut digemari cina dan india sbb pengundi melayu yg sokong BN ketika itu mengatasi PAS, walaupun kita menerima peningkatan undi daripada mereka. Manakala peratus kemenangan dari seluruh pengundi kecil dimana kita belum boleh mendabik dada dgn kekuatan kita. Kalo kita terlalu bergantung pada melayu dan abaikan cina dan india, kita mungkin kalah pada ketika itu. Maka, kita perlu ambil berat serta pertimbangan kepada semua golongan bangsa. Bukan bergantung kepada pihak2 tertentu sahaja. Wallahu A'lam.

Ikhlas dari saya,

HaHs...

4 comments:

  1. Semangat setiakawan dalam Pakatan perlu ada. Kalau dulu, kerusi itu adalah kerusi PKR, maka serahkanlah kepada PKR untuk buat keputusan. Apa pun, PAS akan sokong PR. Tidak ada perpecahan, kerana yang pentingnya kita mesti menafikan peluang kepada BN untuk merampas DUN berkenaan. Sebarang percanggahan dan perebutan akan dieksploitasi oleh media BN untuk kepentingan mereka. Sungguh pun di pihak PAS dan PKR, kita tidak bercanggah tetapi bagi golongan atas pagar akan menerima berita palsu dan melihat PAS dan PKR bertelagah. Demi kebaikan bersama, tidak perlu lagi dibincangkan perkara ini, melainkan PKR yang menyerahkan kerusi ini kepada PAS kerana ingin meletakkan MAT SABU di situ.

    ReplyDelete
  2. Salam! Saya setuju sangat kalau PAS meletakkan calon di DUN Penanti. Di dalam PR, PAS dan PKR memang ada semangat setiakawan, buktinya masa PRU12, PAS beri kerusi DUN Sg Acheh kepada PKR. Tak salah PKR beri PAS bertanding di Penanti kerana Mat Sabu memang calon terbaik untuk DUN tersebut.

    ReplyDelete
  3. Betul ke PAS nak calonkan Mat Sabu? Ini PRK, bukan PRU tau. Kalo Mat Sabu, orang BN dah lama pasang strategi, apa lagi kalo x isu peribadi.. Mana diorg boleh lawan hujah dgn Mat Sabu. Aku cuma kesian tengok Mat Sabu nanti kena hentam dgn puak tu sbb dia tu naib presiden kita. Takut depa senyum je kalo betul2 jadik. Tapi aku tetap sokong siapa pun yg dipilih.

    ReplyDelete