Tuesday, June 2, 2009

Sapalah punya kerja ni???

Gambar ihsan dari TB


"Di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa merdeka,
bersatu padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka"

(Ucapan Dr Burhanuddin Al-Helmi pada Disember 1946
dalam kongres PKMM yang Kedua di Melaka)
Tapi dalam kes ni dia berbunyi lebih kurang begini kot :
Di atas runtuhan Bukit Antarabangsa,
Kita salahkan penduduk yg membeli rumah disana,
Di atas runtuhan Supermarket Jaya,
Kita salahkan pekerja asing yg sedang bekerja,
Di atas runtuhan bumbung Stadium yg baru dibina,
Kita nak salahkan lagi pada siapa,
Takkan nak menyalahkan pada cuaca,
Ataupun tuhan yg maha kuasa,
Atau kita salahkan pada mereka,
Yg merancang dan meluluskannya?
Menggunakan wang rakyat beratus juta,
Demi projek kekayaan segera,
Atau pada yg bertanggungjawab memantau keadaannya?
Atau pada pihak yg menguruskannya?
Kerna jika dikaji sedalam2nya,
pasti ada sesuatu yg tak kena,
Siapakah dalang disebaliknya,
atau itu mungkin petanda,
keruntuhan kerajaan milik mereka,
Seperti goyang kerusi MB nya,
Atau mungkin PM 1 Malaysia,
Atau yg lebih pasti parti mereka,
Yg menjadikan rasuah sebagai agenda,
dan dijadikan mangsa rakyat jelata,
agar kroni mereka terbela,
menjadikan negara porak peranda,
Adakah ini mungkin petanda,
terhadap kebobrokan perbuatan mereka,
Hanya tuhan maha kuasa,
dan rakyat pula akan membalasnya,
pada pilihanraya yg akan tiba...
Seperti yg sering ditampal ditanda,
disetiap projek yg kerajaan bina,
Menunjukkan ttg keprihatinan mereka,
dan bermegah dgn kuasa yg ada,
Inilah dia yg sering dijaja,
dan dilaung2kan oleh mereka,
Sebuah lagi projek kerajaan Barisan Nasional!!!!
Yang melingkup!!!
mungkin
seperti projek PKFZ,
seperti projek MRRT,
seperti projek koridor raya,
atau projek belanjawan segera,
atau projek Penswastaan air negara,
atau Projek kayakan Indah Water,
atau projek kroni Alam Flora,
Atau projek menguntungkan TNB,
atau projek penswastaan lebuhraya,
Takpun Projek Safari,
Takpun Projek bantuan JKKP,
atau Bantuan rumah PPRT,
atau Tabung usahawan Tekun,
atau projek sekolah Bestari,
Takpun Projek Makmal sekolah,
atau program PPSMI,
atau program 10 subjek SPM,
atau projek tender PLKN,
atau projek infrastruktur mee segera,
atau keuntungan wang Royalti,
atau projek Islam hadhari,
atau projek Pulau Wan Man,
atau projek perkampungan Hadhari,
atau projek iskandar malaysia,
atau projek kapal selam Scorpene,
atau projek jet pejuang Sukhoi,
atau projek 1 Malaysia,
atau penaiktarafan sistem kehakiman negara,
atau BPR jadi suruhanjaya,
sama macam Suruhanjaya pilihanraya,
atau projek kacang putih Polis di Raja,
atau lulus permit dan lesen judi,
atau program pemberian AP,
atau projek kabel dari Sarawak ke Semenanjung malaysia
atau Projek Perak yg yg dirampas kuasa.
Memang UMNO hebat menggunakan duit rakyat utk pembangunan!!!
Tak percaya lg kerja pelingkup yg diatas dan nak lihat lagi berita bergambar lain. Klik je berita lain dari rakan blogger kita, Angkasanuri dibawah ni. :

1 comment:

  1. Salam

    Hebat sdr...
    teruskan kritikan membina..
    bira rakyat jadi celik pula..

    jamaja

    ReplyDelete